Jumaat, 18 Mac 2022

6.18 Alam Ini Mempunyai Permulaan

Alam Ini Mempunyai Permulaan

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 489

Alam yang kita diami ini terdiri dari jirim yang bisa dilihat, pada asasnya seperti awan-awan gas, serpihan batu, planet-planet dan bintang yang menyala. Ia tersusun di dalam suatu kumpulan yang digelar galaksi. Sesetengah dari galaksi ini mengandungi berbilion bintang, sesetengah yang lain malah mencapai setrilion bintang. Mereka bergerak menjauhi satu sama lain di dalam alam ini pada kelajuan dan pecutan yang ketara. Sesetengah dari mereka mempunyai bentuk lingkaran, yang lain pula berbentuk bujur, heliks, atau tidak tersusun; wujud yang berbentuk cacat akibat dari pelanggaran dua galaksi. Galaksi-galaksi tersebut disusun di dalam sebuah kelompok galaksi yang mewakili wilayah jirim yang bisa dilihat di dalam alam ini. Sebuah kelompok boleh terdiri dari ratusan atau ribuan galaksi.

Ini adalah isu-isu asas, terbukti dari pemerhatian astronomi dan beberapa hukum fizik, seperti Kesan Doppler yang disebabkan oleh perubahan di dalam frekuensi relatif. Apa yang perlu kita ambil perhatian di sini adalah kesimpulan yang telah dicapai oleh ahli astronomi, iaitu galaksi-galaksi bergerak semakin menjauhi antara satu sama lain pada kelajuan yang meningkat. Ini menunjukkan alam ini sedang berkembang dan bukanlah pegun. Dengan kata lain, alam ini lebih kecil pada waktu silamnya dan mempunyai ketumpatan yang lebih besar. Ini bermakna alam ini mempunyai permulaan dan bukanlah bersifat abadi. Ini telah dibuktikan melalui pemerhatian, kesan Doppler pada perubahan frekuensi relatif, dan seterusnya, radiasi latar belakang kosmik. Bagaimanapun, sebelum radiasi latar belakang kosmik, dentuman besar mempunyai sebuah pesaing, model keadaan-tetap yang telah dipersembahkan oleh Hermann Bondi, Thomas Gold dan Fred Hoyle. Boleh dikatakan bahawa, model ini telah cuba menjelaskan galaksi bergerak menjauhi satu sama lain dalam rangka alam yang tidak mempunyai sebuah permulaan. Ia hampir menjadi sebuah percubaan untuk membatalkan permulaan tersebut dan apa yang diwakilinya: sebuah isyarat bahawa suatu entiti yang lebih besar dari alam ini mungkin telah menyebabkan permulaan kepada alam ini.

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

Tiada ulasan: