Sabtu, 26 Februari 2022

5.11 Reputasi

                   

Reputasi (Kemasyhuran)

 


"Saya telah sebutkan kekerabatan dan timbal balik sebagai dua rukun kembar altruisme dalam dunia Darwinian, namun wujud juga struktur kedua yang berada di atas kedua rukun tersebut. Khususnya di dalam komuniti manusia, dengan kewujudan bahasa dan gosip, reputasi adalah sangat penting. Seorang individu mungkin mempunyai sebuah reputasi bersikap baik dan pemurah. Individu lain mungkin mempunyai reputasi sebagai tidak boleh diharap, menipu dan mengkhianat perjanjian. Individu yang lain pula mungkin mempunyai reputasi sebagai seorang pemurah apabila kepercayaan telah terbina, namun menghukum dengan kejam jika ditipu. Teori altruisme timbal balik yang belum dilahirkan menjangkakan haiwan dari apa sahaja spesis untuk mendasarkan tingkah laku mereka kepada respon tanpa sedar terhadap sifat tersebut sesama mereka. Dalam masyarakat manusia, kita telah menambah kuasa bahasa untuk menyebarkan reputasi, selalunya dalam bentuk gosip. Anda tidak perlu merasai kegagalan X untuk membelanjanya minum di pub. Anda terdengar khabar anginbahawa X adalah seorang yang kejam, atau - untuk menambah lagi komplikasi ironik kepada contoh ini - bahawa Y juga adalah seorang yang teruk. Reputasi adalah sangat penting, dan ahli biologi boleh mengiktiraf nilai survival Darwinian bukan sekadar menjadi seorang penimbal balik yang baik, malah perlu juga membentuk sebuah reputasi sebagai penimbal balik yang baik.”[1]

 

 

____________________

1. Sumber (Dawkins - The Illusion of God): ms 219. Diterjemah oleh Bassam Al-Baghdadi, diadaptasi.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: