Khamis, 10 Februari 2022

Bab 3.16 Kajian Sumbang Mahram (Inses): Yahudi Dan Kristian

 

Yahudi dan Kristian


 

Agama Yahudi dan Kristian mempercayai bahawa keturunan Adam (as) adalah hasil pembiakan sumbang mahram dan perkahwinan antara saudara lelaki dan perempuan, dan Hawa telah diciptakan dari rusuk Adam. Kepercayaan yang rosak ini berasal dari mereka dan kemudiannya dipindahkan kepada Al-Sunnah dan sebahagian dari kaum Syiah.

 

Kitab Perjanjian Lama (Taurat) menyatakan seperti berikut mengenai penciptaan Hawa:

 

“Kemudian TUHAN Allah menyebabkan manusia itu tidur dengan nyenyak. Sementara dia terlena, TUHAN mengeluarkan satu daripada tulang rusuk manusia itu, lalu menutupnya semula dengan daging. Daripada tulang rusuk itu, Allah membentuk seorang perempuan, lalu membawanya kepada lelaki itu.”[1]

 

Antonios Fekry menafsirkan ayat ini seperti berikut:

 

 “Hawa dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk Adam. Rusuk di sebelah Jantung-hati dan di bawah lengan, supaya dia meletakkan dengan cintanya dan melindunginya dengan lengannya. Ia tidak dijadikan dari bahagian kepalanya sehingga dia berlagak sombong. Ia juga tidak diciptakan dari kaki, agar lelaki tidak memijak wanita. Perhatikanlah cara Allah: Allah mengambil tulang rusuk Adam, dengan kata lain, mengurangkan sesuatu dari bahagian Adam, iaitu salah satu dari rusuknya. Namun, apa yang diberikan semula kepada beliau? Itulah dia penolong dan pasangannya. Oleh itu, bagi setiap sesuatu yang diambil Allah, Dia menggantikannya kepada kita dengan berkah yang berganda-ganda.”[2]

 

                                            

Paderi Tadrous Yaqoub berkata:

 

“Tuhan telah menceritakan tentang penciptaan Hawa sebagai isteri tunggal Adam. Tuhan menciptakannya Hawa dari bahagian sisi Adam, setelah Dia membuatkan Adam tertidur… Adam telah melihat bahawa Hawa adalah tulang dari tulangnya dan daging dari dagingnya. Dan Adam memanggilnya sebagai wanita kerana dia diambil dari seorang (manusia) lelaki.”[3].

      

Kitab Perjanjian Lama – Taurat - menyebutkan perkara berikut berkenaan keturunan Adam:

 

“Kain mempunyai hubungan suami isteri dengan isterinya. Ia mengandung dan melahirkan seorang anak bernama Henokh. Kain membangun kota dan memberikan nama kota itu sama seperti nama

 

 ________________________

[1] Perjanjian Lama Buku Kejadian 2:22-21:

[2] Tafsiran Alkitab Al-Muqaddas - Perjanjian Lama - Pendeta Anthony Fikri.

[3] Tafsiran Alkitab Al-Muqaddas - Perjanjian Lama - Bapa Tadros Yacoub.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 168

 

anaknya Henokh.”[1]

 

 

Berkenaan ayat dari Taurat ini, Antonios Fekry berkata:

 

 “Isteri Kain adalah saudara perempuannya. Tuhan membenarkan perkara ini di awal waktu demi untuk menambahkan keturunannya. Henokh adalah keturunan ketiga Adam dari jalur Kain. Beliau mempunyai nama yang hampir sama dengan Henokh, keturunan ke tujuh Adam dari jalur Sheth.“ [2]

 

Kita akan lihat bagaimana idelogi yang rosak ini bercanggah dengan fakta-fakta biologikal, di mana mereka telah meletakkan kepercayaan manusia yang rosak ini lebih rendah darjatnya dari cimpanzi, gorilla dan haiwan lain yang bersifat menjauhi sumbang mahram.


________________________

[1] Perjanjian Lama Buku Kejadian 4:17

[2] Tafsiran Alkitab Al-Muqaddas - Perjanjian Lama - Pendeta Anthony Fikri.

 

 

Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: