Rabu, 2 Mac 2022

5.23 Asal Usul Bangsa Sumer

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 328

 

  Asal Usul Bangsa Sumer


Orang-orang Sumer mempunyai bahasa yang berbeza dengan bahasa Semitik yang wujud di Mesopotamia. Ini menimbulkan masalah untuk menentukan asal usul orang-orang Sumer, menyebabkan ramai penyelidik dan pakar untuk berhipotesis yang orang Sumer mempunyai asal-usul jauh, seperti dari India, Asia Timur atau malahan Eropah. Pakar yang terdahulu, seperti Joseph Halevy, dan yang lebih terkini seperti Dr. Nael Hanun,[1] telah mendapat kesimpulan yang berbeza. Sesetengah orang menganggap persoalan sekitar asal usul orang Sumer sebagai tidak betul. Di mana Dr. Nael Hannoun membuat kesimpulan bahawa apa yang wujud adalah tulisan Sumeria yang dicipta oleh orang Akkadia untuk mencatat pada permulaan percubaan untuk menulis dan mengkodifikasikan dalam bahasa Cuneiform. Oleh itu, orang-orang Sumer adalah Akkadia (Babilon dan Assyria), dan mereka bukanlah terdiri dari kebangsaan yang berbeda. Ini bermakna, orang-orang Sumer-Akkad adalah orang-orang Semit.

 

“Kajian Thorkild Jacobsen membuktikan ketiadaan sebarang konflik antara bangsa Sumer dan Akkadia pada asas perbezaan kebangsaan. Ini walaupun ketiadaan konflik seperti itu apabila mempertikaikan berkenaan kedaulatan sebuah kawasan yang mempunyai ruang dan sumber yang terhad, seperti Mesopotamia purba, yang langsung tidak mempunyai sempadan semulajadi, yang mungkin boleh mengasingkan tanah jika dua bangsa ini wujud bersama. Kita boleh merumuskan keputusan paling penting yang dicapai oleh Jacobsen dalam kajiannya seperti berikut:

 

1. Konflik yang terjadi di antara kumpulan manusia yang berbeza di Mesopotamia purba bukan kerana perbezaan kebangsaan. Sebaliknya ia adalah kerana perbezaan politik serantau.

 

2. Teks-teks kyuniform (Cuneiform) tidak pernah menyebut sebarang kes konflik atau perang antara Sumer dan Akkadia, walaupun mereka mewakili dua bangsa yang berbeda. Sebaliknya mereka berada di kota yang berasingan, atau negeri yang berasingan, dengan sifat kebangsaan yang khusus dirasakan oleh penduduk dua kota tersebut.

 

3. Apa-apa kajian berkenaan perbezaan antara bangsa Sumer dan Akkadia hanya boleh melibatkan

 

____________________

1. Dr. Nael Hannoun, seorang penyelidik Iraq (1952), memegang ijazah sarjana dalam arkeologi purba dari Universiti Baghdad (1976), ijazah sarjana dalam tulisan cuneiform dari Universiti Toronto, Kanada (1982), dan ijazah kedoktoran falsafah dalam bahasa dan sastera Akkadia dari Universiti Toronto, Kanada (1986) Beliau mengajar di universiti Iraq, termasuk Universiti Baghdad dan Universiti Kufah, dan akhirnya beliau mengajar di Universiti Damsyik. Beliau mempunyai banyak buku dan mempunyai mengeluarkan kamus bahasa Arab pertama untuk bahasa Sumeria dan bahasa Akkadia.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 329

 

 

penggunaan bahasa, nama personaliti, dan kepercayaan agama. Ia tidak melibatkan perbezaan etnik atau elemen antropologi semulajadi - seperti warna kulit, sifat, jenis rambut dan seterusnya - disebabkan ia adalah mustahil untuk memantau hal itu dari awal lagi.

 

Penemuan terpenting yang dibuat oleh Ignace Jay Gelb dalam kajiannya boleh dirumuskan seperti berikut:

 

1. Bukti antropologi mengesahkan bahawa rangka-rangka yang dijumpai dari zaman tertua di Babilon adalah milik sebuah bangsa yang dikenali sebagai Cabang Timur Bangsa Laut Mediteranian. Ini bermakna mereka menyerupai rangka suku Badwi yang mendiami Semenanjung Arab dan pergurunan Sham. Malahan, tiada rangka jenis berkepala bulat yang spesifik kepada manusia Asia Tengah pernah ditemui, sehingga boleh untuk mengandaikan Asia Tengah adalah tempat tinggal pertama bangsa Sumer.

 

2. Kajian mengesahkan kepentingan bukti yang diambil dari nama kota purba yang ditemui oleh Landsberger dan digariskan di atas. Intipati bukti ini adalah nama kota-kota purba di Selatan Iraq bukan di dalam bahasa Sumer.

 

3. Nama-nama personaliti Akkad muncul bersama dengan personaliti Sumer di dalam teks-teks kyuniform (Cuneiform), walaupun di kota-kota Sumer, dan semasa zaman Sumer. Nama-nama raja dinasti pertama yang memerintah setelah banjir kebanyakannya adalah orang-orang Akkad. Ini berdasarkan bagaimana raja-raja Sumer dikenalpasti. Dari 23 orang raja yang namanya disebutkan di dalam dinasti ini, tidak wujud lebih dari enam nama Sumer. Di kota-kota seperti Shuruppak dan Ur, nama orang-orang Akkad telah muncul di dalam teks-teks seawal Zaman Dinasti Awal purba.

 

4. Kebanyakan maklumat yang kita miliki bekenaan raja-raja Zaman Dinasti Awal yang dipercayai merupakan bangsa Sumer, datang dari teks-teks epik yang ditulis di dalam bahasa Sumer semasa zaman Babilon Purba, bukan semasa apa yang dianggap sebagai zaman Sumer.

 

5. Di dalam peringkat-peringkat awalnya, penulisan tidak terhad kepada apa yang diandaikan sebagai kawasan Sumer di Selatan Iraq. Sebaliknya, ia tersebar luas kepada kawasan yang dikenali sebagai rautau Akkad - kawasan utara Selatan Iraq - semasa zaman protoliterasi.

 

6. Teks-teks Akkad mula muncul semasa Zaman Dinasti Awal ketiga, yang dianggap sebagai zaman kedaulatan Sumer sebelum Sargon dari Akkad menubuhkan kerajaannya. Semasa

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 330

 

 

zaman kerajaan tersebut, teks-teks diraja dan nama-nama tahun ditulis dalam dwibahasa. Sementara teks-teks keagamaan dan ekonomi pula ditulis samada di dalam bahasa Sumer atau Akkad. Di rantau Diyala, yang lebih jauh dari kawasan yang dipercayai sebagai rantau Sumer, bahasa Sumer telah digunakan untuk menulis perjanjian. Ketika zaman Babilon purba, bangsa Babilon menggunakan bahasa Sumer dan Akkad untuk inskripsi (catatan dan rekod).

 

7. Pengajian leksikal ke atas bahasa Sumer menunjukkan kewujudan dua kumpulan terma: yang pertama adalah termasuk terma-terma Sumer, sementara yang kedua termasuk sejumlah besar perkataan yang dipinjam dari bahasa bukan Sumer.

 

8. Sejumlah besar aksara kyuniform (Cuneiform) didapati mempunyai kepentingan fonetik di dalam bahasa Sumer. Bangsa Sumer menggunakannya, namun aksara ini tidak mempunyai kepentingan simbolik untuk menandakan maksud yang dikaitkan dengannya. Pengkaji menamakannya kakasiga”. Kewujudan aksara-aksara ini, atau kod-kod bahasa, menunjukkan ianya diambil dari perkataan yang berasal dari bahasa bukan-Sumer.

 

9. Suku kata simbolik yang mempunyai makna yang sama, disebut secara berbeza dari satu rantau ke rantau yang lain di seluruh Selatan Iraq, atau E HUL. Ini diekspresikan dengan cara yang berbeza di rantau utara Selatan Iraq, dengan menggunakan suku kata simbolik SAG GIS RA. Sesetengah alat-alat bahasa akan digunakan di sesetengah rantau, namun diabaikan di rantau yang lain.

 

10. Penulisan bangsa Akkad telah mempengaruhi penulisan Sumer dengan cara yang sama ketara dengan pengaruh bahasa lisan. Ini menunjukkan bangsa Akkad telah terlibat dengan penulisan apabila ia telah dicipta. Sebagai contoh, suku kata yang ditemui dalam penulisan Sumer yang diambil dari perkataan Akkad seperti suku kata (id) yang diambil dari perkataan Akkad  (idu) yang bermaksud tangan, suku kata (pu) yang diambil dari perkataan Akkad (pu) yang membawa maksud mulut, dan suku kata (iz) yang diambil dari perkataan Akkad (isu) yang membawa maksud kayu. Wujud juga perkataan Sumer yang diambil dari perkataan Akkad, dan kemudiannya diubah menjadi suku kata simbolik dengan makna yang sama. Contohnya seperti "sam" (harga) dan "hazi" (kapak).

 

Pada tahun 1970, Taha Baqir telah menyuarakan suatu isu penting berkenaan bangsa Sumer. Beliau telah menolak kecenderungan sesetengah penyelidik untuk menisbahkan sifat-sifat fizikal bangsa Sumer berdasarkan patung-patung dan karya seni. Beliau menjelaskan bahawa sifat-sifat yang tampak pada patung-patung Adami telah dipengaruhi oleh teknik dan gaya artistik yang diikuti ramai dalam seni ukir. Sifat luaran dan bentuk patung-patung ini tidak sama sekali dalam realitinya mewakili perbezaan etnik

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 331

 

 

atau sifat khusus bangsa Sumer dan Akkad. Sebaliknya mereka melambangkan pakaian yang bersesuaian dengan status orang yang digambarkan tersebut. Pandangan Baqir dikuatkan lagi oleh sifat-sifat dan ciri-ciri yang dinisbahkan oleh para penyelidik kepada patung-patung Sumer, turut muncul wujud pada patung-patung bangsa yang tinggal di rantau yang jauh dari rantau hipotetikal Sumer seperti Mari (Tel Al-Hariri di Syria). Sebagai tambahan, kita dapati bentuk tubuh patung-patung yang dinisbahkan kepada bangsa Sumer dari Zaman Dinasti Awal berbeza dengan patung terkenal Putera Judia (orang Sumer) yang hidup lebih kurang 2200 SM.

 

Jelas dari hipotesis yang disebutkan sebelumnya berkenaan kewujudan orang-orang Sumer - yang telah dibuktikan melalui kewujudan bahasa Sumer dan nama-nama orang Sumer - mewujudkan lebih banyak persoalan dari memberikan jawaban. Ia juga jelas kepada kita bahawa bahasa adalah satu-satunya bukti kewujudan bangsa Sumer sebagai kelompok manusia yang telah tinggal bersama atau mendahului bangsa Akkad di Selatan Mesopotamia. Walaupun dari sisi penulisan, jelas bahawa kajian saintifik yang jitu tidak menyebelahi penerimaan pendapat bahawa penulisan adalah ciptaan orang Sumer. Berdasarkan poin ini, bersama bukti di atas, kami cenderung untuk mempercayai bahawa tidak wujud orang-orang yang berbeda secara etnik dari mereka yang digelar orang-orang Akkad. Kami mempunyai sebab-sebab yang mencukupi untuk mengatakan bangsa Akkad telah mencipta bahasa Sumer untuk tujuan transkripsi sebelum mereka dapat mencipta metod untuk mentranskrib bahasa Akkad itu sendiri. Kami melihat bahasa Sumer, dengan cara ia dibentuk, ia tidak dapat dituturkan, seperti yang akan kami terangkan sedikit masa lagi.

Walaupun begitu, bahasa Sumer telah membantu bangsa Akkad mencapai peringkat suku kata setelah peringkat bergambar dan simbol. Suku kata adalah satu-satunya cara untuk menyalin teks-teks bahasa Akkad yang digunakan dalam pertuturan, dan kaedah bergambar dan simbol tidak dapat digunakan untuk menyalin bahasa ini kerana ianya dipenuhi dengan konjungsi (kata penghubung), kata terbitan dan perbendaharaan kata yang besar. Maka perkara ini hanya mungkin dilakukan dengan suku kata.Jika kaedah bergambar dan simbol tidak dicipta untuk menyalin sebuah bahasa yang asalnya dicipta untuk penulisan, sudah pasti ia tidak akan mencapai peringkat suku kata.

Apa yang membuatkan kami berpendapat seperti ini adalah apabila kami mengumpulkan leksikon bahasa Akkad, Sumer dan Arab, yang mana jilid pertamanya telah diterbitkan di Baghdad pada tahun 2001. Setelah menyelesaikan jilid pertama dan memulakan kerja untuk jilid seterusnya yang akan disertakan terma-terma, ia menjadi jelas kepada kami bahawa sejumlah besar terma dan suku kata simbolik bahasa Sumer telah dicipta buat pertama kali antara pertengahan milenium kedua dan milenium pertama. Ia adalah lebih dari lima abad setelah kehilangan hipotetikal bangsa Sumer. Fakta ini membuatkan kami menyimpulkan bahawa terma-terma ini telah diciptakan oleh orang-orang Akkad itu sendiri. Jika bangsa Akkad adalah orang yang membangunkan terma bahasa Sumer pada waktu tersebut, maka apa yang menghalang kami untuk mempercayai mereka juga yang mencipta terma dan suku kata sebelum itu? Apa yang boleh membuatkan kita mengatakan bahawa mereka tidak mampu untuk mencipta hukum penulisan untuk mengawal pembentukan kosa kata ini

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 332

 

 

di dalam teks-teks, seperti teks yang kita sekarang tahu sebagai teks bangsa Sumer?

 

Selain dari apa yang telah disebutkan sebelumnya, melalui kajian ke atas subjek ini, kami telah memperolehi bukti-bukti yang luas mendukung hipotesis yang telah kami buat.[1]

 

Bangsa Sumer atau Akkad mempunyai tamadun dan budaya terekod yang tertua di dunia, dan begitu juga agama tersusun dan yang diketahui tertua di dunia. Jika kita menganggap agama sebagai sejarah budaya semata-mata, maka ketiga-tiga agama Ilahiyah: Yahudi, Kristian dan Islam, hanyalah penerus kepada agama Sumer Akkad, tidak lebih dari bayangannya. Kisah-kisah penciptaan, banjir Nuh, dan kisah-kisah pengajaran, nilai moral yang tinggi dan tingkah laku mulia sesetengah individu; ibadah, sembahan dan doa kepada Tuhan; semuanya wujud dalam agama Sumer.

 

Malahan, asal-usul kesemua agama Ibrahim: Yahudi, Kristian dan Islam dapat dijejak semula kepada Ibrahim (as) yang datang dari Sumer.

 

Oleh kerana Sumer memiliki ketamadunan tertua dan budaya yang bernilai di dunia, orang-orang Sumer purba, atau orang-orang yang menjadi nenek moyang kepada orang Sumer, dapat dianggap sebagai mewakili sebuah asal-usul kepada anak-anak Adam dan budaya mereka yang tersebar ke seluruh bumi. Di dalam tablet tanah liat, orang-orang Sumer mencirikan nenek moyang mereka sebagai orang-orang berkepala hitam”. Ini berselari dengan apa yang telah dibuktikan secara saintifik: asal usul Homo sapiens hari ini, yang tersebar ke seluruh dunia, adalah dari Afrika.

Tamadun pertama yang muncul beberapa waktu setelah orang Sumer adalah mereka yang tinggal bersempadan dengan tamadun Sumer, dengan Sumer menjadi pusat ketamadunan bagi tamadun-tamadun tersebut. Ini dengan tuntas menunjukkan mereka tersebar ke negara-negara sekitar dan menubuhkan budaya di situ, atau sekurang-kurangnya, ia menunjukkan budaya dan tamadun mereka tersebar.

Oleh itu, budaya bangsa Sumer (Akkad) muncul secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran, dan ia sangat canggih serta jelas. Loncatan budaya dan ketamadunan yang sangat ketara oleh bangsa Sumer menunjukkan petunjuk yang jelas berkenaan suatu entiti baru yang memasuki memasuki kelompok manusia, menyebabkan manusia membina bukan sahaja tamadun material, malah berubah dari tingkah laku mementingkan diri,

 

___________________

[1] Sumber (Dr. Nael Hanoun - Kebenaran Orang Sumeria dan Kajian dalam Arkeologi dan Teks Cuneiform): hlm. 29-32

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 333

 

 

haiwani, menindas, ke arah mencari sifat-sifat bermoral, adil, altruistik dan berperikemanusiaan.

 

Satu-satunya penjelasan yang munasabah, disokong oleh penemuan arkeologi adalah agama merupakan elemen baru tersebut. Penjelasan keagamaan bagi perubahan ketamadunan ini adalah satu-satunya kebenaran, berfakta dan disokong oleh artifak yang mengesahkan pengenalan nilai-nilai ini melalui agama - atau Adam dan para Nabi. Apabila jiwa Adam (as) terhubung kepada sebuah jasad material dengan biologi yang mementingkan diri, jiwa ini adalah elemen baru yang memasuki kelompok manusia, dan jiwa yang berbudi pekerti ini telah memindahkan nilai-nilai moral seperti altruisme dari Tuhan. Manusia kemudiannya mempercayai nilai-nilai moral ini adalah kebenaran, kerana petunjuk yang mereka bisa rasai dalam diri mereka. Mereka kemudiannya mula memerangi keakuan dengan altruisme, mencapai hasil yang diberkati, di mana keindahannya turut memeranjatkan walaupun ateis. Satu-satunya perkara yang boleh dilakukan oleh para ateis adalah dengan mula memperjuangkan altruisme, walaupun hakikatnya, para pelopor dan mereka yang memperkenalkannya adalah musuh ketat para ateis, iaitu Agama Tuhan.

 

Jika kita menggabungkan sejarah tablet tanah liat dan artifak Sumer bersama teks keagamaan mereka, satu-satunya kesimpulan yang boleh dicapai berkenaan bangsa Sumer, ataupun penduduk Mesopotamia adalah, mereka merupakan para pewaris ketamadunan dan budaya Adam (as) dan Nuh (as) (Utnapishtim), walaupun jika ia terjadi dalam tempoh waktu yang jauh sebelum sejarah yang kita ketahui dari artifak dan tablet tanah.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 335

 

 


 Rajah 17 : Peta Sumer, Akkad dan Elam

Sumber (1): Wikimedia

 

________________

1. Boleh didapati di

https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Sumer3.jpg

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 336

  

 

 Rajah 18 : Peta Mesopotamia

Sumber (1): Wikimedia

 

___________________

1. Tersedia pada:

https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Basse_Mesopotamie_DA.PNG

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 337

 

 


Rajah 19: Peta Sumer dan Akkad

Sumber (1): Ensiklopedia Sejarah Purba

 

_____________________

[1] Boleh didapati di

http://www.ancient.eu.com/image/359

https://www.worldhistory.org/image/359/map-of-sumer-and-elam/

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 338

 

 

Peta-peta ini disusun untuk memberikan gambaran yang mencukupi untuk proses pensurutan air yang disebabkan oleh lonjakan hidraulik banjir. Banjir ini memenuhi lembah tersebut dengan air, membentuk Teluk moden seperti hari ini dan menyebabkan bangsa Sumer awal (atau apa sahaja nama yang anda mahu menggelarkan mereka) berhijrah dari lembah tersebut ke rantau-rantau Selatan Iraq, dan menetap di pinggiran air antara 8000-15000 SM. Kemudian mereka membina perkampungan dan kota-kota. Dan seterusnya, orang-orang Sumer ini, bersama-sama dengan tamadung mereka telah tersebar ke seluruh dunia, termasuk Utara Afrika.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: