Ahad, 20 Disember 2015

Bahagian Kedua (Sambungan)


Bahagian Kedua


(Sambungan)

Khalifah Allah

Sebelum melangkah pada pengkajian tentang cara-cara mengenal Khalifah Allah, perlu mengadakan dalil pada pendapat bahawa Al-Mahdi adalah bukti (tokoh) kebenaran Khalifah Allah dan ia adalah maklumat mengenai peribadi umum yang tidak berbeza, sesuai dengan sepatutnya

Yang penting untuk diperhatikan bahawa Khalifah Allah itu boleh seorang nabi atau imam atau pemimpin dan sebagainya. Kerana kenabian dan imamah adalah sifat bagi Khalifah Allah.


Al-Mahdi Khalifah Allah


Terdapat nash-nash yang menunjukkan bahawa Al-Mahdi adalah bukti (tokoh) kebenaran Khalifah Allah, di antaranya:

Pertama, disampaikan oleh Abu Nashr Al-Khafaf [1] dari Khalid [2] dari Abu Qalabah [3] dari Tsauban [4] katanya:

إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان فائتوها ولو حبوا على الثلج فإن فيها خليفة الله المهدي

"Jika kalian melihat panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan, maka datangilah padanya! Sekalipun dengan merangkak di atas salji. Kerana di sana ada khalifah Allah Al-Mahdi. [5] Terputus dari sanad ini, Abu Asma’ `Al-Rahbi, demikian halnya pada yang kedua di bawah ini.

Kedua, disampaikan oleh Hamzah Abdullah bin Muhammad, oleh Abdullah bin Muhammad, oleh Usman bin Ismail Al-Sakri, oleh Ahmad bin Manshur Al-Ramadi, oleh Abd Al-Razaq, oleh Sufyan Al-Tsauri, dari Khalid Al-Hizha` dari Abi Qalabah dari Tsauban katanya:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « يقتتل عند كنزكم نفر ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير الملك إلى أحد منهم ثم تقبل الرايات السود من قبل خراسان فائتوها ولو حبوا على الركب ، فإن فيها خليفة الله المهدي

"Bahawa Rasulullah (S) bersabda: Perperangan yang terpendam antara kalian ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah. Kemudian tidak sampai pada seorang dari mereka menjadi raja, lalu datang panji-panji hitam dari arah Khurasan, maka datangilah ia walaupun dengan merangkak. Sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah al-Mahdi. [6]

Ketiga dan keempat, disampaikan oleh Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf katanya disampaikan oleh Abd Al-Razaq, dari Sufyan Al-Tsauri, dari Khalid Al-Hizha` dari Abi Qalabah dari Abi Asma`Al-Rahbi dari Tsauban katanya:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمْ ابْنُ خَلِيفَةٍ ، ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ، ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلًا لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ ، ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لَا أَحْفَظُهُ فَقَالَ : فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ

"Rasulullah (S) bersabda:  Perperangan yang terpendam antara kamu ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah. Kemudian tidak berakhir pada seorang dari mereka. Kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, mereka melakukan peperangan terhadap kalian, yang tak pernah dilakukan kaum sebelumnya. "Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang tidak aku ingat dan bersabda, "Bila kalian melihatnya, maka berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi. "

Dalam kitab Al-Zawaid, sanad ini sahih dan rijalnya (para perawi) tsiqah (terpecaya). Al-Hakim meriwayatkannya di dalam Al-Mustadrak dan berkata: "Sahih menurut peraturan Al-Syeikhain (Bukhari dan Muslim). Mengenai kalimat "kanzikum" Ibnu Katsir berkata: "Yang tampak maksud dari kata "kanz" (dalam hadits) tersebut adalah Kanz Kaabah." Al-Syeikh Al-Albani mengatakan: "Dha'if (lemah)." [7]

Saya katakan: akan dibawakan bantahan terhadap Al-Albani atas yang didha'ifkannya, kerana ia bahkan tidak diterima dha'ifnya oleh kaum Wahabi dalam fatwa-fatwa mereka. Al-Mufti menyampaikan:

"Diriwayatkan dari Tsauban (ra), Rasulullah (S) bersabda,

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة، ثم لا يصير إلى واحد منهم، ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق، فيقتلونكم قتلاً لم يقتله قوم ثم ذكر شيئاً لم أحفظه فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبواً على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي

"Perperangan yang terpendam antara kalian ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah, yang tidak berakhir pada seorang dari mereka. Kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, mereka memerangi kamu dengan perperangan yang tak pernah diperangi oleh suatu kaum. Kemudian disebut sesuatu yang aku tidak menghafalnya. Kemudian bersabda jika kalian melihatnya, maka berbaiahlah kepadanya sekalipun dengan merangkak di atas salji. Seungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi."

Hadits riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim, dan dikatakan: "Berdasarkan peraturan Al-Syeikhain dan dipersetujui oleh Al-Zhahabi." Ibnu Katsir berkata: "Ini adalah sanad yang kuat lagi sahih." [8]

Kelima, Abu Na'im meriwayatkan dari Ibn 'Amru, bahawa Rasulullah (S) bersabda:

يخرج المهدي وعلى رأسه غمامة, فيأتي مناد ينادي :هذا المهدي خليفة الله , فاتبعوه

"Akan muncul Al-Mahdi di atas kepalanya serban. Lalu datang penyeru yang menyeru, "Inilah Al-Mahdi Khalifah Allah, maka ikutilah dia!". [9]

Abu Ya'la Al-Baidhawi dalam cacatannya atas hadits itu berkata:
"Al-Thabarani juga meriwayatkan dalam musnad Al-Syamiyin, halaman 937; dan Ibnu 'Adi dalam kitab Al-Kamil, juz 5, halaman 295, hadits 1933; Al-Kanji dalam kitab Al-Bayan, hal 92, no 37 dari jalur Abu Na'im, dan dalam sanadnya terdapat Abdul Wahab bin Dhahak, berkata Al-Dzahabi dalam kitab Al-Mughni berkata: "Ia tertuduh meninggalkannya, dan hadits itu dalam kitab Al-Mizan, halaman 5321 dianggapnya sebagai liar. Adapun Al-Syeikh Abdullah Al-Ghimari dalam kitabnya hal 60 mengatakan: "Sanadnya hasan". [10]

Ibnu Hajar berfatwa pada menjawabnya dalam kitab Al-Fatawa Al-Haditsiyah menilai ketentuan sahihnya secara jelas: “Lalu datang penyeru yang menyeru, "Inilah Al-Mahdi Khalifah Allah, maka ikutilah dia! "…….Ahmad meriwayatkan, juga Nasin bin Daud, Al-Hakim dan Abu Na'im bahawa baginda (S) bersabda: "Jika kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, maka datangilah ia sekalipun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi." [11]

Al-Silmu Al-Syafi'ei meriwayatkannya dengan lafaz: Dari Abdullah bin 'Amru (ra), bahawa Rasulullah (S) bersabda: "Akan muncul Al-Mahdi di atas kepalanya serban, padanya malaikat menyeru: "Inilah Al-Mahdi Khalifah Allah, maka ikutilah dia!". Al-Hafidz Abu Na'im Al-Isfahani meriwayatkannya di dalam kitab Manaqib Al-Mahdi. [12]

Abu Na'im dalam kitab Al-Arba'un juga meriwayatkannya dengan lafaz: "Dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah (S) bersabda:"

يخرج المهديّ وعلى رأسه عمامة ، فيها مناد ينادي: هذا المهديّ خليـفـة الله فاتّـبعوه

Akan muncul Al-Mahdi di atas kepalanya ada serbanpadanya ada penyeru yang menyeru, "Inilah Al-Mahdi Khalifah Allah, maka ikutilah dia! [13]

Keenam, diriwayatkan dari Abi Qilabah dari Tsauban katanya: Bahawa Rasulullah (S) bersabda:

إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان ، فائتوها ، فإن فيها خليفة الله المهدي.

"Jika kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, maka datanglah kepadanya. Sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi."

Ahmad meriwayatkannya (dalam Musnadnya), juz 5, halaman 277, hadits 22746. Ia berkata:" Waki’ menyampaikan kepada kami dari Syarik, dari Ali bin Zaid dari Abi Qilabah ", lalu ia menyebutkannya (hadits itu). [14]

Ketujuh,

ستطلع عليكم رايات سود من قبل خراسان فأتوها ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله تعالى المهدي

"Akan muncul kepada kalian panji-panji hitam dari arah Khurasan, maka datanglah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya di sana adalah Khalifah Allah Al-Mahdi. "(Al-Dailami, dari Tsauban). [15]

Kelapan, Abu Abdillah Al-Shafar mengkhabarkan kepada kami disampaikan oleh Muhammad bin Ibrahim bin Arumah, Al-Husen bin Hafsh, Sufyan, dari Khalid Al-Hidza` dari Abu Qilabah dari Abu Asma` dari Tsauban ra bahawa Rasulullah saw bersabda:

يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم ثم تطلع الرايات السود قبل المشرق فيقاتلونكم قتالا لم يقاتله قوم ثم ذكر شيئا فقال : إذا رأيتموه فبايعوه و لو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله المهدي

"Perperangan yang terpendam antara kalian ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah, yang tidak berakhir pada seorang pun dari mereka. Kemudian datang panji-panji hitam dari arah timur, mereka memerangi kamu yang tak pernah dilakukan oleh kaum manapun sepertinya. "Setelah menyebutkan sesuatu, kemudian baginda bersabda," Jika kalian melihatnya, maka datangilah dia dan berbaiah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.

Hadits ini sahih menurut peraturan Al-Syaikhian. Al-Dzahabi mengulas dalam kitab Al-Talkhis; (riwayat itu) menurut peraturan Bukhari dan Muslim. [16]

Kesembilan, Disampaikan oleh Ibnu Ishaq, dari Yahya bin Muin, Abd Al-Razaq, dari Sufyan, dari Khalid Al-Hidza` dari Qilabah dari Abu Asma` dari Tsauban, bahawa Rasulullah saw bersabda:

يقتتل عند كنزكم هذا ثلاثة كلهم ابن خليفة ، ثم لا يصير إلى واحد منهم ، ثم تجيء رايات سود من قبل المشرق فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم قط مثله » ثم ذكر شيئا ، قال : « إذا سمعتم به فائتوه فبايعوه ولو حبوا على الثلج ، فإنه خليفة الله المهدي

"Perperangan yang terpendam antara kalian ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah, Kemudian tidak berakhir pada seorang dari mereka. Lalu datang panji-panji hitam dari timur, mereka melakukan pembunuhan yang tak pernah dilakukan oleh kaum manapun sepertinya. "Setelah menyebutkan sesuatu, baginda bersabda," Jika kalian mendengarnya, maka datangilah lalu berbaiah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi." [17]

Kesepuluh, hadits Tsauban disampaikan oleh Ibnul Hushin dari Ibnul Mazhhab dari Ahmad bin Ja'far dari Abdullah bin Ahmad yang berkata: "Disampaikan oleh ayahku dari Waki​​' dari Syarik dari Ali bin Zaid dari Abu Qilabah dari Tsauban, bahawa Rasulullah (S) bersabda:

اذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من خراسان فائتوها فإن فيها خليفة الله المهدي

"Jika kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, sesungguhnya di situlah Khalifah Allah Al-Mahdi." [18]

Kesebelas, disampaikan oleh Al-Abbas bin Ibrahim dari Muhammad bin Tsawab dari Hanan bin Sudair dari 'Amr bin Qais dari Al-Hasan bin Ubaidah dari Abdullah -hadits marfu':

"Apabila datang panji-panji hitam dari arah Khurasan, maka datanglah kepadanya, kerana di situ ada Khalifah Allah Al-Mahdi.”

Riwayat ini tidak berasal dari 'Amru tidak ada sesuatu pernah didengar dari Al-Hasan dan tidak pula Al-Hasan mendengar dari Ubaidah. Al-Hafizd Ibnu Hajar dalam Al-Qaul Al-Musaddad berkata bahawa: Ibnu Al-Jauzi tidak pernah mengutarakannya, Ahmad dalam Musnadnya menyampaikannya dari hadits Tsauban, dan dalam jalurnya dari Ibnu Zaid bin Jad'an sedangkan ia dha'if, namun dia tidak berdusta maka dia menilai haditsnya maudhu' Jika demikian bagaimana dirinya telah diukuti dari jalur lain, yang rijalnya bukan rijal yang pertama. Ia punya jalur lain yang disampaikan oleh Ahmad dan Al-Baihaqi dalam kitab Al-Dala`il dari hadits Abu Hurairah yang dinilai marfu': "Akan muncul dari arah Khurasan panji-panji hitam, dimana tidak ada satupun yang dapat mengusirnya hingga ia tertancap di Iliya.”
 Di dalam sanadnya terdapat Rasyid bin Said, dan dia dha'if. Tamat [19]

Akhir sekali, saya bawakan lima jalur yang mengenainya saya kutip dari Al-Syeikh Nadzim Al-'Uqaili, secara ringkas walaupun telah saya bahas sebelumnya tetapi cukup bagi saya menghadkannya. Semoga difahamkan Allah:

Ia dalam kitab Dalai`l Al-Nubuwah karya Al-Baihaqi (wafat 458 H), tahqiq oleh Abdul Mu'thi Qal'aji, penerbit Dar Al-Kitab Al-'Ilmiyah, Beirut, cetakan pertama tahun 1405 H, juz 1, hal 515-516,

"Hadits diriwayatkan dengan tiga jalur (jalan) dari Abd Al-Razaq, yang berkata,
"Disampaikan oleh Ali bin Ahmad bin 'Abdan, dari Abu Al-Qasim Al-Thabarani, dari Ibrahim bin Suwaid Al-Syabami dari Abd Al-Razaq

Dan disampaikannya kepada kami. Abu Abdillah Al-Hafizd dari Abu Abdillah bin Muhammad bin Mukhallad bin Aban Al-Jauhari di Baghdad, dari Abdullah bin Ahmad bin Ibrahim Al-Daurqi, dari Ya'qub bin Humaid bin Kasib, dari Abd Al-Razaq, dari Al-Tsauri dari Khalid Al-Hizha` dari Abu Qilabah dari Abu Asma` dari Tsauban bahawa Rasulullah (S) bersabda:

يقتتل عند كنزكم هذه ثلاثة كلهم ولد خليفة لا تصير إلى واحد منهم ثم تقبل الرايات السود من خراسان فيقتلونكم مقتلة لم تروا مثلها) ثم ذكر شيئاً فإذا كان ذلك فائتوه ولو حبواً على الثلج فانه خليفة الله

"Perperangan yang terpendam antara kalian ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah, yang tidak berakhir pada seorang dari mereka. Kemudian datang panji-panji hitam dari arah Khurasan, mereka memerangi kamu dengan perperangan yang tak pernah kalian lihat sepertinya." Setelah menyebutkan sesuatu, baginda bersabda," Jika demikian adanya, maka datangilah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah."

Kemudian Al-Baihaqi berkata: Dalam riwayat Ibnu 'Abdan,

ثم تجيء الرايات السود فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ثم يجيء خليفة الله المهدي فإذا سمعتم به فاتوه فبايعوه فانه خليفة الله المهدي.

"Kemudian datang panji-panji hitam, memerangi kamu dengan perperangan yang tak pernah dilakukan oleh kaum manapun. Kemudian datang Khalifah Allah Al-Mahdi. Jika kalian mendengarnya, maka datangilah ia! Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi."

Disampaikan Abu Abdillah Al-Hafizh dari Abu Hamid Ahmad bin Muhammad bin Al-Husein Al-Khusrujurdi, dari Musa bin Abdul Mu`min dari Abu Ja'far Muhammad bin Mas'ud dari Abd Al-Razaq dengan menyebutkan sanad dan maknanya: Baginda (S) bersabda:

"Jika kalian melihat mereka, maka berbaiahlah kepada mereka sekalipun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi.

"Cuma Abd Al-Razaq meriwayatkan dari Al-Tsauri.

Kemudian Al-Baihaqi mengatakan: Diriwayatkan dari sisi lain dari Abu Qilabah dan ia tidak kuat: Disampaikan oleh Ali bin Ahmad bin 'Abdan dari Ahmad bin Ubaid ash-Shaffar dari Muhammad bin Ghalib dari Katsir bin Yahya dari Syarik dari Ali bin Zaid dari Abu Qilabah dari Abu Asma` dari Tsauban katanya: bahawa Rasulullah (S) bersabda:

إذا اقبلوا برايات السود من عقب خراسان فآتوها ولو حبواً فان فيها خليفة الله المهدي

"Bila mereka telah datang dengan membawa panji-panji hitam dari arah arah Khurasan, maka datangilah walaupun dengan merangkak. Sesungguhnya di situ ada Khalifah Allah al-Mahdi."

Abd Al-Wahab bin 'Atha` meriwayatkannya dari Khalid Al-Hidza` dari Abi Qilabah dari Abu Asma` dari Tsauban – (hadits) secara mauquf: Baginda (S) bersabda

إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان فآتوها فإن فيها خليفة الله المهدي.

"Apabila kalian melihat panji-panji hitam muncul dari arah Khurasan, maka datangilah di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi."

Disampaikan dari Abu Abdillah Al-Hafidz dari Hasan bin Ya'qub bin Yusuf Al-'Adl dari Yahya bin Abu Talib dari Abd Al-Wahab bin 'Atha`. [20]

Nampaknya cukup jelas bahawa Al-Baihaqi [21] menyebutkan lima sanad, tiga dari Abd Al-Razaq, sebagaimana diatas dan dua di bahagian akhir. Perhatikanlah!

Dengan adanya nas-nas yang jelas tersebut yang menerangkan bahawa al-Mahdi khalifah Allah, Al-Albani cuba membantahnya dengan dua bukti yang lemah:

Bukti Pertama, 'an'anah (3an3anah - mata rantai perawi "dari") Abu Qilabah menjadikannya salah seorang Mudallisin. Jawapannya bahawa Abu Qilabah digolongkan tangga pertama dari Mudallisin (Orang yang menyembunyikan aib dalam hadits dan menampakkan kebaikan pada dzahirnya), maka tadlisnya tidak mengurangkan kesahihan hadits.

Dipetik dari kalam Al-Syeikh Nadzim Al-'Uqaili (semoga memberinya kejayaan) berkaitan perbahasan Al-Mahdi Khalifah Allah disesuaikan sedikit bagi menetapkan kedudukan, katanya:

Kesangsian pertama, sebahagian yang membangkang berkata, "Bahawa pada sanad hadits ini (Abu Qilabah Al-Jarmi) disebutkan oleh Al-Dzahabi dan lain-lain bahawa dia seorang Mudallis, dan bahawa  rantaian perawinya (3an3an) tanpa menegaskannya penyemakan, maka tidak diterima darinya.

Jawapannya dalam beberapa perkara berikut:

1-Maksud tadlis di sini adalah oleh kerana Abu Qilabah dalam jalur ini meriwayatkan secara ‘an’anah tanpa menegaskan penyemakan, maka ia tidak mendengarnya secara langsung. Ertinya Abu Qilabah tidak mendengarnya langsung dari Abu Asma` Al-Rahbi. Tetapi mendengarnya dari orang yang memindahkannya dari Al-Rahbi, tanpa menegaskan perantara di antara dia dan Al-Rahbi, hal ini dianggap tadlis.

Saya katakan, Ya telah diberitahu bahawa Abu Qilabah salah seorang dari mudallisin. Ya diterima demikian ini, tetapi tidak semua mudallis yang haditsnya tidak diguna sebagai hujjah. Ibnu Hajar Al-'Asqalani membahagi Mudallisin kepada lima martabat; martabat pertama dan yang kedua tidak tercemar tsiqah perawinya dan martabat selebihnya tercemar tsiqah perawinya.

Abu Qilabah menurut Ibnu Hajar dalam martabat yang pertama dengan nombor urut 15, merujuk pada kitab Thabaqat Al-Mudallisin karya Ibnu Hajar, hal 21.

Bukti Kedua, Mengingkari bahawa Rasulullah (S) telah menyifatkan Al-Mahdi sebagai khalifah Allah, dan ini dianggap syirik. Yakni, menolak hadits ini dengan akalnya!

Jawapannya [23]

Satu soalan telah ditujukan kepada Bin Baz:

Kami mendengar dan membaca beberapa orang syeikh yang terkenal mengingkari kesahihan beberapa hadits di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim serta kitab-kitab Al-shihah yang lain. Pengingkaran mereka selepas melakukan penyelidikan dengan akal mereka sebagaimana yang mereka katakan. Yakni bahawa yang dijadikan sebagai sandaran oleh mereka dalam kesahihan hadits adalah akal mereka saja.

Soalan ini dijawab oleh Bin Baz:

"……Akal tidaklah kuat dalam mengadili hadits-hadits Rasulullah (S). Tetapi hadits-hadits yang disampaikan dari Rasulullah (S) adalah dengan sanad-sanad sahih yang dijelaskan oleh ahli ilmu. Jika hadits dari jalur jalur yang tsiqah di dalam kedua kitab hadits sahih tersenut atau yang lainnya, yang bebas dari cacat cela (Al-‘Ilal), maka wajib diterima dan tidak boleh ditolak atas suatu pandangan tanpa dalil syar'i. Bahkan wajib para ahli ilmu dan iman menerima hadits-hadits sahih, berhujjah dengannya dan bersandar padanya, samada hadits itu mutawatir atau pun hadits ahad. Selamanya tidak boleh dikatakan "ini dari jalur ahad (tidak mutawatir), lalu tidak menerimanya". Semua ini batil dan bertentangan dengan ijma 'ulama. Apa-apa khabar (hadits-hadits) yang sahih dari Rasulullah (S) mesti diterima dan diambil sebagaimana penjelasan ahli-ahli ilmu, dan tidak boleh dibantah atas perkara demikian sebagaimana pandangan ahli mutakalimun (ahli kalam) yang berhujjah (mengadili) dengan akal secara batil dan yang diikuti generasi mutakhir berkaitan masalah ini dan meniru (bertaklid) jalan ahli kalam pada cara mereka mengadili dengan akal mereka yang merosak sunnah Rasulullah (S). Dan akan ditulis Insya Allah apa yang diperlukan." [24]


Bin Baz juga pernah mengatakan:

"Wajib mendapatkan apa yang disabdakan Rasulullah (S) dengan menerimanya, beriman dengannya dan mentaatinya. Apabila hadits dari Rasulullah (S) itu sahih, maka seorangpun tidak boleh menentangnya dengan pandangan dan ijtihadnya. Tetapi harus menerimanya sebagaimana firman Allah:

﴿فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا﴾

Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu penentu dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (Al-Nisa’ 4:65)

Nabi (S) telah mengkhabarkan perkara ini, tentang Dajjal, Al-Mahdi dan Isa Al-Masih bin Maryam. Maka wajib mendapatkan apa yang disabdakan baginda (S) dengan menerimanya dan beriman dengannya, dan diperingatkan untuk tidak mengadili dengan pandangan dan bertaklid buta. Hal ini akan membawa kerugian dan mudharat di dunia maupun akhirat." [25]

Demikianlah bantahan terhadap Al-Albani, untuk lebih terperinci diharap bagi pencari kebenaran dapat menelaah perbahasan Al-Mahdi Khalifah Allah karya Al-Syeikh Nadzim Al-'Uqaili (semoga memberinya kejayaan), yang sangat serius membela hadits dan menangkis keraguan-keraguan. Di antara yang dia katakan adalah:

Ulama yang mensahihkan hadits ini antara lain Ibnu Katsir yang menyampaikannya dari Ibnu Majah dalam kitab Al-Nihayah Fi Al-Fitan Wa Al-Malahim, juz 1, halaman 31 dan berkata, "Cuma Ibnu Majah yang menyampaikannya dan ini sanad yang kuat dan sahih. " [26]

Al-Qurthubi juga menyrbutnya dalam kitab "Al-Tadzkirah Fi Ahwal Al-Mauta Wa Umur Al-Akhirah", bab Al-Mahdi, hadits 1 dari Ibnu Majah, dan ia berkata, "Sanadnya sahih." [27]

Ahmad bin Abu Bakr bin Ismail Al-Bushiri (wafat 840 H) menyampaikannya dalam kitabnya Misbah Al-Zujajah Fi Zawaid Ibn Majah, kata beliau mengenainya: "Sanadnya sahih, rijalnya." [28]
[29] Sebagaimana disebut Al-Albani dalam kitab Al-Silsilah Al-Dha'ifah, juz 1, halaman 195, hadits 85. Disebut juga oleh Syeikh Khalil Ma`mun (syeikhnya) dalam kitabnya "Sunan Ibnu Majah bi Syarah Al-Sanadi wa Mishbah Al-Zujajah, penerbit Dar Al-Ma'rifah, Beirut, Lubnan, cetakan 1416 H, juz 4, halaman 412-413, bab Khuruj Al-Mahdi, hadits 4084.

Al-Hakim meriwayatkannya dalam kitab Al-Mustadrak dengan sanad lain sampai kepada Sufyan Al-Tsauri, dan berkata: "Hadits sahih menurut peraturan Al-Syaikhain (Bukhari dan Muslim)." dan dipersetujui Al-Dzahabi dalam kitab Talkhish Al-Mustadrak Al-Hakim, bahawa hadits itu sahih menurut peraturan Al-Syaikhan.

Mereka lima orang ulama yang menilai sahih bagi hadits tersebut, dan ini sudah cukup sebagai tambahan. Akhir kata-kata Al-Syeikh (Nadzim Al-'Uqaili) dan semoga Allah memberinya kejayaan.

Saya katakan: Dibenarkan Al-Bazzar dengan kalimat:

يقتتل عند كنزكم هذا ثلاثة كلهم ابن خليفة ، ثم لا يصل إلى واحد منهم ، ثم تقبل الرايات السود من قبل المشرق ، فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم - ثم ذكر شيئا - فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج ، فإنه خليفة الله المهدي

"Perperangan yang terpendam antara kalian ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah, yang tidak berakhir pada seorang pun dari mereka. Kemudian datang panji-panji hitam dari timur, mereka melakukan peperangan yang tak pernah kaum lakukan sepertinya. - Kemudian baginda menyebut sesuatu - Jika kalian melihat dia maka berbaiahlah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi."

Perawi: Tsauban, Ahli hadits hamba Rasulullah (S): Al-Bazzar, sumber: Al-Bihar Al-Zakhar, nombor:110, halaman: 10, ahli hadits menilai: Sanadnya sahih. [30]

Disahihkan oleh Al-Suyuthi dengan lafaz:

"إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان, فأتوها فإن فيها خليفة الله المهدي".

"Jika kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, maka datangilah ia sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi."

Perawi: Al-Tsauban hamba Rasulullah. Ahli hadits: Al-Suyuthi, sumber: kitab al-Jami' Al-Shaghir, halaman atau nombor 648. ahli hadits menilai: sahih. [31]

Al-Suyuthi menyampaikannya dalam kitab Al-Hawi Li Al-Fatawa, dan ini sandarannya sahih dan sangat jelas, katanya:

Dikeluarkan oleh Ahmad dan Na'im bin Hammad, Al-Hakim dan Abu Na'im dari Tsauban bahawa Rasulullah (S) bersabda:

إذا رأيتم الرايات السود قد أقبلت من خراسان فأتوها ولو حبوا على الثلج فإن فيها خليفة الله المهدي

 "Jika kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, maka datangilah ia walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah al-Mahdi." [32]

Ibnu Hajar mengeluarkan fatwa dalam kitab Al-Fatawa Al-Haditsiyah dan menilai ianya sahih, Katanya (dengan tambahan); "Lalu datang penyeru yang menyeru, Inilah Al-Mahdi Khalifah Allah, maka ikutilah dia."

“…….Diriwayatkannya oleh Ahmad, Nasin bin Daud, Al-Hakim dan Abu Na'im bahawa baginda (S) bersabda: "Apabila kalian melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, maka datangilah ia walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi." [33]

Al-Syeikh Basyar 'Awad menyatakan sahih sanadnya, sebagaimana dicatat Abu Ya'la Al-Baidhawi.

Al-Syeikh berkata: "Sanadnya sahih, tetapi pada matannya (isi) hadits terdapat kekurangan sebagaimana dijelaskan oleh Al-“Alamah Al-Albani secara terperinci dalam kitab Al-Dha'ifah." [34]

Disahihkan oleh Abd Al-Haq Al-Sybiliy dengan lafaz:

يقتتل عند كنزكم هذا ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصل إلى واحد منهم ثم تقبل الرايات السود من قبل المشرق فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ثم ذكر شيئاً فإذا رأيتموه فتابعوه ولو حبواً على الثلج فإنه خليفة الله المهدي

"Perperangan yang terpendam antara kalian ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah. Kemudian tidak sampai pada seorang dari mereka, lalu datang panji-panji hitam dari arah Timur. Mereka memerangi kalian dengan peperangan yang tidak dilakukan oleh kaum satupun." Kemudian beliau menyebutkan, "Jika kalian melihatnya, maka ikutilah dia walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi."

Perawi: Al-Tsauban. Ahli hadits: Al-Suyuthi, sumber: kitab al-Jami' Al-Shaghir, halaman atau nombor 648. ahli hadits menilai: sahih.

Perawi Tsauban. Ahli haditsnya, Al-Bazzar. Sumber, kitab Al-Ahkam Al-Syar'iyah al-Kubra, halaman atau nombor 527/4. ahli hadits menilai: sahih. [35]

Catatan: setelah sebahagian orang menolak bahawa itu adalah tadallis, maka hendaknya diperhatikan perbezaan antara hadits Sunan Ibnu Majah dan hadits lain dari sisi matan, sanad dan penilaian para ahli hadits dalam kajian dan perbincangan. Misalnya mengambil hadits berkaitan Khalifah Allah Al-Mahdi disampaikan oleh Ibnu Al-Jauzi dalam kitab Al-Maudhu'aat, yang bermaksud menolak apa yang diriwayatkan Ahmad dalam Musnadnya. Sebahagian orang berpegang teguh padanya kerana degil atau jahil, ketika diberikan kepadanya hadits Ibnu Majah. Padahal adalah dua hadits yang berbeza secara matan, sanad dan penilaiannya. Ibnu Hajar membela hadits dalam Musnad Ahmad, ia sampai kepadanya mengenai tuduhan kedudukannya dengan mengatakan:

"Hadits; Apabila datang panji-panji hitam dari arah Khurasan, maka datangilah itu, kerana sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi."
Ibnu al-Jauzi menyampaikannya dalam kitab Al-Maudhu'aat dari hadits Ubaidah dan dia adalah Ibn 'Amru dari Abdullah bin Mas'ud. Imam Ahmad telah meriwayatkannya dari hadits Tsauban, dan dari jalurnya disampaikan juga oleh Ibnu Al-Jauzi dalam kitab Al-Ahadits Al-Wahiyah dan pada jalur Tsauban, Ali bin Zaid bin Jad'an, di dalamnya terdapat kelemahan dan tidak seorang pun yang mengatakannya, bahawa dia berdusta, sehingga dinilai kedudukan haditsnya bersendirian. Mana mungkin diikuti dari jalur lain yang rijalnya (para perawi) bukan rijal yang pertama. Diriwayatannya oleh Abd Al-Razaq dan Al-Thabarani, juga diriwayatan Ahmad dan Al-Baihaqi dalam kitab Al-Dalail dari hadits Abu Hurairah secara mar'fu';

يخرج من خراسان رايات سود لا يردها شيء حتى تنصب بايلياء

"Akan muncul dari arah Khurasan panji-panji hitam, dimana tidak ada satupun yang dapat mengusirnya hingga ia tertancap di Iliya.." Dalam sanadnya terdapat Rusydin bin Sa'id, dia dha'if. [36]



✡✡✡✡✡


----------------------------------
[[1]] Mengenai Abu Nashr Al-Khafaf, Al-Shibghi mengatakan: “Cukuplah baginya dengan menyebutkan seratus ribu hadits.” Al-Siraj mengatakan: “Tidak kujumpai orang yang lebih hafal darinya. Ia mengisahkan hadits secara terperinci.” Ibnu Khuzaimah berkata: “Pada hari kematian Abu ‘Amr Al-Khafaf, tiada yang paling hafal hadits darinya di Khurasan.” Al-Dzahabi berkara: “Ia pemuka, seorang hafidz, orang besar dan berpengaruh, syeik Al_Islam. Ia cukup mulia dan kagum sampai digelar Zain Al-Asyraf.” Abu Abdillah Al-Hakim berkata: “Ia tersendiri dalam kebesaran, kezuhudan, ibadah dan kemurahan hati.”
[2] Mengenai Khalid Al-Hidza, Al-Dzahabi berkata dalam kitab Sir A’lam Al-Nubala, juz 6, hal 190-193, no 90, berkata: “Khalid bin Mihran seorang Imam hafadz hadits yang terpecaya. Abul Manazil Al-Bashri, yang dikenal dengan Al-Hidza`, seorang yang berilmu………” Ahmad bin Hanbal berkata: “Ia kukuh (tsabit)”, dan Al-Nasa`i berkata: “Ia terpecaya.”
[3] Abu Qilabah Abdullah bin Zaid bin ‘Amru atau ‘Amir Al-Jarmi Al-Bashri, Bukhari dan Muslim banyak meriwayatkan darinya dalam kitab hadits sahih mereka. Ia adalah hujjah dan sandaran bagi mereka berdua.” 
[4] Tsauban: Al-Hasyimi: bersahabat yang disepakati atas tsiqahnya.
[5] Kitab Fitan Al-Marwazi oleh Na’im bin Hammad, hadits: no 896, penerbit: Maktabah Al-Tauhid, Kaherah, Cetakan Pertama. Tahun 1412, ditahqiq Samir Amin Al-Zuhri.
[6] Al-Sunan L-Waridah Fi Al-Fitan oleh Al-Dani, hadis no 551.
[7] Sunan Ibnu Majah, penerbit Dar Al-Fikr, Beirut. Tahqiq: Muhammad Fuad Abdul Baqi, hadis no 4084
[8] Fatawa Al-Syabakah Al-Islamiyah Penilaian Fatwa No. 6573 di bawah akidah Ahl Al-Sunnah pada Al-Mahdi, dan dalil kemunculannya dan sifat-sifatnya. Tarikh fatwa 13 Syawal, 1421, Al-Mufti: Markaz Al-Fatwa di bawah asuhan Dr. Abdullah Al-Faqih. Link Sumber
[9] Al-‘Urf Al-Wardi/as-Suyuthi, hadis no 31, ditahqiq oleh Abu Ya’la Al-Baidhawi.
[10] Kitab Fitan Al-Marwazi sumber [5]
[11] Al-Fatawa Al-Haditsiyah oleh Ibnu Hajar (Ahmad Syihabuddin Bin Hajar Al-Haitsami Al-Makki, Hal 37-38, Penerbit: Musthafa Al-Halabi, Al-Halabi II. http://islamport.com/w/ftw/Web/3438/77.htm
[12] ‘Aqdu Al-Durar Fi Akhbar Al-Mahdi Al=Muntadzar, bab VI. Pada yang kelihatan dari kemuliaan dalam tempoh Kekhalifahannya
[13] Al-Arba’un/Abu Na’im Al-Ishbahani, hadits 16. Badinda (S) bersabda: "serban di atas kepalanya," .Al-Zhahabi meriwayarkan dalam lafaz yang sama: Fi Mizan Al-I’tidal - halaman 2, hadits nombor 679..
[14] Al-Musnad Al-Jami’ oleh Abi Al-Fadhal Al-Syed Abu Al-Mu’athi Al-Nuri (wafat 1401 H), hadits no 2064.
[[1]5] Kanz Al-‘Ummal Fi Sunan Al-Aqwal Wa Al-Af’al, hadits no 38679 oleh Ali bin Hisamu Al-Din Al-Hindi, penerbit: Muassasah Al-Risalah, Beirut 1989 M. http://islamport.com/d/1/krj/1/77/1069.html
[[1]6] Al-Mustadrak, juz 4, hal 510, hadits no 8432. Pengindeks: Abdul Rahman Al-Syami
[17] Musnad Al-Ruyani, hadits no 619 http://islamport.com/d/1/ajz/1/424/1130.html
[18]  Al-‘Ilal Al-Mutanahiyah, hadits no 445 oleh Ibnu Al-Jauzi Abu Al-Faraj, Penerbit: Al-Hindiyah, http://islamport.com/d/1/krj/1/25/179.html
[19]  Al-Laali’ Al-Mashnu’ah, juz 1, hal 399 http://islamport.com/d/1/krj/1/35/229.html
[20]  Al-Mahdi Khalifah Allah oleh Syeikh Nadzim Al-‘Uqaili
[21]  Dalail Al-Nubuwah oleh Al-Baihaqi, hadits no 2880-2881
[23] Al-Sam’ani berkata dalam mentafsirkan ayat (“Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi” dan ada yang mengatakan ia dinamakan sebagai Khalifah kepada Khalifah Allah di muka bumi; bagi mengakkan hukumNya, dan pelaksanaan keputusan perkara peradilanNya, dan ini adalah lebih sahih) Tafsir Al-Sam’ani, dan aku katakan supaya melihat pendapat ahli-ahli tafsir Sunni  yang banyak menyebutnya. Tinggalkan mengambil jalan pintas. Maka sesiapa yang mahu sila lihat tafsir-tafsir dalam tafsiran ayat tersebut.
[24]  Laman web rasmi Al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz. Soalan di bawah tajuk: Hukum menolak sebahagian daripada hadits-hadits sahih yang diterima oleh ulamak di kalangan umat.
[25]  Laman web rasmi Bin Baaz pada syarah (ulasan) bertajuk (Aqidah Adl Al-Sunnah dan Atsar ke atas Al-Mahdi Al-Muntadzar).
[26] Kitab Fatawaa Al-Syubkah Al-Islamiyah Mu’addalah: No. Fatwa 6573 di bawah tajuk Aqidat 'Ahl Al-Sunnan Fi Al-Mahdi, dan keterangan tanda-randa kemunculannya dan keterangan oerkara yang keenam, beliau berkata: (Riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim, dan beliau berkata, mengikut syarat Al-Sheikhain (Bukhari dan Muslim) dan dipersetuju oleh Al-Zhahabi dan Ibn Kathir berkata: Sanadnya kuat lagi sahih ), tarikh fatwa: 13 Syawal 1421, Mufti: Pusat Fatwa di bawah pengawasan Dr. Abdullah Al-Faqih. (linknya)
[27] Al-Tazhkirah oleh Al-Qurthubi bab akhir mengenai Al-Mahdi mengingatkan langkah-langkah ke atas pemerintahannya, Ibn Majah (... Khalifah Allah Al-Mahdi) sanadnya sahih.
[28] Rantaian (perawi) hadits yang disahihkan oleh Al-Bushairi di dalam kitab Jami’ Al-Jawami’ atau Al-Jami’ Al-Kabir oleh Al-Suyuthi lihat hadits No 11475. http://islamport.com/d/1/mtn/1/41/1352.html
[29] Mohamed Fuad Abdul Baqi mengulas hadits ini di dalam Sunan Ibn Majah: Dalam kitab Al-Zawaid, sanadnya sahih perawinya *Rijal) terpercaya (tsiqah) Sunan Ibn Majah Penerbit: Dar AL-Fikrah - Beirut, ditahqiq oleh: Mohamed Fuad Abdul Baqi, Hadits No. 4084.
[30] Terdapat dalam Al-Dar Al-Sunniyah: Al-Bahr Al-Zakhar Al-Ma’aruf dengan sanad Al-Bizari, Pengarang: Ahmad bin 'Amru Al-Bizari, Pentahqiq: Mahfidz Rahman Zain Allah, Penerbit: Maktabah Al-‘Ulum Wal-Hukum - Al-Madinah Al-Munawarah, Cetakan Pertama Tahun 1415 H.
[31] Terdapat dalam Al-Dar Al-Sunniyah.
[32] Al-Hawi Lil Fatawa nombor 3/92.
[33] Al-Fatawa Al-Hudaitsiyah oleh Ibn Hajar Al-Haiatmi berkata dalam masalah Al-Mahdi dan tanda-tanda Al-Saah halaman 37-38, Pengarang. Ahmad Shahabuddin bin Hajar Al-Haiatmi Al-Makki, Penerbit: Mustafa Al-Halabi edisi kedua dan gambaran Mustafa Al-Halabi kedua.
[34] – Al-‘Arif Al-Wardi Hamisy, Hadith No. 23.
[35] Terdapat dalam Al-Dar Al-Sunniyah Al-Ahkam Al-Syar’iyah, Pengarang: Abdul Haq Al-Isybaill, Al-Muhaqqiq Husin Bin ‘Akasya, Penerbit: Maktabah Al-Rusyd - Riyadh, edisi pertama, tahun percetakan, 1422 H.
[36] Kumpulan kata-kata dalam mempertahankan Musnad Imam Ahmad, Hadith ke XIII, Pengarang Ahmad Bin Ali Al-Asqalani Abu Al-Fadl, penerbit: - Maktabah Ibnu Taimiyah Kaherah, edisi pertama, 1401, Tahqiq: Maktabah Ibnu Taimiyah.



 Bhg2 – << ✡✡✡✡✡>> Bhg 3


Tiada ulasan: