Isnin, 21 Mac 2022

6.27 Alam Berbagai

 

Alam Berbagai (Multiverse)


 

Telah ditunjukkan bahawa terdapat kebingungan yang jelas atau sekurang-kurangnya, beberapa perkara yang kabur di dalam mekanik kuantum, terutamanya berkaitan dengan kebarangkalian dan ketidaktentuan. Tiada jawapan yang meyakinkan untuk semua orang samada Bohr, Heisenberg atau yang lain berkenaan takdir kemungkinan lain yang dijangkakan untuk zarah atau gelombang, yang tidak direkodkan dalam pemerhatian dan ketika keruntuhan fungsi gelombang. Untuk menyelesaikan dilema ini, seorang pelajar pasca siswazah di Universiti Princeton bernama Hugh Everett telah membentangkan teori alam berbagai.

 

"Kepentingan hasil kerja Everett, yang diterbitkan pada tahun 1975, ialah beliau mengambil idea yang kelihatan karut dan meletakkannya di atas asas matematik yang kukuh dengan menggunakan peraturan teori kuantum yang telah ditetapkan. Adalah satu perkara untuk membuat spekulasi tentang sifat alam semesta, namun menjadi perkara yang berbeza untuk mengembangkan spekulasi tersebut menjadi teori realiti yang lengkap dan konsisten.”[1]

 

Semua kemungkinan peristiwa yang lain - atau kita boleh menyebutnya sebagai realiti alternatif - wujud dalam alam berbagai ini, walaupun kita tidak dapat melihat satu pun daripada kemungkinan tersebut. Sudah tentu, ini adalah realiti yang kita sedang alami dan lihat sekarang. Oleh itu, daripada menjawab

 

_______________________

[1] Sumber (Griben - Mencari Kucing Schrödinger): ms 258

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 529

 

 

secara tidak logik dengan menyatakan bahawa kemungkinan yang lain tersebut menghilang pada saat pemerhatian dan bahawa saat pemerhatian tersebut telah mencipta salah satu kemungkinan - iaitu realiti yang kita alami - dan menghilangkan yang lain - realiti alternatif - dan daripada memberikan pemerhati dan proses pengukuran pengaruh yang tidak dapat difahami dalam mencipta realiti dan membuat satu lagi hilang, Hugh memperkenalkan penjelasan yang menyatakan bahawa semua kemungkinan tersebut wujud dalam realiti dan telah direalisasikan, tetapi di dunia lain atau alam semesta lain. Ini bermakna tiada keruntuhan dalam fungsi gelombang. Sebaliknya, lebih daripada satu realiti sebenar wujud, tetapi dalam dunia dan alam semesta yang berbeza, yang muncul dalam gangguan yang boleh diukur pada tahap kuantum, apabila kita mengukur zarah. Contohnya, apabila kita memilih salah satu daripada imej realistik ini dan memerhatikannya, proses pemerhatian yang sama menghalang kita daripada melihat dan mengukur imej realistik yang lain. Atas sebab ini, kita dapat mengukur dan memerhati salah satu imej yang realistik.

 

Ini bermakna bahawa dalam eksperimen dua celahan, apabila satu elektron dihantar ke arah kedua-dua celahan dan skrin latar sedang merekodkan gangguan, terdapat, pada hakikatnya, zarah yang masuk dari celahan pertama dan zarah masuk dari celahan kedua. Walau bagaimanapun, apabila kita memerhati kedua-dua celahan dan melihat zarah melintasi hanya salah satu daripadanya, apa yang berlaku ialah kita melihat apa yang berlaku di salah satu alam semesta manakala apa yang berlaku di alam semesta yang lain disembunyikan daripada kita dan kita hanya dapat melihat zarah yang kita perhatikan di alam semesta pertama.

 

Ini sebenarnya bukan sahaja menunjukkan kewujudan banyak alam semesta, tetapi ia juga bermakna bahawa satu zarah mempunyai lebih daripada satu kewujudan.  Dalam erti kata lain, ia mempunyai sekurang-kurangnya satu kewujudan di setiap alam semesta dan oleh itu, kita juga wujud di alam semesta lain.

 

Paling ketara, akibatnya, kausalitas telah dipulihkan ke dalam mekanik kuantum dan peristiwa kuantitatif telah menjadi munasabah dan logik.

 

“KUCING SCHRÖDINGER:

 

Sukar untuk memahami maksudnya apabila kita bercakap tentang keruntuhan fungsi gelombang seluruh alam semesta, tetapi lebih mudah untuk melihat mengapa pendekatan Everett mewakili satu langkah ke hadapan jika kita melihat contoh yang lebih sederhana. Pencarian kami untuk kucing sebenar yang tersembunyi di dalam kotak paradoks Schrödinger telah berakhir, kerana kotak itu hanya memberikan contoh yang saya perlukan untuk menunjukkan kuasa tafsiran mekanik kuantum ke atas alam berbagai. Kejutan tersebut adalah laluan itu tidak membawa kepada hanya seekor kucing sebenar, tetapi dua.

Persamaan mekanik kuantum memberitahu kita bahawa di dalam kotak eksperimen pemikiran terkenal Schrödinger terdapat versi fungsi gelombang "kucing hidup" dan "kucing mati" yang sama nyata.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 530

 

 

Tafsian Everett menerima persamaan kuantum sepenuhnya pada nilai muka dan mengatakan bahawa kedua-dua kucing tersebut adalah nyata. Ada kucing hidup, dan ada kucing mati; namun kedua-duanya terletak di dunia yang berbeza. Atom radioaktif di dalam kotak bukan sekadar mempunyai satu pilihan sahaja, iaitu samada mereput atau tidak, tetapi hakikatnya ia adalah kedua-duanya. Menghadapi keputusan ini, seluruh alam semesta ini berpecah kepada dua versi dirinya, sama dalam semua aspek kecuali dalam satu versi atom mereput dan kucing tersebut mati, manakala di satu versi lagi atom tidak mereput dan kucing tersebut hidup. Kedengarannya seperti fiksyen sains, tetapi ia jauh lebih mendalam daripada fiksyen sains, dan ia berdasarkan persamaan matematik yang sempurna, akibat yang konsisten dan logik untuk mengambil mekanik kuantum secara literal.”[1]

 

Dalam penyelesaian lama untuk masalah ini, peristiwa atau kemungkinan akan menjadi terkumpul dan semuanya dapat dijangka. Pada masa pemerhatian, peristiwa-peristiwa ini melepaskan diri dari satu sama lain dan hanya satu daripadanya muncul (menjadi realiti) kepada pemerhati tanpa penjelasan untuk kehilangan peristiwa atau kemungkinan yang lain (realiti alternatif). Seolah-olahnya tidak ada peristiwa yang benar dalam penjelasan Copenhagen.Berkenaan penyelesaian oleh Hugh Everett, semua peristiwa atau kemungkinan tetap berlaku dan tidak mewujudkan proses pemerhatian atau pengukuran peristiwa tanpa peristiwa lain. Pada masa pemerhatian, semua kemungkinan atau kejadian berlaku dan tercipta, namun ia berlaku di dalam lebih daripada satu alam semesta. Apa yang kita perhatikan hanyalah peristiwa yang terdapat di dalam salah satu dari alam ini. Ini bermakna bahawa semua kemungkinan yang ada telah menjadi realiti mengikut penjelasan alam berbagai, namun kita hanya melihat apa yang kita perhatikan—iaitu, apa yang sedang berlaku.  Oleh itu, penyelesaian alam berbagai mungkin telah menamatkan masalah kemungkinan dan kehilangan kemungkinan tersebut.  Atau, seperti yang disebutkan oleh Einstein: "Tuhan tidak bermain dengan dadu".

 

Jelaslah bahawa penerangan tentang alam berbagai adalah lebih logik kerana ia tidak menghapuskan prinsip sebab-akibat.  Ia menunjukkan kewujudan lebih daripada satu realiti.  Oleh itu, apabila kita memerhatikan alam ini, ia bermaksud kita telah memilih satu realiti dan ia menjadi sebahagian daripada alam semesta kita. Dalam menerangkan alam berbagai, masa lalu telah ditentukan, tetapi ia adalah masa lalu atau sejarah untuk lebih daripada satu alam. Pemerhatian kita telah menentukan sebuah sejarah yang khusus untuk alam kita, yang mana kita hidup di dalam sejarah sebenar tersebut, dan oleh itu, sejarah sebenar tersebut kekal sebagai sebuah realiti yang  terpisah dari kita akibat dari pemerhatian. Ini bermakna, sekurang-kurangnya, diagnosis kita ke atas sejarah dentuman besar tidak bermakna kemungkinan atau sejarah itu hilang sehingga menyebabkan ia tidak akan kembali.  Ini kerana semua

 

_______________________

[1] Sumber (Griben - Mencari kucing Schrödinger): ms 257

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 531

 

 

kemunginan atau sejarah tersebut adalah sejarah sebenar dan itulah sebabnya ia wujud sebagai alam yang menjadi sebahagian dari alam semesta super dan alam kita adalah sebahagian daripadanya juga. Masa depan adalah mustahil untuk diketahui berdasarkan penjelasan alam berbagai, kerana ia bercabang kepada beberapa laluan dan kita akan berada di dalam salah satu daripadanya pada masa tertentu di masa hadapan.

Ini mengingatkan kita kepada kata-kata yang diucapkan hampir 1400 tahun dahulu:

 

﴿ يَمْحُو اللّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبتُ وَعِندَهُ أُمُّ الْكتَاب﴾.

 

[Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan  pada sisiNya ada Ibu Kitab.] [Quran 13:39].

 

Fizik hari ini mengesahkan kesahihan Al-Quran. Malah, ia turut mengesahkan kesahihan kaedah keturunan Muhammad (as), kerana tidak ada orang lain kecuali mereka yang telah menjelaskan ayat ini pada awalnya. Penentang Ahl Al-Bayt pada mulanya telah mengeji kata-kata mereka.  Sekarang kita berada di sini, seratus tahun selepas mekanik kuantum membuktikan kesahihan apa yang dikatakan oleh keturunan Muhammad (as).

 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, teori alam berbagai telah digunakan sebagai balasan kepada hujah pemalar kosmologi yang ditetapkan untuk membolehkan pembentukan jirim dan alam semesta yang kita diami. Kewujudan sejumlah besar alam semesta menyediakan jumlah kemungkinan yang besar.  Oleh itu, tidaklah pelik untuk salah satu daripada kemungkinan ini adalah kewujudan alam semesta kita ini. Kami telah menunjukkan bahawa kelemahan penyelesaian ini dalam permasalahan menentukan pemalar kosmologi.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: