Isnin, 7 Disember 2015

9. Ketuanan Allah Dan Pilihan Raya Dalam Perlembagaan Al-Ilahi:


9. Ketuanan Allah Dan Pilihan Raya Dalam Perlembagaan Al-Ilahi:
حاكمية الله والانتخابات في الدستور الإلهي:


Disampaikan kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) sebaik sahaja sebahagian mukminin mengarahkan kepada beberapa orang ansar di salah sebuah tempat, bahawa: Sesiapa yang mahu berurusan dengan pengurusan kerja dia hendaklah mencalonkan dirinya, penapisan mungkin akan dilakukan oleh orang tertentu yang sama atau melalui penapisan saudara-saudaranya (ansar lain).

Dengan segera sebahagian mengisytiharkan keengganannya yang akan menjadikan pengendalian ini arahan dari dia (as) perbuatan ini menyerupai dengan perbuatan Abu Bakar di Saqifah Bani Sa’adah, dan untuk sebahagian yang lain mempunyai pendapat yang berbeza.


Ini adalah teks jawapannya (as) dalam perkara itu selepas dia mendengarnya:

[Semoga Allah memberkati kalian dan Allah menerima amalan kalian, untuk pilihan raya, saya percaya adalah jelas daripada kata-kata kami dan dari Al-Quran bahawa ia adalah batil dianggap mencukupi untuk ketidaksahan jawatan Penguasa Umum atau seseorang yang menjalankan urusan manusia. Tetapi apabila menuntut penguasa yang dilantik dari Allah mengikut pendapat menusia yang mentadbir mereka atau disyari’atkan kepada mereka undang-undang gerakan awam, ia adalah urusan syar’ei yang disebutkan dalam Al-Quran:

﴿فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ﴾ 

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. [Aali Imran 3:159] 

Dimana untuk bagi Khalifah Allah hendaklah bermesyuarat dengan manusia Sebagaimana yang difikirkannya patut, dan kemudian pendapatnya muktamad, Dia (Khalifah Allah) boleh menerima permesyuaratan mereka atau menolaknya.

Peraturan (sistem) Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) bukanlah seperti sistem diktator dan juga bukanlah seperti sistem demokrasi, ia adalah sistem yang khas, dan ia mempunyai huraian terperinci. Semoga Allah membantu kalian (memahaminya).

Apabila kita memeriksa dengan teliti Pilihan Raya dan Syura ianya adalah kebatilan, maksud kita adalah jelas: ia adalah diharamkan dengan menganggap hanya ia satu-satunya jalan dan secara bebas untuk jawatan Penguasa atau mentadbir urusan manusia yang tidak sah, perkara ini adalah jelas.

Adapun kerajaan atau negara yang diperintah Khalifah Allah, ia memerintah mengikut perlembagaan Ilahi yang disebut dalam Al-Quran, Taurat dan kitab-kitab serta sirah para nabi (as).

Seperti yang kalian fikirkan, kalian
tidak mengetahui selengkapnya Perlembagaan ini, maka wajib kalian mengetahui mengenai perkara ini..

Dan diwajibkan supaya kalian mengetahui perlembagaan Al-Quran ini dan kemudian barulah kalian boleh mengatakan, adakah benar atau tidak, sama ada ia sejajar dengan syar’ei atau tidak?

Secara umumnya, terdapat satu kaedah umum: Al-Maksum ia dilantik tanpa permesyuaratan manusia, dan dia boleh berunding dengan orang yang dilantiknya, dan boleh bermesyuarat dengan mereka, dan boleh menolak mereka, atau menerima sebahagian daripadanya tanpa menerima sebahagian yang lain, dan akan mensyari’atkan undang-undang umum dalam had-had (hudud) Syari’ah, dia boleh berunding dengan orang lain untuk mensyari’atkan undang-undang dan meletakkan undang-undang dalam had-had (hudud) Syari’ah, dia boleh menerima nasihat mereka, dan boleh menolaknya, dan boleh menerima sebahagian daripadanya.

Sebagai sebahagian daripada perlembagaan Ilahi terdapat lembaga penasihat terpilih, beberapa orang secara umum, dan sebahagian daripada mereka dilantik mengikut keutamaan mereka, contohnya: pensyarah universiti-universiti atau pemimpin-pemimpin puak... dan lain-lain ...

Perlembagaan Ilahi, Semoga Allah menjayakan kalian, adalah besar dan luas, Saya rasa kamu semua mungkin tidak tahu banyak mengenai perkara ini, kajilah (kebenarannya) sebelum membantah dalam perkara ini atau mengemukan pendapat yang tidak betul.

Mereka yang percaya bahawa Ahmad Al-Hassan perlu mentadbir negara apabila Allah menolong (memenangkan) kita, dia silap, Khalifah Allah boleh mentadbir pemerintahan dan hanya apa yang mesti ada di bawah kekuasaannya, seperti keputusan perang dan damai, Kerana dia tahu setiap bahagian darinya adalah urusannya dan ia berjalan dengan perintah Allah, Maka Allah menyuruhnya untuk meneruskan dalam semua perkara yang berkaitan secara langsung pada dirinya sendiri, dan Allah memerintahkan supaya melantik orang yang menguruskan urusan manusia yang melakukannya.

Saya bermohon kepada Allah semoga memberikan anda kejayaan dan melepaskan kesalahan kamu.].



✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: