Khamis, 24 Februari 2022

5.4 Ali, Fatimah dan Anak-Anak Mereka Merosakkan Rekaan Gen Penting Diri, Maka Tidakkah Kalian Terfikir?

 

Ali, Fatimah dan Anak-Anak Mereka Merosakkan Rekaan Gen Penting Diri, Maka Tidakkah Kalian Terfikir?

 

Dawkins berkata:

Mari kita cuba memahami apa yang dirancang oleh gen penting-diri milik kita, kerana kita mungkin mempunyai peluang untuk merosakkan rekaannya, sesuatu yang tiada lain spesis dapat melakukannya. (Dawkins 1989, 3).

 

Hakikatnya adalah, seorang yang adil akan mengatakan bahawa kita, spesis manusia, sememangnya telah menganggu gen-gen penting diri. Moral-moral agung, atau altruisme sejati yang disebarkan oleh para Nabi dan Rasul Tuhan serta diajarkan oleh agama-agama samawi telah memusnahkan sifat penting diri ini. Gen penting diri akan berkata, Anak aku adalah lebih baik dari anak saudara ku; saudara kandung ku adalah lebih baik dari sepupuku; sepupuku adalah lebih baik dari orang yang tidak dikenali; anak-anak di kota ku adalah lebih baik dari anak-anak di kota yang lain; anak-anak negara aku adalah lebih baik dari anak-anak negara yang lain, anak-anak kaumku adalah lebih baik dari anak-anak kaum yang lain, dan negara aku adalah lebih baik dari negara lain.”

Para Nabi dan agama-agama telah membawa ajaran kebaikan dan altruisme kepada orang / entiti asing lebih dari diri kita dan anak-anak kita, dan semua moral (akhlak) altruistik ini tersebar di kalangan manusia. Saya hanya akan menyebutkan sebuah kisah di sini, sebuah kisah sejarah yang terkenal di dalam Islam, dan diceritakan di dalam Quran. Ia adalah kisah penganut risalah Islam itu sendiri, mereka adalah keluarga Muhammad (S), yang merupakan Nabi agama Islam. Ia adalah kisah Ali dan Fatimah binti Muhammad (S) dan anak-anak kecil mereka, menahan kelaparan setelah memberikan makanan mereka kepada para fakir:

 

﴿وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا *‏ إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا﴾

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 277

 

 

{Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan. Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih} [1]

 

Surah Al-Insan ini menceritakan tentang manusia sebenar yang berjaya menang ke atas haiwanisme, dan datang untuk menyelamatkan manusia lain dari sifat genetik penting diri haiwanisme mereka. Mereka tidak mencari reputasi melalui altruisme ini, kerana ia adalah rahsia. Mereka asalnya menjaga ia sebagai rahsia, dan tidak mengumumkannya atau meminta balasan manfaat darinya. Mereka memberi dan tidak mengambil apa-apa sebagai balasan. Pemberian ini bukanlah mudah bagi Ali dan Fatimah, kerana ia membahayakan nyawa anak-anak mereka.

Hasil dari orang-orang ini, dan individu lain dari kalangan Nabi dan Utusan Tuhan, hari ini kita dapat melihat individu, kumpulan dan malah negara yang melebihkan orang asing dari diri mereka, walaupun jika mereka hanya memberikan dalam jumlah yang sedikit dan tidak memberi kesan kepada mereka. Mungkin wujud motif dalam pemberian mereka pada waktu tertentu, namun umumnya ia adalah langkah ke arah yang betul hasil dari tokoh-tokoh agung ini. Mereka adalah contoh-contoh altruistik tertinggi dicontohi oleh umat manusia.

Hari ini, kita telah mempunyai kejayaan sebenar ke atas sifat penting diri genetik, namun semuanya adalah jasa para Nabi dan Rasul agung yang telah meletakkan contoh tertinggi altruisme sejati agar dapat menyelamatkan manusia dari sifat haiwan mereka.

Saya percaya, ahli biologi evolusi atau ahli sosiobiologi ateis sepatutnya akan digerakkan oleh tindakan Ali dan Fatimah untuk sekurang-kurangnya menyemak perkiraannya, mengenangkan mereka adalah orang yang men-diagnos penyakit penting diri genetik, dan memberikan penawar kepada penyakit tersebut lebih seribu tahun sebelum ahli biologi evolusi men-diagnos penyakit tersebut.

 

Dari Ibn Abbas, dia berkata: “Berkenaan dengan firman Allah: [Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.] katanya lagi: Al-Hasan dan Al-Hussain telah jatuh sakit, jadi datuk keduanya, Rasulullah (S) dan sekalian warga Arab datang menziarahi mereka. Mereka berkata, Wahai bapa Al-Hasan, mengapa kamu tidak melakukan nazar untuk anak-anak kamu?Jadi Ali berkata, Jika mereka sembuh dari penyakit mereka, aku akan berpuasa selama tiga hari atas rasa syukur kepada Allah. Fatimah juga menyatakan perkara yang sama, sementara seorang amah bernama Fidhah Nubayah berkata, Jika kedua tuan-ku sembuh, aku akan berpuasa atas rasa syukur kepada Allah.Kemudian keduanya sembuh, dan Keluarga Muhammad  tidak mempunyai sikit mahupun banyak. Ali telah pergi kepada Syam’un Al-Khaibari dan meminjam tiga gantang barli. Fatimah mengambil satu gantang, menggilingnya

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 278

 

 

dan ia membuat roti.

 


Setelah Ali bersolat bersama Rasulullah (S), kemudian beliau pulang. Makanan telah dihidangkan. Namun tiba-tiba, seorang fakir datang berdiri dihadapan pintu dan berkata, Salam ke atas kalian wahai keluarga Muhammad. Aku adalah seorang Muslim yang miskin, berilah aku makanan, dan semoga Allah AWJ memberi kalian makanan dari hidangan di syurga.Ali mendengarnya dan mengarahkan agar dia diberi makanan, lalu mereka tidak memakan apa pun pada hari dan malam itu selain meminum air. Pada hari kedua, Fatimah mengambil satu gantang lagi dan ia membuat roti, Ali bersolat bersama Nabi (S). Apabila makanan dihidangkan di hadapannya, seorang anak yatim datang dan berkata: Salam ke atas kalian, Keluarga Muhammad. Aku adalah seorang yatim, anak Muhajirin. Kedua ibu dan bapaku telah syahid, jadi bolehkah kalian memberi aku makanan?Maka mereka memberi dia makan, dan berlalu hari kedua tanpa merasa apa pun melainkan air. Pada hari ketiga, Fatimah membakar satu gantang lagi, sementara Ali bersolat bersama Nabi. Apabila makanan dihidangkan, seorang tawanan berdiri di hadapan pintu dan berkata, Salam ke atas kalian, ahli rumah nubuwah. Kalian telah menawan kami, namun tidak memberi kami makan. Berilah, kerana aku seorang tawanan.Mereka memberinya makanan dan setelah berlalu tiga hari dan malam tanpa makanan melainkan air. Rasul Allah datang menziarahi mereka dan melihat kelaparan yang sedang mereka hadapi, maka Allah Ta’ala menurunkan ayat Quran:

﴿هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنسَانِ حِينٌ مِّنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْئًا مَّذْكُورًا............... إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا﴾‏

Dari ayat 1-9 Surah Al-Insan (76).[1]

_________________

[1] Sumber (Ibn al-Atheer - Asad al-Ghaba): Bahagian 5, m/s 530 531. Peristiwa sejarah ini diriwayatkan oleh lebih daripada satu jalan Sunni dan Syiah, seperti yang diriwayatkan, misalnya, oleh al- Hakim al-Hassani dalam keterangan wahyu, al-Baydawi, Abu al-Saud, dan Fakhr al-Din al-Razi dalam tafsiran mereka, dan ia telah diriwayatkan oleh Ali Majmla.Ibn Ibrahim dalam Tafsirnya: Bahagian 2 ms 398 , dan telah diriwayatkan oleh Syeikh Al-Saduq dalam Al-Amaliah: hlm.257.

1. Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut? 2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. 3. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir. 4. Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala. 5. Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur, 6. (yaitu) mata air (dalam surga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya. 7. Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. 8. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. 9. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. [Surah Al-Insaan 76: ayat 1-9]

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: