Khamis, 10 Disember 2015

Bhg 1: Wajibkah Beriman dengan Imam Mahdi?

Bahagian Pertama
                                


Wajibkah Beriman dengan Imam Mahdi?


Tidak syak lagi dalam menjawab soal ini orang-orang Islam – awam - berbeza pendapat; sebahagian mereka memandang tidak wajib beriman dengan Imam Mahdi, dan sebahagian yang lain menangguhkan jawapan dengan mengatakan bahawa soalan itu tidak perlu dijawab kerana Imam Mahdi tidak pernah wujud. Manakala yang lain melihat wajib beriman dengannya sebagai satu akidah. Pendapat yang terakhir ini adalah pendapat yang dipilih ulama orang-orang Islam bertentangan dengan pandangan yang terdahulu.
                                                                                      
Malangnya, sebahagian besar umat Islam awam tidak menelaah kitab-kitab dan pandangan-pandangan ulama mereka dan merasa cukup dengan apa yang dikatakan orang-orang yang berpakaian penuntut ilmu.

Maka kalian lihat orang Sunni biasanya dapat diyakinkan untuk menerima mana-mana orang yang memakai pakaian agama persis seperti halnya dengan kebanyakan orang Syiah. Pada hal sekiranya mereka membaca apa yang ditulis dan yang dikatakan oleh ulama mereka, akan banyak perubahan dalam pemahaman mereka. Salah satu darinya adalah kefahaman iktikad dengan Imam Mahdi sebenar, (Mahdi orang-orang Islam tanpa mengira bukti kebenarannya), dan kewajipan mengimaninya sebagaimana yang diakui oleh ulama Sunnah.

Beriman dengan Imam Mahdi sebenar adalah sebahagian akidah orang-orang Islam yang kukuh (tsabit), dan yang cuba untuk mengingkari akidah ini adalah percubaan menjalankan penerapan sebahagian ilmu ahli bid’ah dengan keraguan dan syak wasangka dan akan berdiri bersama dengan orang yang hanya bertahan dengannya itu sebelum dibawakan kepada pendapat sebahagian ulama Sunnah mengenai kewajiban beriman kepada Imam Mahdi.                                                 


Sangkaan Yang Tersebar Luas



Sebahagian orang mendakwa bahawa tidak ada hadits sahih mengenai Imam Mahdi,

Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Sahihah menjelaskan terdapat hadits yang berbunyi:

لا تقوم الساعة حتى تملأ الأرض ظلماً وجوراً وعدواناً، ثم يخرج رجل من عترتي أو من أهل بيتي يملؤها قسطاً وعدلاً، كما ملئت ظلماً وعدواناً

"Tidak akan terjadi Al-Saah (hari kiamat)  sehingga bumi dipenuhi kezaliman, ketidakadilan dan permusuhan, kamudian akan keluar seorang lelaki dari 'itrahku atau ahlulbaitku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan setelah dipenuhi kezaliman dan permusuhan." (Hadits riwayat Ahmad, juz 3, hal 36; Ibnu Hibban, hal 1880; Al-Hakim, juz 4, hal 557; Abu Na'im dalam kitab Al-Hilyah, juz 3, hal 101) .


Al-Hakim berkata: "hadits ini sahih menurut syarat Al-Syeikhain (Bukhari dan Muslim)." dan dipersetujui oleh Al-Zhahabi sebagaimana dikatakan (Al-Syeikhain). Abu Na'im juga mensahihkannya dengan ulasannya: “Hadits Abi Al-Shiddiq ini Hadits Masyhur (hadits yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih) dari Abi Sa'id.” bahawa dia mengatakan – Hadits Masyhur” yang banyak jalannya, dari Abi Al-Shiddiq seperti yang dikemukakan.. Nama Abi Al-Shiddiq adalah Bakr bin 'Amru, dia tsiqah (terpecaya) disepakati yang menjadi hujjah bagi Al-Syeikhain (Bukhari dan Muslim) dan golongan ahli hadits. Maka sesiapa yang mendha'ifkan haditsnya dari golongan mutakhir, ia telah menyimpang dari jalan kaum mukmin. Kerana itu, Ibnu Khaldun tidak dapat mendha'ifkannya meski pun banyak sekali hadits-hadits mengenai Al-Mahdi yang didha'ifkannya. Bahkan diakui oleh Al-Hakim kesahihannya kerana jalan ini dan jalan-jalan berikut nanti, Maka sesiapa yang mengatakan bahawa dari beliaulah yang mendha'ifkan semua hadits berkaitan Al-Mahdi ia telah mendustakannya dengan sengaja ataupun tidak.

Dia (Al-Hakim) juga telah berkata dalam suatu perbahasan yang panjang mengesahkan hadits-hadits Al-Mahdi:

[Setelah semua itu, tidakkah benar-bebar menghairankan ucapan Al-Syeikh (Imam) Al-Ghazali di dalam "Musykilat"nya, hadits-hadits yang dikeluarkan darinya (halaman 139), bahawa: "Ia dari maklumat simpanan yang saya miliki sedangkan saya seorang pencari, sesungguhnya dia tidak menolak hadits-hadits Al-Mahdi yang jelas, dan hadits-hadits yang jelas mengenainya tidak sahih!" Siapakah mereka yang mengajar kamu membuangnya dan mengingkarinya, sedangkan ia harus dipelihara kerana kamu seorang pencari? Bukankah mereka adalah ulama Kalam yang tidak mempunyai Ilmu Hadits dan Ilmu Rijal? Mana mungkin perkara demikian disepakati (sejajar) dengan kesaksian ulama hadits yang menetapkan sesuatu penafian? Sepatutnya kalian menilai kembali pandangan menurut maklumat yang kalian miliki dalam usaha pencarian, terutamanya dengan sunnah dan hadits yang disahihkan dan yang didha'ifkan, dan yang terbina di atas kejelasan (Ahkam) dan pandangan-pandangan.Itu lebih baik daripada mempersoalkan orang-orang Islam berkaitan hadits-hadits yang disahihkan ulama, semata-mata kerana kalian adalah seorang pencari yang tekun dan bukan seorang ahli bidang pengkhususan dan ilmuwan.]

Dari kekaburan ini dan yang sepertinya maka tersebarlah tanggapan yang tidak benar atau mengelirukan apabila ramai orang Islam tidak mempercayai kesahihan kemunculan Imam Mahdi di akhir zaman, Padahal tiada kekaburan bagi keyakinan ini bahkan tidak ada keraguan mengenai wajib meyakininya bagi setiap orang Islam.

Al-Albani berkata: sebahagian mereka – dan pada sebahagian mereka secara khusus – terdiri dari orang yang tahu apa hikayatnya secara umum bahawa ia adalah khurafat (kisah dongeng). Tetapi beranggapan bahawa menahan diri perlu bagi kepercayaan kemunculan Al-Mahdi, lalu segera menafikannya. Sampai kepada batas perkataan, "Ubatilah aku dengan sesuatu yang sudah menjadi ubat!" Mereka ini seumpama kaum Mu'tazilah yang mengingkari takdir selepas melihat satu golongan muslimin dikenakan; terhadapnya penentuan (Al-Jabbbar)!! Kerana itu mereka menolak apa yang harus diyakini, dan mereka tidak mampu menyelesaikan masalah penentuan (Al-Jabbbar)! Sebahagian dari mereka memandang bahawa keyakinan akan "Al-Mahdi" adalah keyakinan yang disalahgunakan di sepanjang eksploitasi buruk sejarah Islam, kemudian ramai orang yang berkepentingan dan yang dungu mendakwanya. Lalu berlaku fitnah yang menggelapkan, yang hujungnya adalah fitnah Mahdi (Pemberontakan Juhaiman) di Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi. Maka bagi mereka untuk menghentikan fitnah ini adalah dengan mengingkari akidah yang sahih ini!

Al-Syeikh (Imam) Al-Ghazali telah menyinggung masalah itu di bahagian akhir penjelasannya yang lalu. Orang-orang seperti itu adalah seperti mereka yang mengingkari kepercayaan turunnya Isa di akhir zaman, yang disebut secara mutawatir di dalam hadits-hadits sahih. Kerana sebahagian kedajjalan telah mendakwanya, seperti Mirza Ghulam Ahmad Al-Qadiyani (mengaku sebagai Imam Mahdi dan Al-Masih). Telah diingkarinya secara terang-terangan oleh sebahagian orang seperti Syeikh Syaltut, dan saya hampir yakin bahawa semua yang mengingkari akidah "Al-Mahdi" juga mengingkarinya (keyakinan turunnya Isa as). Sebahagian daripada mereka mengaku secara tidak sengaja dari keterlanjuran lidahnya. Walaupun ia tidak menunjukkan seperti para pendusta yang lain, pada saya ia seperti seorang lelaki yang menafikan ketuhanan Allah yang mendakwa seperti sebahagian yang didakwa Firaun!

﴿فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ 

Maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? (Al-Qamar 54:15).




Muqaddimah << ✡✡✡✡✡>>  Wajib Beriman Kepada Al-Mahdi

Tiada ulasan: