Selasa, 22 Mac 2022

6.32 Teori Tetali (String Theory)

  

Teori Tetali (Teori Tetangsi, atau Teori Dawai)


 

Idea berkenaan tetali (String) sebagai asas pembinaan alam semesta mempunyai dasar yang lebih tepat. Ini bermakna jika kita melihat zarah utama binaan alam semesta dengan lebih tepat daripada yang ada sekarang, kita akan dapati ia adalah tetali yang berbuai dan setiap tetali berubah mengikut cara tertentu yang memberi perwatakan kepadanya. Elektron adalah tetali, kuark adalah tetali, dan zarah-zarah empat daya semuanya tetali. Jadi zarah daya graviti, graviton, adalah tetali, dan seterusnya.

 

Teori tetali adalah percubaan untuk menyatukan empat daya alam. Model piawai setakat ini telah berjaya menyatukan tiga daya: daya elektromagnet, daya nuklear lemah dan daya nuklear kuat.  Ketiga-tiga daya ini berinteraksi pada tahap mikroskopik. Mekanik kuantum telah menerangkannya, tetapi setakat ini ia masih gagal menyatukannya dengan daya graviti yang berfungsi pada tahap objek yang bersaiz besar, seperti bintang, planet dan galaksi. Ia telah diterangkan oleh teori kerelatifan umum.  Kesukaran mencari jalan untuk menyatukan teori kerelatifan am dengan mekanik kuantum telah memberi kesukaran untuk menyatukan empat daya alam atau, dengan kata lain, tiga daya (elektromagnet, nuklear lemah dan nuklear kuat) bersama daya graviti. Walau bagaimanapun, telah disahkan bahawa terdapat tempat di mana graviti pasti bersatu dengan daya yang tinggal, dan tempat-tempat ini adalah sangat kecil dan sangat padat, seperti lubang hitam, ketunggalan dentuman besar atau bahkan peringkat awal dentuman besar.

 

Sehubungan itu, teori tetali menampilkan dirinya sebagai alternatif untuk menyatukan empat daya ini, dan seterusnya, menerangkan alam semesta secara keseluruhan, dari dentuman besar, sehingga ke masa sekarang dan seterusnya hingga ke pengakhiran, dari segi kuark, elektron, dan juga bintang, planet, galaksi dan gugusan galaksi dan alam semesta secara keseluruhannya. Ia adalah teori yang mencadangkan penyatuan hukum fizik dan bukannya terbahagi kepada dua seperti sekarang: satu yang berkaitan dengan perkara

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 547

 

 

yang kecil - iaitu hukum mekanik kuantum-dan satu lagi yang berkaitan dengan perkara yang besar - iaitu hukum kerelatifan am.

 

Teori tetali menjelaskan berkenaan jisim zarah melalui getaran tetali dalamannya dengan cara yang lebih besar, manakala jenis zarah dan isyaratnya ditentukan melalui corak getaran. Oleh itu, terdapat satu tetali dan perubahan beberapa cirinya akan menjadikannya elektron, kuark atau graviton, dan lain-lain.

 

“Sekarang, berdasarkan kerelatifan khas, kita tahu bahawa tenaga dan jisim adalah dua sisi syiling yang sama: Tenaga yang lebih besar akan menyebabkan jisim yang lebih besar, dan begitulah sebaliknya.  Oleh itu, menurut teori tetali, jisim zarah asas ditentukan oleh tenaga corak getaran tetali dalamannya. Zarah yang lebih berat mempunyai tetali dalaman yang bergetar dengan lebih bertenaga, manakala zarah yang lebih ringan mempunyai tetali dalaman yang bergetar dalam keadaan kurang bertenaga.

 

Oleh kerana jisim sesebuah zarah akan menentukan sifat gravitinya, kita dapat melihat bahawa terdapat perkaitan langsung antara corak getaran tetali dan tindak balas zarah terhadap daya graviti. Walaupun penaakulan yang terlibat agak lebih abstrak, ahli fizik telah mendapati bahawa penjajaran yang sama wujud antara aspek terperinci lain bagi corak getaran tetali dan sifatnya berbanding daya lain. Caj elektrik, cas lemah dan cas kuat yang dibawa oleh tetali tertentu misalnya, ditentukan oleh cara tepat ia bergetar. Sebagai tambahan, perkara yang sama turut berlaku untuk zarah penghantar itu sendiri. Zarah seperti foton, boson tolok lemah dan gluon adalah corak getaran resonan yang berbeza.  Dan yang paling penting, antara corak tetali yang bergetar, ia sangat bersepadan dengan sifat-sifat graviton, sekaligus menuntaskan bahawa graviti adalah sebahagian daripada teori tetali.

 

Jadi kita dapat melihat bahawa, mengikut teori tetali, sifat yang diperhatikan bagi setiap zarah asas muncul kerana tetali dalamannya mengalami corak getaran resonans tertentu. Perspektif ini sangat berbeza daripada apa yang dipercayai oleh ahli fizik sebelum penemuan teori tetali; mengikut perspektif awal, perbezaan antara zarah asas dijelaskan dengan mengatakan bahawa, pada hakikatnya, setiap spesies zarah "dipotong daripada fabrik yang berbeza." Walaupun setiap zarah dilihat sebagai bersifat elementari, jenis "barangan" yang terkandung setiap satu  dari mereka dianggap berbeza. "bahan" elektron sebagai contoh, mempunyai cas elektrik negatif, manakala "bahan" neutrino tidak mempunyai cas elektrik. Teori tetali telah mengubah gambaran ini secara radikal dengan mengisytiharkan bahawa "bahan" semua jirim dan semua daya adalah sama. Setiap zarah elementari terdiri daripada tetali tunggal - iaitu, setiap

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 548

 

 

zarah ialah tetali tunggal - dan semua tetali adalah sama. Perbezaan antara zarah timbul apabila setiap tetali mengalami corak getaran resonans yang berbeza. Apa yang kelihatan seperti zarah elementari yang berbeza sebenarnya adalah zarah dengan "nada" yang berbeza pada tetali asas. Alam semesta ini - yang terdiri daripada sejumlah besar tetali bergetar ini - dapat disamakan seperti sebuah simfoni kosmik.

 

Gambaran keseluruhan ini menunjukkan bagaimana teori tetali telah menawarkan rangka kerja penyatuan yang benar-benar indah. Setiap zarah jirim dan setiap pemancar daya terdiri daripada tetali yang corak getarannya ialah "cap jarinya". Oleh kerana setiap kejadian fizikal, proses atau kejadian di alam semesta ini, pada tahap paling asasnya, boleh dihuraikan dari segi daya yang bertindak antara ahli bahan asas ini, teori tetali telah memberikan janji satu perihalan tunggal, yang menyeluruh, dan satu berkenaan alam fizikal ini: iaitu teori segala-galanya (TOE: Theory of Everything).”[1]

 

Teori tetali memerlukan andaian bahawa enam dimensi tambahan wujud. Dimensi-dimensi ini berlipat dan sangat kecil, dan melalui mereka, tetali akan bergetar jika dimensi tersebut tidak diperhatikan sepertimana tiga dimensi ruang yang besar.

 

Teori tetali mengandaikan bahawa setiap tetali tidak boleh mengecut kepada dimensi yang lebih kecil daripada "panjang Planck”, kerana percubaan sedemikian akan berbalik kepada kepada proses pengembangan. Dengan kata lain, dentuman besar bermula pada panjang Planck, dan bukan pada ketunggalan dengan saiz sifar dan ketumpatan infinit.

 

Terdapat lima format yang berbeza bagi teori tetali, dan format yang keenam menggabungkan kesemua format tersebut, dan dikenali sebagai teori-M. Aspek yang paling penting dalam teori tetali ialah tetali itu mampu menyelesaikan percanggahan antara teori kuantum dan teori kerelatifan am pada tahap yang sangat kecil, yang mana tidak dapat diselesaikan oleh teori zarah titik.

 

Teori-M adalah format teori tetali yang lebih inklusif. Ia adalah teori yang menunjukkan bahawa lima teori tetali yang lain sebenarnya mencerminkan kebenaran yang sama, dan teori-M pada dasarnya menghubungkan semua teori tersebut bersama.

 

“Selama bertahun-tahun, ahli fizik berada dalam kejahilan dan buntu, memikirkannya

 

____________________

[1] Sumber (Green - The Elegant Universe): ms 166 168

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 549

 

 

teori-teori tetali yang berbeza sememangnya sangat berbeza. Namun kini, melalui pengalaman yang diperolehi dari revolusi super-tetali kedua, ahli fizik telah menyedari bahawa teori-M adalah penyatu kepada lima teori tetali.”[1]

 

Teori M mencadangkan dimensi spatial baharu, yang ditambah kepada sepuluh dimensi sebelumnya bagi lima teori tetali. Oleh itu, dimensi dalam teori M berjumlah sebelas: sepuluh ruang, dan satu masa.

 

Teori M mencadangkan bukan sahaja tetali, tetapi juga bran yang mempunya dua dan tiga dimensi.

 

Teori M kini dianggap sebagai teori tetali serta dicadangkan sebagai asas yang sah untuk teori segala-galanya, atau teori yang mencadangkan hukum yang berkaitan dengan benda yang sangat kecil (seperti elektron dan kuark) dan benda yang bersaiz besar (seperti alam semesta di masa kini termasuk bintang, planet dan galaksinya). Ini bermakna teori-M menggabungkan teori mekanik kuantum dengan teori kerelatifan am.

 

Teori super-tetali dan teori-M mengandaikan bahawa tetali tidak boleh mengecut kepada dimensi yang lebih kecil daripada panjang Planck. Ini bermakna, alam semesta  ini terbentuk daripada kepingan berbilang dimensi dan sangat kecil serta mempunyai isipadu Planck. Dalam erti kata lain, teori M telah mengelak persoalan isipadu sifar dan ketumpatan infinit titik ketunggalan, yang mungkin merupakan permulaan alam semesta.

 

Pandangan kosmik teori M mengandaikan bahawa, selepas dentuman besar, hanya tiga dimensi spatial dilanjutkan daripada beberapa dimensi yang dilipat menjadi satu kepingan kecil isipadu Planck yang mana alam semesta muncul darinya, manakala panjang Planck adalah sangat kecil iaitu (1.616199(97) × 10-35 meter). Seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini, teori M sepatutnya menjadi teori yang menyatukan empat daya alam, atau graviti dengan tiga daya yang lain (elektromagnet, nuklear lemah dan nuklear kuat).  Sebuah lagi cadangan yang lain di dalam teori-M ialah terdapat alam yang lebih kecil daripada panjang Planck, alam yang tidak terhad dengan masa dan ruang, atau alam tanpa ruang. Alam ini mempunyai matematiknya yang tersendiri, berbeza dengan matematik konvensional yang digunakan untuk mengenal pasti masa dan ruang.

 

“Harapannya ialah ... teori ini akan menerangkan alam semesta yang berkembang kepada bentuk di mana latar belakang


____________________

[1] Sumber (Green - The Elegant Universe): ms 342

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 550

 

 

getaran tetali yang koheren muncul,

menghasilkan tanggapan konvensional ruang dan masa. Dan itu bermula dari titik permulaan yang kosong - yang berkemungkinan berada dalam era sebelum dentuman besar (Jika kita boleh menggunakan istilah yang berkaitan dengan masa kerana tidak ada kerangka bahasa lain), Sekiranya rangka kerja ini wujud, ia akan menunjukkan bahawa ruang dan masa, dan akibatnya juga dimensi, bukanlah semua unsur asas dan khusus yang mendefinisikan alam semesta.  Sebaliknya, ia adalah konsep mudah yang muncul daripada keadaan yang lebih asas, yang hilang pada orang-orang terdahulu.

Penyelidikan perintis mengenai aspek-aspek teori-M, yang diterajui oleh ramai ahli fizik seperti Stephen Shenker, Edward Witten, Tom Banks, Willy Fischler, Leonard Susskind, dan lain-lain penyelidik yang terlalu ramai untuk dinamakan, telah menunjukkan bahawa sesuatu yang dikenali sebagai bran-sifar - yang mana mungkin merupakan bahan yang paling asas dalam teori-M, iaitu sebuah objek yang berkelakuan agak seperti zarah titik pada jarak yang jauh tetapi mempunyai sifat yang berbeza secara drastik pada jarak yang pendek - mungkin memberi kita gambaran tentang alam tanpa ruang dan masa.

Kerja mereka telah mendedahkan bahawa walaupun tetali menunjukkan kepada kita bahawa tanggapan konvensional tentang ruang tidak lagi mempunyai kaitan di bawah skala Planck, bran-sifar pada dasarnya memberikan kesimpulan yang sama tetapi juga memberikan ruang kecil dalam rangka kerja tidak konvensional baharu yang mengambil alih. Kajian berkenaan bran-sifar ini menunjukkan bahawa geometri biasa telah digantikan oleh sesuatu yang dikenali sebagai geometri bukan komutatif, sebuah bidang matematik yang dibangunkan sebahagian besarnya oleh ahli matematik Perancis Alain Connes. Dalam rangka kerja geometri ini, tanggapan konvensional tentang ruang dan jarak antara titik telah menghilang, meninggalkan kita dalam landskap konsep yang jauh berbeza.  Walau bagaimanapun, semasa kami menumpukan perhatian kami pada skala yang lebih besar daripada panjang Planck, ahli fizik telah menunjukkan bahawa tanggapan konvensional kita tentang ruang muncul semula. Berkemungkinan rangka kerja geometri tidak komutatif masih memerlukan beberapa langkah penting sebelum mencapai keadaan kosong yang dijangkakan di atas, namun ia memberi kita petunjuk tentang apa yang mungkin melibatkan rangka kerja yang lebih lengkap untuk menggabungkan ruang dan masa.”[1]

 

Oleh kerana teori-M kini merupakan satu-satunya teori yang mencadangkan penyatuan graviti dengan daya yang lain, dan mungkin dapat memberikan penjelasan tentang dunia sebelum kewujudan masa dan ruang, ia telah dicadangkan oleh Hawking sebagai penjelasan yang ditunggu-tunggu tentang kewujudan alam semesta dari ketiadaan.

 

_____________________

[1] Sumber (Green - The Elegant Universe): ms 413-414

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 551

 

 

Namun bolehkah teori-M menjelaskan kemunculan masa dan ruang dari ketiadaan?

 

Saya percaya bahawa ini tidak mungkin terjadi, kerana tidak kira apa tesis yang akan dijelaskan teori-M atau teori terakhir, ia akan tetap berpusat di sekitar persoalan seperti pembuaian kuantum dalam ruang, atau getaran tetali dan sebagainya.  Oleh itu, ia hanya akan memindahkan soalan ke tahap yang lebih maju, dan tidak akan menjelaskan kewujudan alam semesta dari ketiadaan.

Daripada apa yang disebutkan di atas, dan daripada apa yang akan dibentangkan selepas ini, kita melihat bahawa adalah benar-benar jahil bagi seorang ahli fizik untuk mengatakan bahawa alam semesta datang dari ketiadaan, dan bahawa ia tidak memerlukan apa-apa dari luarnya untuk memulakan kewujudannya.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: