HENTIAN KEDUA:
Akidah Dan Yang Berkaitan Dengannya
1. Pembahagian Sifat-sifat Ketuhanan (Al-Ilahiyah):
Terlihat apabila kita meneliti kitab-kitab akidah di
sisi umat Islam bahawa mereka membahagikan sifat-sifat Allah dengan
bermacam-macam pembahagian, antaranya sifat-sifat Zat, sifat-sifat Perbuatan
Allah dan sebagainya.
Pada satu hari, saya bertanyakan tajuk ini kepada beliau (Imam Ahmad Al Hassan (as)), lantas beliau (as) menjawab:

Umumnya, pembahagian itu
bersandarkan pandangan dan kefahaman orang yang membina pembahagian itu. Sehinggakan,
jika pembahagian itu adalah benar, tidak bermakna ianya memberi faedah
kepadanya. Kadang-kadang pembahagian ini barangkali lebih hampir kepada
sia-sia. Sebagaimana terdapat perkara-perkara yang ditolak di dalam kitab-kitab
mereka, namun kamu sedia maklum bahawa aku tidak suka mengemukakan nama-nama
mereka melainkan terpaksa.
Sebagai contoh: permasalahan Sifat-sifat Salbiyyah yang bermakna menafikan kekurangan daripada pihakNya. Tiada keraguan dalam hal ini dan ianya diriwayatkan sepertimana di dalam doa Jausyan Al-Kabir dan di dalam Al-Quran. Sifat-sifat Kamaliyyah yang bemakna menyifatkanNya dengan kesempurnaan mutlak, juga tidak ada keraguan dalam hal ini dan ianya disebutkan di dalam Al-Quran serta doa-doa. Sekiranya kamu membaca Kitab Tauhid, kamu akan dapati satu tajuk yang menjelaskan perkara ini dan di manakah letaknya tauhid itu. Tajuk tersebut menyangkal sepenuhnya akidah mereka yang merujuk Sifat-sifat Salbiyah dengan Sifat-sifat Kamaliyah, sebagai contoh kamu akan dapati: Tauhid itu adalah pada mensucikan (tasbih), dan kamu akan dapati juga: penjelasan bagaimana makrifat kita tentang sifat-sifatNya, sesungguhnya adalah makrifat ketidakmampuan kita daripada mengenal sifat-sifatNya dan matlamat yang mungkin kita mengetahuinya adalah sifat-sifat RasulNya yang pertama (yakni Muhammad (S)) dan rasul-rasul selepas daripadanya.
Perkara ini diterangkan di dalam Kitab Tauhid, ia sepenuhnya menyangkal akidah mereka tentang sifat-sifat (Allah).
Tambahan lagi nama (Allah) itu sendiri adalah sifat. Sesungguhnya Allah itu adalah Kesempurnaan Mutlak yang makhluk bertuhankan kepadaNya dan Dia (Hakikat dan Al Kunh) tajalli serta zahir denganNya (yakni Allah) kepada makhluk, kerana keperluan dan kefakiran mereka.
Seterusnya, adakah kamu menyifatkan Dia wujud dan Maha Berkeupayaan apabila tidak wujud yang diupayai? Pada asasnya, adakah terdapat tempat untuk sifat? Tempat sifat tidak wujud apabila tidak wujud yang diupayai, adakah kamu faham maksudku?
Baiklah, mereka sebenarnya mengatakan perkara ini atau paling tidak sebahagian mereka mengatakan sebegini. Sekarang, adakah disifatkan Dia wujud bahawa Dia adalah Ilah (Tuhan) apabila tidak wujud yang mengambilNya sebagai Ilah? Adakah disifatkan Dia wujud bahawa Dia adalah Rabb apabila tidak wujud marbub (yang dijaga atau dipelihara)?
Sekarang, Dia Subhanahu wa Taala bertajalli dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) supaya yang mengambilNya sebagai Ilah bertuhankan kepadaNya, jika tidak wujud yang mengambilNya sebagai Ilah, nescaya Dia tidak zahir dengan Uluhiyyah (Ketuhanan) buat mereka. Uluhiyyah bersangkutan dengan Ma'luh (yang mengambilNya sebagai Ilah) dan Rububiyyah bersangkutan dengan marbub (yang menjaga atau memelihara). Semoga ianya menjadi jelas buat kamu.
Perhatikan bahawa setiap yang wujud mengandaikan kesempurnaan adalah berdasarkan apa yang diketahuinya. Semut jernih mengandaikan bahawa Allah memiliki dua sesungut kerana itulah matlamat kesempurnaan di sisinya. Manusia pula mengandaikan bahawa matlamat kesempurnaan adalah keupayaan yang sempurna, pengetahuan yang sempurna dan berbagai lagi. Disebabkan dia hanya memiliki sebahagian keupayaan dan sebahagian pengetahuan, oleh itu, dia mengandaikan "Maha Mengetahui" dan "Maha Berkeupayaan" yang digambarkannya itulah matlamat yang mungkin disifatkannya dengan Allah!
Manusia dituntut untuk bergerak ke arah makrifat bagi mengetahui bahawa dia tidak mampu mencapai makrifat. Bahawa Kesempurnaan (Allah) yang dihadapkan kepadanya oleh Maha Suci Dia (HUWA), sesungguhnya yang dikehendaki oleh Maha Suci Dia adalah untuk menyampaikan manusia kepada hakikat ini, yang mana ia adalah makrifat sebenar. Sesungguhnya Maha Suci Dia menghadap kepada kita dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) untuk menyampaikan kepada kita, hakikat bahawa kita tidak mampu mencapai makrifat. Seterusnya, kita mengetahui hakikat yang menjadikan kita, dan kita mengetahuiNya apabila kita mengetahui sepenuhnya ketidakmampuan kita dalam mencapai makrifatNya. Makrifat ketidakmampuan kita itulah hakikat makrifat iaitu "Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya".
Umumnya, hakikat-hakikat ini tidak diketahui dengan kata-kata, tetapi ketikamana seseorang insan itu berada di dalamnya.

✡✡✡✡✡
2. Bahagian-bahagian Tauhid:
Dari Semua pembahagian Tauhid, saya bertanya kepadanya:
Ulamak Aqidah membahagikan Tauhid kepada bahagian-bahagian seperti: Tauhid
pada Zat, Tauhid pada Sifat-sifat dan pada ibadah, dan sebahagian daripada
mereka membahagikan kepada tujuh bahagian, sebagai tambahan dari tiga yang ada
dengan Tauhid Al-Af3al (Perbuatan), Al-Tasyri3 (Syari’at), Al-Ista3anah
(minta pertolongan) dan Al-Hubb (Kecintaan)
Di pihak yang lain kita perhatikan bahawa fahaman Wahabi menjadikan Tauhid
kepada dua bahagian, iaitu, Tauhid Al-Uluhiyah (ketuhanan) dan Tauhid
Ibadah. Adakah pembahagian ini diterima?
Beliau (as) menjawab:
[Untuk pembahagian ini pada umumnya
bergantung kepada asas yang menyokong pembahagian ini, Faedah yang dicapai dari
pembahagian itu kadang-kadang sebahagiannya mungkin sia-sia dan tidak mampu
menghasilkan keputusan yang baik, sebagai contoh: pembahagian Tauhid kepada Tauhid
Zat dan Tauhid pada Sifat-sifat, dengan makna bahawa Dia Wahid Ahad
(Yang Maha Esa KetunggalanNya) iaitu bahawa Dia Maha Esa tiada sekutu bagiNya dan
bahawa ZatNya Esa dan sifat-sifatNya menunjukkan (ain) ZatNya, tidak ada
masalah dengannya dan ia sahih dan bermanfaat.
Bagi manusia untuk mempercayai (beriktikad)
bahawa Allah Maha Esa (Wahid) tiada sekutu bagiNya, dan juga bahawa Allah Esa (Ahad),
sifat-sifatNya menunjukkan (ain) ZatNya (DiriNya), dan begitu juga jika dikatakan:
Wajib mengesakanNya (bertauhid kepadaNya) dalam ibadah dalam erti kata bahawa beribadah
yang merupakan ketaatan asasi kepada (kerana) Allah semata-mata, dan ketaatan yang
bukan seperti ketaatan pada nabi-nabiNya dan rasul-rasulNya yang merupakan bahagian
(cabang) dari ketaatan kepadaNya SWT.
Dan yang lain untuk diingatkan, semoga Allah
memberi kejayaan kepada kamu, Ia tidak lebih untuk mengatakan bahawa
segala-galanya berdiri denganNya Yang Maha Suci, dan setiap pergerakan dan diam
(tidak bergerak) adalah keadaan luaran tetapi dikembalikan pada Dia SWT (Yang
Maha Suci lagi Maha Tinggi) kerana jika bukan dari DIA secara terus dan salah
satu hamba dari hamba-hambaNya adalah dengan Daya dan KekuasaanNya Yang Maha Suci,
Yang Melimpahkan atau Memberikan (segala-galanya) bagi hamba itu].
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan