2015 12 25
KHUTBAH PERTAMA
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ
بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ
الْمُشْرِكُون ،
وصلى الله على محمد وآل محمد
الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
أشهد ان لا إله إلا الله و
حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده
حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا
وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ،
Wahai orang-orang yang beriman,
bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah
sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam
Mahdi
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
Seorang ansar bertanya mengenai Firman Allah SWT:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ﴾
Sesungguhnya Kami memelihara kamu
daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan (kamu), [Al-Hijr
15:95]
Apakah bentuk pemeliharaan di sini, adalah diketahui bahawa
Rasulullah (S) dan Imam-imam sangat menderita dengan orang-orang yang
memperolok-olokkan sehingga ke hari ini, dan seperti yang jelas dari penghinaan
manusia terhadap Imam Al-Hujah dan wasinya (atas mereka selawat Allah, salam
dan penghormatanNya).
Apakah yang melengkapkan penggunaan ayat atau yang belum
ditafsirkan lagi?
Imam Ahmad Al Hassan berkata:
Cukuplah Allah memelihara pengaruh dan kesan pandangan keji
mereka, dengan penerimaan manusia dan iman manusia ke atas risalahNya, Allah
SWT berfirman:
﴿فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ
عَنِ الْمُشْرِكِينَ * إِنَّا كَفَيْنَاكَ
الْمُسْتَهْزِئِينَ﴾
Maka sampaikanlah olehmu secara
terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari
orang-orang yang musyrik* Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada
(kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan (kamu), [63]
Iaitu kamu tidak suka mereka yang degil lagi
memperolok-olokkan, maka bagi segala bentuk perbuatan dan kata-kata bodoh
mereka tidak akan memberi kesan atas penerimaan risalah Ilahi kepada sesiapa
yang dikehendaki Allah SWT.
Dan Allah SWT mengutus malaikat-Nya untuk meneguhkan orang
yang beriman dan menghindari mereka dari bisikan iblis dan segala bentuk
perbuatan dan kata-kata orang-orang bodoh ke atas mereka, dan semoga, kehendak
Allah akan memusnahkan sebahagian orang-orang bodoh itu atau dengan mengalihkan
perhatian mereka daripada memperolok-olokkan seruan dakwah Ilahiyah, dan semoga
mereka menjadi contoh kepada orang lain, dan Alhamdu Lillah.
Allah SWT mengingatkan kita dengan FirmanNya
di dalam surah Al Baqarah, ayat 153-157, buat renungan dan panduan pada semua
ansar, in sya Allah: maksud firmannya:
Wahai
orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan [kepada Allah] dengan sabar dan
[mendirikan] shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (153)
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, [bahwa mereka itu] mati; bahkan [sebenarnya] mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya. (154)
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (155)
[iaitu] orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". [2] (156) Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (157)
Janganlah berduka wahai ansar Allah sekalian, sesungguhnya ini adalah antara karenah dan mehnah setelah kita membaiah dan bersetia untuk membantu Yamani keluarga Muhammad (S), Imam Ahmad Al Hassan as. Syukur alhamdulillah atas nikmat dan ujian Allah ke atas kita semua...semoga Allah menetapkan jejak langkah dan hati kita semua di atas jalan kebenaran Yamani keluarga Muhammad...amiin Ya Rabbal Alamin.
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, [bahwa mereka itu] mati; bahkan [sebenarnya] mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya. (154)
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (155)
[iaitu] orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". [2] (156) Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (157)
Janganlah berduka wahai ansar Allah sekalian, sesungguhnya ini adalah antara karenah dan mehnah setelah kita membaiah dan bersetia untuk membantu Yamani keluarga Muhammad (S), Imam Ahmad Al Hassan as. Syukur alhamdulillah atas nikmat dan ujian Allah ke atas kita semua...semoga Allah menetapkan jejak langkah dan hati kita semua di atas jalan kebenaran Yamani keluarga Muhammad...amiin Ya Rabbal Alamin.
Imam Ahmad Al Hassan berkata:
Saya hamba yang miskin mengharapkan rahmat Tuhan seperti mana
yang saudara harapkan, dan khadam yang berdiri di hadapan Allah dan di
pintuNya. Saya tidak memintaNya syurga mahupun redhaNya dan tidak mencari
apa-apa, saya hanya menunggu apa perintahNya untuk saya, dan kalau saudara
bertanya kepada saya apa yang kamu mahu? Saya katakan kepada saudara apa yang
DIA mahukan? Walaupun ia akan meminta kepada saya supaya berkhidmat kepadaNya
di sepanjang zaman dan kemudian memasukkan saya ke dalam api (neraka), itu
adalah keadilan-Nya yang Maha Bijaksana, bahkan baik pada saya kerana saya
berdosa oleh lalai dengannya.
Saya katakan ini tidak keterlaluan atau kata-kata kelancaran
lidah semata-mata, tetapi ia adalah hakikat pengakuan dalam diri saya dan
tersemat di dalamnya, dialah Ahmad Al-Hassan.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿قُلْ
يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ * لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ * وَلَا
أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا
عَبَدتُّمْ * وَلَا
أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ ِينِ﴾
KHUTBAH KEDUA
بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ
لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ
يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا* وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ
رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ
الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ
اَئِمَّتُنَا * اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي
اللهِ *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة
والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua (dan diri
saya) supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan supaya kita semua taat
kepada-Nya SWT. Saya menyeru supaya kita semua melakukan perbuatan-perbuatan
baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian
meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ
الْعَظِيْمِ اللهم صلِّ على محمد وآل محمد وسلم تسليماً
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم ب *ِسْمِ
اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّـهَ
يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ ﴿٧﴾ وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَّهُمْ وَأَضَلَّ
أَعْمَالَهُمْ ﴿٨﴾ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنزَلَ اللَّـهُ
فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ ﴿٩﴾
Wahai orang-orang mukmin, jika kamu
menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.*
Dan orang-orang yang ingkar, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah
menyesatkan amal-amal mereka. (Yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya
mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah
menghapuskan amal-amal mereka. [Muhammad 47:7 8 dan 9]
Imam Ahmad Al Hassan (as) berkata dalam Kitab Ma’a Abdus
Soleh:
(Adakah kamu mempunyai masa untuk menulis buku-buku atau
penyelidikan yang perlu untuk menolong Agama Allah, kamu dan saudara-saudara
kamu yang mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.
Pertama: Sebuah buku mengenai Pengingkaran (Penafian)
terhadap Khalifah-khalifah Allah di muka bumi-Nya sejak Adam sehingga Allah
mewariskan bumi pada mereka. Tidak perlulah ini yang menjadi tajuk, tetapi ia
adalah ringkasan atau penyelidikan kandungan (huraian) buku itu, dan sesiapa
yang menulisnya hendaklah ia memilih tajuk yang sesuai. Buku ini boleh membawa
perkara-perkara berikut:
- Hari pertama Adam dijadikan
Khalifah Allah di muka bumi-Nya
- Yang membantah bertaubat, yang
ingkar tidak bertaubat. Maksudnya masing-masing dari para Malaikat dan Iblis.
- perjalanan yang dilalui nabi-nabi
Allah dan Rasul-Nya sehingga hari kita ini.
- Perbandingan antara semua yang
menafikan kebenaran (yang ingkar).
- Kata-kata mereka yang telah
dikhabarkan oleh Allah SWT kepada kita di dalam Al-Quran, dan apa yang
menyamakan mereka dari segi cara (kaedah) dalam menafikan, menentang
(memerangi) dan berhujah secara batil, dan persamaan pada matlamat dan
perancangan mereka.
- Juga segala-galanya serta
membincangkannya.
- Mengapa mereka [kumpulan] yang
menafikan kebenaran sentiasa lebih besar bilangannya? Adakah permasalahannya pada
Khalifah-khalifah Allah atau pada manusia, dan apakah masalah manusia?
Jika kamu tahu sebab kegagalan dalam ujian pertama
(Alam-Al-Zhar), nescaya kamu akan dapat menjawab soalan ini.
Dengan menunjukkan (menzahirkan) "Ana - Aku", oleh
manusia (makhluk) dengan cara yang jelas di mana dia akan dihukum.
Maknanya, bahawa manusia ini sentiasa bersembunyi [dalam
dirinya] dalam menghadap Tuhannya dengan "Ana - Aku", apabila kini
Dia menzahirkan (tajallikan) diri pada KhalifahNya, sehingga orang ini berkata:
"Aku lebih baik daripadanya (Aku lebih baik daripada Khalifah Allah ini)
", dan dia tidak cukup berani untuk mengatakannya di hadapan Allah
Al-Qahhar, tetapi [sebenarnya] dia sentiasa mengatakannya sepanjang masa bahawa
penglihatannya khusus kepada dirinya sendiri. Mereka adalah orang-orang yang
tidak boleh melihat tangan mereka sendiri, mereka dibutakan oleh "Al-Ana -
Keakuan", maka semuanya pada mereka adalah untuk kepentingan dan kemudahan
diri mereka sendiri dan menjauhkan apa yang terang-terang menentang mereka.
Sekarang Yang menciptakan mereka menyatakan (tajallikan) pada
mereka pada KhalifahNya untuk menzahirkan secara terbuka (khalayak ramai) apa
yang tersembunyi di dalam diri mereka yang berpenyakit (kejahatan), dari
keingkarannya terhadap Allah SWT dan nikmat-nikmat-Nya.
Atau dalam usaha untuk menjadikan gambaran yang lebih dekat
untuk anda dalam contoh yang lebih nyata (Madiy):
Keadaan mereka adalah seperti orang yang menumpukan
penglihatannya pada dirinya dan dia menghadap Tuhannya tanpa mengucapkan atau
tanpa mengatakan: "Aku lebih baik daripada Yang telah menciptakan
aku", atau "diri aku adalah lebih penting padaku daripada Yang
menciptakan aku," bahkan keadaan dan pandangannya yang ditujukan pada
dirinya sendiri mengatakan bahawa: Sekarang Dia yang telah menciptakan dirinya
mengujinya dengan yang menjadi contohNya – secara zahirnya - seorang manusia,
maka kemudian dia segera mengucapkan apa yang tersembunyi di dalam dirinya maka
dia berkata secara kuat tanpa rasa malu: "Ana - Aku lebih baik
daripadanya")
Juga: Satu lagi penyelidikan mengenai Umar, mengenai Abu
Bakar, dan mengenai Uthman, dari kitab-kitab Al-Sunnah. Apa yang penting adalah
cara di mana riwayat-riwayat dibincangkan, dengan memohon pertolongan Allah dan
bertawakkal kepada Allah dan ikhlas untuk menghadap-Nya Yang Maha Mulia SWT.
Juga: Kamu mempunyai perkara lain, iaitu kamu melihat pada
riwayat-riwayat dengan cara yang baru dan wajah baru yang berbeza daripada
orang lain daripada kamu. Bagi Ansar-ansar sekarang, Insya Allah (jika
dikehendaki Allah), adalah berbeza daripada orang-orang yang mendahului mereka
dalam mengkritik (mengulas) orang-orang yang batil (salah), dan kerja kamu akan
diberkati Insya Allah (jika dikehendaki Allah)).
Lalu aku berkata: Bagaimana tuan, ajarkanlah kami.
Jadi dia (a.s) berkata:
(Bekerjalah (beramallah), dan kamu akan dapati bahawa
segala-galanya adalah baru. Adakah kamu bertanya kepada saya tentang sesuatu
tanpa ia dimulakan? Bagaimana kamu tahu, mungkin kamu tidak perlu bertanya).
Dan sebenarnya apabila saya mula menulis penyelidikan, saya
tidak bertanya kepada beliau (as) mengenai sesuatu seperti yang dikatakannya
kepada saya.
Kemudian dia (as) berkata:
(Juga: Sebuah buku dan kajian mengenai patahnya tulang rusuk
Al-Zahraa':
- Kaji kebenaran riwayat-riwayat (hadits-hadits) dan
dalil-dalil atas kesahihannya.
- Teliti melalui riwayat-riwayat dari Al-Sunnah dan
riwayat-riwayat Syiah.
- riwayat-riwayat memecah masuk rumah.
- riwayat-riwayat ancaman yang dikeluarkan dari
kezaliman-kezaliman.
- Huraian atas kajian (analisa) riwayat-riwayat.
Sebagai contoh, kamu boleh gunakan (manfaatkan) daripada
riwayat kemarahan Fatimah (as) kepada Abu Bakar dan Umar, ketika mereka minta
dari Amir Al-Mukminin (as) (benarkan) untuk masuk menemui Fatimah untuk meminta
darinya supaya menilai semula perkara mereka berdua dan supaya dia boleh
memaafkan apa yang mereka berdua lakukan, dan mereka berdua masuk berjumpa
Fatimah (as) dan mereka berdua meminta maaf dan dia (Fatimah (as)) tidak
memafkan mereka berdua [145]. Jadi apa lagi permohonan maaf jika bukan kerana
memecah masuk ke dalam rumahnya dan mematah tulang rusuknya?!!
- Juga hakikat bahawa Fatimah (as) menyembunyikan tempat
kuburannya, apakah sebabnya??? Kerana dia marah pada mereka.
- Juga desakan Fatimah (as) supaya mereka tidak menghadiri
pengebumiannya, apakah sebabnya???
- Juga penjelasan keutamaannya (Fatimah (as)) dari
kitab-kitab Sunni, walaupun ia hanya riwayat beliau menjadi pemimpin wanita
seluruh alam, ia sudah mencukupi, dan ia adalah satu riwayat yang disahihkan
walaupun golongan Wahabi.)
اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ
تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ،
اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ
رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ
حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ
دِيْنِىْ
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]
اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ* وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين
اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ
الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ
اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي
تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ
وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ،
وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ
والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير
العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ
وَالْفَتْحُ ﴿١﴾ وَرَأَيْتَ
النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢﴾ فَسَبِّحْ
بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا ﴿٣﴾
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan