2015 12 18
KHUTBAH PERTAMA
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ
بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ
الْمُشْرِكُون ،
وصلى الله على محمد وآل محمد
الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
أشهد ان لا إله إلا الله و
حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده
حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا
وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ،
Wahai orang-orang yang beriman,
bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah
sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam
Mahdi
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
Rahsia Tujuh
Mengapa Tawaf, Sa’ei dan melontar
Jamrah tujuh kali, hari-hari dalam seminggu ada tujuh, dan langit serta bumi
ada tujuh lapis, dan kehidupan kanak-kanak tujuh, anggota sujud ada tujuh,
bintang-bintang petunjuk ada tujuh kepentingan, tujuh ayat berulang dan tujuh
perjanjian Sulaimani.... dan mereka memberitahu saya mengenai sesuatu dengan
tujuh perkara,
Imam Ahmad Al-Hassan (as) menjawab:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan
selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi
dan limpahan salam pengiktirafan.
Tujuh langit, semuanya hendaklah dirujuk kepada
langit-langit, Tawaf dan Sa’ei adalah untuk beristighfar (mohon ampun) dan
bertaubat dari dosa ingkar dan lalai dari mengingati Perjanjian dan
Persetiaan (3ahd
wa Al-Mitsaq), dipadankan dengan Tawaf semua tujuh langit dari ke
tujuh-tujuh lapis langit-langit.
Manusia wujud (tinggal) di Langit Dunia tubuhnya ada di Alam
Jasmani atau langit Jasmani ini dan ia mempunyai roh dan ia adalah pada
bahagian terendah Langit Pertama. Roh manusia mengendali (urus) tubuhnya, dan
manusia itu wujud di Langit Dunia, dan dia perlu berusaha meningkat
(martabatnya) sehingga Langit Ketujuh menyempurnakan akalnya dan
mengenal Tuhannya,
Allah SWT berfirman:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ
مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ
لِتَكُونُوا شُيُوخاً وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّى مِن قَبْلُ وَلِتَبْلُغُوا أَجَلاً
مُّسَمًّى وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ﴾
Dialah yang menciptakan kamu dari
tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian
dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu hidup) supaya kamu
sampai kepada masa (dewasa), kemudian sampai tua, di antara kamu ada yang
diwafatkan sebelum itu. supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan
supaya kamu memahami(nya). [Ghafir 40:67],
Iaitu supaya kamu boleh naik ke Langit Ketujuh Keseluruhan
(Al-Samaa’ Al-Sabi3ah Al-Kulliyah); Langit Akal (Samaa’ Al-3aql).
Allah SWT berfirman:
﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾
Dan aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [Al-Zhaariyat 51:56.]
iaitu supaya mereka mengenal-Ku, fitrah manusia layak untuk
sampai ke Langit Ketujuh Keseluruhan dan dengan itu maka Tawaf dan Sa’ei
adalah untuk mengumumkan (mengisytiharkan) taubat dan istighfar (mohon ampun)
serta kesanggupan untuk berlari (bersa’ei) ke jalan Allah dan kepada jalan yang
lurus untuk sampai ke Langit Ketujuh Keseluruhan, langit akal .. . Saudara
boleh membaca dengan lebih terperinci dalam Kitab
Al-Mutasyabihaat.
Wahai ansar Allah sekelian!
Kesaksian
Perjanjian dan Persetiaan (3ahd
wa Al-Mitsaq),
Allah SWT berfirman:
﴿شَهِدَ اللّهُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ
وَأُوْلُواْ الْعِلْمِ قَآئِمَاً بِالْقِسْطِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيزُ
الْحَكِيمُ﴾
"Allah menyaksikan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan
Dia, Yang menegakkan keadilan. (Begitu juga) Para Malaikat dan orang-orang yang
berilmu. Tak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..
" [Aali Imran 3:18].
Diketahui bahawa Dia mengatasi (Maha Kaya) dari
hamba-hambaNya, dan Dia tidak perlu untuk menyaksikan dari Ketuhanan-Nya yang
hadir pada orang-orang yang mengenal-Nya. Sebab itulah Al-Hussein bin Ali (as)
berkata, 'Butalah mata yang tidak melihat Engkau. "Apakah ada Tuhan yang
lain selain Dia, atau adakah makam (kedudukan) yang lebih tinggi daripada-Nya
Yang Maha Suci? (Sesungguhnya) Allah akan tetap jauh dari dari apa yang mereka
sifatkan.
Semoga Allah menolong kamu, kesaksian Allah dan para malaikat
dan hamba-Nya kepada seluruh ciptaan-Nya adalah dengan Wahyu dalam Rukya
(mimpi) dan Kasyaf, tidakkah kamu baca firmanNya Yang Maha Tinggi:
﴿مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِن
سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً وَكَفَى بِاللّهِ
شَهِيداً﴾
"Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan
apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami
mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi
saksi."( An-Nisa 4:79)..
Dan pada firmanNya Yang Maha Tinggi:
﴿لَّكِنِ اللّهُ يَشْهَدُ بِمَا أَنزَلَ إِلَيْكَ أَنزَلَهُ
بِعِلْمِهِ وَالْمَلآئِكَةُ يَشْهَدُونَ وَكَفَى بِاللّهِ شَهِيداً﴾
(Mereka tidak mahu mengakui yang diturunkan kepadamu itu),
tetapi Allah mengakui Al Quran yang diturunkan-Nya kepadamu. Allah
menurunkannya dengan ilmu-Nya; dan malaikat-malaikat pun menjadi saksi (pula).
Cukuplah Allah yang mengakuinya."(An-Nisa 4:166)
Dan firmanNya Yang Maha Tinggi:
﴿وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُواْ لَسْتَ مُرْسَلاً قُلْ كَفَى
بِاللّهِ شَهِيداً بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ وَمَنْ عِندَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ﴾
"Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang
yang dijadikan Rasul". Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi
antaraku dan kamu, dan antara orang yang mempunyai ilmu Al Kitab".
(Ar-Ra'd 13:43)
Dan firmanNya Yang Maha Tinggi:
﴿قُلْ كَفَى بِاللّهِ شَهِيداً بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ إِنَّهُ كَانَ
بِعِبَادِهِ خَبِيراً بَصِيراً﴾
"Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku
dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat
akan hamba-hamba-Nya". ". (Al-Isra 17:96)
Renungkan ayat-ayat ini dan renungkan bagaimana Allah menjadi
saksi dan malaikat-Nya atas Rasul-Nya kepada manusia dan kepada kaum-kaum
mereka ketika diutus kepada mereka? Tidakkah ia dengan Rukya (mimpi) dan
Kasyaf, tidak kamu baca firmanNya Yang Maha Tinggi:
﴿وَإِذْ أَوْحَيْتُ إِلَى الْحَوَارِيِّينَ أَنْ آمِنُواْ بِي
وَبِرَسُولِي قَالُوَاْ آمَنَّا وَاشْهَدْ بِأَنَّنَا مُسْلِمُونَ﴾
"Dan
(ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada Harawiyin (murid-murid) untuk beriman kepada-Ku
dan rasul-Ku, mereka berkata:" Kami percaya, dan Engkau menjadi saksi
bahawa kami orang-orang Islam "(Al-Qur'an Surah Al-Maidah: 111)
Bagaimana Allah SWT. mengilhami kepada murid-murid?
Tidakkah ia dengan Rukya (mimpi)?
Maka, Dia SWT. memberi kesaksian kepada Nabi-nabiNya,
Rasul-rasul-Nya dan Hujjah-hujjah-Nya di antara manusia dengan Rukya (mimpi)
dan Kasyaf, dan Dia SWT. juga memberi kesaksian bagi diri-Nya apabila Dia
berbicara kepada manusia melalui Rukya (mimpi) dan membuat mereka tahu tentang
kewujudan-Nya dan bahawa Dia SWT. adalah menguasai di atas segala sesuatu, dan
contoh kesaksian-Nya untuk diri-Nya di antara orang-orang yang apabila Dia
menunjukkan mereka (mimpi) tentang perkara yang tidak diketahui (ghaib) dan Dia
berbicara selepas beberapa ketika, maka Dia berkehendak untuk mengatakan kepada
orang-orang ini bahawa Dia Wujud, dan Dia menguasai dan Dia meminta mereka
untuk bertawajjuh (menghadap) kepada-Nya SWT.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِنَّا
أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ﴿١﴾ فَصَلِّ
لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ﴿٢﴾ إِنَّ
شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ﴿٣﴾
KHUTBAH KEDUA
بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ
الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ
الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا* وَّ
اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ
الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ
الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا * اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ
بِتَقْوَي اللهِ *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة
والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya
bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat
kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan
perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang,
sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari
kematian itu.
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
Allah SWT berfirman:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
يُنَزِّلُ الْمَلَائِكَةَ
بِالرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ أَنْ أَنذِرُوا
أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنَا فَاتَّقُونِ
Dia menurunkan para malaikat dengan (membawa) wahyu dengan perintah-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya, yaitu: "Peringatkanlah olehmu sekalian, bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka hendaklah kamu bertakwa kepada-Ku".[Al-Nahl 16:2]
Manusia boleh menyingkirkan Al-Ana (Aku) dirinya, apabila
mereka tidak melihat dirinya dan tidak melihat selain Tuhannya yang mendahului
segala suatu, pada segala suatu dan melepasi segala suatu. Dan sentiasa
berwaspada kepada syaitan dan kejahatan yang mempengaruhi dalaman kita, supaya
kita melakukan dengan segala daya upaya kita untuk membunuhnya kerana yang
menjadi musuh kita adalah diri kita yang ada di sisi kita. Diri jenis ini yang
berdiri dengan keangkuhan dan malu untuk memperakui bahawa kewujudannya di
hadapan kewujudan Allah SWT, mungkin pergerakan manusia ke arah ini dengan
mengawasi dan menentang musuhnya tetapi musuh ketatnya adalah dirinya sendiri
untuk sampai kepada Allah dari makrifah yang dikehendaki Allah pada manusia.
Tetapi jika anda mahukan kebenaran seluruhnya, maka
kebenarannya, aku katakan kepadamu bahawa kita perlu malu dengan apa yang kita
ada, apa yang kita mahu lagi?? Kita mahukan akhirat, kita mahukan syurga, kita
mahukan kekal dan kekal abadi dan kesempurnaan dan ...dan ...... .., tetapi
siapakah dari kalangan kita yang malu dengan Kemuliaan Allah, dan apabila
melihat kepada kewujudannya tidak mahu dan tidak redha menjadikan kewujudannya
itu di hadapan Allah SWT, maka janganlah memilih untuk tinggal dan kekal abadi
begitu juga di akhirat dan syurga, tetapi carilah (mintalah) tenggelamya malu
(fana') dari Allah??
Saya hamba yang miskin mengharapkan rahmat Tuhan seperti mana
yang saudara semua harapkan, dan khadam yang berdiri di hadapan Allah dan di
pintuNya. Saya tidak meminta daripadaNya syurga mahupun redhaNya dan tidak
mencari apa-apa, saya hanya menunggu apa perintahNya untuk saya, dan kalau
saudara bertanya kepada saya apa yang kamu mahu? Saya katakan kepada saudara
apa yang DIA mahukan? Walaupun ia akan meminta kepada saya supaya berkhidmat
kepadaNya di sepanjang zaman dan kemudian memasukkan saya ke dalam api
(neraka), itu adalah keadilan-Nya yang Maha Bijaksana, bahkan baik pada
saya kerana saya berdosa oleh lalai dengannya.
Saya katakan ini tidak keterlaluan atau kata-kata kelancaran
lidah semata-mata, tetapi ia adalah hakikat pengakuan dalam diri saya dan
tersemat di dalamnya, dialah Ahmad Al-Hassan.
اَللّٰهُمَّ
عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ
اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ،
اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ
رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ
حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ
دِيْنِىْ
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]
اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ* وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين
اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ
الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ
اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي
تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي
كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ
الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين
وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير
العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan