Bahagian Satu
Wajib Beriman Kepada Al-Mahdi
Wajib Beriman Kepada Al-Mahdi
Walau
bagaimanapun beriman kepada Al-Mahdi adalah salah satu akidah yang asas bagi orang-orang
Islam. Ulama Al-Sunnah tidak ragu-ragu dalam mengkafirkan sesiapa yang tidak beriman
kepada Al-Mahdi.
Pada
persoalan:
Apa
hukum bagi mereka yang mengatakan bahawa Al-Mahdi tidak benar, dan bahawa
Al-Masih Al-Dajjal hanyalah kiasan kerana banyaknya kerosakan di zaman ini dan
bukanlah seorang manusia?
Fatwa: Segala puji bagi Allah.
Selawat dan salam atas Rasulullah dan atas keluarga baginda serta para sahabat.
Adapun kemudiannya, telah disampaikan hadits-hadits mengenai Al-Mahdi yang
dinanti-nanti dan hadits-hadits tentang Al-Masih Al-Dajjal secara mutawatir,
sebagaimana yang dikatakan oleh para pemuka hadits, antara lain: Al-Hafizh bin
Hajar Al-'Asqalani, Al-Sakhawi, Al-Safarini dalam kitab "Lawaih
Al-Anwar", Al-Kattani dalam "Nadzmu Al-Mutanatsir min Al-Hadith
Al-Mutawatir", Al-Hafizh Al-Faqih bin Hajar Al-Haitami dan Al-Syaukani.
Al-Syaukani
dalam Al-Fathu Al-Rabbani mengatakan: "Hadits-hadits yang diriwayatkan
mengenai Al-Mahdi yang dinanti-nanti berjumlah 50 hadits dan 28 adalah Atsar
(perkataan sahabat)." Kemudian dia menambah, "Semua yang kami bawakan
mencapai tahap mutawatir, dengan itu tidak terlindung lagi untuk diutamakan.
Al-Syaukani mempunyai sebuah risalah mengenainya berjudul "At-Taudhih
Fi Tawaturi Ma Ja`A Fi Al-Ahadits Fi Al-Mahdi Wa Al-Dajjal Al-Masih.(Penjelasan
tahap mutawatir hadits-hadits Imam Mahdi dan Al-Dajjal Al-Masih)"
Syeikh
Al-Islam Ibnu Taimiyah dalam kitab Minhaj Al-Sunnah Al-Nabawiyah telah
menyenaraikan beberapa hadits mengenai Al-Mahdi, berkata: "Terdapat
kesalahan pelbagai kelompok di dalam hadits-hadits ini. Satu kumpulan
mengingkarinya dan berhujjah dengan ucapan Ibnu Majah bahawa Nabi (S) bersabda:
"Tiada Mahdi melainkan Isa bin Maryam.", ini adalah hadits dha'if,
yang diterima pakai oleh Abu Muhammad bin Al-Walid Al-Baghdadi dan selain
darinya, tidak dapat menerimanya."
Ibnu
Hajar Al-Haitami pernah ditanya tentang orang yang mengingkari Al-Mahdi yang
dijanjikan, lalu ia menjawab: "Apabila dia mengingkari sunnah maka ia
kafir, dihukum dibunuh atas pengucapnya disebabkan kemurtadannya. Jika tidak
mengingkari sunnah, ia hanya membangkang para pemuka Islam dan dihukum dengan
hukuman yang selayaknya. Penghinaannya yang dipandang Al-Hakim merupakan kejahatan
(dosa) yang besar, jalan yang buruk dan akidah yang rosak, layak dipenjara,
disebat, dipukul dan dirantai dan lain-lain, dari tegahan-tegahan terhadap
kejelekan-kejelekan ini, dan membawanya kembali kepada kebenaran untuk menghina
sikap tidak hormatnya. Kembali kepada iktiqad yang dijelaskan syariat, yang
menghalang kekufurannya. Demikian wallahu a'lam. "(Al-Mufti Pusat Fatwa
– dengan seliaan Abdullah Al-Faqih) [1]
Al-Suyuthi
berkata:
Dikeluarkan
oleh Abu Bakr Al-Iskaf dalam kitab Fawaid Al-Akhbar dari Jabir bin Abdillah
berkata,
قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم من كذب بالدجال فقد كفر ومن كذب بالمهدي فقد كفر
Rasulullah (S) bersabda: "Sesiapa yang
mendustakan Dajjal telah kafir, dan sesiapa yang mendustakan Al-Mahdi telah
kafir." [2]
Mufti
Al-Hindi dalam kitabnya "Al-Burhan fi Mahdi Akhir Al-Zaman"
mengatakan:
"Begitu
juga Syeikh Al-‘Alamah Yahya bin Muhammad Al-Hanbali mengeluarkan fatwa kafir
bagi sesiapa yang mengingkari Al-Mahdi ‘Alaihi s-Salam. katanya, "Sesiapa
yang mendustakan Al-Mahdi yang dijanjikan, telah dikhabarkan baginda ‘Alaihi
Shalatu Wa s-Salam telah kafir." [3]
Bin
Baz tidak teragak-agak dalam mengkafirkan orang yang tidak beriman dengan
Al-Mahdi (as). Berikut jawabannya atas sebuah pertanyaan:
"Apakah
hukum bagi seorang yang mengingkari Al-Masih Al-Dajjal, Al-Mahdi dan turunnya
Isa (as) serta Ya`juj wa Ma`juj. Ia tidak meyakini satupun darinya dan mendakwa
tidak sahih hadits-hadits yang menyebut mengenainya, sedangkan diketahui dia
tidak memahami ilmu hadits sedikit pun dan lain-lain. Dalam hal ini telah dibantah
oleh ulama, tetapi ia menyatakan bahawa semua hadits mengenai perkara-perkara
tersebut adalah pendustaan terhadap Nabi (S) dan dimasukkan ke dalam Islam.
Sedangkan ia bersholat, berpuasa dan melakukan kewajipan-kewajipan lain?"
Semoga Allah member taufiq kepada kamu.
Jawapan:
Orang seperti ini adalah kafir –Wal 3iyazhu billah (Semoga dilindungi Allah).
Kerana dia telah mengingkari sesuatu yang ditetapkan Rasulullah ‘Alaihi Shalatu
Wa s-Salam. Jika ahli ilmu telah memberikan penjelasan baginya, tetapi ia tetap
berkeras mendustakan dan mengingkarinya, maka dia menjadi kafir. Kerana sesiapa
yang mendustakan Rasulullah (S) adalah kafir. Sesungguhnya sahih secara
mutawatir hadits-hadits (Al-Akhbar) dari Rasulullah (S) mengenai turunnya
Al-Masih bin Maryam dari langit pada akhir zaman dan keluarnya Ya`juj wa Ma`juj
dan keluarnya Al-Dajjal pada akhir zaman dan kedatangan Al-Mahdi. Semua
keempat-empat ini kukuh: Al-Mahdi pada akhir zaman akan memenuhi bumi dengan
kesaksamaan setelah dipenuhi dengan ketidakadilan, turunnya Al-Masih bin
Maryam, keluarnya Al-Dajjal pada akhir zaman dan keluarnya Ya`juj wa Ma`juj
Semua ini kukuh dengan hadits-hadits sahih lagi mutawatir dari Rasulullah (S),
maka mengingkarinya adalah kufur dan sesat - kita memohon kepada Allah
keampunan dan keselamatan.
Maka
Dajjal, Al-Masih bin Maryam, Ya`juj wa Ma`juj ketiga-tigamya tiada syak dan
ragu lagi tahap mutawatir khabar-khabar (Al-Akhbar - hadits-hadits) dari
Al-Rasul (S) mengenai mereka. Adapun khabar-khabar mengenai Al-Mahdi tahapnya
mutawatir juga. Cuma tiada satupun yang mutawatir dari Nabi (S) Tetapi bagi sebahagian orang dalam permasalahan
dan teragak-agak (tawaquf)
mengenainya, maka tergantung (tawaquf)
untuk mengkafirkan bagi orang yang mengingkari Al-Mahdi satu-satunya
sahaja.
Adapun
orang yang mengingkari Dajjal atau Al-Masih bin Maryam atau Ya`juj wa Ma`juj
tidak syak dan ragu-ragu dalam kekafirannya dan hanya tergantung (tawaquf) bagi
orang yang mengingkari Al-Mahdi sahaja, maka boleh dikatakan tergantung
(tawaquf) untuk mwngkafirkanbya dan memurtadkannya dari Islam. Kerana ia telah
didahului sebelumnya menjadi samar-samar kepadanya. Yang jelas dan yang paling
hampir dalam hal ini ialah kekafirannya. Sedangkan (mengingkari) perkara
berkenaan Ya`juj wa Ma`juj, Dajjal dan Al-Masih, ia telah kafir – Kita mohon
kepada Allah pengampunan." [4]
Al-Albani
tidak meragukan wajibnya beriman kepada Al-Mahdi (as), tetapi menggantung
(tawaquf) sebahagian hal dalam mengkafirkan orang yang tidak beriman dengannya dalam
satu perbezaan yang aneh kerana tidak ada ketetapan yang wajib dan riwayat hadits
untuk dinaskan atasnya dengan alasan (hujjah) bahawa tidak ada nash!!! (Pada
hadits) yang mengatakan:
من
أنكر خروج المهدي فقد كفر بما أنزل على محمد، و من أنكر نزول عيسى بن مريم
فقد كفر ، و من أنكر خروج الدجال فقد كفر ، و من لم يؤمن بالقدر خيره و
شره فقد كفر ، فإن جبريل عليه السلام أخبرني بأن الله تعالى يقول : من لم يؤمن
بالقدر خيره و شره فليتخذ ربا غيري " .قال الألباني في " السلسلة
الضعيفة و الموضوعة " ( 3/201(
: باطل .
"Sesiapa yang mengingkari kemunculan Al-Mahdi,
telah kafir (mengingkari) apa yang diturunkan kepada Muhammad. Sesiapa yang
mengingkari turunnya Isa bin Maryam, ia telah kafir. Sesiapa yang mengingkari
keluarnya Dajjal, ia telah kafir. Sesiapa yang tidak beriman dengan Kadar
(Al-Qadar) baik dan buruk, ia telah kafir. Sesungguhnya Jibril (as) telah
member khabar kepadaku bahawa Allah Taala berfirman: "Sesiapa yang tidak
beriman dengan Kadar (Al-Qadar) baik dan buruk, maka angkatlah satu tuhan
selain Aku!" Dikatakan oleh Al-Albani dalam kitab Al-Silsilah
Al-Dha'ifah wa Al-Madhu'ah, juz 3, halaman 201 adalah batil.
Diriwayatkannya
oleh Abu Bakr Al-Kalabadzi dalam kitab Miftah Ma'ani Al-Atsar (1-2 / 265):
Disampaikan Muhammad bin Hasan bin Ali, disampaikan Abu Abdillah Al-Husein bin
Muhammad bin Ahmad, disampaikan Ismail bin Abu Idris, disampaikan Malik bin
Anas, disampaikan Muhammad bin Al-Munkadir dari Jabir adalah hadits marfu'
(Hadis disandarkan kepada Rasulullah), saya katakan: "Hadits ini batil!"
Disokong
oleh Syeikh Al-Kalabadzi Muhammad bin Al-Hasan atau Syeikhnya, Al-Husein bin
Muhammad bin Ahmad. Disebutkan dalam kitab "Al-Mizan":
Muhammad bin Hasan bin Ali bin Rasyid Al-Ansari, dari Warraq Al-Humaidi,
menyebutkan hadits secara maudhu' dalam doa di Al-Multazam. Diakui oleh
Al-Hafidz dalam kitab "Al-Lisan" dan ditambah olehnya dengan berkata:
"Saya dapati dalam kitab Ma'ani Al-Akhbar oleh Al-Kalabadzi sebuah khabar
(hadits) maudhu’."
Kemudian
disebutnya dengan sanad seperti yang dibawanya, tetapi berlaku penyelewengan
(tahrif) darinya mengenai nama-nama perawi. Beliau berkata selepas itu
menunjukkan bahawa Al-Ansari, yang menterjemahkan (mengenai) Al-Dzahabi:
"Hal yang melampaui dugaanku bahawa dialah orangnya, dan Syeikhnya yang
sudah dikenal setelah mengkaji tentangnya." Dikatakan mengenai Syeikh Al-Hussein
bin Muhammad bin Ahmad: dari Ismail bin Abu Uwais dari Malik yang membawa hadits
yang batil, yang sebelumnya telah disebut dalam terjemahan Muhammad bin Al-Hasan
bin Ali bin Rasyid. Katanya "madha" (telah berlalu) yang ditulisnya
rahimahu Allah, nampaknya yang benar adalah kata "ya`ti" (akan
datang). Katakanlah ia disunting dalam mengulas kitab "Al-Lisan"
Begitulah asalnya, tetapi mana mungkin dia telah berlalu dari sebelum dan tidak
ada (datang) sampai sekarang dari namanya Muhammad? Barangkali diubah kepada
nama lain. Saya katakan, tidak ada pengubahan. Sekiranya merujuk pada
terjemahan Muhammad bin Al-Hasan, akan didapati hadits yang ditujukan kepadanya
dan diketahui bahawa kesalahan terletak pada kata "Mādhā". Wallahu
a'lam.
Ketahuilah
bahawa beriman pada apa yang diterangkan dalam hadits itu mengenai kemunculan
Al-Mahdi, turunnya Isa dan Qadar baik dan buruk, semua ini wajib beriman
dengannya. Kerana ia disahkan dalam Al-Quran dan Sunnah. Tetapi tidak ada nash
bagi "Sesiapa yang mengingkarinya, telah kafir." Untuk itu
disampaikan hadits ini dan dijelaskan ia diada-adakan, dan ia begitu jelas, seolah-olah
diada-adakan oleh sebahagian ahli hadits atau orang lain dari orang-orang yang
bodoh. Dibuat untuk menegakkan hujjah atas para pengingkar yang berkepentingan dan
pemencilan (Al-Mu'tazilah), dan selamanya tidak akan ada dalil atas seorang
yang berdusta atas nama Rasulullah (S) dan membuat fitnah atas nama Allah SWT.
Allah akan memerangi orang-orang yang mengada-adakan atas kelancangan mereka
terhadap Allah AWJ.
Takfir
(mengkafirkan orang Islam) bukan perkara remeh. Memang orang yang mengingkari
apa yang telah ditetapkan agama dengan jelas setelah dibuktikan atas kebenarannya,
Ia adalah kafir bagi yang mencapai hakikat maksud kafir. Namun bagi sesiapa
yang mengingkari sesuatu kerana baginya ia tidak kukuh atau samar dari segi
maknanya, maka dia sesat dan bukannya kafir yang murtad dari agama seperti itu akibat
menafikan mana-mana hadits sahih menurut ahli ilmu. Wallahu a'lam." [5]
Saya
katakan bahawa perkataan Al-Albani dapat dibantah dari beberapa sudut seperti
berikut:
Pertama, perkataannya mengenai
hadits "kelihatan diada-adakan" kelihatan sebagai ramalan dan tekaan
terhadap perkara gaib.
Kedua, perkataannya "Tetapi
tidak ada nash bagi sesiapa yang mengingkarinya, telah kafir." Ia
mendakwa tanpa dalil, tetapi justru sebaliknya, ada nash dalam hadits mengenai
penolakan atas dakwaannya itu. Hal ini jelas batil.
Ketiga, Al-Albani menegaskan wajib
beriman kepada Al-Mahdi dengan nash hadits ini. Ia mengatakan:
Ketahuilah
bahawa beriman dengan semua yang disebutkan dalam hadits tentang kemunculan
Al-Mahdi, turunnya Isa dan Qadar baik dan buruk, semua itu wajib diimani kerana
telah kukuh (tsabit) dalam Al-Quran dan Sunnah. Tetapi tiada nash bahawa "Sesiapa
yang mengingkari semua itu, telah kafir". Untuk itu, diriwayatkan hadits
dan jelas ia diada-adakan, dan adalah kelihatan diada-adakan."
Dan
ia sepatutnya mengadili hadits itu sahih mesti sesuai dengan Al-Quran dan
Sunnah mengenai wajib beriman kepada Al-Mahdi, bukan mengadilinya dengan
mengada-adakan tanpa alasan yang munasabah.
Keempat, jelas dari keterangan
Al-Albani bahawa dia tidak meragukan kekafiran orang yang mengingkari Al-Mahdi
setelah diketahui kesahihan hadits. Tetapi ia meragukan kekafiran “orang yang
mengingkari sesuatu yang tidak kukuh baginya atau samar dari segi makna,” lalu
menghukum orang itu sesat. Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa hadits-hadits mengenai
Al-Mahdi telah disahihkan oleh ulama Sunnah, termasuk ucapan Al-Albani:
“Memang, sesiapa yang mengingkari apa yang telah ditetapkan agama dengan
jelas setelah diadakan hujjah padanya, maka ia adalah kafir bagi yang mencapai
hakikat maksud kafir."
Kelima, bahawa hadits yang sahih
menurut Ibnu Hajar bahkan berfatwa mewajibkannya dengan mengatakan:
"Telah
disebutkan dalam sebuah hadits yang ada pada Abu Bakr Al-Iskafi, bahawa baginda
(S) bersabda:" Sesiapa yang mendustakan adanya Dajjal, dia kafir. Sesiapa
yang mendustakan adanya Al-Mahdi, dia kafir." Mereka yang mendustakan
secara terang-terangan, maka dikhuatiri kekufuran menimpa mereka. Maka Imam
(Mahdi) - semoga dengannya Allah mengukuhkan agama dan dengan pedang
keadilannya memutuslan batang leher para thaghut, penyeleweng dan perusak seperti
mereka dari golongan yang sesat, pembid’ah, pemberontak dan orang-orang yang murtad
- akan menyucikan bumi dari orang-orang seperti mereka dan membebaskan umat
dari perkataan dan perbuatan buruk mereka. Ia akan dengan tegas menekankan dalam
menyokong syariat ini yang malamnya seperti siang dan siangnya seperti malam.
Takkan tersesat dari syariatnya melainkan orang yang binasa, yang menekan
mereka hukuman supaya kembali kepada petunjuk, berpaling dari jalan kebinasaan
dan terbebas dari kesyirikan yang besar. Ia akan menyeru kepada mereka, apabila
mereka tidak bertaubat kepada Allah Yang Maha Besar. Sesungguhnya demikian itu
merupakan urusan tugasan yang sangat agung bagi agama, dan pegangan yang paling
utama bagi para pemuka dan penguasa besar.
Tentang
kumpulan seperti itu Al-Ghazali (rahimahu Allah Taala) berkata:
"Sesungguhnya
membunuh seorang dari mereka lebih afdhal dari (membunuh) seratus orang kafir.
Kerana bahaya mereka itulah yang paling besar kepada agama dan lebih teruk lagi
sepertimana orang kafir dijauhi masyarakat umum kerana mengetahui keburukan
keadaannya yang tercela dari mengharapkan untuk menarik salah seorang daripada
mereka. Tetapi mereka (kumpulan itu) tampil di hadapan orang ramai, sebagai golongan
miskin dan orang-orang soleh. Padahal mereka menyimpan akidah-akidah yang rosak
dan bid'ah-bid'ah yang buruk. Sedangkan bagi masyarakat umum, yang melihat
mereka (kumpulan itu) sangat baik. Tetapi batin (hati) mereka penuh dengan
keburukan dan kebusukan, yang tidak dapat diketahui kerana terbatasnya dalam
menjangkau perkara-perkara rumit yang menunjukkan hal batin itu. Maka orang
ramai terpedaya dengan apa yang nampak di luar dan percaya akan kebaikan dalam
diri mereka (kumpulan itu), sehingga mereka menerima apa yang mereka dengar,
berupa bid'ah-bid'ah, kekufuran yang tersembunyi dan sebagainya. Mereka percaya
dan menyangka itulah kebenaran, sehingga menjadi sebab mereka tersesat dan terpedaya.
Atas kerosakan yang besar inilah Al-Ghazali mengatakan bahawa membunuh seorang
dari golongan seperti itu lebih baik daripada membunuh seratus orang kafir.
Kerana kejahatan dan kepentingan berbeza-beza maka dalam amal perbuatan
keduanya juga tidak sama, dan tingkat ganjarannya juga menurut keduanya.
"[6].
✡✡✡✡✡
-----------------------------------
[1] Nama kitab: Fatawaa Al-Syabakah Al-Islamiyah : Index <<Al-Aqidat
Al-Islamiyah>> Arkan Al-Iman >> Al-Iman Bi Al-Yaumi Al-Akhir
>> 3alamat Al-Sa3ah Al-Kubraa (120) No fatwa: 21791 Tajuk fatwa: Al-Hukm 3alaa
Min Inkar Al-Mahdi, Tarikh Fatwa : 24 Jamadi Al-Tsaniyah 1423 H
[2] Al-Hawi dalam kitab Al-Fatawa Nombor (3/116)
[3] Al-Burhan dalam kitab Ai-Muttaqi Al-Hindi halaman 104
[4] Mauqi3 Ibn Baz Al-Rasmi : Fatawaa Nur 3alaa, Jilid
Pertama: Iinkar Al-Dajjal Wa Nuzul 3isaa 3Alaihi Al-Salam
http://www.binbaz.org.sa/mat/21563
http://www.binbaz.org.sa/mat/21563
[5] Kitab Al-Silsilah Al-Dha'ifah No 1082. halaman (3/81)
[6] Kitab Al-Fatawa Al-haditsiyah oleh Ibn Hajar Al-Haitami.
Pada sebutan Al-Mahdi dan sebahagian alamat (tanda-tanda) Al-Saah halaman 37-38
Pengarang:. Ahmad Syahabuddin bin Hajar Al-Haitami Al-Makki. Al-Thab3ah:
Mustafa Al-Halabi edisi kedua dan Terbitan Dar Al-Makrifah Juru gambar untuk
edisi Mustafa Al-Halabi Al-Tsaniyah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan