Rabu, 9 Mac 2022

5.36 Kajian Ke Atas Banjir Nuh

 


Kajian Ke Atas Banjir Nuh

 

Banjir Nuh disebutkan dalam teks-teks agama, namun penceritaannya yang diselewengkan oleh sesetengah ulama agaman - atau gambarannya diselewengkan oleh sebahagian kitab-kitab samawi yang diputarbelitkan dengan memaparkan agama tuhan yang diselewengkan untuk mencabar melaluinya bahawa agama hanyalah koleksi mitos-mitos.

Ini kerana saiz banjir yang begitu besar dan tarikh yang digambarkan, dan yang telah diceritakan dengan cara menyeleweng serta diterima dari sisi keagamaan, tidak mungkin terjadi dari sudut pandang saintifik (ilmiah). Tidak wujud sebarang kesan tinggalan kepada peristiwa ini. Malah yang sebaliknya itu benar. Peristiwa ini tidak boleh terjadi tanpa meninggalkan kesan besar setelah air surut dari darat. Sains hari ini tidak menunjukkan sebarang kesan tinggalan tersebut wujud.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 398

 

 

Sebelum kita membincangkan dan menganalisis kisah banjir ini, kita akan menimbangkan beberapa hujah saintifik (ilmiah) ke atas kisah banjir Nuh menurut agama. Kerana sesetengah dari penghujahan ini telah dieksploitasi oleh ateis untuk menjatuhkan agama Tuhan, dengan mengatakan ia adalah saki baki mitos purba yang ditokok tambah, seperti kisah banjir yang diceritakan oleh bangsa Sumer. Kita akan membongkar penyelesaian kepada penghujahan mereka apabila kita membentangkan kisah banjir Nuh dari Quran dengan pemahaman yang benar, dan dengan menunjukkan ia tidak bercanggah dengan fakta saintifik, sejarah, arkeologi dan geologi.

 


 5.36.1 Hujah Saintifik Ke Atas Kisah Banjir Dari Sisi Teks Keagamaan

 

Beberapa Masalah Saintifik Mengenai Kisah Banjir Agama Secara Tradisi

 

Antara hujah ateis adalah seperti berikut:

 

1. Jumlah air yang wujud di dalam dan atas bumi tidak cukup untuk meliputi keluasan darat sehingga ke puncak gunung tertinggi. Dengan kata lain, ia tidak cukup untuk mencapai ketinggian beberapa kilometer. Malah, ia masih tidak cukup untuk menutupi keseluruhan daratan pada ketinggian lebih rendah.

 

2. Bagaimana haiwan dari kepulauan dan benua terpisah dapat sampai kepada Nuh? Dan bagaimana mereka pulang semula kepada kepulauan asal mereka yang terpencil dan terpisah tanpa meninggalkan sebarang kesan dalam perjalanan pulang mereka? Contoh termudah adalah haiwan marsupial dari Australia dan Fossas dari Madagascar. Spesis ini  hanya khusus pada wilayah mereka sahaja, dan tiada kesan kewujudan mereka direkodkan ditempat lain.

 

3. Tidak wujud kesan banjir meliputi setiap muka bumi dalam tempoh yang disebutkan di dalam kisah banjir secara tradisi (ikut-ikutan).

 

 

5.36.2 Rumusan Penghujahan Ateis Terhadap Kisah Banjir Nuh Secara Tradisi Agama

 

Berikut adalah beberapa kesimpulan dari bantahan yang ditulis oleh penulis terkenal, Christopher Hitchens[1], ke atas kisah banjir

 

________________

[1] Christopher Hitchens (1949-2011) adalah seorang penulis dan jurnalis warga Amerika-British yang telah menyumbang kepada beberapa majalah disamping menulis beberapa kritikan sastera. Beliau terkenal kerana kepercayaan ateisme  serta kritikan beliau ke atas agama. Antara buku beliau adalah “Tuhan Bukan Maha Besar” (God is Not Great), di mana beliau mengkritik agama agama Ibrahimiyah.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 399

 

 

yang diceritakan di dalam Taurat atau Kitab Perjanjian Lama:

 

Nuh diminta membawa bersamanya di dalam bahtera dua pasang setiap spesies haiwan. Sesetengah pakar dalam zoologi menganggarkan terdapat kira-kira sepuluh juta spesies serangga; adakah kesemuanya boleh muat di atas bahtera tersebut? Benar, serangga tidak mengambil ruang yang besar, maka mari kita tumpukan kepada haiwan bersaiz besar: reptilia 5000 spesis; burung 9000 spesis; dan 4500 spesis mamalia... Dan banyak lagi... Jumlah keseluruhannya mencecah 45000 spesies... Kapal manakah yang akan memuatkan 45000 spesis haiwan?

Sepasang bagi setiap spesis akan menjadikan jumlah itu kepada 90000 ekor haiwan, dari ular kepada gajah, dari burung kepada kuda, dari badak air kepada badak sumbu. Bagaimana Nuh mengumpulkan mereka semua dengan begitu pantas? Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menunggu sloth datang merangkak dari Amazon? Bagaimana kanggaroo keluar dari Australia, sebuah pulau? Bagaimana beruang kutub menemui Nuh? Samada kita menyimpulkan bahawa kisah ini tidak boleh difahami secara literal atau kita terpaksa mengambil jalan jawaban yang sangat lemah, seperti, untuk Tuhan semuanya tidak mustahil”. Jika begitu, mengapa Tuhan memilih prosedur yang sangat rumit dan memakan masa (sekurang-kurangnya untuk Nuh)? Mengapa tidak sekadar menyelamatkan Nuh dan orang-orang soleh yang lain dengan keajaiban yang pantas, bukan sebaliknya?”

 

Berikut pula adalah rumusan bantahan yang telah dibuat oleh biologis, Dr. Dawkins terhadap kisah banjir Nuh dan bahtera Nuh:

 

Fikirkan bagaimana keadaan taburan geografi haiwan jika semua haiwan tersebut beredar dari Bahtera Nuh, ke seluruh bumi.

Bukankah sepatutnya ada sebuah peraturan penurunan pelbagai spesis apabila kita berpindah dari pusat tambatan selepas Banjir, contohnya seperti Gunung Arafat?

Saya tidak perlu memberitahu anda, ini bukanlah halnya dalam pemerhatian kami.”

Ambil marsupial (haiwan berkantung - kanggaru) Australia, sebagai contoh.

Mengapa semua marsupial tersebut, yang langsung tidak mempunyai pelepasan, berhijrah secara besar-besaran dari Gunung Arafat ke Australia?

Jalan manakah yang mereka ambil?

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 400

 

 

Dan mengapa tidak ada satu pun ahli dari kafilah yang bertelingkah” ini berhenti dalam perjalanan dan bermaustatin di India contohnya, atau China atau tempat tinggal lain di Laluan Sutera?” [1]

 

Apabila agamawan, tanpa mengira agamawan Yahudi, Kristian atau Muslim, menceritakan kisah Nuh dalam bentuk tradisi, yang bererti marsupial bersama haiwan yang lain turun dari bahtera Nuh selepas banjir di tempat tertentu atau berhampiran Iraq, ini membuatkan ahli biologi dan malah orang-orang berpendidikan yang berakal menganggap kisah ini sebagai mitos yang direka. Mereka juga menganggap sesiapa sahaja yang mempercayai kisah ini sebagai memiliki intelektual yang mundur. Marsupial tinggal khusus di Australia selama jutaan tahun, tiada ditempat lain.  Ini kerana mereka berevolusi secara khusus di pulau tersebut.


________________________

1. Ucapan Profesor Dawkins di Sydney Opera House - Australia.

The Sydney Morning Herald (8 Mac 2010). Dawkins meraikan keajaiban hidup - dengan atau tanpa Tuhan. (Disemak oleh Garry Maddox). Boleh didapati di:

www.smh.com.au/national/dawkins-celebrates-the-miracle-of-life-x2013-with-or-withoutgod-20100308-pqs1.html

Video Ceramah Lanjutan Dawkins: Saluran Video Buku Atheism Delusion (3/10/2013) Cerita Richard Dawkins The Flood dalam Alkitab. Boleh didapati di

https://www.youtube.com/watch?v=1mZSnQ7_gCY

 


Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: