Selasa, 29 April 2014

Kerja untuk Mempercepatkan (Kelapangan) Faraj Imam Mahdi (as)

Kerja untuk Mempercepatkan (Kelapangan) Faraj Imam Mahdi (as)

العمل لتعجيل فرج الإمام المهدي (ع(

Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً﴾

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, [Al-A7zab 33:72] [168].

عن الفضل بن قرّة، عن أبي عبد الله (ع)، قال: (أوحى الله إلى إبراهيم (ع) أنّه سيولد لكَ، فقال لسارة، فقالت: ألد وأنا عجوز؟ فأوحى الله إليه أنها ستلد ويعذب أولادها أربعمائة سنة بردها الكلام عليّ. قال: فلما طال على بني إسرائيل العذاب ضجوا وبكوا إلى الله أربعين صباحاً، فأوحى الله إلى موسى وهارون يخلصهم من فرعون فحط عنهم سبعين ومائة سنة. قال: فقال أبو عبد الله (ع): هكذا أنتم لو فعلتم لفرج الله عنا، فأمّا إذ لم تكونوا فإنّ الأمر ينتهي إلى منتهاه)

Dari Al-Fadhl bin Qurrah , dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Allah mewahyukan kepada Ibrahim (as) “Bahawa Dia akan mengurniakan anak kepada kamu”, dia berkata kepada Sarah, Sarah menjawab: “Aku seorang perempuan tua? Allah mewahyukan kepadanya bahawa dia (Sarah) akan melahirkan dan akan disiksa anak-anaknya empat ratus tahun dengan mengembalikannya ke atas al-Kalam (perintah) : berkata Abi Abdillah (as) (Apabila azab pada Bani israel bertahan untuk masa yang lama, mereka menangis dengan kuat kepada Allah selama 40 pagi, Allah kemudian mewahyukan kepada Musa dan Harun untuk menyelamatkan mereka dari Firaun, dengan ini, Allah telah menentukan 170 tahun nasib mereka (iaitu mereka telah ditakdirkan untuk hidup 170 tahun lagi di dalam azab, tetapi Doa mereka menukarnya), maka Imam Sadiq berkata: Jika kamu telah berbuat demikian (atau jika anda berbuat demikian) Allah akan membawa kelapangan (keselamatan) kepada kita tetapi jika kamu tidak lakukan maka ia akan mengambil masa yang Allah telah takdirkan. (atau bahawa ia akan berakhir dengan hujungnya)) [169].

Kerja ini adalah tanggungjawab semua orang, ulama agama dan kumpulan bangsa-bangsa orang Islam yang lemah. Para ulamak agama, mendahului mereka kerana mempunyai kedudukan sebagai pemimpin umat, sama ada suka atau tidak: kerana mereka berdiri di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan berdiri di pintu kerajaanNya seperti mana pengikut dari Anbiak dan Mursalin. Mereka perlu berjalan (bergerak) dan bekerja dengan sirah perjalanan mereka, maka sesiapa yang tidak layak untuk melakukannya, mereka tidak perlu meletakkan dirinya dalam kedudukan berbahaya ini kerana ia akan menjadi bahagian dari jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kerana urusan (perintah) ini membawa erti kepada “Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata”. Oleh sebab itu seorang yang berilmu agama menjadi pemimpin umat dan mengislah umat Islam)

﴿وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ﴾

 dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya.  [170 ], [Al-Taubah 9:122]


yang menyebarkan jalan Allah Yang Maha Suci dan penyeru kepada Allah dengan izinNya, jangan mencari dakwah sambil berehat pada jalan ini, dan jika dia mendapati pada hari dari hari-hari sebelum daulah kebenaran, untuk menyesali dirinya dan mengkaji semula perjalanannya. Imam Ali (as): (Sekalipun sebuah gunung mencintai ku, ia akan runtuh (juga) [171], bahawa seorang yang berilmu agama harus berfikir dan bekerja (beramal) siang dan malam untuk menegakkan Negara Kebenaran (Daulah Al-Haq), dan atas nasihat pemimpin umat Penutup Washiy-washiy (as).

Orang-orang Islam yang lemah perlu kembali kepada Islam dan Al-Quran selepas ia menyimpang daripadanya, sehingga tiada yang tinggal pada Islam hanya namanya, dan Al-Quran, hanya pada tulisannya. Ia merupakan proses penyusunan semula (pemulaan) yang amat berharga untuk Negara Kebenaran (Daulah Al-Haq), kepada individu dan kumpulan (jamaah), terutamanya dari golongan elit mukminah berpendidikan menjayakannya, kerana ia terletak di atas bahu mereka sebahagian besar daripada proses pembaharuan (pengislahan) umat dan proses penyusunan semula untuk menyokong kebenaran dan ahlinya, dan memerangi kebatilan dan simbol-simbol syaitan daripada jin dan manusia.

Alhamdulillah (bersyukur kepada Allah) yang memberikan kita Muhammad dan Aali Muhammad (sawas) pemimpin yang memahami kesannya. Mereka (as) bantu membantu dengan perkara yang hak dan yang saling bertempur dengan yang batil, dan mereka bekerja siang dan malam untuk menyebarkan Kalimah [لا إله إلاّ الله] Tiada Tuhan Selain Allah, Apabila media (memberi peringatan) dan pedang berkata-kata ia mempunyai kesan yang jelas untuk menghukum (menjatuhkan) kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah, dan hingga ke hari ini ia masih terpahat dalam jiwa sebagai senjata yang ampuh untuk menghukum (menjatuhkan) kerajaan taghut (penzalim) yang meminta korban untuk menghapuskannya, seperti yang dilakukan oleh Imam Hassan (as).

Dan sekali lagi apabila diraih syarat yang bersesuaian dengan perjuangan Aali Muhammad (as), perjuangan revolusi bersenjata, dengan pedang dan pertumpahan darah demi agama, seperti yang dilakukan oleh Imam Hussein (as). Oleh itu, mereka (as) pembawa bendera jihad dan penyeru kepada makruf (kebaikan) dan pencegah kemungkaran, dan memberi contoh dengan penentangan mereka. Jika tidak mencegah dan takut pengecut) dalam memerangi taghut (penzalim) walaupun dengan hanya membelanjakan pedang beracun dan sarungnya, kita semua hari ini tidak akan memahami kesan tinggalan mereka (as) dalam menyebarkan agama dan menentang orang-orang zalim dan menghapuskan mereka, demi menegakkan Daulah Al-Haq, dan meninggikan Kalimah [لا إله إلاّ الله] Tiada Tuhan Selain Allah di muka bumi, dengan menyebarkan penyembahan (pengabdian) kepada Yang Maha Pencipta mereka, dan menghapuskan (mrnghukum) penyembahan hamba kepada hamba dan kerosakan (fasad) yang mereka sertakan .

Begitu juga mesti mendedahkan imam-imam perosak yang menggelar diri mereka ulamak, yang cuba untuk memisahkan Al-Hassan dari Al-Hussein (‘alaihima ssalam), dan mereka mengatakan bahawa Imam Hassan (as) mendiamkan diri dan mereka mendakwa untuk mengikuti sirah beliau, akan binasalah mereka. Walaupun Aali Muhammad (as) mendiamkan diri untuk mengurangkan toksin (racun) yang ada di dalam perut-perut mereka!! Bahawa Aali Muhammad (as), kaum yang membunuh mereka adalah menjadi adat kebiasaan kemuliaan dan kesaksian Allah pada mereka, dan mereka telah dibunuh seperti yang disebutkan dalam riwayat mereka (as) [172] , Maka tiada tempoh pengecut yang hina yang membawa mereka untuk meminta maaf untuk mengembalikan semula hak kami, dan demi Allah, saya memberi salam ta’dzim untuk menghentam para pengecut



✡✡✡✡✡


------------------------------
[168] – Al-A7zab: 72.
[169] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 3 halaman 154, Bihar Al-Anwar: Jilid 5 halaman 118, Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 4 halaman 239.
[170] – Firman Allah :) Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (Al-Taubah 9:122.
[171] - Nahj Al-Balaghah, Muhammad Abduh: Jilid 4 halaman 26, Bihar Al-Anwar: Jilid 4 halaman 284, Mizan al-7ikmah: Jilid 1 halaman 520.

[172] - diriwayatkan daripada Rasulullah (sawas): (Tidak dari kami melainkan yang dibunuh atau diracun) Kifayat Al-Atsar: halaman 163, Bihar Al-Anwar: Jilid 27 halaman 217, Mizan al-7ikmah: Jilid 2 halaman 1518.

Isnin, 28 April 2014

Kelima: Membelakangkan Quran dan Sunnah

Kelima: Membelakangkan Quran dan Sunnah
خامساً: الإعراض عن القرآن والسنة

Membelakangkan, sama ada kurang belajar, kurang mentafsir dan kurang menghayati makna al-Qur'an dan kurang (atau tidak) melihat (mencari) dalam al-Quran dan Sunnah Nabi dan keluarga ma'sumnya (sawas). Tafsiran Al-Quran jauh dari riwayat ma'sumin (as) dan penggunaan kaedah-kaedah tatabahasa dan falsafah tafsiran yang kebanyakannya berbaur khilafiyah tidak pernah dan tidak akan bebas dari percanggahan di dalamnya.

Adapun dengan mentafsirkan Al-Quran mengikut pendirian dan hawa nafsu peribadi, kesemuanya adalah percubaan untuk membawa Al-Quran secara sesuka hati, dan oleh kerana dirinya menjadi penakut dan tunduk kepada penzalim, tidak didapatinya panggilan Al-Quran untuk berjihad terhadap penguasa zalim bagi umat ini; tetapi mendapati bahawa ketaatan mereka adalah wajib dan bertaqiyah tanpa sempadan . Apa yang penting bagi mereka ialah untuk terus hidup, dan tidak ada yang tinggal dengan Islam melainkan namanya!! Kerana tunduk kepada hawa nafsu tidak terjumpa panggilan (seruan) dalam al-Quran untuk zuhud di dunia ini, tetapi dia dapat seruan untuk memuaskan nafsu daripada kekayaan orang-orang Islam yang akan menyempurnakannya, dan berkatalah mereka, “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah.”  Tidak pula mengatakan Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama  atau ulamak yang tidak beramal dan pembantu mereka untuk makan harta orang ramai secara batil.

Tetapi dia terus mengikut Iblis Imam orang-orang yang sombong tidak pula ia dapati dalam Al-Quran seruan untuk merendah diri, bahkan dia dapat seruan untuk merendahkan orang-orang beriman, dan menghina dan tidak menghormati mereka.

Oleh itu, mereka membawa Al-Quran mengikut keinginan mereka sendiri, dan panduan mengenai keinginan-keinginan, dan pendapat Quran:

كم من قارئ للقرآن والقرآن يلعنه

(Berapa ramai dari pembaca Quran tetapi Al-Quran melaknatnya )  [114] seperti riwayat mereka (as).

قال أمير المؤمنين (ع) في وصف حال القائم مع هذه الأمة وعلمائها عند ظهوره: (يعطف الهوى على الهدى إذا عطفوا الهدى على الهوى، ويعطف الرأي على القران إذا عطفوا القرآن على الرأي)

Amirul Mukminin (as) dalam menyatakan keadaan Al-Qaim umat ini dan dan ulamak mereka ketika dia bangkit -: (kemewahan (keinginan) memesong petunjuk, apabila petunjuk terpesong oleh kemewahan (keinginan), pendapat memesong Al-Quran apabila Al-Quran terpesong oleh pendapat) [115].

Berkata Al-Shadiq (as): (akal manusia tidak jauh dari Al-Quran ) [116].

Beliau (as) berkata: (sesiapa mentafsir menurut pendapatnya satu ayat dari kitab Allah telah kafir.) [117].

Beliau (as) berkata: (Tidak bertentangan (menentang) seorang lelaki dengan sebahagian dari bahagian Al-Quran melainkan telah Kafir ) [118].

Beliau (as) berkata:
المتشابه ما اشتبه على جاهله
(Al Mutasyaabih (kesamaran) apa yang mutasyabihat adalah kejahilannya.) [119].

Abu Ja’far (as) berkata: (Kami tetap teguh serta mendalam dalam bidang ilmu, kami tahu takwilannya (tafsirannya.)) [120].

Berkata Abu Abdillah (as): (ditafsirkan Al-Quran menurut pendapatnya, tidak merosakkan penggunaan, kesilapan itu adalah satu dosa) ([ 121].

Kata Abu Jafar al-Baqir (as) berkata dalam satu perbualan dengan Qatadah, Qatadah telah terkhilaf dalam mentafsir ayat, beliau (as) berkata: (Celakalah Ya Qatadah, Sesungguhnya  Al-Quran tahu siapa yang membicarakannya ) [122].

Dan berkata Amirul Mukminin (as): (Jangan sekali-kali mentafsir Al-Quran pada pendapat kamu walaupun difahamkan dari ulamak – iaitu Imam-imam (as ) – sesungguhnya Tuhan menurunkannya menyamai kata-kata manusia yang merupakan Kalam Allah dan tidak boleh ditafsir (ditakwil) dan disamakan dengan kata-kata manusia, dan seperti mana tiada sesuatu pun dari ciptaanNya menyerupai Dia, tidak sama perbuatanNya Tabaraka wa Taala sesuatu perbuatan manusia, tidak akan sama sesuatu KalamNya dengan kata-kata manusia, dan Kalam Allah Tabaraka wa Taala, adalah sifatNya, dan kata-kata manusia perbuatan mereka , tidak sama Kalam Allah dengan kata-kata manusia yang akan binasa dan sesat ) [123].

Dan Imam Hussein (as) dalam kitabnya (surat) kepada peduduk Basrah, berkata: (Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih, Ada pun kemudiannya, tidaklah merendah diri dan berbahas dalam Al-Quran tanpa ilmu, bahawa aku telah mendengar datukku Rasulullah (sawas) bersabda: sesiapa yang membicarakan dari al-Quran tanpa ilmu , maka hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka ) [124].

Ia bermaksud dengan ilmu dari Allah sebagaimana di sisi Al-Ma'sumin (as) atau yang diambil dari mereka.

Dan Imam Al-Ridha, dari bapanya, dari Amirul Mukminin (as), beliau berkata: (Rasulullah (sawas) bersabda, Allah Jalla Jalalah berfirman: Tidak beriman denganKu sesiapa yang mentafsir dengan pendapatnya pada Kalam Ku, dan tidak mengenal Ku sesiapa yang menyamakan Ku dengan ciptaanKu, dan (tidak mengenal) atas agamaKu sesiapa yang mengamalkan qiyas (kias) dalam agamaKu) [125].

Rasulullah (sawas) bersabda: (Sesungguhnya aku bimbang, umatku selepas ku atas tiga perkara; iaitu yang mentakwil Al-Quran kepada selainnya, atau mengikut orang berilmu (alim) yang tergelincir, atau berlumba-lumba kepada harta kekayaan mereka sehingga melampau dan terpesona, dan aku akan terangkan kepadamu jalan keluar daripadanya, dan adapun Al-Quran diketahui dengan Muhkamah dan diimani pada Mutasyabihat, dan adapun orang berilmu (alim) dan berhati-hatilah, jangan mengikut kesilapannya, dan adapun harta kekayaan disyukuri nikmatnya itu, dan tunaikan haknya) [126].

Pentakwilan Al-Quran atau tafsirannya tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah dan orang-orang teguh serta mendalam ilmunya, dan mereka adalah Muhammad dan keluarga Muhammad (sawas). Bahawa Al-Quran sendiri mengatakannya, ayat-ayat Mutasyabihat dijelaskan dengan hadits-hadits mereka supaya diketahui atas sebabnya dan daripada mereka, telah diriwayatkan dari mereka (as) tafsiran Al-Quran perlu dirujuk kepada hadits-hadits mereka. Mereka (as) menuliskan laluan dan jalan yang lurus yang menerangkan ayat-ayat Kitab Suci Al-Quran Al-Karim. Dengan mentafsirkannya atau menerangkannya, bahawa tidak boleh mengambil ringan jalan itu supaya tidak tergelincir telapak kakinya terjerumus ke dalam al-Jahim (neraka), bahkan jangan  membuka peluang untuk mentafsirkannya oleh diri yang tidak suci. Firman Yang Maha Tinggi:

﴿لا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ﴾

tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. [Al-Waqi3ah 56:79]  [127]).

Adapun orang berilmu (alim) yang tergelincir; karena sesungguhnya dia telah  sesat dan menyesatkan pula umat yang mengikutnya, seperti mana Samiri menysesatkan Bani Israel.

Adapun untuk harta kekayaan, maka oleh kerana manusia yang kaya harta biasanya kurang memandang (tawajjuhnya) kepada Allah untuk meminta keperluan (hajat-hajat)nya),

﴿كَلَّا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَيَطْغَى* أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى﴾

Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, * karena dia melihat dirinya serba cukup (kaya). [Al-3alaq 96:6-7] [128].

Tetapi apabila menjadi fakir (serba kurang) dan menerima bala’ (ujian) biasanya akan menyeru (berdoa) berpaling (bertawajjuhnya) kepada Allah dan rujuk kembali kepadaNya .

Adapun pengubatan (rawatan) yang disaring (penapisan), yang telah ditunjukkan kepadanya oleh Al-Mushthafa (sawas), adalah sejauh mana imannya dengan ayat-ayat Mutasyabihat Al-Quran, kerana sesungguhnya ia diturunkan Allah dan wajib ditafsir (ditakwil) dengan merujuk kepada keluarga Muhammad (sawas). Ayat-ayat Mutasyabihat Al-Kitab adalah Dalil-dalil Yang Agung iaitu dalil-dalil dari Imam-imam mereka untuk umat ini, dan Mungkin kerana dianggarkan banyak hukum-hukum pada hari ini dan tiada pengetahuan halal dan haram; memperkuat pernyataan betapa perlunya (berhajatkan) Penutup Aushiak, Al-Mahdi (as) .

Bagi para ulamak, asas pemikiran mereka dan hal keadaan mereka, oleh kerana mereka bukan maksumin (tidak sempurna), dan mungkin pula mereka termasuk al-Samiri dan imam-imam sesat. Dan kamu boleh bertaklid dan menjadi orang yang buta kerana mengikuti orang yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal maka jadilah kamu penyembahnya dan tidak kepada Allah.

Mereka (as) telah memberi amaran kepada ulamak yang tidak beramal yang sedang berusaha menghancurkan hadits-hadits (riwayat) mereka (as) dan meninggalkan puncak hembusan  angin yang terpecah ([ 129].

Untuk harta kekayaan, maka bersyukurlah atas nikmat, dan tunaikanlah hak-haknya, iaitu: dengan bertawajjuh berpaling kepada Allah, dengan beribadah dan taat, dan gunakan harta kekayaan ini untuk menyokong agama dan meninggikan Kalimah [لا إله إلاّ الله] Tiada Tuhan Selain Allah, dan selebihnya kepada yang fakir-fakir.

Ini adalah penyelewengan yang paling penting (besar) kepada umat Islam dan pada keseluruhannya. Ia adalah perkara biasa (tabi3i) untuk mempunyai sebahagian daripadanya mungkin juga kesemuanya disebabkan oleh perbuatan khianat, yang bermaksud untuk menyesatkan manusia. Ia adalah tabi’ei (fitrah) untuk menjadi dari syaitan-syaitan manusia dan hamba-hamba kepada abdi Iblis, mungkin sebahagian daripada imam-imam ini yang menyeru kepada api (neraka) dengan sangkaan bahawa mereka berbuat yang sebaik-baiknya.





✡✡✡✡✡

---------------------------------
[114] – Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 4 halaman 250 , Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 184, pada: (رب تال للقرآن والقرآن يلعنه).
[115] - Nahj Al-Balaghah, Muhammad Abduh: Jilid 2 halaman 21 , Bihar Al-Anwar: Jilid 31halaman 549.
[116] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 18, Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 17 halaman 335 , Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 111.
[117] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 18, Wasa’il Syi3ah: Jilid 27 halaman 60 , Bihar Al-Anwar Jilid 89 halaman 111.
[118] – Tsawab Al-A3mal: halaman 280, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 390.
[119] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 12 , Bihar Al-Anwar: Jilid 66 halaman 93 , Mizan Al-7ikmah: Jilid 3 halaman 2534 .
[120] – Bashair Al-Darajat: halaman 224, Al-Kafi: Jilid 1 halaman 213, dan diriwayatkan daripada Al-Shadiq (as) . Dan juga Wasa’il Syi3ah: Jilid 27 halaman 179 dari (as) , Bihar Al-Anwar: Jilid 23 halaman 199.
[121] - Tafsir Al-3iyasyi: Jilid 1 halaman 17, Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 17 halaman 337, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 110.
[122] – Al-Kafi: Jilid 8 halaman 312, Wasa’il Syi3ah: Jilid 27 halaman 185, Bihar Al-Anwar: Jilid 24 halaman 238.
[123] - Tauhid Al-Shaduq: halaman 265, Mustadrak Al-Wasa’il: Jilid 17 halaman 326,Bihar Al-Anwar: Jilid 3 halaman 69 , Bihar Al-Anwar: Jilid 8 halaman 107.
[124] – Tauhid Al-Shaduq: 50 , Wasa’il Syi3ah: Jilid 27 halaman 189 , Bihar Al-Anwar: Jilid 3 halaman 223.
[125] – 3amaliy Al-Shaduq: halaman 55, Wasa’il Syi3ah: Jilid 23 halaman 45, Al-I7tihijaj: Jilid 2 halaman 191, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 297.
[126] – Al-Khishal Al-Shaduq: halaman 164 , Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 42, Mi3dan Al-Jauhar, Al-Karajiki: halaman 31.
[127] – Al-Waqi3ah: 79.
[128] – Al-3alaq: 6-7.
[129] - Mereka (as) menunjukkan apa yang diriwayatkan dari datuk mereka Amirul Mukminin (as), diriwayatkan dari Sheikh al-Kulayni Amirul Mukminin (as), beliau berkata:

(Bahawa ciptaan yang paling dibenci Allah Azza wa Jalla adalah dua jenis lelaki. Seorang lelaki yang Allah telah membiarkan semua untuk dirinya sendiri dan dia menyimpang dari jalan keadilan dan sangat tertarik ke arah kata-kata bidaah. Dia seolah-olah ahli dalam melaksanakan puasa dan solat tetapi adalah pemfitnah untuk menipu manusia, dia telah sesat dari hidayah kepada orang mengelirukan mereka yang mungkin mengikutinya dalam hidupnya dan selepas kematiannya, dia memikul dosa-dosa orang lain. dan menggadai dosanya sendiri.


Dan seorang lagi (kedua) yang mengumpul kejahilan orang yang jahil, yang juga seorang tawanan kesamaran fitnah,.orang-orang yang dipanggil dan yang kelihatan seperti seorang alim tetapi beliau tidak sedemikian walaupun untuk satu hari satu malam. Yang telah membuat satu usaha awal untuk memperbanyak, yang menunjukkan bahawa sedikit adalah lebih baik daripada banyak dan dengan cara ini dia telah memadamkan dirinya dengan air yang tercemar dan telah menghargai apa yang tidak berguna. Dia duduk di kalangan manusia sebagai hakim untuk menjalankan tanggungjawab yang mengelirukan dan tidak menentu kepada orang lain. Dia juga boleh menentang keputusan hakim itu di hadapannya, tiada siapa yang boleh mengatakan sama ada penghakimannya akan kekal sah atau hakim selepas dia akan mengubahnya seperti yang telah dilakukan kepada penghakiman hakim-hakim sebelumnya. Jika ia akan menghadapi salah satu masalah yang berat dan sukar dia datang dengan satu timbunan pendapat peribadinya dan kemudian dia membentuknya sebagai suatu penghakiman yang jelas. Malah, dirinya telah berpakaian dengan perkara ragu-ragu seperti sarang labah-labah yang rapuh. Dia tidak pasti jika dia telah melakukan perkara yang betul atau yang salah. Dia tidak pertimbangkan kebenaran bahawa di dalam masalah yang tidak diketahui mempunyai ilmu yang diperlukan dan tidak melihat bahawa di sebalik pendapatnya terdapat aliran mazhab. Dia bandingkan suatu perkara kepada perkara yang lain tetapi bukan perkara asal, tiada masalah jika pendapatnya akan berubah menjadi satu pembohongan. Jika masalah buntu (tidak diketahui) kepadanya dia menyembunyikannya untuk menyembunyikan kejahilannya jadi orang ramai tidak akan berkata dia tidak tahu. Dia kemudiannya memutuskan dengan berani dan itulah kunci kepada bahaya, seorang penunggang keraguan, bingung dalam kejahilan dan tidak pernah kesal oleh kekurangannya. Tahap pengetahuannya tidak pernah naik untuk mencapai keyakinan, supaya dia akan mendapat manfaat. Dia mengeluarkan Hadith seperti menghembuskan rumput kering. Warisan menangis kerananya, darah-darah (hukuman pembunuhan) menjerit terhadapnya. Hubungan perkahwinan yang sah diharamkan kerana penghakimannya dan yang menyalahi hukum menjadi sah. Dia tidak mempunyai keyakinan dalam masalah penghakiman, penghakimannya tidak boleh dipercayai, dia boleh melakukannya tetapi tidak layak, atas apa yang mungkin telah dilakukannya dalam kebanyakan perkara yang didakwanya, dia mempunyai pengetahuan yang benar.") Al-Kafi Jilid 1 halaman 55, telah disebut (as) dalam perbahasan mencari bukti kepada keperluan untuk menghentikan fatwa pada halaman 36 .

Sabtu, 26 April 2014

Ketiga, ‘Aqaid (Akidah-akidah)

Ketiga, ‘Aqaid (Akidah-akidah)
ثالثاً: الـعقـائــد

Perselisihan (Khilaf) di antara ulamak Islam, Sunnah dan Syiah, dan lain-lain sangat meluas. As-Sunnah berpecah kepada Muktazilah dan Asy'ari [93], dan para ulamak yang tidak sependapat di antara mereka mewujudkan firqah, dan mungkin pertikaian utama antara mazhab Islam berkisar kepada pemerintah dan kepimpinan agama dan keduniaan selepas Rasulullah (sawas) bagi umat ini.

Kemudian khilaf menyeret kepada perbezaan aqaid (akidah-akidah) lain yang disebabkan oleh Syiah yang merujuk akidah mereka kepada Aushiak (أوصياء - pemegang-pemegang wasiat) Rasulullah (sawas) al-Ma'sumin (as), dan As-Sunnah merujuk kepada dalil-dalil aqliyah (kesimpulan akal) seperti yang mereka dakwa, dan ditentang oleh akal (pendapat) puak lain.

Ia juga berlaku dalam masalah al-Jabbar (penguasaan) dan at-Tafwidl (penyerahan) yang terjadi di mana perbezaan pendapat antara Ash'ari dan Mu'tazilah yang telah dijawab oleh (keluarga) Aali Nabi (sawas) bahawa:

: (لا جبر ولا تفويض، ولكن أمر بين أمرين)

(Tidak Jabbar tidak tafwid (tidak hanya tertakluk pada Kuasa Khaliq atau penyerahan makhluk semata-mata), tetapi antara kedua perkara ) (tidak penguasaan tidak penyerahan, tetapi antara dua perkara ) [94].

Atau pada masalah kewujudan Al-Quran makhluk, yang digunakan pemerintah Kuffar Bani Abbas untuk menyelinap di dalam darah orang Islam dan membantu mereka pada sebahagian Imam-imam sesat pengikut Samiri. [95].
Maka datang ahli Quran Aali Nabi Al-Mustafa bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah bukan lain daripada itu [96], untuk
membolehkan orang ramai berfikiran ala syaitan yang menyesatkan dan sia-sia, sebaliknya hanya suka pada penampilan dan ketinggian untuk mencari gelaran dunia
Juga terjadi perselisihan yang luas dalam Tauhid Al-Khaliq (Pencipta) Yang Maha Suci dan sifat-sifat -Nya, atau yang dikenali sebagai (Ilmu Kalam) itu.

Pada hakikatnya bahawa Ilmu Kalam hanyalah satu lagi bentuk falsafah pengembaraan (peripatetik) Yunani atau dalil-dalil (petunjuk-petunjuk), sesiapa yang mengikut falsafah Yunani purba tahu bahawa kedua-duanya adalah jalan utama, walaupun kedua-dua mencari kepada asal wujudnya:
Pertama: Inferensi (berdadasar iktibar –kesimpulan) . Atau apa yang dikenali sebagai “al-masyaei”, bergantung kepada dalil-dalil akal.

Kedua: Penyeliaan (pengawasan). Dan bergantung kepada sifat-sifat diri daripada akhlak (tabiat) buruk, dan dengan itu manusia layak untuk dialu-alukan untuk menerangi dirnya sendiri.

Sarjana Islam telah dipengaruhi oleh falsafah al-masyaei Yunani selepas menterjemahnya dan ditulis semula setiap perkiraan mengikut apa yang dia percaya (iktikadkan) . Dan mula menunjukkan apa yang dikenali sebagai (falsafah Islam al-masyaeiyah) atau (الاستدلالية – dalil-dalil akal), yang berasal dari Ilmu Kalam, yang mencari wujud Pencipta dan Tauhid dan sifat sifatNya. Dan mungkin digunakan untuk mencari Keadilan dan Akhirat dan nubuwah dan Imamah (kepimpanan) dan lain-lain .

Apa yang dipanggil (Ilmu Kalam) adalah membahaskan –keadaan wujud yang Maha mulia lagi Maha Suci, Maka biasanya dengan huruf Alif dan Lam membawa sifat-sifat, yang memungkinkan mereka mahu mengatakan bahawa ilmu ini menyelia kata-kata, dan wa Allahu a’lam .

Dan bagi Ilmu Kalam atau bagi ulamak Islam yang berjuang dalam falsafah Yunani memainkan peranan besar dalam permusuhan yang memecahkan orang-orang Islam, sehingga membuat tuduhan dengan mengkafirkan satu sama lain, dan setiap firqah telah menjadikan ulamak mendahului ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu mereka untuk bersetuju dengan peraturan falsafah atau cara berfikir yang mereka percaya. Maka mereka jadikan diri mereka imam-imam (yang memimpin) Al-Kitab bukan Al-Kitab yang memimpin (mengimamkan) mereka, dan mendahului Al-Kitab selepas mendahului Al-‘Itarah [97], maka tersesatlah mereka..

Iaitu sesat selepas berpaling daripada wasiat Rasulullah (sawas) terhadap Hadits Tsaqalain (dua perkara berat) yang terkenal tetapi kaum tidak mempercayai kedua-duanya [98] ).
      
Sesungguhnya umat Islam telah menyia-nyiakan kebenaran yang nyata dan mengikuti mereka yang tidak berfaedah kepada mereka melainkan kerugian belaka kerana mereka tidak kembali kepada Rasulullah (sawas) dan pergantungan mereka pada dalil-dalil 3aqliyah (perbahasan) dan Falsafah Yunani atau Ilmu Kalam yang bersandarkan kepadanya dan yang berasal darinya, dengan itu dalam falsafah banyak yang menyesatkan dan banyak kesilapan-kesilapan dan perbahasan-perbahasan, dan kita katakan yang ia tidak akan berakhir, yang kebanyakannya tidak lebih daripada cakap-cakap yang sia-sia, dan tidak ketinggalan bahawa ia tidak berguna atau tidak memberi hasil kepada ilmu dan amal.

Dan kebenaran (al-haq) itu bukan dari kita - dan kita telah menanam benih-benih dalam kata-kata itu, dan tidak ramai daripada kita beruntung mempunya akal cemerlang selain dari mempunyai lindungan (bayangan) – bercakap mengenai Kebesaran Al-Haiy, Al-Qaiyum (Yang Hidup dan Berdiri dengan Sendiri) keadaan diriNya, melainkan dengan had-had yang dibawa di dalam Al-Quran dan Hadits Nabi (sawas) dan Keluarga SuciNya (as), adalah dari Allah SWT dan ucapannya (sawas) itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). Telah diberitahu maknanya  oleh Mulla Sadra (rahimahu Allah) dalam Al-Syawahid Al-Rububiyah.

Dan supaya mereka mengetahui bahwasanya orang-orang berselisih (khilaf) adalah mereka yang mendakwa mereka berhujah dengan akal, jika mereka berakal pada hakikatnya apa yang hendak diperselisihkan; kerana akal itu satu, ia adalah hak yang utama dari anak Adam yang diperlukan untuk mencapainya, dengan akal dirinya akan mengenal Tuhannya, tidak semua yang berilmu menafikannya. Firman Yang Maha Tinggi:

﴿هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخاً وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّى مِنْ قَبْلُ وَلِتَبْلُغُوا أَجَلاً مُسَمّىً وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ﴾


Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). [S Ghafir 40:67]  [99].         

Ada pun apa yang dikongsi oleh semua anak-anak Adam adalah bayangan fikiran, atau jiwa manusia bukanlah akal pada hakikatnya. Jiwa ini wujud dalam alam Malakut, dan ia adalah alam Mutanafiat (Penafian) sepenuhnya sama seperti alam syahadah, melainkan ia (alam syahadah) hanya benda semata-mata.

Kata Al-Mustafa (sawas) yang bermaksud: (Kalaulah Syaitan-syaitan tidak memperdulikan hati anak Adam, nescaya akan diperlihatkan kerajaan-kerajaan di Lelangit (al-Malakut al-Samawaat) [100], Iaitu jika anak Adam ikhlas kerana Allah nescaya akan diperlihatkan kerajaan-kerajaan di Lelangit (al-Malakut al-Samawaat), dan disebabkan yang menyahut merupakan cahaya akal, maka manusia mampu untuk mengenali banyak peraturan di alam benda-benda (dunia), dan mungkin sesuatu dari alam Malakut, tetapi tidak dapat untuk mengenal alam akal; kerana ia hanya mencapainya. Tidak akan mencapai hanya hamba yang ikhlas kerana Allah yang dijawab doanya (diterima) selepas itu ia pergi dan menanamkan di alam benda-benda (dunia) [101], apabila kita tahu bahawa mengenal kesilapan ini bagi orang-orang yang mendakwa akallah permulaannya bagi setiap anak-anak Adam, kemudian membuat undang-undang (mensyariatkan) selain Syariat Yang Maha Suci dari ayat-ayat kebesaran aqal, mahukah Pencipta kita mencipta alam aqal yang tidak suci selain muqarrabun),

﴿كَلَّا إِنَّ الْأِنْسَانَ لَيَطْغَى * أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى * إِنَّ إِلَى رَبِّكَ الرُّجْعَى﴾
              
Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, * karena dia melihat dirinya serba cukup.* Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu). [Al-3alaq 96:6-8]  [102],

Walaupun apa yang didakwa akalnya tidak lain selain bayang baginya dan bentuk rupanya yang berbeza-beza pada cermin yang menggambarkannya dan pada diri yang terbit padanya, dalam jiwanya terukirlah imej cermin tersebut, Amirul Mukminin Ali (as) berkata: (Dan akan bersungguh-sungguh dalam mensucikan bumi (dunia) ini dan menterbalikkan peribadi cerminan dan yang separuh itu sehingga keluar mutiara dari hasil yang digemarinya.) [103].

Dari sana, maka jika dipersetujui sepuluh perkara tertentu, maka yang tidak bersetuju pun sepuluh orang juga, walaupun mereka kembali (rujuk) kepada perbendaharaan Tauhid Muhammad dan Ali dan keluarga mereka (as) dan dan mempelajari kata-kata mereka secara perlahan dan cermat, supaya kata yang benar yang menjadikan Ilmu Kalam dalam Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah yang betul dari Nabi dan keluarga sucinya (sawas). Tiada apa yang salah dalam perbahasan (dalil-dalil) akal dengan bersandar dan mengenengahkan akidah (ajaran) Islam berasal dari Al-Quran dan Sunnah yang sahih.

Diriwayatkan bahawa Imam Al-Shadiq (as) berkata kepada Yunus bin Ya’qub "Aku mahu dari kamu wahai Yunus untuk melakukan yang lebih baik di dalam perbahasan.” Maka Yunus berkata kepadanya: “Aku jadi tebusanmu, aku mendengar tuan melarang perbahasan dan berkata, celakalah orang-orang . yang berbahas. Tuan telah berkata:. orang ini taat dan orang ini tidak taat, kepada orang ini mengikut dan orang ini tidak mengikut dan bahawa kami tidak boleh memahaminya.” Abu Abdillah (as) berkata: “dan aku katakan, celaka kepada mereka jika mereka meninggalkan kata-kataku dan melakukan perkara yang bertentangan dengannya.... “) [104].

Imam Shadiq (as) berkata: (Mereka berhujah dengan kata-kataku, maka sesungguhnya hujjaj kamu, maka akulah sebagai penghujjah.) [105].

Ash-Shadiq (as) berkata: (Sesiapa yang mengambil agamanya dari mulut seorang lelaki, lelaki itu boleh mengalihnya (mengubah), dan Sesiapa yang mengambil agamanya dari Al-Quran dan Sunnah gunung pun tidak boleh mengalihnya) [106].

Beliau (as) berkata: (Sesiapa yang bertaqlid , maka sesungguhnya dia ditipu dalam agama yang rosak binasa, sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman:

﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ﴾

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah [Surah Taubah 9:31] [107],

Maka demi Allah tiada apa pada solat bagi mereka, tidak juga puasa, tetapi kerana mereka menjatuhkan sendiri yang dilarang kepada mereka dan mereka mengharamkan yang halal, dan mereka bertaklid (meniru, menurut) pada yang diabdi atau disembah (yang menipu dan memalsukan) dan mereka tidak menyedarinya ) [108].

Beliau (as) berkata: (Sesiapa yang menjawab (menyahut) dari yang berbicara adalah hambanya, maka yang (menyahut) perbicaraan dari Allah akan menjadi hamba Allah, dan sesiapa yang (menyahut) perbicaraan dari syaitan menjadi hamba Syaitan) [109].

Adapun Irfan (Tasauf) dalam Islam, sebahagian mereka telah merujuknya kepada falsafah pencerahan Yunani, itulah Irfan yg difahami di sisi Syiah dan Sunni hari ini. 

Dikatakan bahawa yang pertama sekali mengkaji tentang Irfan adalah Ibnu Arabi (Ibnu 3arabi)  atau ulamak lain dari Ahlussunnah. 

Hakikat Irfan (Tasauf) yang difahami mereka amat salah dan amat bercanggah, yang tidak seharusnya dilakukan oleh setiap orang yang ingin mendalami agama-agama Allah dan syariat-syariat dari langit. Ini kerana jalan Irfan atau beramal untuk mengenal Allah hanya didatangkan melalui para Nabi (alaihimu solatu wasalam). Bahkan ianya adalah fitrah yang ditetapkan dalam diri setiap insan, sebagaimana firmanNYA: 

﴿سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ﴾

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka  sesungguhnya yang Haq (kebenaran) (Fussilat:53), [110]

Dan firmanNYA lagi:

﴿وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِلْمُوقِنِينَ * وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلا تُبْصِرُونَ ﴾

”Dan pada bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin, * Dan juga pada diri kamu. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat?” (Al Zariyyat: 20-21). [111]

Maka tanda-tanda itu ada dalam diri-diri yang menyucikan diri mereka. Dan pada alam yang terbentang luas ini bagi mereka yang ingin berdalilkan akal dan mensucikan diri mereka. Sepertimana Nabi (sawas) dan Aushiak (a.s) mengingatkan orang mukmin dalam banyak hadits tentang jalan ini dan kepentingan beramal dengannya, tanpa berkompromi dalam perlaksanaan syariat, samada ianya wajib, sunat, haram dan makruhnya. Itu adalah satu- satunya cara untuk sampai kepada Allah, dan bukannya dengan lafaz-lafaz, istilah-istilah dan kebohongan-kebohongan sebahagian mereka yg menulis tentang Irfan (Tasauf), yang mereka namakan mujahadah-mujahadah yang Allah tidak turunkan sebarang kuasa (hak) padanya.

Makrifat Allah hanya dapat disempurnakan dengan penyucian diri, dan penyucian diri tidak dapat disempurnakan melainkan dengan perlaksanaan syariat dan zuhud pada dunia, menginfakkan diri di jalan Allah dan menghias diri dengan akhlak yang mulia, kecintaan dan kebencian kerana Allah, bersusah payah pada zat Allah dan memusuhi orang-orang kafir serta munafik, dan berbelas ihsan sesama mukminin, sebagaimana firman Allah Taala:

﴿اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴾

”Allah Nur (yang menerangi) langit dan bumi. Bandingan nur (hidayat petunjuk) Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" (relung cahaya) yang ada sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya; hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al Nur: 35).[112]

والحمد لله وحده،

Dan Segala puji tertentu bagi Allah semata-mata,

﴿وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ﴾

“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa.” (Yunus: 82) [113]



✡✡✡✡✡


Keempat: Menolak Aushiak Rasulullah (sawas)
رابعاً: الإعراض عن أوصياء النبي) ص (

Pada kenyataannya, As-Sunnah telah menolak Imam-imam (Aimmah) (as), dan tidak menerima mereka dan tidak merujuk kepada mereka dalam al-Mutasyabihat.

Mengenai Imam Mahdi (as) mereka menolak sama pada zaman Ghaibah Sughra (kecil) atau pada zaman Ghaibah Kubra (besar), dan hampir-hampir hanya Syiah yang lebih mengutamakannya dari mereka dalam menyebutnya (mengingatnya).

Perbahasan mengenai penolakan umat dari kepimpinan penutup Aushiak Nabi (sawas), Al-Mahdi akan dibuat nanti.



✡✡✡✡✡

-----------------------------
93] – kata-kata yang menjadi sebab mereka dipanggil dengan nama Muktazilah ialah: Bahawa Washil bin 3atha’ duduk bersama Hasan al-Basri, maka setelah muncul perbezaan (khilaf) dan orang-orang berkata Khawarij dicap dengan kafir kerana melakukan dosa besar, dan yang lainnya berkata, mereka orang mukmin kerana fasik dengan melakukan dosa besar, maka keluar Washil bin 3atha’ yang lain dari kedua-duanya, beliau mengatakan, orang yang fasik dari umat ini bukan orang yang beriman mahupun kafir, ia di antara kedua-duanya, Maka diusir Al-Hassan dari majlis yang dikotorinya, dan duduk pula 3amru bin 3ubaid memberitahu mereka dan pengikut mereka orang-orang Muktazilah. Nota: Dalam artikel awal Sheikh Al-Mufid: halaman 146, dan Fiyat Al-A3yan: Jilid 6 halaman 8.
Seperti mana Al-Asya3irah dinamakan Asya3irah dinisbahkan kepada Abu al-Hasan al-Asy3ari, lahir pada 260 H dan meninggal dunia pada 324 Hijrah, Salah seorang daripada cucu Abu Musa al-Asy3ari, Al-Asya3irah adalah pengikutnya. Dzilal Al-Tauhid oleh Al-Sub7ani (السبحاني): halaman 101.
[94] – Al-Kafi: Jilid 1 halaman 160, Al-I3tiqadat, Al-Shaduq: halaman 29, Tauhid Al-Shaduq: halaman 206, 3uyun Akhbar Al-Ridha (as): Jilid 2 halaman 114, Bihar Al-Anwar: Jilid 5 halaman 12. Dan Hadits dari Imam Shadiq (as) .
[95] - Antara Hadits-hadits penting yang sezaman dengan Imam Al-Ridha (as) adalah fitnah Al-Quran,Makhluk yang merupakan masalah akidah, berasal dari Kerajaan Umaiyah, dan yang pertama membangkitkannya adalah Ja3d bin Dirham, guru Marwan bin Muhammad, Khalifah terakhir Umaiyah, dan tersebar di Damsyik, ia dicari penguasa dan melarikan diri dan kemudian ia turun ke Kufah dan Jahm bin Shafwan belajar darinya, yang kemudian dikaitkan dengan mazhab Jahmiyyah.

Ibn Al-Atsir berkata: Bahawa Hisham bin Abdul Malik menangkap Ja3d (Ja'd), diiringi dan dihantar kepada Khalid Al-Qisriy memaksa Pemerintah Iraq mengeluarkan perintah untuk membunuhnya, Khalid menahannya dan tidak membunuhnya, berita ini sampai ke pengetahuan Hisham yang menulis surat menyalahkan beliau dan mesti menyelesaikannya dengan membunuhnya, Lalu Khalid mengeluarkannya dari tahanan dan dirantai. Setelah solat pada hari Eid al-Adhha, dan dia berkata pada akhir khutbahnya: Allah telah memalingkan hati mereka dan dari pengorbanan kamu diterimaNya, aku mahu berkorbankan hari ini dengan Al-Ja3d, lalu dia berkata: Ketika Allah berkata-kata dengan Musa,, dan Allah mengambil Ibrahim (al-Khalil) kesayanganNya, Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan Al-Ja3d, kemudian turun dan menyembelihnya. Al-Kamil Fi At-Tarikh: Jilid 5 halaman 263.

Fikrah (pemikiran) ini kekal selepas kematian Al-Ja3d di bawah bayang-bayang dan secara rahsia kepada peranan Harun al-Rashid, dan ketika mana munculnya perkara Mu'tazilah, yang menyebarkan pemikiran mereka, mengisytiharkan dan mengatakan Al-Quran makhluk. Pemerintah Al-Ma’amun bergerak cergas dan mengambil pemikiran yang tumbuh dan meluas, maka Al-Ma’amun meluluskan untuk mengatakan Al-Quran makhluk, dan yang dekat dengan Al-Ma’amun, Aba Huzhayl Muhammad bin Huzhayl ​​Al-3alaf, salah seorang Imam Mu'tazilah, begitu  juga Abu Ishaq Ibrahim bin Siyar Al-Nidzam dia  juga merupakan salah seorang dari ketua-ketua Mu'tazilah yang terkenal. Dan Al-Ma’amun membebankan orang ramai dengan mengatakan sesiapa yang berbeza dengan beliau akan terdedah kepada kutukan dan siksaannya. Dia menulis kepada timbalannya di Baghdad, Ishaq bin Ibrahim bin Mush3ab, sebagai peqawai pemerintah memerintahkannya untuk menyeru orang ramai supaya mengatakan Al-Quran makhluk, dan di antara mereka yang mengalami bahaya dari Al-Ma’amun adalah Ahmad ibn Hanbal, ia telah dibelenggu dalam tangan Al-Ma’amun di Thus, tetapi Al-Ma’amun mati dalam perjalanan. Pemerintahannya diambil alih oleh Al-Muktasim (Al-Mu3tashim). Ibn Hanbal telah dipenjarakan Al-Ma’amun dua puluh lapan bulan kerana tidak mahu mengatakan Al-Quran makhluk, dan itu berlaku pada tahun 220 Hijrah. Tiada yang menghalang kerajaan daripada mencederakan Ahmad ibn Hanbal, selain dalam zaman Al-Mutawakkil .

Ketika mana Al-Ma’amun melaksanakan beberapa matlamat politik jangka panjang kebendaannya, dan wujud barisan orang-orang yang bertentangan dengan pemerintahan Abbasiyah dan lain-lain di dalam hujah ini, dan kemudian kembali ke ajaran ibu bapa (mereka) memandangkan Rawafid, Muktazilah dan Khawarij dari bendera neraka, Ibn Hajar menulis di dalam Lisan Al-Mizan: Bahawa Al-Ma’amun, berkata kepada penjaga pintu hari: lihatlah pada pintu ahli-ahli Pembahas (Al-Kalam)? Dia keluar dan datang semula kepadanya, dia berkata: Pada pintu Abu Huzhayl ​​Al-3alaf, dia Muktazilah-ku, dan Abdullah bin Ibadh al-Abadhiy, dan Hisham bin Al-Kalabiy Al-Rafidhi. Berkata Al-Ma’amun: apa yang tinggal dari bendera neraka hanya satu yang hadir. Berkata Ibn Hajar: bermakna Huzhayl ketua ​​Mu'tazilah, dan Bani Hasyim ketua Al-Rafidhah, dan anak Ibadh ketua kepada Khawarij. Lisan Al-Mizan Ibn Hajar: Jilid 5 halaman 413.

Bahawa di antara kata Imam Ridha (as) mengenai fitnah ini, maka telah diriwayatkan Al-Sheikh Shaduq: dari Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid Al-Yaqthini, beliau berkata, telah menulis Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa Al-Ridha (as) kepada sebahagian Syiah di Baghdad: (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, dan Allah telah memelihara kami dan kepada kamu dari fitnah, maka sesungguhnya yang meagungkanNya adalah nikmat, dan yang tidak akan binasa, kita lihat bahawa perdebatan di dalam Al-Quran yang melibatkan soalan dan jawapan, maka banyak soalan yang tidak ada jawapannya tidak perlulah dijawab atas soalannya, dan bukanlah pencipta, selain Allah Azza wa Jalla, yang tidak sama dengan makhluk, dan Al-Quran adalah Kalam Allah, jangan dijadikan ia nama pada kamu, nanti kamu akan menjadi  orang-orang yang sesat, dan Allah telah menjadikan diri kami dan diri kamu termasuk dari orang-orang yang takut akan Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, dan mereka tentang As-Saah, merasa takut.) Amaliy Al-Shaduq: halaman 640, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 118.

Dan Suleiman bin Ja3far al-Ja3fari: Aku berkata kepada Abi al-Hasan Musa bin Ja3far (as): Wahai anak Rasulullah, apa yang dikatakan dalam Al-Quran? Akan apa yang mereka perselisihkan padanya sebelum kami, dan ada kaum yang mengatakan ia makhluk dan ada kaum yang mengatakan ia bukan makhluk, beliau (as) berkata: (Adapun Aku tidak mengatakan apa yang mereka katakan, tetapi aku mengatakan bahawa ia adalah Kalam Allah Azza Wa Jalla ) Amaliy Al-Shaduq: halaman 647, Bihar Al-Anwar: Jilid 89 halaman 118.
[96] - Nota kata-kata Imam Ridha (as) dalam nota kaki sebelumnya.
[97] Telah berkata Amirul Mukminin Ali (as) dalam khutbahnya yang panjang: (...: “Dan sesungguhnya akan datang kepada kamu zaman selepas aku ketikamana tiada satu pun yang lebih tersembunyi melainkan kebenaran, tiada yang lebih terungkap melainkan kebathilan atau lebih terbiasa selain berbohong terhadap Allah dan juga RasulNya. Dan Tiada barangan jualan yang lebih murah harganya pada manusia zaman itu melainkan Al-Quran bila dibaca dengan pembacaan sebenar dan tiada yang lebih berharga melainkan bila ia diseleweng daripada maksud sebenarnya. Dan tiada yang lebih tertolak di bumi ini melainkan kebaikan serta lebih diterima ramai melainkan kemungkaran. 
Maka Al-Quran dikesampingkan oleh pembawanya, manakala dilupakan oleh orang yang menghafaznya. Al-Quran dan penjunjung sebenarnya pada zaman itu adalah orang buruan yang dinafikan, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan dan berjalan seiring di jalan yang sama, yang tiada tempat berteduh untuk berlindung.

Al-Quran dan penjunjungnya pada masa tersebut berada di tengah-tengah manusia kebanyakan tetapi tidak tergolong di dalam mereka atau bersama-sama dengan mereka. 
Kerana kesesatan dan petunjuk tidak mungkin akan bersetuju dan bersatu.  Begitu juga kaum manusia bersepakat atas perpecahan dan berpecah-belah dalam persatuan, seolah-olah mereka adalah imam (pemimpin) kepada Kitab (Al-Quran) dan bukan Kitab sebagai imam mereka. 

Justeru, tiada apa yang kekal pada mereka melainkan namanya, dan tidak diketahuinya melainkan tulisan dan manuskripnya. Sepertimana sebelumnya mereka telah mencacat celakan orang-orang yang soleh dengan pelbagai cara, dan menggelar kejujuran mereka tentang Allah sebagai fitnah, dan membalas perbuatan baik dengan perbuatan jahat.) Nahj Al-Balaghah Muhammad Abduh: Jilid 2 halaman 30, Al-Kafi: Jilid 8 halaman 388.

[98] - al-Tabarani dalam Mu3jam Al-Kabir meriwayatkan: Dari Zaid bin Arqam berkata: Rasulullah (sawas) bersabda: (sesungguhnya aku akan mendahului kalian dan kalian akan dibawakan kepada ku di al-Haudh, al-Haudh luasnya terbentang dari Sanaa ke Basrah, padanya bilangan bintang-bintang indah dan perak. Maka lihatlah bagaiman kamu menggantikan aku dalam kedua perkara berharga (Tsaqalain). Seorang lelaki berdiri dan berkata: “Wahai Rasulullah, apakah dia Tsaqalain?” Rasulullah (sawas) bersabda: “Yang besar Kitab Allah, sebab satu hujungnya di tangan Allah dan hujung satu lagi di tangan kamu. peganglah erat-erat supaya kamu tidak akan tertipu dan tersesat, dan yang kecil 3trati (‘Itrati)ku dan mereka tidak akan terpisah, sehingga di al Haudh, dan Aku akan ditanya mengenai keduanya oleh Tuhanku, maka janganlah kamu mendahului keduanya nescaya binasa, janganlah kamu mengajar keduanya kerana mereka lebih tahu dari kamu.) Mu3jam Al-Kabir: Jilid 3 halaman 65, ia dijelaskan dalam Kanz Al-3amal: Jilid 1 halaman 188.

Dan Riwayat 3iyasyiy: dari Abi Jamilah Al-Mufadhdhal bin Shaleh dari beberapa para sahabat berkata: Rasulullah (sawas) berkhutbah pada hari Jumaat selepas solat Dzuhur bersegera kepada orang ramai sambil bersabda: (Wahai manusia, bahawa yang Maha Lathif dan Khabir telah mengkhabarkanku  bahawa tidak akan memenuhinya seorang Nabi, melainkan separuh hayat yang diikuti, yang sebelumnya, dan aku fikir aku adalah kira-kira untuk menyahut panggilan itu, dan Aku bertanggung jawab, dan kalian pun bertanggung jawab pula, adakah telah disampaikan kepada kamu, bagaimana kamu mengatakannya? Katakanlah, “bahawa kami telah nenyaksikan dan telah disampaikan nasihat dan sdisuruh berjuang, Maka semoga Allah memberikan balasan kepada kita dengan kebaikan,” kemudian baginda bersabda:” Ya Allah, aku menjadi saksi,” dan kemudian baginda bersabda:” Wahai manusia, tidakkak kamu menyaksikan bahawa, Tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, dan bahawa syurga itu benar dan Neraka itu benar dan Hari kebangkitan itu berar selepas kematian kemudian baginda bersabda: [Ya Allah] Ya, baginda bersabda: Ya Allah, aku menjadi saksi, dan kemudian berkata: Wahai manusia, bahawa Allah Yang TerUtama, aku yang pertama beriman dari diri mereka sendiri, bahawa jika aku adalah maulanya maka Ali dari adalah maulanya, Ya Allah lindungilah orang yang melindunginya, dan musuhilah orang yang memusuhinya, maka baginda bersabda: Wahai manusia, Aku mendahului kalian dan kamu (sudah tetap) akan memasukinya al-Haudh, dan Haudhku luasnya terbentang dari Sanaa ke Basrah, padanya bilangan bintang-bintang indah dan perak. Aku akan bertanya kepada kalian tentang dua perkara berharga (Tsaqalain)., Maka lihatlah bagaiman kamu menggantikan aku dalam kedua perkara berharga (Tsaqalain), Mereka bertanya, “Apakah dia Tsaqalain, Wahai Rasulullah,?” Rasulullah (sawas) bersabda: “Yang besar Kitab Allah, sebab satu hujungnya di tangan Allah dan hujung satu lagi di tangan kamu. peganglah erat-erat supaya kamu tidak akan tertipu dan tersesat, dan yang kecil 3trati (‘Itrah)ku dan bahawa yang Maha Lathif dan Khabir telah mengkhabarkanku  mereka tidak akan terpisah sehingga berjumpaku, dan Aku akan ditanya Allah mengenai keduanya, maka taatilah kepadanya janganlah kamu mengajar keduanya kerana mereka lebih tahu dari kamu) Tafsir Al-3iyasyiy: Jilid 1 halaman 4.

Sheikh Al-Thusi meriwayatkan dalam Al-Amaliy: Dar Rafi3 Muala Abi Zhar, berkata: Abu Zhar (ra) naik (panjat) Kaabah melalui Lingkaran pintunya, dan kemudian dia bersandar di belakangnya, beliau berkata: Wahai manusia, sesiapa yang mengenaliku tentu mengetahuiku dan sesiapa yang tidak mempercayaiku akulah Abu Zhar, aku mendengar Rasulullah (sawas) bersabda: (Sesungguhnya perumpamaan Ahli Baytku pada umat ini seperti bahtera Nuh, sesiapa menaikinya terselamat, dan meninggalkannya akan binasa.), dan aku mendengar Rasulullah (sawas) bersabda: ( Dijadikan Ahli Baytku kepada kamu seperti meletakkan kepala kepada badan, dan mata diletakkan di kepala, dan badan bukan sahaja berpandukan kepada kepala, tetapi berpandukan kepada mata) Al-Amaliy Sheikh Al-Thusi: halaman 482, Bihar Al-Anwar: Jilid 23 halaman 121.
[99] - Ghafir: 67.
[100] - Bihar Al-Anwar: Jilid 56 halaman 163, Mustadrak Safinah Al-Bahar: Jilid 8 halaman 572, Al-3ilmu Fi al-Kitab dan Wa Al-Sunnah: halaman 120.
[101] - menunjukkan (as) perkataan ini yang diriwayatkan dari Ahli Baiyt (as), bahawa telah diriwayatkan Al-Sheikh Al-Kulayni dari Abu Ja'far (as) berkata: (Apabila Allah menciptakan Akal (al-3aql), Dia mengujinya. Sesudah itu Dia berfirman kepadanya: `Berjalanah'! Ia pun berjalan. Kemudian Dia berkata: `Kembalilah'! Ia kembali. Sesudah itu Dia berkata: `Dengan Jalaliy (Kuasa Ku) dan 3zzatiy (Kemuliaan Ku), Aku tidak cipta makhluk yang Aku lebih suka dari engkau! Aku tidak akan membuat engkau sempurna kecuali yang Aku suka. Sesungguhnya, engkau adalah Perintah Ku dan Larangan Ku. Dan kerana engkau diberikan ganjaran dan Hukuman yang ditetapkan) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 10.
[102] – Al-3alaq 96: 6-8.
[103] - Nahj Al-Balaghah Mohammed Abduh: Jilid 3 halaman 73, Bihar Al-Anwar: Jilid 33 halaman 475.
[104] – Tasha7i7 (Tashahih) Al-I3tiqad Al-Mufid: halaman 70, Al-Kafi: Jilid 1 halaman 171, dan di dalam:  Bahawa
Ditinggalkan apa yang dikatakan dan pergi dengan apa yang mereka mahu. dan juga pada yang bermakna bagi Syiah: Jilid 16 halaman 197. Al-Irsyad: Jilid 2 halaman 194, Bihar Al-Anwar: Jilid 23 halaman 9.
[105] - Tasha7i7 Al-I3tiqad Al-Mufid: halaman 70, Al-I3tiqadat fi Din Al-Imamiyah AlShaduq: halaman 43, Di dalamnya: Maka sesungguhnya hujjah kamu adalah aku yang menjadi Penghujjah, bukan kamu.
[106] - Tasha7i7 Al-I3tiqad Al-Mufid: halaman 72, Al-Fashul Al-Muhimah, Al-3amili: Jilid 1 halaman 125, dan dalam Al-Kafi: Jilid 1 halaman 7 Bi Ikhtilaf Yasir.
[107] – Surah Taubah 9:31.
[108] - Tasha7i7 Al-I3tiqad Al-Mufid: halaman 72, Tafsir Al-Burhan: Jilid 10 halaman 120.
[109] - Tasha7i7 Al-I3tiqad Al-Mufid: halaman 73, Al-Kafi: Jilid 6 halaman 434 Bi Ikhtilaf Yasir.
[110] - Fushlat: 53.
[111] – Al-Zhariaat: 20-21 .
[112] – Al-Nur: 35.

[113] - Yunus: 82