Selasa, 1 Mac 2022

5.19 Sebuah Lagi Tesis Keagamaan

 

Sebuah Lagi Tesis Keagamaan


 

Ia adalah teori di mana roh telah ditiupkan ke badan yang telah dievolusikan di bumi ini. Ia menjelaskan penciptaan Adam dalam dua peringkat. Peringkat pertama adalah penciptaan manusia dari tanah liat, dengan kata lain, penciptaan manusia awal” dari bahan bumi ini sebagai makhluk bipedal (berkaki dua) dan sempurna yang mampu untuk berevolusi. Mereka membayangkan bahawa dengan ini, mereka telah menjelaskan sejarah fosil nenek moyang manusia moden” yang telah ditemui, sebuah sejarah yang menjangkau jutaan tahun. Bagaimanapun, mereka menolak sebarang kaitan evolusinari antara sejarah fosil ini dan hidupan haiwan di bumi yang wujud sebelumnya, dan juga yang datang lebih awal lagi.

Mereka membayangkan bahawa setelah sempurna proses evolusi pada manusia awal” tersebut yang dicipta secara terus dari tanah liat, maka terjadilah peringkat kedua, iaitu ditiupnya roh kepada jasad bersepadu manusia awal yang mempunyai kemahiran berbahasa

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 310

 

 

dan teknologikal, maka terjadilah Adam sebagai manusia moden” yang pertama.

 

Idea ini telah dipersembahkan oleh Dr. Abdul Sabur Shahin di dalam bukunya, Abi Adam - Qishah Baina Al-Khaliqah Al-Asthurah Wal-Haqiqah, (Bapaku Adam: Kisah Penciptaan, Antara Mitos dan Realiti)

Beliau mempercayai, berdasarkan pemahamannya, nenek moyang manusia moden telah dicipta berasingan, sebagaimana keseluruhan spesisnya. Beliau mengiktiraf evolusi hanya dalam had sebuah spesis tunggal atau sebuah keluarga tunggal, yang merupakan sebuah pendapat yang tidak saintifik. Walaupun di dalam had ini, evolusi akan tetap mencapai pen-spesis-an dan menghasilkan spesis yang lain, tanpa mengira berapa lama ia diperlukan. Oleh itu, penspesisan adalah hasil yang tidak boleh dielakkan dari evolusi. Pastinya, ini menunjukkan falasi (hujah lemah) yang besar dalam apa yang Abdul Sabur persembahkan. Beliau berkata:

 

“Idea berkenaan evolusi sang pencipta telah gagal. Dan kami menyebutnya sebagai idea, bukan sebuah teori. Walaupun manusia terpesona dengan teori ini selama berdekad lamanya.. ia telah gagal, bersama semua ideal lain yang terhubung dengannya. Kebenaran berkenaan penciptaan berasingan, yang ditegakkan oleh agama, telah menang, dan ia juga turut disahkan oleh sains. Oleh itu, manusia moden tidak mempunyai nenek moyang lain selain manusia awal, sejak kewujudannya, dan ia bukan monyet. Ikan tetap menjadi ikan di alam akuatik. Dan dia bukan monyet, dan ikan itu tidak lain hanyalah ikan di dunianya yang berair, dan semua itu hanya mengikut kehendak ilahi mutlak dan pencapaian keupayaan sejagat.[1]

 

Kata-kata ini sangat menyedihkan. Malangnya ia diulangi oleh sesetengah agamawan, memetik kata-kata satu sama lain, walaupun hakikatnya ia adalah kenyataan yang tidak saintifik, yang tidak didasarkan kepada mana-mana kajian saintifik yang bererti, mahupun ia telah digunakan oleh mana-mana pusat kajian atau universiti ternama. Saya tidak tahu di mana gagalnya teori evolusi dari sisi saintifik. Adakah ia hanya terjadi di dalam imaginasi pemimpi yang tertipu?!

Evolusi adalah teori saintifik yang penting dan telah dibuktikan dengan pelbagai bukti yang kukuh. Ia telah diakui oleh semua universiti saintifik dan pusat kajian terulung di serata dunia. Tiada bantahan yang kuat ke atas teori ini. Malah teori ini adalah hal yang telah selesai setelah sains mencapai tahap kajian genetik termaju di akhir abad kedua puluh. Tiada lagi orang yang mempertikaikan teori ini, kecuali mereka yang jahil akan pencapaian bidang genetik.

Demi menjelaskan ideanya, Abdul Sabur berkata:

         

“Allah Taala telah berfirman, {Dia telah menciptakan kamu secara berperingkat.}[Quran 71:14]: Dari perspektif sejarah, peringkat ini boleh dimaknakan sebagai tempoh

 

_____________________

[1] Sumber (Syahin, Bapa Adam: Kisah Penciptaan, Antara Mitos dan Realiti): ms 46

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 311

 

 

masa panjang yang dilalui oleh manusia awal, dan perjalanan mereka melalui peringkat-peringkat yang membentuk mereka serta peniupan Roh Tuhan ke dalam mereka: {Dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran, dan penglihatan serta hati.}[Quran 32:9]. Dari perspektif material, peringkat-peringkat ini boleh dimaknakan dengan apa yang datang setelahnya, seperti yang disebutkan di dalam Quran berkenaan janin dan peringkat-peringkatnya di dalam “penetapan yang kukuh”, iaitu rahim ibu. Ayat di dalam Surah Al-Mukminun menjawab sebuah soalan yang timbul dari penyebutan peringkat-peringkat di dalam Surah Nuh.. Apakah peringkat-peringkat ini??.. Jawabannya datang di dalam Surah kedua puluh tiga (Al-Mukminun) di mana Allah Taala berfirman, {Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati tanah} [Quran 23:12]. Ayat ini menjauhkan akal dari kebarangkalian menghimpunkan kedua-dua proses. Manusia moden diciptakan dari pati (unsur) tanah, maka dia tidak diciptakan secara terus dari tanah.. Berkenaan manusia yang dicipta secara terus dari tanah tersebut, dia adalah bapa kepada manusia awal, dan ini adalah jutaan tahun yang lalu. Inilah makna yang disebutkan di dalam Surah ketiga puluh dua (As-Sajdah), yang merupakan tambahan penting untuk menjawab soalan yang timbul dari makna “peringkat-peringkat” di dalam Surah ketujuh puluh satu... Allahu Taala berfirman,

الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ ۖ وَبَدَأَ خَلْقَ الْإِنسَانِ مِن طِينٍ * ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِن سُلَالَةٍ مِّن مَّاءٍ مَّهِينٍ *  ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِ ۖ

{Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air yang hina Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh} [ALSajadah 32:7-9]. Penciptaan manusia moden “bermula dari tanah” merujuk kepada permulaan manusia awal” , kemudian Tuhan mengeluarkan keturunan darinya {sejenis pati, iaitu dari air yang hina}, kemudian ada proses penyempurnaan kejadian serta peniupan roh, maka manusia moden adalah hasilnya yang terakhir... melalui himpunan peringkat-peringkat sejarah purba.”[1]

 

“Kebenaran yang tidak dapat dipersoalkan adalah: antara manusia awal” dan manusia moden”, wujud hal umum dan khusus yang mutlak. Kata manusia awal” adalah terma umum untuk semua makhluk bipedal (berkaki dua) yang muncul di muka bumi, sementara terma manusia moden” adalah terma khusus untuk semua manusia awal yang ditugaskan untuk mengenali Tuhan dan menyembahNya. Oleh itu, setiap manusia moden adalah manusia awal, namun bukan semua manusia awal adalah manusia moden. Apa yang sememangnya dimaksudkan adalah makna yang pertama, yang mana perkataan “manusia awal” telah digunakan di dalam ayat Quran; dialah yang muncul atau bergerak dengan keindahan.[2]

 

“Bersama para ahli antropologi (kajian kemanusiaan), kita boleh menyimpulkan bahawa bumi mengenali makhluk ini yang muncul di permukaannya jutaan tahun yang lalu. Anggaran saintifik saling berbeza, bergantung kepada umur fosil dan hasil kepada analisis saintifik. Para saintis telah salah atau cuai dengan menamakan makhluk ini sebagai manusia moden”, iaitu dengan menyebutnya sebagai manusia moden Peking, manusia moden Jawa, atau manusia moden Kenya, dan nama-nama lain yang mewakili tahap-tahap pembentukan manusia seperti mana yang disebut di dalam Quran. Penggunaan sebutan manusia moden” hanya digunakan untuk mencirikan mereka secara umum, sama seperti sebutan manusia awal” telah digunakan untuk menunjukkan makna manusia moden secara umum. Sepatutnya, terma tepat yang perlu digunakan dalam menamakan makhluk purba yang ditunjukkan oleh fosil-fosil ini, menurut bahasa Quran adalah manusia awal”.

 

___________________

[1] Sumber (Syahin, Bapa Adam: Kisah Penciptaan, Antara Mitos dan Realiti): ms 95-96

[2] Sumber (Syahin, Bapa Adam: Kisah Penciptaan, Antara Mitos dan Realiti): ms 102

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 312

 

 

Oleh itu mereka patut disebut sebagai manusia awal Peking, manusia awal Jawa, manusia awal Kenya dan manusia awal Neanderthal dan seterusnya. Berkenaan terma manusia moden” dari sisi Quran, ia sepatutnya digunakan hanya untuk makhluk yang dipertanggungjawabkan untuk menyembah Allah semata-mata. Makhluk tersebut bermula dengan kewujudan Adam (as).Dengan ini, Adam adalah bapa manusia moden, bukan bapa manusia awal. Tidak wujud sebarang hubungan antara Adam dan manusia awal, yang musnah sebelum beliau demi membuka jalan untuk kemunculan keturunan Adami yang baru, kecuali hanya sekadar hubungan yang berbentuk umum, kerana beliau adalah salah seorang keturunan mereka.”[1]

 

Rumusan tesis Abdul Sabur adalah wujud suatu makhluk bipedal (berkaki dua) yang dicipta secara terus dari tanah jutaan tahun yang lepas. Makhluk itu adalah manusia awal”. Dia mempunyai bentuk badan yang telah berevolusi dan memiliki kemampuan intelektual dan bahasa primitif. Kemudiannya, dia memperolehi suatu roh khusus yang dihembus kepadanya. Maka beliau terbentuk dan menjadi manusia moden” yang pertama, iaitu Adam. Melalui tesis ini, beliau telah mencuba untuk menyelesaikan percanggahan yang jelas lagi terang antara tesis keagamaan tradisional dan sains, memandangkan tidak wujud lagi ruang untuk mempertikaikan apa yang telah tertegak secara saintifik - bahawa sejarah manusia moden meliputi jutaan tahun, dan asal-usulnya adalah dari Afrika, serta berevolusi dalam tahap-tahap yang berturutan.

Abdul Sabur telah cuba menyelesaikan masalah ini dengan mengakui sejarah nenek moyang terdekat manusia moden, atau nenek moyang yang berjalan di atas dua kaki secara khusus, meliputi jutaan tahun. Beliau juga mengakui evolusi, namun menghadkannya dalam tempoh tersebut. Beliau menolak hubungan manusia moden dengan nenek moyang yang lebih tua dari nenek moyang yang berjalan di atas dua kaki tersebut. Beliau juga menolak kewujudan asal usul tunggal semua hidupan di bumi ini, iaitu sesuatu yang telah diterima di dalam biologi evolusinari dan terbukti di dalam kajian genetik. Sebaliknya, Abdul Sabur memberi hipotesis manusia moden awalnya diciptakan sebagai manusia awal beberapa juta tahun yang lalu, dan seterusnya berevolusi menjadi manusia moden yang bertama, Adam (as), tanpa sebarang bukti saintifik mahupun sebarang diskusi. Hipotesis ini bercanggahan dengan biologi evolusinari dan semua bukti saintifik yang membuktikan nenek moyang yang sama memanjang ke belakang waktu tanpa akhir, sehingga ia mencapai titik noktah yang menyatukan semua hidupan bumi: komposisi kimia pertama yang mampu mereplikasi diri yang seterusnya berevolusi kepada RNA, DNA dan bakteria, dan kemudiannya sel eukaryotik, dan seterusnya menjadi organisme haiwan dan tumbuhan yang terdiri dari banyak sel.

Walaupun Abdul Sabur Shahin dan para pengikutnya cuba untuk menyelesaikan percanggahan bermasalah antara tesis keagamaan

 

__________________

[1] Sumber (Syahin, Bapa Adam: Kisah Penciptaan, Antara Mitos dan Realiti): ms 104

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 313

 

yang naif oleh sesetengah agamawan dan fakta yang telah dibuktikan secara saintifik, tesis mereka masih mempunyai sebuah kecacatan yang besar: acap kali ia tidak konsisten dengan apa yang ditunjukkan oleh teks keagamaan yang muhkam. Malah, ia acap kali berkonflik dengan prinsip-prinsip saintifik yang terkenal, seperti yang dijelaskan oleh Abdul Sabur.

Menurut tesis ini, tidak ada sebarang tafsiran logik atau berpatutan untuk ayat atau riwayat yang menyatakan Adam -yang diciptakan dari tanah dan roh - telah diciptakan di syurga.

فَقُلْنَا يَـٰٓـَٔادَمُ إِنَّ هَـٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ ٱلْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰٓ

[Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau akan menderita.] [1]

 

Mereka menganggapnya sebagai taman duniawi, yang bercanggahan dengan banyak ayat dan riwayat.

 

Tidak wujud sebarang penjelasan logik berkenaan Adam yang tidak pernah lapar, telanjang atau dahaga, serta tidak merasai panas matahari, walaupun menurut tesis ini, beliau sentiasa berada di bumi, sejak awal lagi.

إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيہَا وَلَا تَعۡرَىٰوَأَنَّكَ لَا تَظۡمَؤُاْ فِيہَا وَلَا تَضۡحَىٰ

["Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. "Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari".] [2]

Tidak wujud sebarang penjelasan logik dan berpatutan untuk ketelanjangan Adam, dan penampakan bahagian sulitnya, walaupun menurut tesis ini beliau tinggal di bumi.

فَأَڪَلَا مِنۡہَا فَبَدَتۡ لَهُمَا سَوۡءَٲتُهُمَا وَطَفِقَا يَخۡصِفَانِ عَلَيۡہِمَا مِن وَرَقِ ٱلۡجَنَّةِ‌ۚ وَعَصَىٰٓ ءَادَمُ رَبَّهُ ۥ فَغَوَىٰ

{Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan.} [3]

 

Tidak wujud sebarang penjelasan berpatutan berkenaan turunnya Adam dan Hawa dari syurga.

 

قَالَ ٱهۡبِطَا مِنۡهَا جَمِيعَۢا‌ۖ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ۬‌ۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّڪُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَنِ ٱتَّبَعَ هُدَاىَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشۡقَىٰ

 

[Allah berfirman: Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara.] [4]

Tidak wujud sebarang penjelasan berpatutan untuk turunnya Adam ke bumi untuk tinggal di dalamnya setelah keingkarannya. Adalah sangat tidak rasional untuk penggelinciran dan penurunan dari syurga itu adalah dari bumi ke bumi.

فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيۡطَٰنُ عَنۡهَا فَأَخۡرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِۖ وَقُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّۖ وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ

____________________

[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah Taha ayat: 117

[2] Al-Qur’an Al-Karim Surah Taha ayat: 118

[3] Al-Qur’an Al-Karim Surah Taha  ayat: 121

[4] Al-Qur’an Al-Karim Surah Taha Ayat: 123


 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 314



[Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".] [1]

قَالَ ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّۖ وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ

[Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".] [2]

Tidak wujud penafsiran untuk riwayat keagamaan yang mengatakan Adam dalam bentuk tanah terbaring di gerbang syurga sebelum roh ditiup kepadanya.

 

Penulis tesis ini telah memadam sepenuhnya kewujudan Adam dan penciptaan beliau sebelumnya di dalam syurga dari tanah. Pada mereka, permulaan Adam adalah seratus peratus di bumi, walaupun teks Quran jelas menyatakan permulaan Adam (a) adalah syurgawi, dan secara khusus, syurga duniawi di Langit Pertama. Dan mereka pastinya terpaksa menafikan Alam Al-Zhar yang disebutkan di dalam Quran kerana tesis mereka tidak mempunyai ruang untuk alam tersebut, kerana bagi mereka Adam dari awal lagi berada di bumi!

Saya tidak tahu bagaimana, sebagai contoh, mereka akan dapat menerangkan ayat-ayat ini jika mereka diminta untuk menerangkannya, walaupun dalam apa-apa bentuk yang boleh diterima,

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَهُمۡ وَأَشۡهَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُواْ بَلَىٰۛ شَهِدۡنَآۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنۡ هَٰذَا غَٰفِلِينَ*‏ أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِّن بَعْدِهِمْ ۖ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ

[Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri: "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar, kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai tentang ini".atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?"] [3]

 

Di dalam bukunya, Ashal Al-Khalq Wa Amr Al-Sujud [Asal-Usul Penciptaan dan Perintah Sujud], Aalim Subait Al-Nili juga menulis tesis yang sama dengan Abdul Sabur.

Berdasarkan kata-kata Aalim Subait, kita mengetahui beliau mempercayai kesahihan teori evolusi, dan beliau tidak menghadkannya seperti mana Abdul Sabur. Berdasarkan kata-katanya, Aalim Subait mempercayai evolusi dan pemilihan semulajadi seperti yang telah diketahui di dalam biologi evolusinari, dan beliau juga mempercayai Adam adalah hasil dari peniupan roh ke dalam badan yang terhasil dari evolusi di bumi ini. Aalim Subait membezakan antara orang dan manusia seperti yang dilakukan oleh Abdul Sabur Syahin. Walaubagaimanapun, apa yang dianggap oleh Abdul Sabur sebagai ayat Quran yang ditujukan kepada manusia yang dipertanggungjawabkan

 

________________

[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah Al-Baqarah Ayat: 36

[2] Al-Qur’an Al-Karim Surah Al-A’raf Ayat: 24

[3] Al-Qur’an Al-Karim Surah Al-A’raf Ayat: 172 173

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 315

 

 

untuk menyembah Allah, telah dianggap oleh Aalim Subait sebagai bertujuan untuk mengkritiknya, sekaligus telah menerbalikkan isu ini. Maka Aalim Subayt menyatakan orang-orang” awal telah berevolusi menjadi manusia [moden]”. Adam, yang dianggap oleh Abdul Sabur sebagai orang” pertama, adalah manusia pertama menurut Aalim Subait:

 

“Tanah kering adalah pati pekat di ambil dari lumpur, dan ia adalah seketul objek yang mempunyai sebuah hukum dan laluan yang telah terbina, dan mampu melindungi dirinya sendiri. Ia juga mempunyai kudrat untuk membantunya terus hidup dengan cara pembahagian dan pembiakan. Oleh itu, tanah kering dari lumpur tersebut adalah asas kehidupan yang pertama.”[1]

 

“Anda akan mendapati, hipotesis sebelumnya (tanah kering dari lumpur adalah bahan pertama yang diberi nafas kehidupan, yang kemudiannya terbentuk menjadi “orang-orang” awal melalui suatu tempoh masa yang lama) adalah hipotesis yang tepat menurut lebih dari satu aspek.”[2]

 

Untuk menyelesaikan konflik antara hipotesis beliau dan riwayat serta ayat yang bercakap tentang Adam diciptakan dari tanah lembab, Aalim Subayt mencipta hipotesis bahawa Adam diciptakan dari tanah basah dan bukan dari tanah kering, kerana yang diciptakan dari tanah kering adalah orang-orang awal”, yang kemudiannya berkembang menjadi manusia moden. Manusia moden (Adam) adalah yang diciptakan dari tanah basah, dan Adam, manusia moden yang diciptakan dari tanah basah, adalah sebuah produk yang terhasil campur tangah Illahi untuk mempercepatkan proses evolusi melalui pemilihan paksa.

 

Demi menyelesaikan konflik antara kata-kata di atas dan teori evolusi, genetik serta firman Allah Taala, ["..bagi manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental"] [Quran 15:33], beliau menyatakan tanah liat basah di sini bukanlah tanah liat basah yang dikenali semua orang, sebaliknya ia bersifat homogenus, bahan tegas yang berkembang dari tanah liat kering. Demi menyelesaikan konflik antara hipotesis beliau dan firman Allah Taala, {Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah} [Quran 32:7], beliau berkata:

 

“{..dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah}, jelas memerlukan kepada kewujudan suatu jenis kontradiksi, namun di sinilah wujudnya mukjizat Quran. Di dalam Surah Shad, Dia juga menyebutkan Adam diciptakan dari tanah liat lembap, maka perbezaan berada pada terma yang selebihnya. Tuhan berfirman, [Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - dari tanah} [Quran 38:71] adalah berbeza dengan firmanNya, {..dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah} [Quran 32:7]. Firman pertama adalah di masa lalu, apabila Tuhan berkata-kata tentang sesuatu yang akan terjadi di masa hadapan, yakni, Dia akan menciptakan manusia dari tanah liat kering

 

____________________

[1] Sumber (Aalim Subait - Ashal Al-Khalq - Asal-Usul Penciptaan): ms 34

[2] Sumber (Aalim Subait - Ashal Al-Khalq - Asal-Usul Penciptaan): ms 36

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 316

 

 

atau lembap. Maka, Dia menyebut asal usul pertama untuk menunjukkan perbezaan besar antara dua keadaan, bagi menunjukkan keupayaan untuk menyatukannya dengan kuasa perkembangan, sementara dalam firman kedua, Dia sedang berbicara tentang  sebuah insiden yang berlaku sebelumnya, maka ia berlawanan sama sekali dengan yang pertama dalam cara menceritakan insiden tersebut. Makhluk haiwani yang pertama masih belum mencapai tahap manusia awal. Sebaliknya, ia baru mula menjadi manusia awal dari peringkat tanah liat lembap. Berkenaan terma tanah liat basah”, ia sebenarnya benar untuk kedua-dua kes. Berkenaan tahap kesucian pula, ia boleh difahami dari perkataan lain yang berada di dalam teks.”[1]

 

Maka beliau meneruskan andaian yang mengarut untuk melarikan diri dari satu penghujahan, hanya untuk jatuh tersadung di hadapan penghujahan yang lain, ibarat tukang kayu yang menghayunkan kapaknya dengan buta di bawah kegelapan malam.

 

“Wujud sumber yang bersifat menolak pada peringkat tanah liat basah, ambil maklum perubahan pada pencirian: {Melainkan Iblis; ia berlaku sombong takbur serta menjadilah ia dari golongan yang kafir.} [Quran 38:74]. Adam telah menjadikan beliau sombong dan kafir kerana Tuhan telah mencipta sebuah model yang mempercepatkan evolusi dari tanah yang sama, jika kita mengambil idea berkenaan memasukkan sebuah elemen (unsur) atau model mempercepat— yang merupakan satu-satunya idea yang menyelesaikan masalah di dalam riwayat para Ma’sum berkenaan tanah liat basah dan asal usul pertama ciptaan, seperti yang anda akan lihat. Apa yang terjadi sekarang hanyalah, tanah tersebut telah menjadi suci tanpa najis di dalamnya, seperti mana yang disebutkan di dalam salah satu riwayat, dan tanah liat basah yang terbentuk darinya adalah suci dari sebarang najis, berbanding asal usul pertama tanah liat kering dari lumpur yang terbentuk. Janganlah disangka bahawa najis yang disebutkan di sini sebagai najis biasa atau ianya adalah tanah liat basah. Sebaliknya, tanah liat biasa disebut demikian kerana asal usul menurut bahasanya adalah merujuk kepada suatu elemen yang padu dan mempunyai fungsi khusus tertentu. Kemudian, Tuhan mencirikannya sebagai tanah liat yang melekit kerana sifat kepaduannya yang kuat antara elemen-elemennya, disebabkan oleh ketiadaan sebarang najis di dalam kesucian ini. Dengan tahap kesucian ini, manusia moden dicipta tanpa melalui peringkat manusia awal. Maka sila ambil maklum, ia adalah tanah liat basah yang kudus. Oleh itu, ia adalah satu-satunya tempat di mana penciptaan manusia ini dikaitkan dengan Zat Suci dalam bentuk tunggal yang dicipta...”[2]

                       

“Tanah liat basah yang kita lihat ini adalah tanah liat basah milik Adam, yang mempunyai kadar-kadarnya, bahan konsisten dalam elemennya yang dibentuk dari tanah liat kering, bukan dari sesuatu yang lain. Bagaimanapun, Tangan Illahi telah masuk campur dalam mempercepatkan penyuciannya dan pembentukannya dengan penjagaan rapi. Ia melibatkan kemunculan lambat manusia moden yang telah terbentuk ini secara semulajadi.”[3].

 

Secara umumnya, idea atau tesis yang menyebutkan Adam sebagai hasil dari roh yang ditiup kepada jasad yang diangkat

 

________________

[1] Sumber (Aalim Subait - Ashal Al-Khalq - Asal-Usul Penciptaan): ms 74

[2] Sumber (Aalim Subait - Ashal Al-Khalq - Asal-Usul Penciptaan): ms 56

[3] Sumber (Aalim Subait - Ashal Al-Khalq - Asal-Usul Penciptaan): ms 60

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 317

 

 

melalui proses evolusi, adalah idea yang salah dan tidak tepat. Malah, ia bercanggahan dengan ayat yang menyebutkan tentang Alam Al-Zhar:

﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

[Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri: "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar, kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai tentang ini".] [Quran 7:172]

Ia juga bercanggahan dengan ayat yang mengatakan Dia menciptakan manusia dari satu jiwa:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ وَٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَآءًۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبًا

[Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu, dan yang menjadikan daripada  itu pasangannya, dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai.] [Quran 4:1]

 

Ia juga menyanggah riwayat berkenaan titisan sperma yang keluar ketika kematian, serta riwayat dan ayat yang lain.

Tesis ini juga tidak dapat memberikan penjelasan logika untuk kematian dan apa yang terjadi ketika kematian dari segi penarikan jiwa atau roh. Apa hakikat sebenar roh atau jiwa yang ditarik dari badan apabila seorang manusia mati? Adakah ianya adalah roh yang telah ditiup”, roh istimewa yang tidak dimiliki oleh semua manusia melainkan mereka yang telah berkembang” menurut tesis ini? Atau ianya sesuatu yang lain? Hakikatnya, menurut tesis ini, tidak ada sebarang benda yang terhubung dengan jasad duniawi yang telah berevolusi ini. Dalam masa yang sama, kematian sesuatu jasad tidak lebih dari sebuah proses nyahaktif tindakbalas kimia yang menjadikan organ-organ badan berfungsi. Maka, kematian jasad itu tidak mempunyai kaitan dengan penarikan keluar jiwa sebenar. Sebaliknya, ia hanyalah pemberhentian tindak balas yang menyebabkan proses nyahaktif organ-organ dan seterusnya, nyahaktif badan secara keseluruhannya.

Secara saintifiknya, badan yang telah berevolusi di bumi ini hanyalah badan yang terdiri dari bahan-bahan kimia. Jika kita mahu merumuskan perkara ini dalam terma saintifik, kita boleh mengatakan bahawa badan makhluk hidup seperti manusia adalah sebuah koloni yang didiami oleh replikator (DNA, RNA dll) yang mempunyai pelan sebuah mesin tindak balas kimia yang telah dilaksanakan demi keberterusan hidup para replikator dan mewariskannya kepada generasi seterusnya, tidak lebih dan tidak kurang.

Ini mewujudkan beberapa penghujahan yang tidak dapat dijawab oleh tesis di atas. Adalah kurang bijak untuk menugaskan kewajiban keagamaan kepada sebuah jasad yang tidak mempunyai jiwa yang layak untuk kewajiban-kewajiban tersebut. Dari sisi saintifik, badan manusia hanyalah sekadar sebuah struktur kimia, sama sahaja seperti badan kelawar, sotong atau chimpanzi. Oleh itu, bagaimana boleh ia diberikan tanggungjawab dan kemudiannya akan ditanya berkenaan tanggungjawab itu atau dihukum pada kemudian waktu? Entiti apakah yang sebenarnya diberi tanggungjawab keagamaan dan yang akan ditanya? Adakah ianya merujuk kepada badan, suatu entiti yang terdiri dari bahan-bahan kimia yang bertindak balas, yang membolehkannya melaksanakan fungsi-fungsi tertentu?!

Jika peniupan roh adalah suatu kemuliaan dan peninggian darjat, maka ia bukanlah sesuatu yang tepat untuk sesuatu roh ditiupkan kepada suatu jasad namun tidak pula kepada jasad yang lain, kerana badan hanyalah mesin kimia yang tidak layak untuk tanggungjawab yang ditugaskan, dan kemudiannya, salah satu dari mereka akan dipertanggungjawabkan sementara satu yang lain diberi ganjaran. Ini bercanggahan dengan sifat adil Yang Maha Besar.

Bagaimanapun kita mendapati Aalim Subait berkata:

 

“Sejak dicipta ketulan darah sehinggalah masa kematian, setiap satu dari mereka menerima jumlah roh yang berbeza. Sesetengah dari mereka mati tanpa roh, dan sesetengah dari mereka dilahirkan dengan roh agung.”[1]

 

Apakah kriteria untuk “peniupan roh”? Adakah ia bergantung kepada amalan dan ketaatan? Realitinya, ia pastinya bukan ketaatan dari sebuah badan yang hanya terdiri dari bahan kimia yang bertindak balas, yang mana tindak balasnya hanya menghasilkan syahwat jasmani, kudrat dan kehidupan dalam bentuk aktiviti dan fungsi organ. Dari sisi saintifik, semua ini hanyalah sekadar daya-daya fizikal, dapat diterangkan sepenuhnya dari sisi fizikal, dan tidak memerlukan hipotesis bukan fizikal. Riwayat menyebut mereka dengan terma roh syahwat, kudrat dan hayat, dengan kata lain, merujuk kepada aktiviti dan fungsi organ-organ yang dimiliki oleh semua makhluk hidup. Roh-roh ini tidak lebih dari komponen material jasad dan hasil-hasil yang datang darinya.

Saya percaya apa yang telah saya jelaskan adalah mencukupi untuk menunjukkan tesis ini tidak betul. Inilah sebabnya saya tidak akan membincangkannya dengan lebih terperinci, walaupun sesiapa sahaja yang membaca buku ini mungkin mempunyai banyak untuk dibincangkan berkenaannya.

Apa yang telah saya jelaskan dalam buku ini adalah hal yang sebenar, iaitu setiap manusia dilahirkan dengan sebuah jiwa yang diciptakan dari tanah liat basah yang diangkat serta ditiupkan roh kepadanya. Jiwa ini terhubung dengan badan dan mempunyai interaksi dan keupayaan untuk merasai kenikmatan, kesakitan, kehidupan dan kematian badan. Ia mempunyai kesan material kepada badan, seperti apa yang dilakukan oleh stimulus aktif di dalamnya.

Oleh kerana jiwa ini diciptakan dari peniupan roh, ia adalah satu bentuk roh yang jelas dan jernih, dan bentuk akal yang sempurna. Oleh itu, ia layak untuk taklif (kebertanggungjawaban agama) dan dibolehkan untuk memberi tanggungjawab agama kepadanya. Jiwa telah ditugaskan dengan tugas ketuhanan untuk taat, dan ia diuji di dunia ini melalui hubungannya dengan badan yang bersifat duniawi dan mempunyai keinginan syahwat.

Dari penerangan di atas, jelas semua semua orang mempunyai jiwa yang layak untuk diberi tanggungjawab agama, dan semua orang mempunyai kapasiti dan kemampuan yang sama. Maka tidak wujud sebarang hujah ke atas sifat adil Tuhan. Dia telah menjadikan semua orang setara dan meletakkan mereka di dalam ujian duniawi. Muhammad, Ali, para Nabi dan Washi, serta mereka yang soleh telah menang melalui amalan mereka. Pada awalnya Tuhan tidak memilih mereka ke atas manusia yang lain, kerana ini akan bercanggahan dengan keadilanNya. Maka mereka yang menyertai ujian

 

________________

[1] Sumber (Aalim Subait - Ashal Al-Khalq - Asal-Usul Penciptaan): ms

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 319

 

 

mempunyai peluang yang sama dengan Muhammad (S), Ali, para Nabi dan Washi (as); namun mereka tidak beramal dan taat, lalu tewas dalam ujian ini.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: