Sabtu, 5 Mac 2022

5.28 Bangsa Sumer Dan Akkad Menangisi Dumuzi, Dan Sekarang Mereka Menangisi Al-Hussain (as)

 

Bangsa Sumer Dan Akkad Menangisi Dumuzi, Dan Sekarang Mereka Menangisi Al-Hussain (as)


 

Bangsa Sumer atau Akkad meratapi dan menangisi Dumuzi (: Dumu: anak lelaki, Zi: yang Soleh) selama ribuan tahun.

Ratapan orang-orang Mesopotamia ke atas Dumuzi berterusan sehingga zaman Nabi Ezekiel. Taurat menyebutkan penduduk Mesopotamia meratapi Tamus (Dumuzi):

 

“Ditambahkan-Nya lagi: ”Engkau masih akan melihat perbuatan-perbuatan kekejian yang lebih besar lagi yang mereka lakukan. * Lalu dibawa-Nya aku dekat pintu gerbang rumah Tuhan yang di sebelah utara, sungguh, di sana ada perempuan-perempuan yang menangisi dewa Tamus. * Firman-Nya kepadaku: Hai anak manusia, kaulihatkah apa yang mereka perbuat? Engkau masih akan melihat perbuatan-perbuatan kekejian yang lebih besar lagi dari pada ini. * Kemudian dibawa-Nya aku ke pelataran dalam rumah Tuhan; sungguh, dekat jalan masuk ke bait Tuhan, di antara balai Bait Suci dan mezbah ada kira-kira dua puluh lima orang laki-laki, yang membelakangi bait Tuhan dan menghadap ke sebelah timur sambil sujud pada matahari di sebelah

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 357

 

 

timur.” [1]

 

Tindakan membunuh Tamus (Dumuzi), yang disebutkan sebagai perkara yang jijik, telah menyebabkan kaum wanita meratap dan kaum lelaki bersujud di mezbahnya.

Kisah pembunuhan Raja Dumuzi bermula dengan beliau menerima hukuman akibat keengganan beliau untuk sujud pada Ishtar-Inanna (keduniaan).

 

“Jika Inanna [Ishtar] ingin naik dari dunia bawah,

 

Biarkan dia menawarkan seseorang untuk menggantikannya.

 

Inanna naik dari dunia bawah,

 

Dan syaitan-syaitan kecil itu seperti buluh Choker, dan syaitan-syaitan besar, seperti buluh Daban, berjalan di samping mereka, memamerkan mereka,

 

Dan syaitan yang berjalan di hadapannya memegang tongkat di tangannya, walaupun dia bukan seorang menteri.

 

Yang berada di sisinya, meskipun bukan seorang ksatria, memiliki senjata yang diikatkan di pinggangnya. Mereka yang menemaninya,

 

Mereka yang menemani Inanna [dewi Ishtar atau duniawi]

 

Mereka adalah makhluk yang tidak mengenal makanan dan tidak mengenal air.

 

Yang tidak makan tepung yang busuk,

 

Dan mereka tidak minum air yang dipersembahkan (korban),

 

Mereka mengambil isteri dari pangkuan suaminya,

 

Mereka mengambil bayi dari payudara pengasuhnya......


__________________

[1] Perjanjian Lama Yehezkiel 8: 13-16

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 358

 

 

Inanna (Ishtar) bergerak ke arah dua Kota Sumer “Oma” dan “Badtbera”, yang mana terdapat kedua-dua dewa mereka. Seperti yang telah kita persembahkan, sujud kepadanya dan dengan itu mereka terselamat dari genggaman syaitan. Dia kemudiannya tiba di kota yang bernama Kullab, yang mana dewa pelindungnya adalah Dumuzi. Puisi kemudiannya diteruskan:

 

Dumuzi (Tamus) mengenakan jubah kemuliaan, beliau duduk tinggi di atas singgahsananya.

 

Para syaitan menangkap pehanya.....

 

Dia diserang oleh tujuh syaitan seperti yang mereka lakukan pada orang yang sakit,

 

Maka para gembala berhenti meniup seruling dan tetuang di hadapannya.

 

Kemudian (iaitu Inanna) mengarahkan pandangannya kepadanya,

 

pandangan kematian tertuju kepadanya,

 

mengucapkan perkataan melawannya, perkataan kemarahan dan kemurkaan,

 

Dia berteriak terhadapnya dengan teriakan tuduhan, berkata:

 

“ Bawalah dia pergi.”

 

Oleh itu, “Inanna” yang suci menyerahkan Sang Pengembala, Dumuzi ke tangan mereka.

 

Yang menemaninya,

 

yang menemani Dumozi (Tamus),

 

Mereka adalah makhluk yang tidak mengenal makanan dan tidak mengenal air.

 

Mereka tidak makan tepung yang busuk (Suwaiq),

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 359

 

 

Dan mereka tidak minum air yang dipersembahkan (korban).[1]

 

Oleh itu, Ishtar – Inanna, isteri Raja Dumuzi, menyerahkannya kepada syaitan-syaitan untuk membunuhnya dalam bentuk bertentangan yang sukar difahami bagi mereka yang tidak mengetahui makna pemerintahan (Ketuanan) Allah atau perlantikan Ilahi, atau, seperti yang disebut oleh bangsa Sumer dan Akkad, “kerajaan yang datang dari langit”.

 

Bagaimanapun, telah banyak disebutkan di dalam agama Ilahi bahawa Ishtar, dunia material, selalunya dipimpin oleh para raja yang tidak dilantik Allah, kerana mereka semua bersujud kepadanya dan tunduk patuh padanya, dengan kata lain, tunduk kepada keinginan dunia kebendaan material.

 

Ishtar, dunia material, bersifat memberontak terhadap mereka yang dilantik oleh Allah untuk memerintah di dalamnya, kerana para pemerintah lantikan Allah tersebut sebenarnya bersifat menyanggahi Ishtar (dunia). Bahagian Ali (as) adalah lima tahun kepahitan di mana semua syaitan di muka bumi ini mengamuk untuk memerangi beliau (as) di Al-Jamal, Siffin dan Nahrawan. Mereka tidak berhenti sehinggalah mereka membunuh beliau di Kufah. Bahagian Al-Hussain (as) pula, seorang raja yang dilantik untuk memerintah dunia ini, telah dibunuh beramai-ramai sehingga bayinya pun tidak terkecuali.

 

Berikut adalah beberapa teks dari tablet tanah liat Sumer yang telah sampai kepada kita berkenaan tragedi Dumuzi dan saudara perempuannya. Kita sekarang akan melihat betapa miripnya ia dengan perincian yang terjadi kepada Al-Hussain (as), walaupun tablet tersebut adalah teks arkeologikal yang beredar dikalangan bangsa Sumer dan Akkad ribuan tahun sebelum kelahiran Al-Hussain (as):

 

“Hatinya menjadi wadah kesedihan dan air mata,

 

Dia pergi ke dataran terbentang jauh,

 

Hati gembala itu meluap dengan kesedihan dan air mata,

 

Dia pergi ke dataran yang jauh,

 

Hati Dumuzi berenang dengan kesedihan dan air mata,


__________________

1. Sumber (Kreamer – daripada tablet Sumer): ms. 277 279

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 360

 

 

Dia pergi ke dataran yang luas,

 

Seruling itu tergantung di lehernya dan menangis, meratapi nasibnya.

 

Wahai dataran yang luas terbentang jauh, aku menangis,

 

bergema tangisanku,

 

Wahai dataran, kamu pasti tahu kesedihan dan menitiskan air mata,

 

bergema tangisanku,

 

mengeluh bersamaku,

 

Kamu ketam di sungai, berkabunglah untukku

 

Kamu katak di sungai, suci untukku

 

untuk ibuku menjerit,

 

biarkan ibuku (Sertor) meraung,

 

Untuk membiarkan ibuku, yang tidak mempunyai lima roti, meratap,

 

Biarlah ibuku, yang tidak mempunyai sepuluh roti, menjerit meratap,

 

Apabila kalian kehilanganku, kalian tidak akan dapati sesiapa yang mengambil berat untuknya,

 

Demi kalian, wahai mataku yang tertutup di dataran, air mataku seperti mata ibuku,

 

Demi kalian, wahai mataku yang tertutup di dataran, air mataku seperti adikku,

 

Di antara tunas dan bunga terletak,

 

Di antara tunas dan bunga di dataran dia berbaring,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 361

 

 

Gembala Dumuzi berbaring di dataran,

 

Ketika gembala Dumuzi sedang berbaring dia bermimpi,

 

Setiap bahagian tubuhnya terganggu,

 

Dia bangun selepas melihat rukya (mimpi) itu.

 

Menggosok matanya,

 

Dia mengalami pening yang teruk.

 

Dumuzi bangun dan berkata:

 

Bawa dia kepadaku, bawalah dia, bawalah adikku,

 

Bawa Gishti Nana adikku yang kecil,

 

Bawa penulis yang mengetahui rahsia roh-roh,

 

Adikku saya yang tahu maksud perkataan,

 

Wanita bijak yang mengetahui erti mimpi,

 

Aku perlu bercakap dengannya

 

Aku mesti beritahu dia mimpiku,

 

Dumuzi, bercakap dengan adiknya (Gishti Nana), katanya:

 

Tentang mimpi itu, wahai adikku, dengarkan mimpi yang kulihat,

 

Al-Usal (tumbuhan dengan banyak cabang – duri) itu muncul di sekelilingku,

 

Al-Usal tiba-tiba muncul dari tanah padat,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 362

 

 

Dan salah satu dari tumbuhan itu berdiri sendiri dan memiringkan kepalanya di hadapanku,

 

Semua Al-Usal berdiri berpasang-pasangan, kecuali satu di tempatnya,

 

Di taman terdapat pohon-pohon tinggi dan menakutkan di seluruh tanah.

 

Di tanah dalam mimpiku, tidak ada tumpahan air,

 

Dompet aku kosong, dan apa yang ada di dalamnya telah diambil daripadanya.

 

Dan cawan suci yang ada padaku telah jatuh dari tiang yang melekat padanya,

 

Tongkat pengembala telah hilang,

 

Burung helang membawa beban di antara cakarnya,

 

Dan helang menculik seekor burung dari pagar buluh.

 

Adikku: Cucu kecilku diseret ketakutan dan ditutup dengan debu,

 

Biri-biri di kandangku bergerak ke atas tanah dengan kaki yang dipintal,

  

Pengisar susu pecah, hampa, dan kosong,

 

Semua yang ada padaku telah hancur,

 

Damouzi bukan lagi antara yang masih hidup,

 

Kandang domba-dombanya di ditiup angin

 

Gesti Nana berkata:

 

Oh saudaraku, biarkan mimpimu padaku,

 

Tidak selesa,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 363

 

 

Al-Usal itu muncul di sekelilingmu.

 

Al-Usal tiba-tiba muncul dari tanah padat,

 

Sekumpulan pembunuh akan menyerangmu,

 

Itulah mimpimu,

 

Dan salah satu dari tumbuhan itu berdiri sendiri dan memiringkan kepalanya di hadapanmu,

 

Dia adalah ibumu,

 

Dia akan menundukkan kepalanya untukmu,

 

Semua Al-Usal berdiri berpasang-pasangan, kecuali satu di tempatnya

 

Aku dan engkau,

 

Salah seorang dari kita akan menghilang dan lenyap,

Di taman terdapat pohon-pohon tinggi dan menakutkan di seluruh tanah.

 

Orang-orang jahat akan menakutkanmu,

 

Di tanah dalam mimpimu, tidak ada tumpahan air,

 

Kandang domba-domba akan hancur,

 

Orang-orang jahat akan mencekik lehermu,

 

Dompetmu kosong, dan apa yang ada di dalamnya telah diambil daripadanya.

 

Dan cawan suci yang ada padaku telah jatuh dari tiang yang melekat padanya,

 

Kau akan jatuh dari lutut ibu kandungmu,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 364

 

 

Pengembala yang menyenangkan,

 

Pengisar Pengembala semuanya hilang,

 

Orang jahat akan melakukan segalanya untuk melemahkanmu,

 

Mereka berkumpul,

 

Burung hantu,

 

Burung Helang,

 

Burung rajawali,

 

Afrit besar,

 

Mereka semua mahu mengusirmu,

 

Mereka akan membunuhmu dalam kandang domba,

 

Cucu kecilmu diseret ketakutan dan ditutup dengan debu,

 

Kemarahan akan berlangsung di langit seperti taufan,

 

Kau akan jatuh ke tanah,

 

Apabila di kandangmu, biri-biri bergerak ke atas tanah dengan kaki yang berpintal,  

 

Pengisar susu pecah, hampa, dan kosong,

 

Syaitan-ayaitan akan membuat segalanya rapuh,

 

Semasa helang mengambil seekor domba kecil,

 

Al-Jaala (ألجالا) – akan menggaru pipimu,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 365

 

 

Ketika helang menangkap burung dari pagar buluh,

 

Al-Jaala (ألجالا) akan memanjat tembok untuk membawa kamu pergi,

 

Damouzi,

 

Syairku (madahku) akan berkumandang di langit

untukmu,

 

Anak domba akan menggali bumi dengan kuku,

 

Oh, Damouzi, aku akan merobek pipiku, atas nasib malangmu,

 

Kapalmu telah terhempas itu dusta

 

.......................

 

.................

 

Damouzi selamatkan diri dari semua syaitan,

 

Dia melarikan diri ke kandang domba adiknya, Gishti Nana,

 

Ketika mayat Damouzi ditemui Gishti Nana di kandang domba, dia menangisinya,

 

Dia memuncungkan mulutnya ke langit,

 

Dia mengangkat mulutnya ke sisi tanah,

 

Seperti pakaian yang menutupi kesedihannya yang mengufuk,

 

Dia mengoyakkan matanya, merobek mulutnya, merobek pahanya

 

Kenyataan (Al-Jalla) memanjat pagar buluh,

 

Kenyataan (Al-Jalla) pertama memukul Damouzi di pipi dan memotong kuku

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 366

 

 

Kenyataan (Al-Jalla) kedua memukul Damouzi di pipi yang lain,

 

Kenyataan (Al-Jalla) ketiga, hancur cacat pengisar susu,

 

Kenyataan (Al-Jalla) keempat, menurunkan cawan dari tiang dan menghancurkannya,

 

Kenyataan (Al-Jalla) kelima menghancurkan pengisar susu,

 

Kenyataan (Al-Jalla) keenam memecahkan cawan,

 

Kenyataan (Al-Jalla) ketujuh menangis,

 

Damouzi, suami Inanna, bangkit

 

Anak lelaki Sirtur, saudara Gesti Nana,

Bangun dari tidurmu yang pura-pura

 

Kambing betina kamu dirampas,

 

Anak domba kamu dirampas,

 

Kambing kamu telah dirampas,

 

Kami memegang anak-anakmu (cucu-cucu kamu dirampas)

 

Tanggalkan mahkota sucimu dari kepalamu,

 

Tanggalkan pakaian kerajaanmu dari badanmu,

 

Biarkan tongkat kerajaanmu jatuh ke tanah,

 

Tanggalkan selipar suci kamu dari kaki kamu,

 

Nak pergi, kamu ikut kami

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 367

 

 

Pegang kenyataan Damouzi,

 

mengelilinginya,

 

mengikat tangannya

 

mengikat lehernya,

 

pengisar susu terhenti,

 

Tidak ada susu yang keluar darinya,

Cawan pecah,

 

Tiada Damouzi selepas ini,

 

Kandang domba kini menjadi debu.) [1]

.

 

 

Sebagai tambahan, wujud di dalam kalendar Babilon bahawa meratapi dan menangisi dewa Dumuzi bermula pada hari kedua dalam bulan (Du uzi), iaitu Tamus (Julai), dan majlis peringatan akan diadakan, yang mana obor-obor akan dibawa. Ini akan terjadi pada hari kesembilan, keenam belas dan ketujuh belas. Pada tiga hari terakhir bulan ini, sebuah upacara yang dinamakan Talkimtu di dalam bahasa Akkad, akan diadakan, dan ada di dalamnya pertunjukan ritual serta pengebumian seorang tokoh yang mewakili dewa Tamus. Walaupun impak yang disebabkan oleh ideologi kematian dewa Tamus di dalam komuniti dalam dan luar Mesopotamia, meratapi beliau tidak pernah menjadi salah satu dari ritual di kuil. Sebaliknya, majlis terus diadakan secara tahunan dalam skop amalan popular.. Dan kita telah dikhabarkan berkenaan beberapa ratapan yang ditulis oleh penyair Sumer dan Babilon yang meratapi dewa muda Damouzi, dibacakan sebagai peringatan di beberapa kota. [1]

 

_____________________

[1] Sumber (Kramer dan Walkstein - Inanna, Ratu Langit dan Bumi).

[2] Sumber (Fadhil Abdul Wahid Ali - Ishtar dan Tragedi Tamuz).

Ahli Arkeologi Dr. Fadhil Abdul Wahid Ali, Profesor Sumeria dan Assyria dan bekas Dekan Kolej Sastera di Universiti Baghdad.

 

 

Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: