Selasa, 15 Mac 2022

BAB 6: Ketiadaan Tidak Boleh Menciptakan

 BAB 6: Ketiadaan Tidak Boleh Menciptakan

 

أَمۡ خُلِقُواْ مِنۡ غَيۡرِ شَىۡءٍ أَمۡ هُمُ ٱلۡخَٰلِقُونَ

 

[Adakah mereka telah tercipta dari ketiadaan, atau adakah mereka pencipta?] (Quran At-Tur 52:35)

 

6.01 Bukti Kedua Kewujudan Tuhan Mutlak: Ketiadaan Tidak Boleh Menciptakan

 

Tuhan telah menyatakan hal ini di dalam Quran: [Adakah mereka telah tercipta dari ketiadaan, atau adakah mereka pencipta?] [1]

 

Rumusan bukti ini adalah seperti berikut:

 

Alam ini bukanlah tua [tanpa sebuah permulaan], sebaliknya ia adalah baharu, kerana ia sedang berubah. Semua perkara yang baru adalah didahului oleh ketiadaan, maka ia mesti ada sebuah entiti pemula. Ini adalah kerana, ketiadaan mutlak adalah terdiri daripada tiada, maka ia tidak boleh menciptakan. Adalah mustahil sama sekali untuk sesuatu datang dari tiada, dengan kata lain, untuk sesuatu terhasil dari ketiadaan mutlak. Alam atau alam-alam, atau kewujudan yang baru adalah satu “benda”, maka ia tidak dapat terhasil dari ketiadaan mutlak. Oleh itu, kewujudan yang baru (alam atau alam-alam) membuktikan ia

 

____________________

[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah At-Tur ayat: 35

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 443

 

 

terhasil dari sebuah kewujudan lama, yang tidak memerlukannya atau kewujudan yang lain.

Maka jika kita dapat mengatakan pemulanya itu tua dan tidak didahului dengan ketiadaan, maka kita telah membuktikan kewujudan Tuhan. Jika kita mengatakan bahawa Dia juga bersifat "baharu", maka Dia memerlukan kepada kewujudan suatu pemula dan bukanlah entiti yang pertama (paling awal).  Ini kerana, ia menunjuk kepada kewujudan dan ketidakwujudan dalam masa yang sama. Oleh itu, jika sebarang benda yang selain dariNya, sebuah rantaian akan dibentuk.[a] Rantaian ini tidak bisa menjadi infinit dalam setiap segi dan sisi, kerana dunia ini baru, terbatas dan mempunyai sebuah permulaan. Oleh kerana rantaian ini mempunyai had, sekurang-kurangnya dalam hal mempunyai permulaan, ia perlu berakhir pada entiti pemula yang paling tua, yang membuktikan kewujudan Tuhan Maha Kuasa.

Apa yang kami maksudkan dengan "baharu" adalah sesuatu yang didahului dengan ketiadaan (iaitu ketidakwujudan entiti baharu tersebut), yang bermakna ia mempunyai sebuah permulaan.

 Apa yang kami maksudkan dengan "tua" pula adalah sesuatu yang tidak didahului oleh ketiadaan dan tidak mempunyai permulaan. Tua di dalam konteks ini tidak terkait dengan masa. Sebaliknya ia adalah tua yang bersifat hakiki yang tidak mempunyai kaitan dengan dimensi masa dan tidak juga mempunyai kaitan dengan kewujudan dan ketidakwujudannya. Sesuatu yang tua tidak boleh mengalami peristiwa kerana jika demikian, ia akan menjadi tua dan baharu dalam masa yang sama, dan ini adalah kontradiksi, maka apa sahaja yang mengalami peristiwa adalah entiti yang bersifat baharu.

Apa yang kami maksudkan dengan infinit adalah sesuatu yang tidak terhad [dari segala sisi dan segi], sehingga tiada permulaan dan pengakhiran, tanpa mengira dimensi masa dan ruang, serta kewujudan dan ketidakwujudannya. Kami tidak memaksudkan "infiniti" yang didapati dari beberapa persamaan, seperti

 


Memang benar, persamaan di sebelah kiri memanjang secara infinit. Bagaimanapun ia masih mempunyai permulaan, sama seperti yang alam ini yang mendatar. Memang benar bahawa ia juga berkembang secara infinit. Bagaimanapun, ia mempunyai sebuah titik permulaan.

Isu berkaitan pembuktian ini (ketiadaan tidak dapat mencipta) adalah lebih besar dari kehidupan bumi ini, maka ia tidak berkaitan dengan teori dari Darwin. Kita boleh merumuskan dengan berkata "akibat akan menunjukkan sebab" bukanlah bermaksud setiap kesan akan mengisyaratkan kepada Tuhan secara terus, namun sebaliknya rantaian akibat dan sebab mesti berakhir kepada satu pemula (tua, abadi dan wujud sendiri) kerana ketiadaan tidak dapat menciptakan. Entiti penyebab ini adalah Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi, dan kehidupan di bumi ini hanyalah pautan ciptaan

 

__________________

[a] Penterjemah: Rantaian penciptaan dari Sang Pemula sehinggalah kepada ciptaan-ciptaanNya. Hanya Tuhan mutlak sahaja tidak berada di atas rantaian ini kerana Dia berada di kedudukan paling awal.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 444

 

 

kecil di dalam rantaian ini. Hasilnya, sebarang debat untuk membantah bukti ini perlulah berkenaan asal usul jirim dan membuktikan ia datang dari ketiadaan, atau ketidakwujudan. Ini masih tidak dibuktikan oleh sesiapa. Tetapi saintis telah lebih atau sedikit, hampir membuktikan bahawa peristiwa dentuman besar (big bang) adalah permulaan kewujudan alam fizikal.

 

Hakikatnya, wujud penyebab disebalik peristiwa dentuman besar. Oleh itu, urutan penyebab akan berterusan sehingga ia terhenti pada penyebab yang asal, iaitu Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Jika diizinkan Tuhan, kita akan diskusikan selepas ini berkenaan model standar atau dentuman besar, dan bagaimana ia menunjukkan kewujudan Tuhan.

 

 

6.02 Menerangkan Kewujudan Alam Semesta

 

Penerangan Kewujudan Alam Semesta




Antara hipotesis dan teori yang menerangkan kewujudan alam adalah seperti berikut:

 

Wujud hipotesis yang menyebutkan bahawa alam ini bersifat abadi. Dengan kemajuan bidang fizik dan kaedah pemerhatian, hipotesis atau teori ini telah menjadi lapuk. Ia tidak mempunyai nilai saintifik, kerana telah ditetapkan secara saintifik bersama bukti kukuh bahawa alam ini bersifat baharu dan mempunyai sebuah permulaan. Oleh itu, diskusi berkenaan keabadian perlu difokuskan penyebab utama kemunculan alam ini. Diskusi berkenaan isu ini akan menyusul.

 

Wujud juga teori atau hipotesis Hoylepp[1] serta percubaannya untuk menjelaskan mengapa galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain dari sisi masa kosmik yang tidak mempunyai permulaan. Teori ini juga telah lapuk berdasarkan apa yang telah tertegak melalui pemerhatian dan pengukuran yang menyebelahi model standar, seperti yang akan ditunjukkan selepas ini.

Ada juga teori yang mengatakan alam ini baru dan, bersama semua komponennya, telah diwujudkan secara terus oleh Tuhan. Ini adalah teori keagamaan tradisional, yang digunapakai oleh sesetengah pentafsir skriptur agama, seperti golongan yang mempercayai bumi tidak berputar mengelilingi matahari. Kesalahan dan ketidaksahan teori ini juga telah dibuktikan. Ahli fizik sekarang dapat mengetahui - dengan ketepatan saintifik yang berpatutan - bila dan bagaimana bumi, matahari, Bimasakti dan banyak galaksi lain terwujud, sebagaimana alam ini secara keseluruhannya terwujud, pergerakan semasanya dan beberapa kemungkinan berkenaan masa depan alam ini.

 

_________________

[1] Dr. Fred Hoyle, seorang ahli astronomi British (1915-2001) dikenali berkenaan persembahan beliau ke atas Teori Keadaan-tetap.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: