Selasa, 15 Mac 2022

5.36.11 Tempoh Waktu Terjadinya Banjir Nuh

  

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 441

 

Zaman Terjadinya Banjir Nuh

 


Banjir Nuh terjadi hampir empat ribu tahun sebelum kedatangan Jesus, menurut tarikh di dalam Injil. Pandangan ini turut digunapakai oleh ahli tafsir Quran. Lembah subur tersebut telah pun dipenuhi oleh air masin di waktu itu, dan teluk moden sudah terbentuk. Ini jelas menunjukkan lokasi banjir itu adalah rantau Mesopotamia memandangkan rantau itu bersifat mendatar maka jumlah air yang perlu untuk membentuk Banjir Nuh mestilah datang dari takungan air yang besar. Inilah sebabnya Taurat menggambarkan banjir ini menenggelamkan seluruh dunia kerana tingginya gelombang tersebut. Walaubagaimanapun, telah dibincangkan sebelum ini bahawa hipotesis yang disebutkan di dalam Taurat hari ini bercanggahan dengan fakta saintifik, sejarah dan geologi.

Satu lagi kemungkinan adalah Nuh dan kaumnya, yang kita sebutkan sebagai nenek moyang bangsa Sumer atau Sumer awal, pernah tinggal di lembah subur dan banjir besar terjadi di situ (Teluk Parsi). Jika ini adalah kesnya, maka tarikh banjir itu dapat ditentukan dari tarikh di mana lembah itu dipenuhi  dengan air, akibat lompatan hidraulik air masin yang meliputi kawasan luas Selatan Iraq. Lembah tersebut telah dipenuhi air dalam 15,000 - 8,000 tahun sebelum masihi.

 

Maka apa yang terjadi adalah pembanjiran lembah tersebut, disebabkan oleh jumlah air besar yang  terhasil daripada kecairan ais di penghujung zaman ais. Ini membentuk mata air yang mencurah ke dalam laut, bersama dengan mata air yang lain, menyebabkan peningkatan paras air laut, sehinggalah empangan semulajadi runtuh dan air laut masuk ke dalam lembah itu. Wujud juga kemungkinan bahawa ia turut disertai oleh air hujan dan limpahan air sungai yang mencurah masuk ke dalam lembah dari arah yang lain. Oleh itu, semua air ini bertemu di dalam lembah, menyebabkan banjir besar dan lompatan hidraulik air, sehingga menenggelamkan Selatan Iraq. Seterusnya, air surut semula ke arah lembah atau Teluk Parsi, dan bahtera itu tersadai untuk memulakan perjalanan pertama kemanusiaan / ketamadunan yang telah sampai kepada kita dalam bentuk rekod dan tulisan di Selatan Iraq.

﴿فَفَتَحْنَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ بِمَاءٍ مُّنْهَمِرٍ *‏ وَفَجَّرْنَا الْأَرْضَ عُيُونًا فَالْتَقَى الْمَاءُ عَلَىٰ أَمْرٍ قَدْ قُدِرَ ﴾

{Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air itu untuk satu perkara yang telah ditetapkan.}[1]

 

________________________________

[1] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Qamar ayat: 11-12

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 442

 

 

5.36.12 Lokasi Berlabuhnya Bahtera Nuh (Dilmun—Gunung Ararat—Gunung Judi):

 

Lokasi berlabuhnya bahtera Nuh terhad kepada rantau di mana Nuh, kaumnya dan generasi selepasnya tinggal selepas banjir, iaitu Mesopotamia. Hanya seseorang yang degil sahaja akan menafikan fakta ini. Kisah banjir ini berasal dari Sumer, dengan kata lain, penduduk Mesopotamia meriwayatkannya sebagai legasi nenek moyang mereka. Saya percaya bahawa sebarang percubaan untuk mengubah penempatan lokasi Nuh dan kaumnya selepas banjir kepada kawasan luar dari Mesopotamia adalah percubaan yang terdesak, yang terhalang oleh banyak halangan yang tidak dapat diatasi.

 

Saya telah jelaskan bahawa perincian Dilmun oleh kaum Sumer adalah sama dengan perincian negara Al-Mahdi yang akan ditubuhkan di Iraq bersama ibu kotanya.

 

Hipotesis berkaitan berlabuhnya bahtera Nuh di salah satu pergunungan Turki atau Armenia telah dibuktikan bercanggahan dengan banyak fakta saintifik. Asal usul kepercayaan ini datang dari tafsiran Yahudi ke atas teks Taurat yang menyebut nama Gunung Ararat”.

 

Telah kita ketahui sebelumnya bahawa teks Injil berkenaan kisah banjir Nuh, termasuklah penenggelaman air ke atas semua gunung di bumi, adalah bercanggahan dengan fakta saintifik. Itulah sebabnya adalah sangat tidak logik untuk mengatakan bahawa bahtera Nuh berlabuh di sebuah gunung yang terletak beberapa kilometer di atas paras laut. Dan ia juga tidak logik untuk mengatakan bahawa bahtera tersebut dibawa ke arah Turki atau Armenia oleh air banjir dan kenaikan paras air. Kita telah menerangkan bahawa bumi tidak mempunyai jumlah air yang begitu besar untuk menyebabkan perkara seperti ini. Walaupun jika kita mengatakan banjir ini disebabkan oleh penenggelaman di Laut Hitam, tidak mungkin ada lompatan hidraulik yang boleh mencapai ketinggian beberapa kilometer, yang dapat bergerak berterusan untuk beberapa ribu kilometer, sehingga mencapai Gunung Ararat yang terletak di antara Turki dan Armenia. Hipotesis tersebut lebih mendekati fiksyen dari fakta, serta mustahil secara saintifik.

 

Maka, tafsiran teks Taurat tidak dapat digunapakai kerana ia bercanggahan dengan sains di samping penentangannya terhadap beberapa teks Sumer.

 

Gunung Judi yang disebutkan di dalam Quran adalah nama tempat di mana bahtera itu berlabuh. Nama gunung tersebut menunjukkan ia tidak lain dan tidak bukan terletak di Iraq. Ahli tafsir Quran yang telah menggandaikan bahawa gunung tersebut terletak di Turki, sebenarnya telah mengguna pakai tafsiran teks Injil oleh Rabbi Yahudi, tanpa mengkaji dan menyiasatnya.


 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: