Ahad, 20 Mac 2022

6.25 Jirim Gelap

 

Jirim Gelap

 

Bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbit tertentu dan pada kelajuan tertentu. Kelajuan dalam orbit ini ditentukan oleh daya graviti: daya yang dikenakan oleh suatu jasad ke atas jasad yang lain. Kesan daya ini kelihatan jelas dalam objek besar, kerana ia terkumpul dan meningkat apabila jisim meningkat. Undang-undangnya telah dibangunkan oleh ahli fizik terkenal Isaac Newton. Walau bagaimanapun, ia kekal sebagai daya yang misteri dalam fizik sehingga teori kerelatifan am Einstein menjelaskan ia adalah hasil daripada lenturan fabrik alam semesta, atau fabrik ruang masa, bergantung kepada jisim objek.

 

Secara hipotesisnya, jika matahari mempunyai jisim yang lebih besar daripada sekarang, ia akan membengkokkan fabrik ruang-masa ke tahap yang lebih tinggi.  Akibatnya, bumi (dengan orbit dan kelajuan semasa) akan bergerak keluar dari laluan semasa dan menuju ke arah matahari akibat daya graviti. Demi mengelakkan kejadian ini dari berlaku, ia mesti berputar pada kelajuan yang lebih tinggi supaya detik tork inersianya mengekalkannya dalam laluan yang sama. Begitu juga, jika kita mengandaikan bahawa bumi bergerak pada kelajuan yang lebih besar daripada sekarang, dan kelajuannya cukup untuk melepaskan diri daripada graviti matahari (bermaksud ia mencapai halaju lepas), maka bumi akan bergerak keluar dari orbitnya, menjauhi matahari. Untuk mengelakkan bumi yang bergerak laju ini terlepas dari orbitnya dan menjauhi matahari, jisim matahari perlu ditambah supaya gravitinya mencukupi untuk menghalang bumi daripada terlepas dari orbitnya dan menjauhinya.

 

Apa yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan hukum graviti Newton, dan dengan cara yang sama di mana ia terpakai kepada bumi, ia juga terpakai kepada galaksi. Contohnya ialah kesan graviti jisim galaksi pada bintang dan planet di dalamnya, dan kesan jisim gugusan pada galaksi, dan kesan graviti jisim galaksi pada galaksi lain.

 

Sejak tahun 1930-an, pemerhatian telah merekodkan galaksi di dalam beberapa gugusan galaksi bergerak

 

____________________

. 1. Sumber (Tyson dan Smith - Permulaan): ms 39

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 516

 

pada kelajuan tinggi yang melebihi kelajuan yang dibenarkan untuk daya tarikan sesama gugusan galaksi. Dalam erti kata lain, galaksi ini bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi daripada kelajuan pelepasannya, namun ia kekal dalam orbitnya. Ini bermakna wujud graviti yang menghalangnya daripada melepaskan diri atau kelajuan yang membuatkan ia bergerak pada kelajuan ini. Malah pada masa ini, pemerhatian telah mengesahkan bahawa ia wujud di sekeliling kita di alam semesta dan atau pada skala yang lebih besar lagi, kerana banyak gugusan galaksi telah mengesahkan kewujudan daya tarikan yang sangat kuat, membuatkan galaksi bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi. Gugusan ini tidak akan dapat kekal dalam keadaan mereka jika tidak kerana kewujudan daya tarikan yang melindungi gugusan ini daripada melesap dan tersebar di alam semesta apabila galaksinya melebihi halaju lepas, dalam had pengiraan graviti jirim yang dapat dilihat dalam gugusan galaksi. Turut diperhatikan ialah daya graviti yang melebihi apa yang mampu disediakan oleh jirim dapat terlihat di dalam galaksi pilin.

 

Kesimpulan yang dicapai oleh ahli astronomi daripada pemerhatian adalah bahawa terdapat daya tarikan yang banyak di dalam alam semesta, yang sumbernya tidak diketahui. Apabila ahli astronomi menyebutnya dengan terma jirim gelap, mereka menyifatkannya sebagai tidak bertindak balas dengan jirim biasa atau bertindak balas dengan sangat lemah, ia tidak ketara, mahupun menjejaskan jirim biasa melalui daya tarikan yang dihasilkan.

 

Oleh itu, kita mempunyai sebuah daya tarikan yang puncanya tidak dapat diperhatikan dan tidak diketahui secara nyata oleh ahli astronomi dan ahli fizik - sekurang-kurangnya sehingga kini.

 

Pada awalnya, beberapa ahli fizik telah menolak kaedah penaakulan ini, menganggap hukum Newton sebagai tidak benar sama sekali, memerlukan pindaan berkenaan entiti yang mempunyai jumlah besar seperti galaksi dan gugusan galaksi kerana jarak antara bintang dalam galaksi adalah berjauhan. Hal yang sama juga untuk jarak antara galaksi dan gugusan galaksi.  Walau bagaimanapun, pindaan hukum Newton seperti ini tidak berjaya menjelaskan punca daya tarikan yang berlebihan dengan cara yang betul dan boleh diterima. Di samping itu, terdapat bukti yang mengesahkan kewujudan jirim gelap atau daya graviti tambahan melebihi daya graviti yang wujud daripada jirim yang diketahui. Hasilnya, hukum Newton sememangnya tepat dan alam semesta memerlukan daya tarikan yang lebih besar pada permulaan penciptaannya daripada jumlah yang diwujudkan oleh jirim yang diketahui. Ini membolehkan gugusan galaksi dan galaksi untuk membentuk jirim - yang wujud pada permulaan penciptaan alam, dari menyebarkannya ke seluruh alam.

 

Dalam tempoh setengah juta tahun pertama selepas dentuman besar - tempoh yang ibaratnya sedetik di sepanjang sejarah kosmik 14 bilion tahun - jirim di alam semesta telah mula bergabung menjadi gumpalan yang akan menjadi gugusan dan supergugusan galaksi. Apa pun kosmos

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 517

 

 

terus berkembang, dan akan bertambah saiznya dua kali ganda dalam tempoh setengah juta tahun akan datang. Maka alam semesta bertindak balas kepada dua kesan yang bersaing: graviti, yang mahu membuat semua perkara tergumpal, serta pengembangan yang mahu memecahkannya. Jika anda membuat pengiraan, anda dengan cepat akan dapat menyimpulkan bahawa graviti daripada jirim biasa tidak akan dapat memenangi pertempuran ini dengan sendirinya. Ia memerlukan bantuan jirim gelap, tanpanya kita akan hidup - sebenarnya tidak hidup - dalam alam semesta yang tiada struktur: tiada gugusan, tiada galaksi, tiada bintang, tiada planet, tiada manusia. Berapakah kekuatan graviti daripada jirim gelap yang diperlukannya? Enam kali lebih banyak daripada yang wujud dari jirim biasa itu sendiri. Analisis ini tidak memberi ruang untuk istilah pembetulan kecil MOND ke atas hukum Newton. Analisis tidak menceritakan kepada kita apa itu jirim gelap, hanya sahaja kesan jirim gelap itu nyata - dan, cubalah seboleh mungkin, namun anda tidak boleh menyebutkan kesan tersebut berasal dari jirim biasa.”[1]

 

Di samping hipotesis kewujudan jirim gelap untuk menjelaskan peningkatan tambahan, atau hipotesis bahawa hukum Newton adalah salah, dan memindanya mengikut saiz-saiz besar, terdapat juga teori alam berbilang yang dikemukakan oleh Hugh Everett.[2] Teori ini telah mendapat banyak penerimaan di kalangan komuniti saintifik, terutamanya berikutan pembentangan teori supertetali dan teori-M serta bukti matematiknya, dan juga demonstrasi dimensi selain daripada empat dimensi yang diketahui dan boleh dilihat (tiga dimensi ruang dan dimensi masa). Secara saintifiknya, jika wujud alam bayangan, yang tidak dapat diperhatikan dan berselari dengan alam kita, maka wujud kemungkinan alam tersebut memberi kesan kepada alam kita melalui daya tarikan. Sebagai contoh, jika setakat ini wujud kemungkinan untuk mengandaikan tetali daya graviti - atau zarah graviton - sebagai bebas dan tidak bersambung dengan fabrik kosmos atau bran[a] di mana kita hidup, maka dengan itu adalah mungkin untuk memindahkannya daripada satu alam kepada yang lain. Akibat daripada ini ialah kewujudan alam yang selari dengan alam kita sudah memadai untuk menerangkan berkenaan kewujudan daya graviti dari sumber yang tidak diketahui, yang telah menyebabkan peningkatan kelajuan galaksi yang bergerak dalam gugusan galaksi.

 

“Di dalam alam bran ini, kita akan hidup di dalam satu bran namun akan wujud satu lagi bran "bayangan" berdekatan.  Oleh kerana cahaya akan terhad kepada bran dan tidak akan merambat melalui ruang yang wujud, maka kita tidak dapat melihat alam bayangan tersebut. Tetapi kita akan dapat merasakan pengaruh graviti jirim dari bran bayangan tersebut.  Dalam bran kita, daya graviti sedemikian nampaknya dihasilkan oleh sumber yang benar-benar "gelap" kerana satu-satunya cara kita dapat

 

_______________________

[1] Sumber (Tyson dan Smith - Permulaan): ms 57

[2] Hugh Everett (1984 1930), seorang ahli fizik Amerika, yang pertama mengemukakan teori multiverse dengan cara yang terbukti secara matematik.

[a] Penterjemah: Rujuk https://id.wikipedia.org/wiki/Bran

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 518

 

 

mengesannya adalah melalui gravitinya. Hakikatnya untuk menjelaskan kadar bintang-bintang mengelilingi pusat galaksi kita, pastinya wujud lebih banyak jisim yang terhasil daripada jirim yang dapat kita perhatikan. Jisim yang hilang mungkin timbul daripada beberapa spesis zarah eksotik di dunia kita seperti WIMP (zarah besar yang berinteraksi dengan lemah) atau aksion (zarah asas yang sangat ringan).

Tetapi jisim yang hilang juga mungkin menjadi bukti kewujudan dunia. Dalam senario alam bran, planet-planet mungkin berputar mengelilingi jisim gelap pada bran "bayangan" kerana daya graviti merebak ke dimensi tambahan.

Kita tidak akan melihat galaksi bayangan pada bran bayangan bran kerana cahaya tidak akan tersebar melalui dimensi tambahan. Tetapi graviti merebak melaluinya, jadi putaran galaksi kita dipengaruhi oleh jirim gelap yang kita tidak nampak bayangan jirim itu. Mungkin ia mengandungi manusia bayangan yang tertanya-tanya tentang jisim yang hilang itu yang kelihatan hilang dari dunia mereka untuk menjelaskan orbit bintang bayangan di sekitar pusat galaksi bayangan.”[1]

 

____________________

[1] Sumber (Hawking - Alam semesta dalam cangkerang walnut): ms 165-166

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: