Akidah Dan Yang Berkaitan Dengannya
Kenyataan dan Hakikat Al-Zhat:
Nama Allah Sifat Allah untuk apa?
Apakah Hakikat Dikaitkan Dengan Syar’ei Pada Ushul
Yang Lima!!
3. Kenyataan dan Hakikat Al-Zhat:
(Al-Kunhu Wal-Haqiqah):
)الذات والكنه والحقيقة(
Disebut dalam Kitab Tauhid yang menyatakan Zhat Yang Maha
Suci adalah kiblat, Hijab dan Bab (Pintu) bagi kenyataan dan hakikatNya (Al-Kunhu
Wal-Haqiqah), dan bahawa Dia Yang Maha Suci tajalli (menzahirkan) keperluan-keperluan
penciptaan (makhluk) dan bagi pengabdian mereka yang sudah tentu akan ada namaNya
pada Zhat itu. Tetapi adakah sesuai bagi kita untuk mengatakan: Bahawa
Al-Zhat menunjukkan (ain) Kenyataan dan HakikatNya atau penzahiran
bagiNya atau adalah dia tetapi bukan Dia atau ia adalah sesuatu
yang lain daripada Kenyataan dan HakikatNya Dengan anggapan suatu
arah tumpuan dan tidak dibimbing ke arah tumpuan yang lain
.
Walaupun kurang faham, saya telah bertanya perkara ini.
Beliau (as) menjawab dengan berkata:
[Al-Zhat adalah Kenyataan dan Hakikat, dan ada
perbezaan bagi kita dan kita tidak membezakan secara hakikat, tetapi adalah
berbeza berasaskan pengetahuan (makrifat)].
✡✡✡✡✡
4. Nama Allah Sifat Allah untuk apa?
)اسم )الله( صفة لماذا ؟(
Adalah jelas bahawa nama Allah adalah Sifat Allah, dan
diketahui bahawa semua sifat perlu pada yang disifatkan (diterangkan), dan soalannya:
Adakah yang disifatkan adalah Kenyataan dan Hakikat (Al-Kunhu
Wal-Haqiqah):
Pada hal Dia Ghaib Mutlak dan Rahsia yang
tersembunyi?
Dan soalan ini dijawab Abdus Soleh (as):
[Ya, sifat untuk kita mengenal kenyataan atau
kedudukanNya, yang kita hadapkan pada Zhat (pada Allah) supaya
mengetahui (kenal) untuk keperluan kita dengan kita meninggikannya untuk
mengisi kekurangan kita].
✡✡✡✡✡
5. Apakah Hakikat Dikaitkan Dengan Syar’ei Pada Ushul Yang Lima!!
)ما حقيقة الترابط الشرعي بين الأُصول الخمسة(!!
Ulama Syiah beriktiqad dengan iktiqad-iktiqad bahawa Ushul Al-Din (Usuluddin
- asas-asas agama) ada lima, mereka mengakuinya tanpa dalil syar’ei (ayat atau riwayat),
dan dalil mereka atas kelima-limanya adalah dengan dalil akal.
Tetapi sebahagian ahli falsafah mahu – memalsukan - dengan menggambarkan
ia ada kaitan dengan syar’ei bagi kelima-lima Ushul tersebut, mereka membawa doa
Ahl Al-Bait (as)
"اللهم عرفني نفسك ..."،
"Ya Allah, kenalkan aku akan diriMu ...",
(sebagai dalil) dan memberikan penjelasan dari kantungnya yang menunjukkan
bahawa kaitan syar’ei bagi kelima-lima ushul tersebut dengan dalil doa yang didakwanya!!
Walau apa pun, ia juga menumpukan banyak penyelidikan untuk memfitnah kebenaran
dalil-dalil dakwah (seruan) Al-Yamani, dengan itu saya berazam untuk menulis
bagi menolak tuduhan-tuduhan palsunya.
Saya bertanya kepada Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) mengenainya, dan beliau
telah berkata:
Dan Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu,
jika kamu mahu membincangkan masalah kelima-lima Ushul tersebut, ia adalah tajuk
yang besar dan luas, saya tidak percaya bahawa perbincangan tentang kelima-lima
Ushul tersebut yang didakwa mengatakan bahawa dengan bentuk itu adalah asas-asas
agama akan memberi banyak manfaat, hendaklah kamu memberi tumpuan kepada
perbincangan mengenai apa yang beliau katakan dalam menolak dalil-dalil dakwah
(seruan) ini.
Iaitu apa makna pendapat kelima-lima Ushul
tersebut, dan mengapa meletakkan tanda-tanda (alamat)? Mengapa dia mengatakan
ia mempunyai tanda-tanda? Ringkasan Ilmu Kalamnya adalah Ushul yang dibuktikan dengan
akal, Dia menggabungkan Ushul tersebut dengan aqliyah (rasional - logik), Oleh
itu, dia menjadikannya sebagai Ushul Al-Din (asas-asas agama); oleh kerana dalilnya
adalah akal fikiran, apakah maknanya dia mendatangkan dan menjadikannya terkait
antaranya atau berhubungan di antaranya... dan lain-lain dengan naqliyah (wahyu)?
Perkataan (Ilmu Kalam) dalam ushul aqliyah (rasional - logik), kedudukan
naqalnya di sini hanya sebagai tambahan (rendah) dalam segala hal, Maknanya
walaupun jika kamu mendatangkan dalil naqal, ia tidak ada nilai di sini, kerana
Al-Kalam itu dalam hal-hal aqliyah (rasional - logik) dan perbincangannya
adalah dengan akal.
Masalah Ushul Al-Din (usuluddin – asas-asas
agama) dan Aqaid (aqidah) Insya-Allah kitab berkenaan dengannya akan diterbitkan,
ia akan menjelaskan yang haq dan yang batil, dengan daya dan upaya dari Allah
jua].
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan