Rabu, 16 Mac 2022

6.05 Antara Determinisme (Ketetapan) Newton dan kebarangkalian serta ketidaktentuan mekanik kuantum:

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 459

 

 

Antara Determinisme (Ketetapan) Newton dan kebarangkalian serta ketidaktentuan mekanik kuantum:


 

Dalam fizik Newton atau fizik klasikal, jirim ditentukan dengan ketepatan. Tidak wujud sebarang kebarangkalian, keraguan atau ketidaktentuan. Oleh itu kita boleh menentukan kelajuan dan posisi sesuatu objek dengan tepat, Ini membolehkan Laplace untuk mengembangkan mekanik Newton sejauh yang mungkin.  Laplace telah mencipta prinsip ketentuannya, yang menyebutkan, jika kita mengetahui kelajuan atau momentum dan posisi setiap zarah di alam ini pada waktu tertentu, kita boleh menentukan kelajuan dan posisi mereka pada bila-bila masa, samada pada masa silam mahupun masa hadapan.  Ini bermakna kita boleh mengetahui masa hadapan. Ini disebutkan sebagai Prinsip Determinisme/Ketetapan. Jelas bahawa tidak wujud sebarang ruang lagi untuk perkara ghaib atau untuk tuhan masuk campur atau mengubah apa-apa. Situasinya telah ditetapkan dan tidak mampu dicampur tangan. Ini adalah isu yang membawa kepada ketiadaan ruang malah untuk kebebasan memilih manusia, kerana jirim bergerak ke arah pengakhiran yang telah ditetapkan dan tidak dapat dielakkan.

 

Kejayaan hukum Newton dan teori-teori fizikal yang lain telah membawa kepada idea penetapan saintifik, yang pertama kali di ekspresikan pada permulaan abad ke sembilan belas oleh saintis Perancis, Marquis de Laplace. Laplace mencadangkan jika kita mengetahui posisi dan halaju semua zarah di dalam alam ini pada sesuatu masa, hukum fizik sepatutnya membolehkan kita untuk menganggarkan apa keadaan alam ini pada mana-mana waktu di masa silam mahupun masa hadapan.[1]

 

Bagaimanapun, mekanik kuantum yang mendominasi fizik hari ini, tidak dapat memberitahu kepada kita kelajuan dan posisi tepat sebuah zarah tunggal, apatah lagi semua zarah. Maka, keadaan telah menjadi berbeza sepenuhnya. Zarah itu boleh berada pada mana-mana posisi, dan kelajuannya bisa jadi pada apa sahaja kelajuan. Oleh itu, tidak wujud lagi determinisme mutlak di dalam mekanik kuantum, dengan kata lain, tidak wujud lagi sebarang kebarangkalian untuk mengetahui masa hadapan secara tepat, disebabkan wujud lebih dari satu kemungkinan. Apa yang tinggal dari determinisme di dalam mekanik kuantum adalah evolusi fungsi gelombang.

 

Oleh itu kita boleh mengatakan bahawa mekanik kuantum yang digunakan oleh pendukung konsep "alam tercipta dari ketiadaan" untuk menafikan kewujudan tuhan, telah menjadi cara untuk membuktikan kewujudan tekad bebas pada manusia, dan manusia boleh masuk campur dalam mencipta masa depan mereka. 

 

_______________________

. 1. Sumber (Hawking - Alam semesta dalam cangkerang walnut): ms 98

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 460

 

 

Manusia tidak dipaksa atau terpaksa untuk mengikuti sesuatu jalan yang disediakan kepadanya oleh ketetapan alam yang tidak dapat dielakkan. Malahan, manusia boleh memberi kesan kepada peristiwa yang dia perhatikan di sekelilingnya. Malah, manusia mempunyai kesan kepada alam-- keseluruhan alam ini adalah sebuah sistem kuantum, dan manusia memerhatikannya.

 

Sesetengah determinisme yang diketengahkan oleh evolusi fungsi gelombang tetap tinggal di dalam mekanik kuantum.  Semua kemungkinan yang diberikan oleh fungsi gelombang telah berevolusi secara deterministik, yakni determinisme klasik tidak lagi wujud, seterusnya digantikan oleh campuran apa yang kita sebutkan sebagai separa-determinisme.

 

Seperti yang telah ditekankan oleh Max Born,  semasa tempoh waktu antara pengukuran, nilai fungsi gelombang telah berevolusi dengan cara berterusan dan deterministik yang sempurna, didikte oleh sesetengah versi  umum persamaan Schrödinger. Semasa perkara ini sedang terjadi, sistem tersebut tidak boleh disebutkan sebagai berada di dalam apa sahaja konfigurasi yang pasti.[1]

 

Telah pasti bahawa, dengan kedatangan mekanik kuantum, determinisme di dalam fizik Newton tidak lagi wujud, walaupun jika kebanyakan orang, di dalam kehidupan harian mereka hanya mengetahui fizik Newton dan determinisme-nya. Pun begitu, dengan kedatangan mekanik kuantum, masih bolehkah untuk kita menyebutkan apa yang diketahui mereka adalah realiti?!

Oleh itu, wujud lebih dari satu kemungkinan untuk masa depan, dan kita tidak boleh mendefinisikan mana-mana kemungkinan tersebut secara deterministik.  

﴿يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ ﴾

 [Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada Ibu Kitab.] [2].

Bagaimanapun, kemungkinan-kemungkinan ini ditadbir oleh evolusi yang bersifat deterministik ke atas fungsi gelombang. Melalui pemerhatian, kita telah mengenali salah satu darinya sebagai realiti yang telah kita perolehi. 

)لا جبر ولا تفويض، ولكن أمر بين أمرين )

[Ia bukanlah tekad bebas mahupun determinisme. Sebaliknya ia adalah sebuah urusan di antara dua urusan tersebut.] [3]

 

______________________________

[1] Sumber (Weinberg - Dreams of the Final Theory).

[2] Al-Qur’an yang mulia - Surat Ar-Ra’d - Ayat: 39

[3] Dari Abu Abdullah al-Sadiq (as), beliau berkata: (Tiada paksaan dan tiada pewakilan, melainkan perkara antara dua perkara) [Al-Kafi: Bahagian 1] ms 160

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: