Jumaat, 4 Disember 2015

2015 12 04


2015 12 04
KHUTBAH PERTAMA
                            
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  *  الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.   
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
                                 
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
                    
Firman Allah SWT:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
                                             بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾

Imam Ahmad Al Hassan (as) mentafsirkan Ayat ini:

﴿يِا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إَن تَتَّقُواْ اللّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَاناً وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ﴾

{Hai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan. Dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.} [Al-Anfāl 8:29]  

Bertakwa kepada Allah SWT, adalah hasil daripada hamba menahan diri dari semua apa yang tidak diridhaiNya SWT, dan iltizam (pengabdian dan melibatkan diri) kepada segala perkara yang disukai-Nya SWT,

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ﴾

{Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,} [Al-Baqarah 2:183].    

Ketakwaan Ini menjadikan manusia menghampiri Allah, Yang Maha Suci, dalam semua pergerakan dan di mana pun mereka berada. Oleh itu, hamba ini mengingat (zikir) Allah SWT, jadi bagaimana boleh Allah SWT, tidak mengingatnya, tidak menjelaskan kepadanya dan tidak menjadikan dia kenal semua yang dia perlukan dan [mencapai] keikhlasan?! Oleh itu, orang yang bertakwa telah memperoleh alat untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan - iaitu Cahaya (Al-Nur) atau Pembeda (Furqaan) - , maka orang yang bertakwa mengenal kebenaran dan mengikutinya, dan mengenal kepalsuan dan menjauhinya. Dan hasil daripada Ketakwaan adalah satu tahap (darjat) dari darjat kemaksuman yang Allah berikan. yang dengannya mereka mempersiapkan nilainya. Ia adalah muraqabah (berhati-hati mendekati) Allah, dan mengingati-Nya dalam setiap keadaan dan melaksanakan segala apa yang diredhai-Nya dan menjauhi segala apa yang tidak diredhai-Nya.

Dan Dia SWT berfirman:

﴿ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدىً لِّلْمُتَّقِينَ﴾

{Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa} [Al-Baqarah 2:2].
                                                          
Sesungguhnya, ia adalah petunjuk bagi mereka yang bertakwa; kerana sesungguhnya orang-orang yang bertakwa di sisi mereka ada alat itu untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, Allah melindungi mereka dengannya supaya mereka tidak berpaling dari Hujjah Allah atau menentangnya.

﴿يِا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إَن تَتَّقُواْ اللّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَاناً﴾

{Wahai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan.} [AL-Anfaal 8:29],

Furqaan dan cahaya ini yang diperlukan oleh manusia selagi dia berada dalam kehidupan ini, kerana dia adalah dalam ujian yang berterusan, sehinggalah dia beriman dengan Hujjjah Allah pada zamannya, dan mungkin Hujjah itu meninggal dunia dan Allah mengujinya dengan Hujjah berikutnya. Dan mungkin, dia akan sesat dari jalan (yang benar) jika dia tidak mempunyai Cahaya (Al-Nur) atau Pembeda (Furqaan) ini.

Dia SWT berfirman:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَآمِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِن رَّحْمَتِهِ وَيَجْعَل لَّكُمْ نُوراً تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾

{Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Al-Hadid 57:28.]..

Oleh itu, beriman kepada Rasul sebagaimana dijelaskan; mungkin ia tidak cukup untuk diselamatkan, terutamanya jika Rasul atau Hujjah yang meninggal dunia dan datang washiynya (pemegang wasiat) dan orang yang gagal dalam mengenalinya dan mengikutinya [berbai’ah kepadanya]. Maka untuk ini, Allah SWT menjelaskan bahawa terdapat suatu alat yang melindungi manusia dari kesesatan, dan juga ada nilainya, untuk alat ini. Oleh itu, nilainya, sepertimana dijelaskan dalam ayat-ayat adalah bertakwa kepada Allah, dan alat ini ialah Cahaya (Al-Nur) atau Pembeda (Furqaan) yang dengannya manusia dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.

Dan alat ini adalah seumpama wahi Allah SWT, kepada orang-orang yang bertakwa kepada-Nya, dan memberi mereka pengetahuan tentang kebenaran dan kepalsuan. Dan bentuk yang paling jelas untuk wahi ini, yang dikenali semua orang, adalah rukya (mimpi) yang diihat oleh manusia. Oleh itu, orang yang bertakwa dikenalkan Allah melalui rukya (mimpi/penglihatan-penglihatan), jalan kebenaran dan jalan kebatilan, dan hakikatnya, tiada apa yang kekal [baginya] kecuali beriman kepada yang ghaib dan beramal dengannya. Kerana sifat iman kepada yang ghaib melaziminya (mengiringinya),  

﴿ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ * الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ﴾

{Kitab ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa * (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,} [12]

Imam Ahmad Al Hassan berkata:
                                                                   
Saya hamba yang miskin mengharapkan rahmat Tuhan seperti mana yang saudara semua harapkan, dan khadam yang berdiri di hadapan Allah dan di pintuNya. Saya tidak meminta daripadaNya syurga mahupun redhaNya dan tidak mencari apa-apa, saya hanya menunggu apa perintahNya untuk saya, dan kalau saudara bertanya kepada saya apa yang kamu mahu? Saya katakan kepada saudara apa yang DIA mahukan? Walaupun ia akan meminta kepada saya supaya berkhidmat kepadaNya di sepanjang zaman dan kemudian memasukkan saya ke dalam api (neraka), itu adalah keadilan-Nya yang Maha Bijaksana, bahkan baik pada saya kerana saya berdosa oleh lalai dengannya.

Saya katakan ini tidak keterlaluan atau kata-kata kelancaran lidah semata-mata, tetapi ia adalah hakikat pengakuan dalam diri saya dan tersemat di dalamnya, dialah Ahmad Al-Hassan.


اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
         إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ﴿١﴾ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ﴿٢﴾ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ﴿٣                                                       


KHUTBAH KEDUA
                                                     
بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.
                               

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi    
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Adakah taubat diangkat pada ketetapan urusan Imam Ahmad Al Hassan Al-Yamani (as) dan sebelum [dia] menyerahkan panji-panji kepada Imam Al-Hujjah Muhammad Al Hassan Al-3askari (as), atau tertutup pintu taubat apabila kebangkitan panji-panji Al-Yamani dan tidak diterima taubat dari orang-orang yang ingin bertaubat?
Imam Ahmad Al Hassan (as) menjawab

Bahawa Taubat diterima dalam semua keadaan kecuali apabila turunnya bencana mukjizat Ilahiyah yang tidak meninggalkan sebarang ruang atau kawasan yang dihilangkan; kerana iman manusia diterima di sisi Allah. Pintu taubat diangkat dan tidak diterima iman manusia atau taubatnya, kerana sesungguhnya jika ia hanyalah iman kebendaan seratus peratus, sama seperti keadaan turunnya azab Allah SWT, ke atas sesiapa yang mendustakan Rasul. Oleh itu, tidaklah pada zaman itu diangkat taubat darinya semua ciptaan melainkan setelah diturunkan kepada mereka tanda-tanda dan mukjizat bencana yang merangkumi kesemua mereka, dan diangkat halaman iman kepada yang ghaib daripada mereka seluruhnya. Bagi turunnya tanda-tanda bencana atas kumpulan tertentu sahaja, maka, untuk itu taubat itu akan ditarik balik bagi mereka sahaja. Dan itu adalah tanda-tanda umum; yang mungkin terjadinya bencana dikenakan bagi sesuatu kaum dan bukan kepada orang-orang lain sesuai dengan apa yang ada pada mereka dari maklumat dan makrifat sebelum mereka terima dari Allah sebagai alasan untuk mereka. Maka tempoh diterima taubat dari tiada kekalnya sesuatu halaman atau ruang untuk beriman kepada yang ghaib, dan bertaubat (kembali) kepada yang ghaib dan bukanlah mukjizat kebendaan yang menarik yang tidak meninggalkan apa-apa ruang untuk yang ghaib.

Yang Maha Tinggi berfirman:

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
                                             بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

﴿لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ﴾

{Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong-Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.} [Al-Hadid 57:25] .
      
Dan anda juga boleh membaca dengan lebih terperinci dalam Kitab Pencerahan Dakwah Para Rasul Jilid 3', dan juga dalam Tafsiran Ayat Surah Yunus' mengenai perkara ini dan semoga Allah memberikan anda kejayaan.

اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ
                                                           
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]

اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                          
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.


اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ * لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ ِينِ﴾


✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: