Isnin, 28 Februari 2022

5.17 Teori Angkasawan Purba

 

Tesis Makhluk Asing

 

Tesis ini dicadangkan oleh Zecharia Sitchin,[1] penulis buku Planet Keduabelas (The Twelfth Planet) dan buku Enki yang Hilang, dengan dukungan para penyelidik yang lain. Idea yang sama turut dibincangkan oleh jurutera Maurice Chatelain, penulis buku Nenek Moyang Kosmik Kita (Our Cosmic Ancestors).[2]

Zecharia Sitchin mencadangkan thesis ini berdasarkan data dar penggalian arkeologikal yang menyebutkan bahawa bangsa Sumer tahu tentang sistem solar ribuan tahun yang lepas. Beliau juga menggunakan lakaran Sumer akan raja-raja mereka dan tuhan-tuhan Annunaki untuk menunjukkan perbezaan ketinggian yang ketara berbanding manusia biasa. Sebagai tambahan, tablet-tablet tanah telah diterjemahkan oleh para pengkaji, termasuk Zecharia Sitchin, dan beliau menafsirkannya dengan maksud makhluk asing telah datang ke bumi ratusan ribu tahun yang lalu. Mereka juga menyimpulkan, bangsa Sumeria, pendahulu ketamadunan manusia, adalah hasil persenyawaan silang antara makhluk asing dan Homo erectus, atau hasil manipulasi gen Homo. Hasilnya, bayi-bayi tabung uji atau sesuatu yang serupa telah dihasilkan, agar hasilnya adalah manusia yang membina ketamadunan manusia, yang permulaannya pada tamadun Sumer Mesopotamia (Iraq) kemudian

 

________________

[1] Zacharia Sitchin: Dia seorang Amerika (1920-2010), pengarang buku terkenal "The Twelfth Planet" (Planet Keduabelas)

[2] Maurice Chatelain: Seorang jurutera Perancis yang bekerja secara sementara di jabatan komunikasi di NASA.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 307

 

 

diikuti oleh tamadun Mesir.

 

Walaubagaimanapun, tiada sebarang data yang kuat untuk mengatakan ini benar terjadi. Sebagai contoh, pendukung tesis ini mengatakan bateri elektrik yang telah dicipta oleh bangsa Sumer, besar kemungkinan dicipta untuk komunikasi, dan kenyataan ini memerlukan bukti. Apa yang lebih mungkin adalah ia digunakan untuk penyaduran logam, atau sesuatu yang sama. Apa pun, tiada sebarang bukti bagaimana bangsa Sumer menggunakan bateri ini.

Pendukung tesis ini juga menggunakan lukisan keseluruhan sistem suria yang dilukis bangsa Sumer, termasuk Pluto yang ditemui pada tahun 1930 sebagai bukti. Menurut mereka, ini menunjukkan bangsa Sumer mempunyai pengetahuan yang maju. Namun hakikatnya, ini langsung tidak menunjukkan kewujudan makhluk asing. Bukti-bukti yang lain, seperti ketinggian badan dengan bentuk raja-raja dan tuhan-tuhan Sumer.

Apa yang merisaukan kami berkenaan tesis ini adalah sesetengah orang bergantung kepadanya untuk menerangkan tamadun Sumer. Ini adalah petunjuk dan pengakuan oleh sesetengah orang bahawa memang wujud loncatan kebudayaan dan ketamadunan di kalangan bangsa Sumer, dan loncatan ini perlu diperkirakan. Atas sebab ini, tesis tersebut telah dicipta dan diterima oleh sesetengah orang. Walaubagaimanapun, tesis ini tetap tidak dapat menahan kritis saintifik. Wujud bantahan terhadap terjemahan dan penafsiran Sitchin ke atas teks-teks Sumer, dan wujud juga bantahan saintifik ke atas apa yang telah dipersembahkan oleh Sitchin berkenaan kosmologi, serta faktanya yang bercanggah dengan biologi evolusi.

Nampaknya Alim Subait Al-Nili (semoga Allah metahmatinya) telah banyak dipengaruhi idea-idea Sitchin. Ini dapat kita lihat dalam tesis beliau berkenaan Gilgamesh Sumer dan Zulqarnain, dan tafsiran beliau ke atas permusafiran (perjalanan) Gilgamesh sebagai berbentuk luar dari bumi. Apa pun, teori ini, di samping tidak mampu bertahan dari kritis saintifik, ia juga tidak mempersembahkan fakta saintifik yang telah terbukti. Sebaliknya ia hanya bergantung kepada penafsiran teks, peristiwa-peristiwa, lukisan-lukisan dan penemuan arkeologikal, yang telah mempunyai tafsiran yang jauh lebih baik, lebih realistik dan lebih masuk akal.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: