Isnin, 21 Februari 2022

4.14 Pelan Genetik dan Fungsinya Yang Mengikuti Hukum

 

Pelan Genetik dan Fungsi Hukum Yang Diikutinya

 

Perkara ini membawa kita kepada apa yang kami bahaskan sebelumnya: menentukan samada sesuatu aktiviti itu bermatlamat atau tidak, bergantung kepada mengetahui permulaan pelannya dan mengetahui bahawa ia asalnya dikodkan dengan suatu hukum serta ditadbir oleh suatu sistem, atau mengetahui hasil dari suatu aktiviti tersebut. Disebabkan pilihan untuk mengetahui pelan dan tindakannya, serta menentukan samada ia rambang atau tidak, adalah pilihan yang tidak sepenuhnya tersedia kepada kita, pilihan yang tinggal hanyalah untuk kita menilai hasilnya (manusia, sebagai contoh), atau menilai sebahagian dari hasilnya (mata, sebagai contoh), serta mengkaji mereka agar dapat kita membuat kesimpulan. Setelah kita melakukannya, maka kita boleh nampak dengan jelas menunjukkan bahawa ia bermatlamat. Sesiapa yang tidak mahu melihat perkara ini walaupun kami telah membahaskan berkenaan mesin kecerdikan, maka itu adalah urusannya.

Kewujudan mutasi yang tidak bermanfaat atau merbahaya, yang menghasilkan gen yang menyebabkan penyakit tertentu, tidak membuktikan bahawa mutasi genetik itu 100% rambang kerana mutasi boleh disebabkan oleh radiasi dari luar organisme, seperti mutasi tertentu yang menyebabkan kanser. Dalam banyak tempat, mutasi seperti itu tidak mempunyai kaitan dengan pelan genetik dan sistem mutasi dalam yang dimilikinya. Sebagaimana kita perlu tahu bahawa apabila kita menyebutkan mutasi genetik sebagai mengikuti suatu hukum dan tidak rambang, itu tidak bermaksud bahawa ia adalah 100 peratus sempurna, supaya tidak ada kemerosotan atau kecacatan yang menghasilkan gen berpenyakit. Ia juga tidak bermaksud generasi seterusnya tidak boleh mewarisi penyakit itu melalui gen, seperti kes kanser payudara. Hal-hal ini terjadi, namun semuanya tidak memberi kesan kepada keseluruhan jalan evolusi yang bermatlamat. Yang penting ialah mencapai matlamat. Berkenaan dengan kehadiran cacat – disebabkan oleh penerima – ini boleh diabaikan kerana ia secara umumnya tidak menghalang laluan evolusi. Ia tidak bermakna pelan genetik itu rambang, mahupun ia bermakna ia tidak direka untuk mencapai sesuatu matlamat. Sistem DNA dan ketepatan strukturnya, ketepatan replikasi maklumatnya,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 228

 

 

dan kebarangkalian kesilapan yang rendah semasa proses replikasi maklumat, semuanya membuktikan gen mempunyai suatu hukum yang mentadbir perubahan dan mutasi mereka, agar perubahan ini, secara keseluruhannya, adalah produktif.

 

Berikut adalah pendapat Dr. Dawkins berkenaan ketepatan dalam proses replikasi yang betul, dan beliau melihatnya sebagai sebuah sistem yang inovatif:

 

Seorang setiausaha yang baik dalam kehidupan sebenar mempunyai kadar satu kesilapan dalam setiap halaman. Ini adalah hampir setengah bilion kali ganda kadar kesilapan gen histone H4.[1]

 

Dr. Dawkins melengkapkan bahawa secara luarannya, pemilihan semulajadi sedang menunggu kesilapan atau kemunduran yang tidak bermanfaat ini terjadi, untuk menghapuskannya:

 

Keseluruhan perbandingan ini sebenarnya agak menipu, namun dari sisi yang sangat menarik telah mendedahkan sesuatu. Saya telah memberikan tanggapan bahawa apa yang sedang kita ukur adalah kesalahan proses salinan. Namun dokumen histone H4 bukan sekadar disalin, malah ia juga telah dihadapkan dengan pemilihan semulajadi. Histone sangat penting untuk kelangsungan hidup. Ia digunakan dalam kejuruteraan struktur kromosom. Mungkin wujud banyak lagi kesalahan salinan gene Histone H4 gen telah terjadi, namun organisme mutan tersebut tidak berjaya untuk terus hidup, atau sekurang-kurang tidak membiak. Untuk menjadikan perbandingan ini adil, kita perlu mengandaikan bahawa pada setiap kerusi juru taip itu ada pistol (automatil), yang mana akan menembak juru taip tersebut jika mereka melakukan kesilapan, dan tempatnya akan digantikan oleh juru taip gantian. Dan ia sangat peka sehinggakan jika taipan membuat kesilapan, ia menembaknya tanpa henti untuk mengambil tempatnya oleh juru taip gantian.” Mungkin pembaca yang sensitif lebih suka membayangkan kerusi dengan spring lontaran yang dengan lancar menembak juru taip gantian yang gigih keluar dari barisan, tetapi pistol memberikan gambaran yang lebih realistik tentang pemilihan semula jadi.[2]"

 

Oleh itu, kecacatan terencat boleh diabaikan jika dibandingkan dengan evolusi serta perkembangan yang terhasil dari pergerakan, perubahan dan mutasi gen, dan ini bermakna bahawa mutasi dan perubahan atau pergantian adalah mengikut hukum dan bukan secara rawak. Sebuah mesin di dalam sebuah kilang yang menghasilkan sesuatu yang khusus dan bermanfaat pastilah mengikuti suatu hukum yang bermanfaat, walaupun ada ketikanya, atas sebab tertentu, ia menghasilkan sesuatu yang tidak bermanfaat atau mempunyai kecacatan, kerosakan atau sesuatu yang memudaratkan. Tambahan pula, jika kita melihat mutasi genetik dan pemilihan semulajadi sebagai sebuah kumpulan kerja yang saling berkait, maka akan menjadi sangat jelas bahawa setiap darinya saling melengkapi antara satu

 

___________________

[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 176

[2] Sumber yang sama.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 229

 

 

sama lain dalam mewujudkan kehidupan dan kepelbagaiannya, evolusi dan perkembangan ke arah yang lebih baik. Ini bermakna, kumpulan kerja ini mengikut suatu hukum dan bekerja berdasarkan hukum yang produktif.

 

Selain itu, wujud juga penghujahan falsafah seperti berikut: Mengapakah sistem genetik atau DNA ini tidak sempurna, dan mengapa ia harus mempunyai kecacatan? Jika pencipta keseluruhan sistem ini adalah sempurna, maka sistem itu sepatutnya menjadi sempurna, dan tidak patut mengandungi kecacatan, seperti yang kita lihat dalam hal saraf laryngeal berulang atau gen yang memindahkan penyakit-penyakit tertentu. Oleh itu, mengapa tidak diciptakan sebuah pelan genetik yang sempurna? Mengapa tidak dibangunkan hukum evolusi yang sempurna agar kecacatan dan pembaziran tenaga tidak akan terjadi semasa dan selepas proses evolusi?!

 

Masalah ini, sebagai tambahan kepada perkara di atas, boleh ditangani dengan beberapa cara:

 

Pertama sekali, sang pencipta atau sang pereka langsung yang melakukan proses penciptaan ini bukanlah Tuhan Mutlak. Sebaliknya mereka adalah makhluk spiritual dari kalangan makhluk ciptaan Allah. Quran menyebutkan bahawa Dia menciptakan dengan tanganNya”, seperti firmanNya:

﴿وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

[Dan langit itu Kami dirikan dengan tangan-tangan Kami. Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.][1] Tangan-tangan Tuhan adalah makhluk ciptaan Tuhan yang bekerja berdasarkan perintahNya, dan pelan genetik adalah ciptaan tangan-tangan mereka, iaitu entiti yang tidak sempurna, dan berbeza dengan Tuhan, yang Maha Sempurna dan Mutlak. Oleh itu, tiada masalah untuk kita mengatakan pencipta pelan genetik tidak membangunkan pelan yang sempurna. Sebaliknya dia mencipta pelan yang menggambarkan ketidaksempurnaan dirinya dan kegelapan yang ada padanya,[2] kerana dia bukanlah Tuhan Mutlak.

 

Kedua, alam fizikal ini bersifat sebagai campuran antara kegelapan dan cahaya, jadi perlaksanaan hukum tersebut masih tertakluk kepada had-had ini. Ini bermakna, penerima hukum ini adalah tidak sempurna, jadi pasti akan wujud kesan ketidaksempurnaan padanya.

 

Ketiga, adakah kita menyangka sang pembuat hukum itu sendiri tidak mahukan kewujudan beberapa kelemahan ini, atau dengan kata-kata bahawa gen-gen yang mewarisi sifat cacat atau berpenyakit? Pada tahap diskusi ini, di mana pembuat hukum yang asal adalah Tuhan, kami mengatakan bahawa penyakit-penyakit adalah ujian yang perlu dilalui, oleh itu Tuhan menguji makhluk ciptaanNya dengan kesabaran. Oleh itu, pada tahap keagamaan, kewujudan kecacatan dan kelemahan itu mempunyai justifikasi.

 

Keempat, hujah ini boleh dibantah dengan fakta yang telah diketahui, iaitu orang yang mencipta hujah ini, Ia adalah bahawa orang yang mencipta masalah berdasarkan sebahagian hasil yang tidak diketahui

 

____________________

[1] Al-Qur’an yang Mulia Surat Al-Zhariyat: Ayat 47

[2] Tangan-tangan ini mereka adalah makhluk ciptaan Tuhan yang bertindak atas perintah-Nya, dan tidak kira betapa dekat dan tingginya mereka, mereka adalah makhluk ciptaan dan bukan ketuhanan yang mutlak. Muhammad dan Ali (as) dan keluarga Muhammad dan para nabi dan malaikat (as) adalah makhluk yang diciptakan di dalamnya terdapat kegelapan dan tidak terlepas dari ketidaksempurnaan yang mereka cerminkan dalam pekerjaan itu.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 230

 

yang dikemukakan pada permulaan dan pertengahannya. Maka Wujud banyak manfaat dari rekaan ini untuk kelangsungan hidup organisme pada peringkat khusus awal evolusi, atau malah pada peringkat khusus hidup sesetengah organisme.

 

Masih tinggal satu isu paling penting berkaitan penentuan sifat pematuhan hukum dalam mutasi genetik: adakah evolusi adalah hasil dari mutasi genetik semata-mata? Dengan kata lain, adakah mutasi genetik adalah penggerak utama evolusi?

 

Malah, hujah berikut sentiasa dipersembahkan untuk membantah sifat patuh-hukum oleh mutasi genetik:

 

Mutasi adalah perlu untuk evolusi, namun jika mutasi sahaja sebagai penggerak tunggal, mana mungkin ia mencukupi? Perubahan evolusi adalah satu bentuk penambahbaikan, ia lebih dari sekadar nasib” semata-mata. Masalah dengan mutasi sebagai satu-satunya penggerak utama evolusi telah dinyatakan dengan mudah: Bagaimana boleh mutasi itu mengetahui apa yang baik atau tidak baik untuk sesuatu haiwan? Dalam banyak-banyak perubahan yang mungkin akan berlaku kepada mekanisme rumit sedia ada contohnya seperti sebuah organ, majoritinya akan memburukkan keadaan. Hanya perubahan sedikit kecil sahaja akan menambah baik keadaan. Sesiapa yang mahu menghujahkan mutasi tanpa pemilihan adalah penggerak utama evolusi, perlu menjelaskan bagaimana sesuatu mutasi itu sentiasa bersifat menambah baik. Melalui kebijaksanaan misteri apakah sesuatu jasad itu memilih untuk bermutasi ke arah yang lebih baik, bukan ke arah yang buruk?[1]

 

Kenyataan Dawkins seolah-olah menunjukkan wujud hanya dua pilihan: samada penggerak utama evolusi adalah mutasi genetik semata-mata, atau mutasi genetik adalah proses rambang dan pemilihan semulajadi sahaja yang menentukan laluan proses evolusi. Hakikatnya, kebenaran itu berada pada jalan pertengahan iaitu: pemilihan semulajadi semata-mata bukanlah penggerak utama proses evolusi, dan mutasi pula bukanlah rambang sepenuhnya. Mutasi genetik itu mempunyai sifat patuh-hukum yang memberikan kemungkinan yang bermanfaat untuk menghasilkan integrasi sempurna yang kita lihat hari ini.

Selain itu, wujud juga kuasa penggerak luaran yang memelihara gen-gen ini dan menyebarkan mereka secara berterusan, dalam masa yang sama memusnahkan gen-gen lain yang memudaratkan. Untuk mengabaikan mekanisme pemilihan akan menyebabkan mutasi kehilangan nilai evolusi, dan dalam masa yang sama, mengabaikan sifat patuh-hukum dan tidak rambang mutasi genetik akan menyukarkan usaha untuk menjelaskan secara saintifik dan logika banyak kejadian yang tidak dapat dipisahkan dari evolusi, contohnya seperti perubahan kelajuan evolusi itu berlaku. Kita mendapati, pada sesuatu masa evolusi hampir

 

________________

. 1. Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 405

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 231

 

 

terhenti, dan pada masa yang lain, ia memecut secara mengejut. Perubahan ini tidak dapat dijelaskan oleh pemilihan semulajadi semata-mata.

 

Sebagai tambahan, mengabaikan sifat patuh-hukum dan tidak rambang mutasi genetik akan menyebabkan kebarangkalian kewujudan kita menjadi sangat kecil – sebuah kebarangkalian yang tidak dapat dicapai dalam had masa yang kita ada. Nombor kecil yang boleh diabaikan ini tidak akan bertambah dengan evolusi kumulatif kerana ia tidak berkaitan dengan evolusi secara keseluruhannya. Sebaliknya, ia berkaitan dengan mutasi. Setiap perincian kecil jasad adalah bermanfaat untuk evolusi dan integrasi sempurna, tanpa mengira betapa kecil kita membayangkannya, dan ia merupakan sebuah mutasi yang berkemungkinan dari julat (capaian) kebarangkalian yang besar, jadi pastilah mutasi itu bersifat patuh-hukum dan tidak rambang. Dawkins sendiri mengakui perkara ini, namun dalam had yang tidak memberi kesan kepada kepercayaan ateis beliau atau membuktikan kewujudan Tuhan.

 

“Dalam kita menolak semua ini sebagai kekarutan mistik, penting untuk kami jelaskan apa yang kami maksudkan dengan mutasi sebagai rambang. Wujud kerambangan dan kerawakan, dan ramai orang terkeliru dengan pelbagai makna perkataan tersebut. Hakikatnya, wujud banyak sisi yang menunjukkan mutasi itu tidak rambang. Apa yang saya ingin tekankan adalah semua sisi ini tidak termasuk apa sahaja jangkaan yang menunjukkan seolah-olah mutasi tersebut akan menjadikan kehidupan yang lebih baik untuk haiwan tersebut. Jika kita menggunakan mutasi tanpa pemilihan, untuk menerangkan evolusi, Kami benar-benar memerlukan apa sahaja yang sama dengan jangkaan ini, digunakan untuk menjelaskan evolusi. Adalah perlu untuk kita melihat dengan lebih dalam, bahawa mutasi itu adalah rambang dan tidak rambang.

Sisi pertama yang menunjukkan mutasi itu tidak rambang adalah seperti berikut. Mutasi terjadi disebabkan oleh peristiwa fizikal yang dapat dipastikan; ia tidak terjadi secara spontan. Ia didorong oleh apa yang kita sebut sebagai mutagen(merbahaya kerana ia sering menyebabkan kanser): X-ray, sinar kosmik, bahan radioaktif, pelbagai jenis bahan kimia dan malah gen-gen lain yang dikenali sebagai gen pemutasi”.

Kedua, tidak semua gen dalam mana-mana spesis mempunyai kebarangkalian yang sama untuk bermutasi. Setiap lokus atau kedudukan pada kromosom mempunyai sifat kadar mutasinya yang tersendiri. Sebagai contoh, kadar mutasi yang mencipta gen untuk penyakit Chorea Huntington, yang membunuh ramai manusia ketika awal pertengahan umur, adalah 1 dalam 200,000. Kadar sepadan untuk achondroplasia (sindrom kerdil, sifat anjing Basset dan dachshunds, di mana tangan dan kaki adalah terlalu pendek untuk badan) adalah lebih kurang 10 kali lebih tinggi. Kadar ini diukur dalam keadaan normal. Jika mutagen seperti X-Ray wujud, kadar mutasi semula jadi akan meningkat tinggi. Sesetengah bahagian kromosom yang berkaitan genetik, kadar mutasi tempatan digelar ‘kawasan panas’ dan mempunyai kadar penyongsangan gen yang

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 232

 

 

sangat tinggi.

 

Ketiga, di setiap lokus pada kromosom, tanpa mengira samada ia adalah kawasan panas atau tidak, mutasi ke arah tertentu boleh menjadi lebih mungkin dari mutasi ke arah yang bertentangan. Ini memberi peningkatan kepada fenomena yang dikenali sebagai ‘tekanan mutasi’ yang mungkin menyebabkan akibat evolusi. Walaupun sebagai contoh, dua bentuk molekul hemoglobin, Bentuk 1 dan Bentuk 2, yang secara selektif bersifat neutral dalam maksud keduanya sama baik dalam membawa oksigen di dalam darah, mutasi dari 1 ke 2 mungkin sahaja lebih kerap terjadi dari mutasi undur dari 2 ke 1. Di dalam keadaan ini tekanan mutasi cenderung menjadikan Bentuk 2 lebih biasa daripada Bentuk 1. Tekanan mutasi dikatakan sifar pada lokus kromosom tertentu, apabila kadar mutasi ke hadapan di lokus itu betul-betul seimbang dengan kadar mutasi undur..

 

Sekarang kita boleh lihat bahawa persoalan samada mutasi itu rambang atau tidak, bukanlah persoalan remeh. Jawabannya bergantung kepada samada kita memahami kefahaman sebenar perkataan rambang tersebut. Jika anda mengatakan ‘mutasi rambang’ itu bermaksud mutasi tidak dipengaruhi peristiwa luaran, maka x-ray telah menyangkal pandangan bahawa mutasi itu adalah rambang.

Dan jika anda membayangkan bahawa mutasi rawak (rambang) bermakna semua gen berkemungkinan sama untuk bermutasi, maka kawasan panas menunjukkan bahawa mutasi tidak rawak. Dan jika anda menganggap bahawa mutasi rawak bermakna tekanan mutasi adalah sifar pada semua lokus kromosom, maka mutasi itu sekali lagi tidak rawak.

Hanya sahaja jika anda mendefinisikan rambang sebagai bermaksud “tiada bias (berat sebelah) umum terhadap penambahbaikan pada badan” barulah mutasi itu menjadi rambang dengan sebenar-benarnya. Semua tiga contoh tidak rambang yang kita telah bincangkan tidak berkuasa untuk menggerakkan evolusi ke arah kemajuan adaptif, bertentangan dengan arah rambangyang lain. Wujud juga jenis kerambangan yang keempat, yang mana ia juga benar namun kurang jelas. Adalah perlu untuk meluangkan sedikit masa untuk ini, kerana ia masih samar-samar walaupun untuk para ahli biologi.” [1].

 

Di dalam petikan di atas, Dawkins dengan jelas mengakui – seperti yang telah dibuktikan secara saintifik – bahawa wujud ‘kawasan panas’ untuk mutasi. Antara perkara lain, beliau juga mengakui bahawa tekanan mutasi itu tidak sama pada semua bahagian. Pengakuan-pengakuan ini menunjukkan

 

___________________

[1] Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 406

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 232

 

 

pelan genetik itu adalah patuh-hukum, tidak rambang dan bukti yang mencukupi untuk kewujudan pembuat hukum di sebaliknya.

Dawkins mendefinisikan kerambangan seperti berikut:

 

“Mutasi tidak benar-benar rawak melainkan rawak ditakrifkan sebagai tiada bias (berat sebelah) umum terhadap penambahbaikan pada badan.”

 

Perkara ini sangat menghairankan. Beliau mengakui kewujudan kawasan panas dalam mutasi genetik dan kewujudan tekanan mutasi yang tidak saksama, dan lain-lain. Kita telah lihat perkara-perkara ini, atau hukum-hukum ini, yang mentadbir pelan genetik serta telah bekerja sama dengan pemilihan semulajadi untuk menghasilkan sebuah struktur yang integratif, terbaik dan kompleks, iaitu, mesin kecerdikan superior pada manusia. Oleh itu, kami berhak mengatakan hukum-hukum ini bukan sahaja menunjukkan pembuat hukum, tetapi pembuat hukum itu sendiri mempunyai matlamat dan mahu menambah baik badan tersebut, kerana kita telah melihat penambahbaikan badan dalam perjalanan evolusi. Aspek paling ganjil pada definisi Dawkins adalah kesimpulan beliau bahawa bias tidak mempunyai matlamat, walaupun ia wujud. Bagaimana beliau boleh mencapai kesimpulan bahawa tidak wujud bias ke arah penambahbaikan badan? Walaupun jika badan tidak menjadi lebih baik (maju), Dawkins memerlukan bukti untuk mendukung dakwaan beliau. Namun hakikatnya, mutasi memang menyebabkan penambahbaikan jasad. Salah satu sebab untuk perkara ini adalah kerana mutasi ditadbir oleh hukum-hukum. Dalam sesetengah kes, ahli biologi, genetik dan malah Dawkins sendiri, alpa pada sesetengah dari hukum ini namun dalam masa yang sama, menyedari hukum yang lain, contohnya seperti hukum kawasan panas, tekanan mutasi tidak saksama dan seterusnya.

Apabila Dawkins mendapati beliau ditentang oleh fakta-fakta saintifik yang mengesahkan bahawa mutasi cenderung dan bias ke arah peningkatan, beliau pergi lebih jauh dan mengakui bahawa mutasi sememangnya bias ke arah penambahbaikan:

 

“Variasi dan pemilihan semulajadi bekerjasama untuk menghasilkan evolusi. Golongan Darwinian mengatakan bahawa variasi itu adalah rambang dalam erti kata ia tidak bergerak ke arah peningkatan, serta mereka juga mengatakan kecenderungan untuk peningkatan dalam proses evolusi datang dari pemilihan semulajadi. Kita boleh membayangkan suatu kesinambungan dalam doktrin evolusi, dengan Darwinisme di satu penghujung dan Mutasinisme di penghujung yang lain. Ekstremis mutasinis[a] mempercayai pemilihan semulajadi tidak mempunyai peranan dalam evolusi. Arah tuju evolusi ditentukan oleh arah tuju mutasi yang ditawarkan. Sebagai contoh, mari kita ambil contoh pembesaran otak manusia yang telah terjadi selama beberapa juta tahun yang lepas dalam evolusi kita. Darwinian mengatakan variasi yang ditawarkan oleh mutasi untuk proses pemilihan adalah termasuk individu yang mempunyai otak yang lebih kecil dan individu yang mempunyai otak yang lebih besar; proses pemilihan telah memilih individu dengan otak yang lebih besar. Ahli Mutasi mengatakan wujud bias yang memihak kepada otak yang lebih besar dari variasi yang telah ditawarkan oleh mutasi; tidak wujud sebarang pemilihan semulajadi

 

______________

[a] Pent: Diterjemahkan dari mutationist (Ahli Mutasi) iaitu ahli akademik yang mempercayai mutasi adalah penggerak utama kepada evolusi.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 234

 

 

(atau tiada keperluan untuknya) setelah variasi ditawarkan; otak menjadi lebih besar kerana perubahan mutasi bersifat berat sebelah ke arah otak yang lebih besar. Untuk meringkaskan perkara ini:

 

Bahawa dalam evolusi, wujud sifat berat sebelah yang memihak kepada otak yang lebih besar; bias ini mungkin datang semata-mata dari proses pemilihan (mengikut pandangan Darwinian),

 

Atau dari mutasi sahaja, "pendapat ahli mutasi",

 

Kita boleh bayangkan kesinambungan antara dua pandangan ini, sebagai satu pandangan seimbang antara dua sumber potensi kecenderungan (bias) evolusi. Pandangan pertengahan adalah bahawa terdapat sedikit kecenderungan (bias) dalam mutasi ke arah peningkatan saiz otak, dan proses pemilihan semulajadi telah menambah bias ini di dalam populasi yang terselamat.

 

Unsur karikatur (membesar-besarkan ciri-ciri khas ) datang dalam bentuk yang dimaksudkan oleh Darwinian apabila beliau berkata tiada bias dalam kepelbagaian mutasi yang ditawarkan untuk pemilihan. Untuk saya, sebagai seorang Darwinian sebenar, ia hanya bermaksud mutasi itu tidak berat sebelah secara sistematik ke arah penambahbaikan yang bersifat menyesuaikan diri atau adaptif.[1]

 

Oleh yang demikian, Dawkins mengakui bahawa mutasi genetik boleh bersifat berat sebelah ke arah kemajuan jasad, dan proses pemilihan pula bekerja untuk meningkatkan bias ini ke arah kemajuan. Sebenarnya pengakuan dan kompromi yang beliau lakukan sudah memadai untuk membuktikan sifat patuh-hukum, disengajakan dan mutasi genetik yang bermatlamat. Bolehkah sifat bias mutasi ke arah ke arah peningkatan yang khusus dan penting, contohnya seperti saiz otak, boleh dijelaskan tanpa menetapkan mutasi sebagai bermatlamat dan patuh-hukum? Tambahan pula, bias ini terjadi pada satu tempoh masa yang khusus? Inilah keadaannya dengan evolusi otak kita dalam tempoh masa baharu kewujudan manusia, beberapa juta tahun tahun dahulu. Mengapa bias ini tidak terjadi pada mamalia lain dalam tempoh masa sebelumnya? Jika ini bukan sesuatu yang dirancang dan jika pelan genetik tidak bersifat patuh-hukum, mengapa evolusi ini terjadi pada tempoh baharu kewujudan manusia dengan kadar yang sangat pantas? Sememangnya, mutasi di dalam pelan genetik pada satu-satu masa

 

___________________

. 1. Sumber (Dawkins - The Blind Watchmaker): ms 408

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 235

 

 

boleh menjadi rambang.

 

Berkenaan kenyataan Dawkins:

 

“Mutasi itu tidak berat sebelah (bias) secara sistematik ke arah penambahbaikan yang bersifat menyesuaikan diri atau adaptif.”

 

Ketetapan ini – walaupun bersifat sewenang-wenangnya, meragukan dan kekurangan sebarang bukti - tetapi ia juga tidak menjejaskan apa yang telah dibuktikan dari kesahihan ke atas sifat patuh-hukum pelan genetik, yang jelas terbukti dengan menunjukkan mutasi itu cenderung ke arah penambahbaikan. Penambahan dan pengukuhan penambahbaikan ini oleh pemilihan semulajadi tidak bermakna mutasi tidak mempunyai bias sistematik ke arah penambahbaikan. Sebaliknya, masuknya proses pemilihan ke dalam persamaan penambahbaikan mengesahkan sistem evolusi ini secara keseluruhannya - yang terdiri dari mutasi genetik yang berat sebelah ke arah penambahbaikan dan prinsip pemilihan patuh-hukum yang menyasarkan pengukuhan penambahbaikan ini – adalah suatu sistem yang tepat dan patuh-hukum dengan matlamat mencapai penambahbaikan badan dengan hala tuju yang khusus dan telah ditentukan, yang merupakan matlamat yang cuba dipenuhi sistem ini. Perkara-perkara ini jelas mengisyaratkan bahawa suatu pembuat hukum berada disebalik semuanya.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: