Khamis, 10 Februari 2022

Bab 3.15: Kajian Ke Atas Kaitan Antara Sumbang Mahram Dan Evolusi

 

Kajian Ke Atas Kaitan Antara Sumbang Mahram Dan Evolusi

 

Mereka yang mendakwa mewakili agama telah menghadapi kesukaran apabila cuba untuk mengenalpasti isteri kepada anak-anak Adam (as). Kebanyakan dari mereka bukan sahaja meyakini yang saudara lelaki mengahwini saudara wanita, malah mereka turut mengatakan bahawa Hawa dicipta dari rusuk Adam. Idea ini wujud dalam agama Yahudi dan Kristian, dan akhirnya berjangkit kepada mazhab Sunni. Mereka telah menjadikan umat manusia sebagai hasil dari perkahwinan Adam dengan tubuh badannya sendiri, dan hasil dari perhubungan sumbang mahram antara saudara lelaki dan wanita. Isu ini telah digunakan oleh ateis yang mendukung evolusi ke atas pendukung agama yang meyakini idea penciptaan terus. Secara saintifiknya telah diketahui bahawa mawas-mawas peringkat atas akan mengelak dari melakukan sumbang mahram. Jadi mengapa Tuhan menciptakan manusia yang mengamalkan sumbang mahram di awal penciptaannya?

 

Penghujahan seperti ini tidak boleh digunakan ke atas para Imam Ahlulbait (as) kerana mereka telah lama menolak fitnah ini ke atas Adam dan keturunannya. Walau bagaimanapun, malangnya sesetengah ahli tafsir Al-Quran Syiah telah menggunapakai fitnah ini atas sebab ia berselari dengan makna literal Quran yang dibayangkan oleh mereka, serta ia turut disebutkan di dalam sesetengah riwayat, walaupun para Imam telah menerangkan bagaimana kaedah menyelesaikan percanggahan. Oleh itu, bagaimana Syiah-Syiah ini boleh mengabaikan urusan Taqiyah dan kaedah yang telah ditetapkan oleh para Imam, iaitu “kebenaran terletak bertentangan dengan musuh” apabila kita dihadapkan dengan percanggahan ini? [a] Kami akan memberi respon kepada isu ini dengan memeriksa pendapat dan menjelaskan kebenaran.

 

____________________

[a] Pent.: Dalam Islam Sunni dan Syiah, bertaqiyah, yang secara literalnya bermaksud takut atau berhati-hati, adalah satu bentuk penafian agama, atau penafian undang-undang di mana seorang individu beriman itu dibenarkan menafikan agamanya atau melakukan tindakan yang mana dalam keadaan biasa boleh dianggap sebagai syirik atau kufur, dalam keadaan takut atau risiko penindasan yang memberi kesan signifikan.

 

 

Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: