Ahad, 13 Mac 2022

5.36.5 Teks Babilon Atrahasis Berkenaan Riwayat Banjir Sumer

 

Teks Babilon Atrahasis Berkenaan Riwayat Banjir Sumer

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 425

 


          …….

 

Segmen Kedua:

 

Permulaan Yang Hilang

 

Atrahasis bersedia untuk berbicara

dan berkata kepada Tuhannya:

"Khabarkan kepada ku makna mimpi.

(…...…)

 

Baik, dengar cakapku

dengarlah, wahai dinding

Dan renungkanlah kata-kataku, wahai pondok buluh

Musnahkan rumah kamu dan bina bahtera

Tinggalkan barang-barang kamu

Selamatkan nyawa kamu dan bahtera yang kamu bina

(mengubah bentuk pada papan)

 

Butiran ketiga dan pada masa yang ditetapkan yang akan ditetapkan kepada kamu

Masuklah ke dalam bahtera dan tutuplah pintumu

Aku bawakan dia gandum, barang-barang, dan ternakan

Isteri, keluarga, saudara-mara kamu dan tukang-tukang

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 426

 

Dan mengasingkan makhluk, binatang liar dan yang makan tumbuh-tumbuhan

 liar dan yang makan tumbuh-tumbuhan

Aku akan memberikannya kepadamu, dan ia akan terletak di pintu gerbangmu, menjaganya untukmu

Atra-hasis membuka mulutnya dan berbicara:

Aya berkata kepada Tuannya:

Aku tidak pernah membina bahtera!

Bolehkah kamu melukis pelannya untukku di atas tanah?

pelannya di atas tanah!

Akan dibantu untuk membinanya

(.......) di atas tanah (.......)

Kemudian aku akan melakukan apa sahaja yang kau perintahkan kepadaku

(Selebihnya rosak).”[1]

 

Juga teks yang sama ini dengan perbezaan dalam terjemahan teks:

 

“Pada suatu malam, Atrahasis sedang tidur, dan dia menampakkan diri kepadanya

Aya dalam mimpinya dan berbicara kepadanya dan berkata kepadanya: Berhati-hatilah, wahai Atrahasis

Air... Air akan memusnahkan segalanya

Perhatikan itu dan selamatkan manusia dengan kuasa

 

____________________

[1] Sumber (Al-Sauwaah - Mughamarah Al-‘Aqal Al-Ulaa - Al-Sauwah – pengembaraan pertama akal): ms 172

Firas Al-Sawah (1941), seorang pemikir dan penulis Syria yang menyelidik mythology dan sejarah agama-agama, dan banyak menulis buku-buku.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 427

 

 

Awas.. awas!

Atrahasis terkejut.

Athrasas bangkit dari mimpinya, ketakutan, dan pergi keesokan harinya ke kuil Aya

Beliau bertanya tentang mimpinya tempoh hari,

Aya dengan mata yang bersinar berkata:

Aku katakan apa yang aku perlu lakukan dan kamu harus beri perhatian;

Untuk berita yang aku akan beritahu kamu, wahai dinding (tembok)!

Dengarkan dinding mensiang (buluh),

Perhatikan, perhatikanlah kata-kata ku,

Robohkan rumah dan binalah bahtera,

Tinggalkan harta dan selamatkan diri kamu,

Bawa di dalam bahtera, benih semua makhluk hidup.

 

Binalah sebuah bahtera besar, namun binalah ia dari pohon mensiang (buluh),,

Jadikan bahtera itu tempat selamat demi melindungi kehidupan.

Ukurlah ia dengan tepat dan jadikan ia sama panjang.

Pastikan penutupnya sama seperti tutupan Absu.”

Aku sudah memahapi perintah mu, wahai Tuan.

Apa yang Kau perintahkan akan aku laksanakan.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 428

 

 

Namun wahai Tuan, aku tidak pernah membina sebuah bahtera,

Oleh itu lukiskan gambarnya di atas tanah,

Agar aku dapat melihat gambarnya dan membinanya.”

Jadi Tuhan melukis gambaran itu di tanah,

Dan selepas tujuh hari kerja tanpa henti, Atrahasis berjaya membina bahtera.

Keluasan tapaknya adalah satu Ariku,

Dan setiap dindingnya mempunyai ketinggian seratus dua puluh lapan hasta.

Begitulah penetapan ukuran dan binaannya.

Enam bahagian dibuat di dalamnya, dibahagikan kepada tujuh tingkat.

Tapak bahtera kemudian dibahagikan kepada tujuh tingkat dan sembilan bahagian,

Paku kayu ditancapkan di dalamnya untuk mencegah air.”[1].

 

Jelas dalam teks sebelumnya bahwa Athrashus (Zeusudra - Utnapishtim - Nuh) membina bahteranya dari mensiang (alang-alang), dan mungkin itu adalah buluh yang kuat seperti bambu, dan bukan buluh biasa yang lemah. Persekitaran lembah yang subur (masa ini teluk) sebelum dibanjiri air adalah persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan buluh dan pokok-pokok, kerana ia adalah kawasan yang luas di mana sungai dan tasik mengalir.

 

_____________________

[1] Sumber (Al-Majidi - Gospel of Babylon): ms 175

Dr. Khaz’al Al-Majidi (1951) ialah seorang penyelidik Iraq yang memegang ijazah kedoktoran dalam sejarah purba 1996

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 429

 

 

“Binalah sebuah bahtera besar, namun binalah ia dari pohon mensiang (buluh),

Jadikan bahtera itu tempat selamat demi melindungi kehidupan.”

 

Kisah Utnapishtim, Ziusudra, Atrahasis atau Nuh tidak selari dengan semua riwayat sejarah yang datang dari Iraq, lokasi di mana orang-orang Nuh dan pewaris mereka tinggal, dan khususnya, tempat tinggal mereka yang terselamat dengan bahtera tersebut. Bagaimanapun, teks-teks ini bersetuju bahawa banjir itu memang terjadi dan sebab banjir ini terjadi adalah sebab keagamaan, iaitu kemurkaan Tuhan.

 

Malahan, banjir ini terjadi di kawasan sekitar Mesopotamia. Kawasan itu telah ditenggelami dengan jumlah air yang besar, tiada yang terselamat kecuali mereka yang menaiki bahtera Nuh. Bahtera itu terapung, bergerak dengan air laut.

Juga, dari teks ini, kita dapati bahtera ini telah dibina dari pepohon mensiang (buluh)  serta dibina dalam tempoh yang singkat. Bahtera tersebut juga bersaiz besar, sekurang-kurangnya, dengan nisbah tempoh masa ia dibina. Rantau tersebut menampung semua air tersebut dan dikelilingi tanah tinggi. Banjir itu sendiri disebabkan oleh empangan yang runtuh, dengan air datang dari selatan ke utara.

Jika kita mahu menggabungkan semua data saintifik dan sejarah di atas, kawasan banjir akan terhad kepada kawasan Teluk moden, sebelum ia ditenggelami air di penghujung zaman ais, apabila salji menjadi cair dan paras air laut meningkat.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: