Isnin, 7 Februari 2022

Bab 3.8 Maksud Pengangkatan Tanah Dari Bumi Ke Langit Pertama

 

Maksud Pengangkatan Tanah Dari Bumi Ke Langit Pertama

 

Pengangkatan: Ini adalah pengembalian satu atau lebih langkah menuju permulaan atau sumber. Ini bermakna jika kita menggambarkan manusia - serta ciptaan yang lain - sebagai manifestasi (kenyataan) Ketuhanan di dalam keadaan tiada berupaya untuk wujud, maka akan ada beberapa peringkat / darjat jika kita bergerak menjauhi sumber manifestasi, dan manifestasi (kenyataan/kewujudan) tersebut akan mempunyai komposisi cahaya yang lebih sedikit, dan mempunyai lebih banyak

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 149

 

kegelapan (yang diresapi ketiadaannya).

 

Mari kita andaikan dalam alam material yang kita tinggal di dalamnya ini, terdiri dari 10% cahaya dan 90% kegelapan (ketiadaan), dan setiap langkah yang diambil oleh cahaya ke arah kegelapan mutlak (ketiadaan mutlak, kekosongan ilmu dan kesedaran) mewakili nombor bulat. Mengangkat sebuat objek material (sebagai contoh, unsur tanah Adam) selangkah akan membawanya ke alam selari yang mana peratusan cahayanya adalah 11% dan peratusan kegelapannya (ketiadaan) adalah 89%. Dengan kata lain, alam ini adalah terdahulu dari kita.

 

Semestinya alam-alam ini dibahagikan dengan cara yang ideal kerana penciptanya adalah mutlak. Maka alam-alam ini perlu sedekat mungkin dengan sifat mutlak, kerana mereka mewakili entiti pertama yang datang dariNya (Muhammad, ciptaan pertama yang mewakili keseluruhan alam). Untuk menjadikan perkara ini lebih mudah difahami secara matematik, ia bermaksud pembahagi itu adalah nombor paling kecil yang dapat dibayangkan. Anda boleh membayangkan nombor yang kecil yang paling menghampiri sifar, namun anda tidak akan dapat mengetahui nombor perpuluhan ini. Sebagai contoh, jika anda mengatakan 0.0001 sebagai kecil dan paling menghampiri sifar, maka 0.00001 adalah nombor yang lebih kecil, dan seterusnya. Dengan cara ini, anda akan mendapat nombor yang disahkan wujud, dan anda tahu sifat-sifatnya, namun tidak secara tepat. Jika anda meletakkan nombor ini di dalam penyebut mana-mana pecahan, hasilnya adalah nombor yang paling menghampiri infiniti (), kerana penyebutnya adalah nombor yang paling dekat dengan kosong. Ini bermakna, jika kita dapat melihat seseorang itu diangkat di hadapan mata kita, maka kita akan melihat ia semakin menghilang.

Dengan kata lain, kita akan melihat jasad, semakin pudar dan menghilang. Namun orang tersebut bukanlah sebenar-benarnya menghilang; apa yang terjadi hanyalah jasad tersebut telah bergerak ke arah cahaya, ke alam yang berselari dengan kita, dan lebih sempurna darjatnya. Secara alternatif, kita boleh sebutkan ia kembali beberapa langkah ke arah titik permulaan atau sumber, bergantung kepada cara pengangkatan jasad material. Bagaimanapun, jumlah cahaya dan kegelapan, atau kewujudan dan ke-tidak-wujud-an, di luar sumber cahaya atau kewujudan adalah kosong, bermaksud, tiada yang benar-benar wujud di luar sumber ini. 

 

Sebagai contoh, bayangkan sebuah sumber cahaya, yang memancarkan cahaya ke suatu arah tertentu. Setiap langkah cahaya itu bergerak, sesetengah darinya menumpat lalu membentuk helaian jirim yang ditembusi oleh sesetengah dari cahaya tersebut. Dengan ini, cahaya tersebut telah membentuk sejumlah skrin dihadapan sumber cahaya tersebut, dan sesetengah cahaya yang lain menembusi nya. Jumlah skrin ini haruslah sehampir yang mungkin dengan infiniti. Di antara setiap skrin ini adalah vakum yang dipenuhi dengan anti zarah (anti jirim) yang sama dengan jumlah jirim skrin-skrin ini dan tenaga cahayanya. Ini bermakna jumlah jirim dan tenaga diluar sumber cahaya adalah sama dengan sifar, dengan kata lain, tiada yang wujud di luar sumber cahaya. Akan ada diskusi terperinci berkenaan hal ini di bab akan datang. 

 

Gambar Hiasan

 

Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: