Selasa, 8 Februari 2022

Bab 3.9 Hakikat Penciptaan Adam: Turunnya Adam Ke Muka Bumi

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 150

 

Turunnya Adam Ke Muka Bumi

 

Dari apa yang telah kita bincangkan sebelum ini, jelas sekali manusia boleh menjadi kera, atau malah khinzir, dari perspektif keagamaan : 

 

﴿قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّهِ ۚ مَن لَّعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ أُولَٰئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ﴾

Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi."[1]

 

Satu lagi perkara yang jelas dari skriptur keagamaan adalah penciptaan Adam tidak bermula di bumi.

Maksud "pengangkatan" dan keselariannya dengan sains juga telah diterangkan kepada kita. 

 

Sekarang, kita telah mencapai suatu titik dalam diskusi kita di mana kita akan menerokai hubungan antara Adam (as) dan teori evolusi. Kita akan mendiskusikan hal berkenaan jasad Adam dan Hawa serta bagaimana jiwa mereka diturunkan ke bumi dan dihubungkan ke jasad mereka untuk ujian. 

 

Mari kita membuat suatu hipotesis berkenaan jasad material Adam pertama. 

 

1- Hipotesis pertama adalah jiwa Adam muncul dalam bentuk jasad secara terus di bumi ini, memandangkan beliau asalnya dicipta dari tanah dari bumi. Ilmu biologi menolak pernyataan ini. Data dari analisis genetik yang terbaru telah membuktikan asal usul dan susur galur jasad manusia. Sebagai tambahan, bukti bukti sudah semakin terkumpul dari analisis genetik, fosil dan kajian teoritikal untuk mendukung teori evolusi.

 

2- Hipotesis (andaian) yang masyhur di kalangan majoriti agamawan, iaitu badan Adam (as) dari unsur tanah dan air dicipta di bumi ini. Kemudian roh memasuki jasad ini lalu diberi nyawa kepadanya. Walaubagaimanapun, hipotesis ini bercanggah dengan teks Al-Quran, yang jelas menunjukkan penciptaan Adam dan Hawa terjadi pada mulanya di syurga duniawi yang terletak di Langit Pertama. Turunnya Adam ke muka bumi ini kemudiannya terjadi dengan perintah Tuhan, seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini dengan terperinci. Malah, hipotesis ini ditolak mentah-mentah dari sisi saintifik, ia bercanggahan dengan biologi dan analisis genetik atas sebab yang sama dengan hipotesis pertama. Sesiapa yang menggunapakai salah satu dari hipotesis ini perlu membuang sains, kajian saintifik dan fakta dari kamus mereka. Tesis mereka tidak lebih dari suatu delusi (khayalan - waham) yang mereka pilih untuk memperbodohkan diri sendiri. Ia adalah hipotesis yang bercanggahan dengan sains samada secara umum atau terperinci. Asal usul badan kita telah ditentukan secara terperinci baru-baru ini melalui kaedah saintifik yang tepat. Jasad kita tidak wujud secara tiba-tiba untuk kita menyatakan bahawa jasad Adam hanya muncul beberapa ribu tahun yang lepas. 

 

________________

[1] Al-Qur'an Al-Karim Surah Al-Ma'idah Ayat: 60

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 151

 

 

3- Hipotesis ketiga adalah sejak awal masa, sudah wujud sebuah undang-undang yang menyusun atur kemunculan kehidupan dari pelan genetik, dan ia adalah benih pertama yang mempunyai matlamat. Matlamat tersebut adalah untuk membentuk tubuh haiwan melalui perjalanan panjang evolusi sehingga ia sesuai untuk disambungkan dengan jiwa Adam serta dipindahkan sewaktu berada dalam rahim. Hal yang sama juga terjadi dalam kes Hawa:

﴿وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا *‏ أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا *‏ وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا *‏ وَاللَّهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا

{Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat? Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat. Dan Dia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu. Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna}[1]

Ayat-ayat ini jelas menunjukkan kita terbentuk secara berperingkat, sama halnya seperti pembentukan langit-langit atasan: satu alam di atas alam yang lain, satu alam lebih terbentuk, berkembang dan dominan berbanding yang lain. Kemudian ayat Al-Quran di atas diakhiri dengan pernyataan penciptaan kita – kita manusia – pertumbuhan yang bersifat mutasyabih, kerana ia merujuk kepada perihal "menumbuhkan" atau "menanam".

Kita hanya perlu melihat kepada tumbuhan di bumi untuk mengetahui bahawa mereka bermula dengan benih dorman yang mengandungi pelan genetik, pelan yang kemudiannya dilaksanakan oleh benih tersebut apabila persekitaran yang sesuai muncul. Pokok kecil itu lalu melalui proses pertumbuhan, dan dua daun pertama yang muncul dari pokok tersebut mungkin berbeza dengan dedaun pokok tersebut yang akan muncul nanti.

 

{Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari bumi} Dia menumbuhkan kita dari bumi, dan ia memerlukan pelan genetik yang produktif untuk mencapai matlamat yang dikehendaki oleh Allah SWT.

 

Hipotesis ini sesuai dengan penjelasan bahawa Adam dan Hawa menjalani ujian di bumi ini tanpa mempunyai sebarang kelebihan dari orang lain yang membuatkan mereka terkecuali dari ujian duniawi.

 

﴿قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ﴾

{Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.} [Al-Quran 2:38]. 

Ini bermakna jiwa manusia diciptakan dari tanah liat yang diangkat ke Langit Pertama itu kemudian diturunkan untuk disambungkan kepada tubuh haiwan tertentu, dan ujian duniawinya berlaku selaras dengan kemahuan Tuhan. Ini tidak bercanggahan dengan teori evolusi yang telah dibuktikan oleh ahli biologi, khususnya berkenaan asal usul spesis manusia.

 

________________________

[1] Al-Qur'an Al-Karim Surah Nuh Ayat: 14 17

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 152

 

 

Malah ia selari dengan teori evolusi dan perkembangan.

 

Tidak ada sebarang masalah untuk kita menerima idea sebuah organisme yang terbentuk dari tanah dan air sehingga menjadi haiwan fizikal yang hanya terdiri dari tiga roh (roh kehidupan, roh kudrat dan roh syahwat), dan kemudiannya, jiwa (nafs) Adam disambungkan kepada jasad tersebut untuk menjadi pencetus perubahan dari sifat haiwani kepada sifat manusia yang menggalas pemberitaan dari langit, yang mempunyai budaya dan nilai moral. Perkara ini juga menjelaskan loncatan ketamadunan dan kebudayaan yang bermula di bumi Sumer ribuan tahun yang lepas dengan cara yang rasional serta dapat diterima secara saintifik.

 

Hal ini berterusan selepas Adam (as) dengan keturunannya apabila roh iman dan kudus dijelmakan dalam jiwa-jiwa mereka. Sebagaimana jiwa mereka adalah cermin yang mencerminkan roh iman dan kudus, serta jiwa mereka bersifat ketuhanan yang menyeru mereka untuk maju. Jika manusia menggunakan kunci ini dengan betul, maka mereka akan lulus ujian, meningkat naik ke darjat tertinggi dan memperolehi roh iman, dan kemudiannya Roh Kudus, sehingga mereka menjadi manifestasi (tajalli) Allah di muka bimi.

Ini terpakai kepada semua orang, termasuk Muhammad (S), makhluk terbaik: 

 

﴿وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

{Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu roh dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui apakah Kitab itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau adalah memberi petunjuk ke jalan yang lurus}[1]

Bagaimanapun jika manusia membuang kunci ini dan sekadar berpuas hati dengan roh-roh haiwani, maka mereka hanya memusnahkan diri mereka sendiri dan terlepas peluang mereka untuk naik ke darjat lebih tinggi, serta kembali kepada asal haiwani mereka: {Kami katakan kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina.} [Al-Quran 7:166]

 

Ini adalah peringkat kedua. Ia datang selepas peringkat penciptaan Adam di langit pertama, yang mewakili penciptaan Adam yang sebenar. Peringkat yang lebih awal ini terdiri dari proses penurunan jiwa (nafs) Adam (as) ke bumi untuk ujian dan sambungan jiwa Adam ke jasad material di alam fizikal ini agar beliau dan keturunan beliau dapat diuji. Sambungan ini terjadi setelah jiwa Adam diturunkan ke bumi dan berada di situ untuk suatu tempoh yang dikehendaki Allah SWT, dan setelah Adam dan Hawa (as) mengamalkan beberapa amalan ketuhanan di muka bumi ini.

 

Seterusnya, Allah SWT mahu menyambungkan jiwa mereka kepada dua jasad material bumi, dan membuatkan mereka lupa

 

________________________

[1] Al-Qur'an Al-Karim Surah Nuh Ayat: 14 17

 

     

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 153

 

 

kepada keadaan mereka sebelumnya, agar ujian dapat dimulakan.[1] Maka Adam dan Hawa dilahirkan dari makhluk yang sama dengan mereka, setelah jasad makhluk-makhluk tersebut dipersiapkan untuk menerima jiwa seperti Adam (as). Mereka juga memperoleh kemampuan untuk menerima risalah ketuhanan dari Adam (as), yang dilahirkan dari kalangan mereka dan diutuskan kepada mereka.

 

Aneh sekali apabila sebahagian orang boleh menerima permulaan jasad Adam (as), bermula secara terus dari tanah liat, namun menolak ia bermula dari makhluk hidup, walaupun hakikatnya, makhluk hidup lebih tinggi darjatnya dari tanah liat mati!

 

___________________

[1] “Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran?” [Surat Al-Waqi'ah ayat 62] iaitu, kamu berada di dunia sebelumnya yang merupakan Alam Al-Zhar atau Alam Anfus di mana Adam diciptakan di sana, dan kamu juga diciptakan di sana selepasnya. Alam Anfus atau Alam Al-Zhar seperti mana yang kamu telah mengetahui pada penciptaan yang pertama. Mengapa kamu tidak mengingat alam itu meskipun kamu berada di dalamnya dan mengetahuinya, “Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran?”  Untuk alasan ini, Dia Yang Maha Suci berkata, sepertimana kamu diciptakan di alam sebelumnya dan kamu mengetahuinya sebelumnya, tetapi Aku melupakan kamu ketika disambungkan diri-diri jiwa kamu dengan jasad-jasad kamu di bumi ini. Lalu dihijabkan diri-diri jiwa kamu dari mengetahui hal dan keadaan sebelumnya. Dia Yang Maha Suci berkuasa mengulangi perkara ini sekali lagi dan menciptakan kamu di dunia lain dalam keadaan yang lain dan mengulangi apa yang terjadi pada kamu hari ini.

"نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بمَسْبُوقينَ *عَلَى أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَالَكُمْ وَنُنشئَكُمْ في مَا لَا تَعْلَمُونَ* وَلَقَدْ عَلمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَى فَلَوْلَا تَذكَّرُونَ"

Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan,* untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu dan menciptakan kamu kelak dalam keadaan yang tidak kamu ketahui. * Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran? [Surat Al-Waqi'ah ayat 59-62]

  

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: