Isnin, 7 Mac 2022

5.31 Gilgamesh, Seorang Watak Keagamaan

 

Gilgamesh, Seorang Tokoh Agama


Epik Gilgamesh dipenuhi dengan simbol-simbol.

Ia mengandungi visi simbolik dan menjelaskan makna sesetengah simbol tersebut.

Ia juga mengandungi perkataan dan peristiwa simbolik. Sebagai contoh, ketika pertempuran berkecamuk antara Gilgamesh dan Enkidu, kita dapati semuanya menjadi tenang secara tiba-tiba, dan Enkidu bangun dengan segera dan dengan hormat berkata kepada Gilgamesh:

 

Kaulah satu-satunya lelaki,

Kaulah yang dikandung oleh ibumu,

Ibumu yang melahirkan engkau Ninsun...

Dan Analil mengangkat kepalamu tinggi di kalangan manusia,

Kuasa kerajaan padamu ke atas manusia.[1] 

 

_______________________

[1] Sumber (Taha Baqir - Epik Gilgamesh).

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 381

 

 

Persoalannya di sini adalah, jika Enkidu telah mengetahui perkara ini dari awal, mengapa dia melawan Gilgamesh?! Adalah sangat tidak logik untuk apa yang disebutkan sebagai “pertempuran” di sini, merujuk kepada pertempuran fizikal antara Gilgamesh dan Enkidu. Sememangnya adalah mungkin untuk kita mengatakan sebuah pertempuran ideologikal telah membuatkan Enkidu akhirnya mengakui bahawa Gilgamesh adalah anak kepada Ninsun dan Enlil, yang berdasarkan sebuah dekri, mewasiatkan Gilgamesh untuk menjadi seorang Raja.

Fakta bahawa Enkidu menyebutkan perkataan-perkataan ini selepas pertempuran menunjukkan dirinya menyucikan Ninsun dan Enlil, namun beliau tidak mengakui Gilgamesh dari susur galur mereka. Namun sekarang, beliau mengakuinya:

 

“Kaulah satu-satunya lelaki. Kaulah yang dikandung oleh ibumu. Ibumu yang melahirkan engkau Ninsun...

Dan Analil mengangkat kepalamu tinggi di kalangan manusia. Kuasa kerajaan padamu ke atas manusia.” 

 

Atas sebab ini, kita juga perlu mempertimbangkan simbolisme (perlambangan) di dalam teks, dari menganggap teks tersebut sebagai eksplisit (dinyatakan dengan tepat dan jelas) dan adalah makna lafaz sepenuhnya. Hakikatnya, ianya hampir menjadi sifat teks agama secara umum, kerana teks tersebut datang dari alam yang lain dan mengandungi hikmah. Kadang kala, matlamat teks ini adalah untuk menyampaikan pesanan kepada orangnya dan mungkin wujud keperluan untuk melindunginya dari penyamar, dengan menggunakan simbol yang hanya diketahui oleh orangnya. Oleh itu, visi, sebagai contoh, pastinya merupakan satu bentuk teks agama, namun siapa dari kalangan kita yang meragui visi itu selalunya ia berbentuk simbolik?!

Pengembaraan pertama Gilgamesh adalah untuk membunuh Syaitan Humbaba dan membuang segala bentuk kezaliman, penindasan dan kejahatan dari bumi ini:

 

(Maka Gilgamesh memanggil Enkidu dan berkata kepadanya: Dia tinggal di hutan Hambaba yang dahsyat, marilah kita berdua membunuhnya dan menghapus kejahatan dari muka bumi.)

 

 

Sebelum Gilgamesh membunuh syaitan itu, beliau telah melihat banyak visi (rukya) yang memberi khabar gembira kejayaan misinya:

 

(... dan aku melihat dalam mimpi keduaku, gunung itu juga runtuh, sehingga mengejutkanku dan meraih kakiku, lalu muncul cahaya terang yang mengatasi kecerahan dan kilauannya di atas bumi ini, sehingga mengangkatku dari bawah gunung dan memberi aku air dan menerangkan

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 382

 

 

hatiku)[1] 

 

 

Sebarang benda yang boleh dipertuhankan pada pandangan bangsa Sumer adalah seorang tuhan, maka bagi mereka dunia adalah tuhan, keakuan adalah tuhan, dan kumpulan adalah tuhan. Orang-orang yang soleh dan suci juga adalah tuhan, atas sebab inilah kita boleh menggantikan perkataan “tuhan” dengan perkataan para nabi, orang soleh, dunia material atau keakuan. Mari kita memikirkan teks berikut dan melihat hikmah yang memenuhinya:

 

“Gilgamesh membuka mulutnya dan berkata kepada Enkidu:

Wahai sahabatku, siapa yang mampu naik ke pintu-pintu langit?

Dan hanya tuhan-tuhan (orang-orang soleh) Hanya mereka yang hidup selamanya bersama Shamash,

Hari-hari Anak-anak manusia itu ditentukan..

Dan semua yang mereka kerjakan kosong sia-sia."

 

Quran menyebutkan,

 

﴿وَقَدِمْنَا إلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاء مَّنثُوراً﴾

[Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal, lalu Kami jadikan dia terbuang bagai debukan yang berterbangan.] [2]

 

Gilgamesh yang merupakan dua pertiga tuhan, akhirnya mahu membuang sepertiga sisi gelapnya, maka beliau pergi bertemu dengan seseorang yang telah membuang sisi gelapnya dan menjadi abadi bersama tuhan-tuhan iaitu datuknya, Utnapishtim - Nuh. Maka, perjalanan Gilgamesh kepada Nuh bukanlah perjalanan memohon keabadian fizikal seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pembaca, sebaliknya, ia adalah perjalanan memohon keabadian roh.

Setelah apa yang kita bahaskan, adakah adil untuk seseorang membantah apabila kami mengatakan Epik Gilgamesh sememangnya bersifat keagamaan dan Gilgamesh adalah seorang tokoh agama?

 

_____________________

[1] Sumber (Taha Baqir - The Epic of Gilgamesh).

[2] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Furqan Ayat: 23

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: