Sabtu, 19 Mac 2022

6.24 Antijirim

 

Antijirim

 


Mengikuti teori kerelatifan khas Einstein, prinsip kesetaraan dan teori mekanik kuantum, Paul Dirac, yang membuat sumbangan asas kepada mekanik kuantum, mendapati bahawa apabila mengira tahap tenaga, ia memberikan keputusan matematikal yang positif dan juga negatif. Keputusan negatif yang ditemui oleh Dirac ini tidak mempunyai penjelasan yang tepat melainkan dengan menganggap ia seperti lubang yang boleh menyembunyikan elektron sekiranya ia jatuh ke dalamnya. Pada tahun 1932, sewaktu membuat pemerhatian ke atas radiasi kosmik, Carl Anderson[1] menemui zarah yang mempunyai jisim elektron tetapi dengan cas positif. Zarah ini dinamakan positron atau antielektron. Ia adalah lubang elektron yang akan menyebabkan kedua-dua elektron dan positron menghilang jika elektron jatuh ke dalamnya.

Peringkat penemuan antijirim telah bermula dan seterusnya, lawan kepada jirim-jirim lain turut ditemui.

 

Antizarah mempunyai jisim yang sama seperti zarah material yang mereka temui. Bagaimanapun, selalunya mereka [2] mempunyai cas yang berlawanan. Kadang-kala, beberapa bahagian antizarah (contohnya kuark) mempunyai cas-cas yang berlawanan dengan bahagian-bahagian zarah material. Sama juga bagi neutron yang mempunyai cas sifar.

Elektron mempunyai cas negatif, manakala antielektron (atau positron) mempunyai cas positif.

Proton mempunyai cas positif dan antiproton mempunyai cas negatif.

Neutron tidak mempunyai cas positif mahupun negatif, seperti halnya dengan antineutron.  Walau bagaimanapun, kedua-duanya terdiri daripada kuark yang casnya bertentangan antara satu sama lain.

Jika mereka berlanggar, antijirim dan jirim akan termusnah, dan seterusnya menghasilkan tenaga yang tinggi. Sama juga, foton bertenaga tinggi (seperti foton sinaran gamma) boleh menukarkan tenaga tinggi mereka kepada zarah jirim dan antijirim, sebagai contoh, elektron dan positron, di dalam hukum Einstein,

 

________________________

[1] Karl Anderson 1991-1905 M), ahli astronomi dan fizik Amerika

[2] Neutron juga mempunyai antijirim, walaupun ia bercas sifar, dan antineutronnya juga bercas sifar.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 514

 

 

E=mc2.

Foton alam semesta adalah bertenaga tinggi pada permulaan pembentukannya. Itulah sebabnya pasangan zarah jirim dan antijirim sentiasa muncul dan dimusnahkan secara berterusan, meninggalkan baki foton bertenaga tinggi untuk  mengulangi kitaran berterusan.

 

Sepasukan penyelidik telah dapat melakukan proses sintesis ke atas atom antihidrogen, walaupun mereka dapat mengekalkannya hanya untuk sebahagian dari satu saat, kerana antijirim tidak dapat diletakkan di dalam sebuah balang jirim kerana jika disatukan, kesemuanya akan dimusnahkan. Cara untuk memelihara antijirim adalah dengan memasukkannya ke dalam dinding medan magnet yang kuat. Walau bagaimanapun, medan ini tidak dapat menghalang atom jirim daripada melaluinya.  Akibatnya, jangka hayat antijirim tersintesis adalah pendek selagi jirim mengelilinginya.

 

Satu isu penting tentang antijirim masih terus wujud, iaitu model piawai menganggap alam semesta material terbentuk disebabkan bilangan zarah jirim yang telah dilebihi pada nisbah satu dalam setiap bilion ketika permulaan pembentukan alam semesta. Tiada justifikasi untuk jumlah yang melebihi tersebut. Atas sebab ini, sememangnya munasabah untuk mengandaikan kewujudan antijirim di salah satu sempadan alam semesta kita, mungkin di sudut yang jauh dari jirim di bawah pemerhatian kita. Jika antijirim hadir dalam skop yang sama dengan jirim, dan jisim jirim bertembung dengan jisim antijirim yang kira-kira sebesar bintang, maka tenaga yang dibebaskan oleh pemusnahannya akan menjadi sangat tinggi, seperti yang disebutkan oleh hukum Einstein, E=mc2, dan  tenaga ini mungkin dianggarkan sama dengan tenaga berbilion bintang.

 

Jika tenaga pada jumlah ini dilepaskan sekaligus, ia pasti boleh diperhatikan, walaupun ia berada di galaksi yang paling jauh. Ini semakin terbukti memandangkan kemajuan besar kosmologi.  Atas sebab ini, jika antijirim wujud, ia pastinya berada di sudut alam semesta selain daripada sudut di mana wujud gugusan galaksi material yang kita kenali, perhatikan dan diami.

 

“Namun, alam semesta kini kelihatan tidak seimbang: kami menjangkakan zarah dan antizarah tercipta dalam jumlah yang sama, namun kami mendapati kosmos dikuasai oleh zarah biasa, yang kelihatan sangat gembira tanpa antizarahnya. Adakah wujud antijirim tersembunyi di alam semesta ini yang menyumbang kepada ketidakseimbangan ini?  Adakah wujud hukum fizik yang telah dilanggar (atau adakah wujud hukum fizik yang tidak diketahui?) semasa alam semesta masih muda,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 515

 

 

yang akhirnya memberikan keseimbangan yang memihak kepada jirim berbanding antijirim?  Kita mungkin tidak akan tahu jawapan kepada soalan-soalan ini.”[1]

 

____________________

[1] Sumber (Tyson dan Smith - Permulaan): ms 39

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: