Selasa, 8 Mac 2022

5.32 Gilgamesh dan Yusuf (as)

 

Gilgamesh dan Yusuf (as)

 

Di dalam pengembaraan pertamanya, Gilgamesh telah mencapai kejayaan dan membunuh syaitan Humbaba. Beliau kemudiannya kembali ke Uruk dan memakai mahkotanya sebagai persediaan

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 383

 

 

untuk pertempuran kedua, perang ke atas alam duniawi (dewi Ishtar atau Inanna):

 


Dan ketika Gilgamesh mengenakan mahkotanya, Ishtar yang terhormat mengangkat matanya dan bersinar keindahan Gilgamesh, dan dia memanggilnya: Marilah Gilgamesh, dan jadilah pengantin lelakiku.

Berilah aku buah-buahanmu agar kunikmatinya,

Jadilah suamiku dan aku menjadi isterimu,

Bantuan padamu kereta kuda dari batu lapis lazuli (permata biru ungu) dan emas,

Dan rodanya dari emas, dan tanduknya dari tembaga,

Itu akan mengikat syaitan petir bukannya keldai besar,

Dan ketika kau masuk rumah kami, kau akan dapati aroma cedar (aras) wangi di dalamnya.

Sekiranya kau masuk rumah kami, kakimu akan mencium ambang pintu

Raja-raja, hakim dan penguasa akan tunduk kepadamu ......

Gilgamesh membuka mulut dan menjawab Ishtar yang terhormat dan berkata: .......

Apa kebaikannya jika aku berkahwin denganmu?

Kamu!

Kamu tidak lain hanyalah api yang memadamkan api dalam kesejukan.

Kamu seperti pintu yang hilang yang tidak menghalang ribut atau angin,

Kamu adalah istana yang mencelakakan, bagi pahlawan masuk kedalamnya,

Kamu gajah yang merobek jalanan,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 384

 

 

Kamu tangga kotor yang mengotori pembawanya, hampir membasahkan pembawanya,

Kamu adalah batu marmar yang meruntuhkan dindingnya,

Kamu adalah batu jasper yang mengundang dan menggoda musuh,

Dan kamu adalah kasut yang menggigit kaki,

Mana antara kekasihmu yang tetap kamu cintai?

Mana antara rakyatmu yang selalu berpuas hati dengan kamu? .................)

Dan ketika Ishtar mendengar jawapan ini, dia sangat marah dan naik ke langit.

Ishtar naik dan muncul di hadapan ayahnya Anu dan ibunya Antum, dia menitiskan air matanya dan dia berkata:

Wahai bapaku, Gilgamesh telah menolakku dan menghinaku,

Dia menghinaku dan mencelaku dengan kesalahan dan kejahatanku,

Dan Anu membuka mulutnya dan berkata kepada Ishtar yang terhormat:

Kamu yang mengganggu Gilgamesh,

Sejumlah kesalahan dan kelemahanmu,

Maka Ishtar membuka mulutnya dan berkata kepada (Anu): Buatlah untukku, Wahai bapa! seekor lembu samawi, supaya Gilgamesh binasa.

Sekiranya kamu tidak menciptakan untukku lembu samawi, maka hancurkan pintu alam bawah (aspal).

Dan aku akan membuka pergaduhan dengannya, membangkitkan orang mati, dan mereka akan makan seperti yang hidup

Dan orang mati menjadi lebih banyak daripada yang hidup,

Dan Anu membuka mulutnya dan menjawab Ishtar yang terhormat dan berkata:

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 384

 

 

Sekiranya permintaan kamu dipenuhi, maka tujuh tahun kekurusan (kesulitan makanan) akan berlalu.

Adakah kamu mengumpulkan hasil yang mencukupi untuk manusia?

Adakah makanan disimpan untuk ternakan?

Ishtar membuka mulut dan menjawab Anu ayahnya, dengan berkata, "Aku telah mengumpulkan roti untuk manusia, dan menyimpan makanan untuk ternakan."

Dan jika tujuh tahun kekurusan datang, maka kamu akan menyimpan biji-bijian dan makanan kamu pada manusia dan haiwan." [1]

 

Di dalam Al-Quran menyebutkan:

﴿وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَن نَّفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الْأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ ۚ قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ ۖ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ﴾

[Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah; sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".][2]

 

﴿قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تَأْكُلُونَ *  ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تُحْصِنُونَ *  ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ﴾

[Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan. "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".] [3]

 

____________________

[1] Sumber (Taha Baqir - The Epic of Gilgamesh).

[2] Al-Qur’an Al-Karim Surah Yusuf Ayat: 23

[3] Al-Qur’an Al-Karim Surah Yusuf Ayat: 47-49

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: