Bahagian
Ketiga
Bagaimana Mengenal Al-Mahdi?
Setelah
ditetapkan bahawa Al-Mahdi adalah bukti (tokoh) kebenaran Khalifah Allah
SWT, maka tidak sulit dalam menentukan tokoh kebenaran Al-Mahdi
dengan menelaah peraturan
mengenal Khalifah Allah, maka gugurlah sesiapa yang mendakwa mempunyai
kedudukan (maqam) sebagai Al-Mahdi tanpa , menepati peraturan mengenal mana
yang haq dan mana yang batil.
Peraturan Mengenal
Khalifah Allah-,
Imam Ahmad Hasan
mengatakan:
“Di sini dihadapkan
soalan: Apakah dimaafkan orang-orang yang meninggalkan dari mengikut Muhammad (S)
atas alasan wujud terlalu banyak seruan (dakwah), sedangkan dia tidak mampu
membezakan mana yang haq dan mana yang batil?”
Kebenaran
yang tidak boleh dijadikan alasan
menyerahkan penentuan tempat kembalinya ke (neraka) jahannam disebabkan ada orang-orang
yang mengikuti seruan (dakwah) nubuwah atau risalah secara dusta dan palsu.
Kemudian apakah Allah SWT membuat
undang-undang (peraturan) [1] untuk mengenal pendakwa
kebenaran di setiap zaman, dan dialah hujjah Allah atas hamba-hambaNya, dan
sebagai khalifah Allah di bumiNya, sehingga mentaatinya adalah taat kepada Allah, menentangnya (maksiat) adalah bermaksiat kepada Allah dan beriman dengannya dan
mengiktiraf (menyerah) kepadanya adalah
beriman dan menyerah kepada Allah, dan ingkar kepadanya dan terpesong darinya
berarti ingkar dan terpesong kepada Allah.
Atau bahawa Allah telah membiarkan
begitu saja (Maha jauh dan Maha Suci Allah dari bersifat demikian) Dia Al-Hakim
Al-Mutlak dan menentukan ukuran atas segala sesuatu serta memperbagus ketentuanNya.
﴿وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِمِقْدَارٍ﴾
Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya. [2]
Dan
Dia:
﴿عَالِمِ
الْغَيْبِ ۖ لَا
يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَلَا
أَصْغَرُ مِن ذَٰلِكَ وَلَا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ﴾
Mengetahui yang ghaib. Tidak dibiarkan begitu saja daripada-Nya walau sebesar zarrah yang ada di
langit-langit dan yang ada di bumi dan tidak ada (pula) yang lebih kecil dari
itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata", [3]
Jadi, ketentuan hikmah ketuhanan
telah meletakkan peraturan untuk mengenal khalifah- Allah di bumiNya pada sepanjang
zaman. Peraturan itu haruslah ada dari sejak awal Allah mengangkat khalifah di
muka bumiNya. Tidak mungkin peraturan itu diletakkan secara tiba-tiba pada
salah satu risalah samawi terkemudian, Dari hari pertama kewujudan tanggungjawab
tersebut buat hari pertama itu lagi. Setidak-tidaknya adanya iblis, sebagai
mukallaf pada awal masa, yang memerlukan peraturan itu untuk mengenal pembawa
kebenaran Ilahi. Jika tidak, tentu dia akan beralasan dari menjadi pengikut pembawa
kebenaran Ilahi kerana dia tidak mampu membezakan dan tidak adanya peraturan
untuk mengenal khalifah yang dilantik dari Allah SWT.
Ukuran yang cukup
meyakinkan tentang sejarah awal masa di mana Allah melantiknya sebagai khalifahNya
di bumiNya, antara lain:
1-
Sesungguhnya Allah telah menashkan (melantik) Adam sebagai khalifah di
bumiNya di hadapan para malaikat dan iblis.
2-
Setelah Adam diciptakan, Allah mengajarkannya nama-nama semuanya.
3-
Kemudian Allah memerintahkan para malaikat dan iblis untuk bersujud kepada
Adam.
Firman-Nya:
﴿وَإِذْ قَالَ
رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا
أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ
بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ
مَا لَا تَعْلَمُونَ
*وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى
الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ
صَادِقِينَ﴾
Dan
(ingatlah) ketika Tuhan-mu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku
ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau
akan menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan di
dalamnya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan
memuji-Mu dan menyucikan-Mu?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa
yang tidak kamu ketahui.” Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya,
kemudian mengemukakannya kepada para malaikat, lalu berfirman, “Sebutkanlah
kepada-Ku nama-nama mereka itu jika kamu memang orang-orang yang benar.” [4]
﴿فَإِذَا
سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾
Maka
apabila Aku telah menyempurnakan penciptaannya, dan telah meniupkan ke dalamnya
roh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.” [5]
﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ
اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ
أَمْرِ رَبِّهِ ۗأَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي
وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ
بَدَلًا﴾
Dan
(ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada
Adam.” Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, lalu
mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya
sebagai pemimpin selain dari-Ku, sedangkan mereka adalah musuhmu? Amat buruk bagi
orang-orang yang zalim itu mendapatkan pengganti. [6]
Di sini ingin saya
tekankan bahawa ayat yang mulia ini menjelaskan Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah)
dan menjelaskan mereka yang menerimanya iaitu para malaikat, dan yang menolaknya
adalah iblis (la) dan orang-orang yang menolak Hakimiyah Allah hari ini seperti yang dinyatakan di akhir ayat di atas iaitu mereka
mengambil iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain Allah,
Patutkah kamu
mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain dari-Ku, sedangkan
mereka adalah musuhmu? Amat buruk bagi orang-orang yang zalim itu mendapatkan
pengganti. (Al- Kahfi 18:50)
Tiga perkara tersebut
adalah peraturan Allah SWT untuk mengenal hujjah kepada umat manusia dan
khalifah Allah di bumi Nya, dan tiga perkara bagi peraturan ini adalah sunnah
Allah SWT untuk mengenal khalifah Allah sejak hari pertama dan sunnah Ilahiyah ini
akan berjalan hingga ke penghujung dunia dan terjadinya Al-Saah (hari akhirat).
﴿سُنَّةَ اللَّـهِ
فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ
تَبْدِيلًا﴾
Sunnah
Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu
sekali-kali tidak akan mendapati perubahan pada sunnah Allah. [7]
﴿سُنَّةَ اللَّـهِ
الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ
تَبْدِيلًا﴾
Sebagai
sunnah Allah yang telah berlaku sejak dahulu, dan kamu sekali-kali tidak akan
menemukan perubahan bagi sunnah Allah itu. [8]
Sebagaimana manusia
mempunyai kilang atau sawah ladang atau kapal atau apa jua yang terdapat di
dalamnya para pekerja yang bekerja di dalamnya, harus dilantik seorang dari
mereka sebagai ketua, dengan disebutkan namanya. Jika tidak, akan terjadi
kekacauan. Begitu pula dia harus seorang yang paling berilmu dan paling utama,
dan mesti ditaati perintahnya untuk mencapai apa yang diharapkan.
Jika tidak, kekurangan orang ini dalam mana-mana dari tiga perkara di atas akan
jauhlah dari kebijaksanaan berbanding kebodohan. Jadi bagaimana boleh manusia
meninggalkan mana-mana tiga perintah Allah ini kerana Dia Al-Hakim Al-Mutlak
(Maha Mutlak KebijaksanaanNya).
Jika dikaji peraturan Ilahi
ini dengan lebih terperinci lagi, akan didapati bahawa nash Ilahi atas Adam dijelmakan
kepada wasiat bagi menetapkan khalifah terdahulu, maka ia menjadi nash sesudahnya
dengan perintah Allah SWT, dan ini merangkumi kewajipannya
seperti khalifah-Nya di bumi.
Firman Allah SWT:
: ﴿إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا﴾
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat
kepada ahlinya. [9]
Adapun Allah SWT mengajarkan
nama-nama kepada Adam, agar ia mengetahui hakikat Nama-nama Ketuhanan dan diperhiasi
dengannya serta dizahirkan (ditajallikan) kepadanya untuk menjadi khalifah di
bumiNya. Kemudian disampaikan kepada para malaikat, agar mereka mengetahui hakikat
Nama-nama Ketuhanan itu yang darinya mereka dicipta. Allah mengenalkan Adam setiap
Nama-nama Ketuhanan itu kerana maqam (kedudukannya). Sedangkan para malaikat
tidak mengetahuinya. Melainkan satu nama atau Nama-nama yang darinya mereka dicipta.
Dengan demikian tsabitlah (terlantiklah) kekhalifhan (Hujjiyah) Adam kepada
mereka dengan ilmu dan hikmah.
Perkara ketiga di dalam peraturan
Ilahi ini adalah perintah Allah SWT kepada malaikat dan iblis supaya sujud
kepada Adam.
Perkara ini merupakan amalan
perlaksanaan bagi langkah melantik khalifah, dan
amalan perlaksanaan
pekerja (pesuruh) Allah SWT (malaikat) supaya mereka berperanan sebagai pekerja
dan akan belajar dari Khalifah (Adam) ini.
Perkara ini meneguhkan
Hakimiyah Allah dan Kerajaan Allah di bumiNya yang akan dicapai melalui
ketaatan kepada khalifah Allah. Begitulah bagi semua rasul-rasul terutama
Muhammad (S) yang membawa panji ini (Bai’atu Lillah – kesetiaan Kepada Allah
atau Hakimiyah Allah atau Kerajaan Allah) dan kerananya sesiapa yang mengakui
dan menghadap kepada Hakimiyah manusia dan tidak menerima Hakimiyah Allah dan KerajaanNya
SWT, maka mereka kekal terdakwa (tertuduh) kerana pemilihan dan
pendekatan (kardah) ini
Bahawa
nabi Isa (as) dikatakan datang untuk mengejar kekuasaan atas Bani Israil, Dan
dikatakan mengenai dakwah Muhammad (S),
(أنه
لا جنة ولا نار ولكنه الملك)
"Tiada
syurga, tiada neraka, tetapi ia adalah Kerajaan." [*]
Menuduh
Muhammad (S) datang untuk kekuasaan dan Ahl
Al-Bait baginda serta menuduh Ali rakus akan kekuasaan. Padahal hakikatnya sesiapa
yang mengikuti hal keadaan Isa, Muhammad (S) dan Ali akan didapati mereka ini berpaling dari dunia dan perhiasan serta dari
harta dan pangkat di dalamnya. Tetapi ia adalah perintah Allah kepada mereka
agar menuntut Kerajaan-Nya SWT. Kemudian mereka mengetahui umat manusia tidak
menyerahkan Kerajaan itu kepada mereka, bahkan mereka diperolok-olok, dicemuh,
dihina dan diancam untuk dibunuh atau dipenjara.
Orang yang diserupakan seperti
Isa (as) dimahkotakan dengan duri dan dihinakan sebelum
disalib. Ali sampai dipecahkan pintu rumahnya dan mengenai tulang rusuk
isterinya, Fatimah Al-Zahraa’. Dan (Ali) ditarik dari rumahnya dan diacukan pedang
di mukanya. Musa bin Ja’far (as) yang menjelaskan bahawa (tanah) Fadak adalah
milik khalifah Allah di bumiNya, dipenjara hingga meninggal dunia.
Di samping itu, ramai
orang yang jahil menjadikan
yang mutasyabihat pada mereka sebagai tuntutan pembawa kebenaran pada Kerajaan
Allah SWT. Alasan-alasan untuk menjatuhkan mereka dengan mereka melaungkan bahawa
wajahnya (penampilannya) pembawa kebenaran Ilahi. ianya tidak lain hanya
mengejar kekuasaan. Sekiranya Khalifah Allah di bumiNya mencari dunia atau
kerajaan seperti yang dituntut olehnya dan dia tahu bahawa tuntutan-tuntutan
ini, akan menyebabkan hilang kehormatannya, dicemuh dan dihinakan kerana dia
mencari dunia.
Kemudian
untuk menempuh jalan lain yang diketahui semua orang, tetapi mereka
mengabaikannya dan ia adalah semua jalan untuk mereka mencapai kekuasaan
duniawi dengan tipu daya, rampasan, penipuan, pembunuhan atau ugutan. Maka Ali
menuntut kekuasaan dengan mengatakan: “Aku washi Muhammad (S), dan aku Khalifah
Allah di bumiNya”. Sebaliknya, orang yang mendapat kekuasaan duniawi adalah Abu
Bakr Ibn Abi Quhafah yang mengatakan, Lepaskan aku kerana aku bukanlah orang
yang terbaik dari kalangan kamu. Apakah Ali mencari dunia atau Ibn Abi Quhafah
zuhud kekuasaan duniawi? Dialah yang mengingkarI wasiat Rasululllah (S) demi
kekuasaan duniawi?
﴿مَا
لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ﴾
Adakah kamu (berbuat demikian): bagaimanakah kamu
mengambil keputusan?" (Al Qalam 68:36)
Wasiat secara khusus
dibawa oleh setiap washi, bahkan Al-Husein (as) di Karbala dalam keadaan yang
teramat sulit mengatakan kepada mereka:
ابحثوا في الأرض لا تجدونمن هو أقرب إلى محمد
مني أنا سبط محمد الوحيد على هذه الأرض
“Carilah
di bumi siapa yang paling dekat dengan Muhammad (S) dariku, niscaya tidak
kalian temukan. Aku satu-satunya cucu Muhammad di atas bumi ini!”
Wasiat ini diperkuat oleh
nash Ilahi:
﴿ذُرِّيَّةً
بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ
عَلِيمٌ﴾
(sebagai)
satu keturunan yang sebagiannya (keturunan) dari yang lain. Dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.[10]
Orang-orang yang faham
dengan ayat ini mengetahui bahawa wasiat itu dikhususkan bagi Al-Husein, dialah
satu-satunya dari zuriat itu yang membawa kekhalifahan.
Dalam kisah Yusuf (as),
didapati:
1- Wasiat:
Dalam ungkapan Ya’qub (as)
kepada Yusuf (as):
﴿وَكَذَٰلِكَ يَجْتَبِيكَ
رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ
وَعَلَىٰ آلِ يَعْقُوبَ كَمَا أَتَمَّهَا عَلَىٰ أَبَوَيْكَ مِن قَبْلُ
إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ
حَكِيمٌ﴾
Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu dan
diajarkan-Nya kepadamu dari ta'wil perbicaraan (mimpi) dan disempurnakan-Nya
nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya'qub, sebagaimana Dia telah
menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, Ibrahim dan
Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [11]
Maka Ya’qub menjelaskan bahawa
Yusuf adalah washinya, yang merupakan kelanjutan seruan (dakwah) Ibrahim (as) dengan segala kejelasan.
Yusuf (as) mengatakan:
﴿وَاتَّبَعْتُ
مِلَّةَ آبَائِي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ ۚ مَا
كَانَ لَنَا أَن نُّشْرِكَ بِاللَّـهِ مِن شَيْءٍ ۚ ذَٰلِكَ مِن فَضْلِ
اللَّـهِ عَلَيْنَا وَعَلَى النَّاسِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا
يَشْكُرُونَ﴾
Dan
aku mengikut agama bapa-bapaku, Ibrahim, Ishaq, dan Ya‘qub. Tiadalah patut bagi
kami mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Allah. Yang demikian itu adalah
dari kornia Allah kepada kami dan kepada manusia; tetapi kebanyakan manusia itu
tidak bersyukur. [12]
Yusuf menekankan
hubungannya dengan para nabi (as) dan dialah
penerus seruan (dakwah) mereka (as) secara tabi’ei.
2 – Ilmu:
Pada Firman Allah:
﴿قَالَ لَا
يَأْتِيكُمَا طَعَامٌ تُرْزَقَانِهِ إِلَّا نَبَّأْتُكُمَا بِتَأْوِيلِهِ قَبْلَ
أَن يَأْتِيَكُمَا ۚذَٰلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِي رَبِّي ۚ إِنِّي
تَرَكْتُ مِلَّةَ قَوْمٍ لَّا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ
كَافِرُونَ﴾
Yusuf
berkata, “Tidak diberikan kepadamu berdua hidangan makananmu melainkan aku
telah dapat menerangkan jenis makanan itu, sebelum makanan itu sampai kepadamu.
Yang demikian itu adalah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh
Tuhanku. Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak
beriman kepada Allah, sedang mereka ingkar kepada hari akhirat. [13]
Dan pada FirmanNya,
﴿قَالَ تَزْرَعُونَ
سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلَّا قَلِيلًا
مِّمَّا تَأْكُلُونَ *
ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ
مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تُحْصِنُونَ * ثُمَّ
يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ﴾
“Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh
tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu
biarkan bijirinnya kecuali sedikit untuk kamu makan.
Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang
amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun
sulit), kecuali sedikit dari (benih gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah
itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa
itu mereka memeras anggur". [14]
Dan dia berkata lagi
﴿قَالَ اجْعَلْنِي
عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ﴾
Berkata
Yusuf, “Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah
orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan.” [15]
3 – Bai’atu Lillah (Persetiaan kepada Allah):
Pada firmanNys SWT
﴿يَا صَاحِبَيِ
السِّجْنِ أَأَرْبَابٌ مُّتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ أَمِ اللَّـهُ الْوَاحِدُ
الْقَهَّارُ * مَا
تَعْبُدُونَ مِن دُونِهِ إِلَّا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنتُمْ وَآبَاؤُكُم
مَّا أَنزَلَ اللَّـهُ بِهَا مِن سُلْطَانٍ ۚ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا
لِلَّـهِ ۚ أَمَرَ
أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ
الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ﴾
Hai
kedua penghuni penjara, manakah yang baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu
ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa? * Sesembahan yang kamu sembah
selain Allah itu tiada lain hanyalah nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu
buat-buat. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama-nama itu.
Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak
menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.
( [16]
Akhir sekali dinukilkan dari
kata-kata Imam Ahmad Hassan [17]
Jadi, dalam perkara peraturan
mengenal hujjah adalah nash, ilmu dan panji Bai’atu Lillah
(Persetiaan kepada Allah):. Sekiranya kita mahu mengikut ketiga-tiga perkara di
dalam kitab Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah bagi melihatnya dengan jelas dalam memahami
Imam Mahdi yang akan datang.
✡✡✡✡✡
---------------------------------------------------------------
[1]
- Masalah asas umat Islam (Sunni dan Syiah, bahkan semua agama-agama samawi)
adalah mereka mengikut ulamak mereka dengan kejahilan ulamak mereka mengetahui
bagaimana Penyelamat (Al-Mahdi) yang muncul di akhir zaman, jadi anda melihat
mereka berebut-rebut dan menafikan pemegang kebenaran jika ia datang. Sebagai
contoh berikut ini apa yang dikata oleh Bin Baaz: (Tidak dibenarkan bagi
mana-mana orang Islam untuk menentukan bahawa Fulan bin Fulan adalah Al-Mahdi,
sebab ia atas kata-kata Allah dan Rasul-Nya tanpa ilmu pengetahuan. Dan
mendakwa perkara yang hanya pada Allah sahaja sehingga alamat dan tanda-tanda, yang dijelaskan
Nabi (S), dan menyifatkan Al-Mahdi, Dan yang paling penting dan paling
jelas bahawa akan menegakkan Wilayahnya mengikut Syari’at, dan memenuhi bumi
dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman juga dengan
adanya tanda-tanda lain, iaitu: keturunannya daripada salah seorang Ahl
Bait Nabi (S), dan adalah dahinya lebar, hidungnya mancung, bahawa namanya dan
nama bapanya adalah bersesuaian dengan nama Nabi (S), dan nama bapa baginda,
dan selepas adanya semua perkara ini dan dengan sifat-sifat ini bolehlah
seorang muslim itu mengatakan bahawa ini Al-Mahdi). Ini adalah dari Bin Baaz
dalam kata-katanya selepas: (kejadian Masjidil Haram dan perkara Al-Mahdi
Al-Muntadzar) dan maksudnya pada fitnah Juhaiman, kemudian kembali selepas dia
membaca kenyataan dari Badan Ulamak terkemuka mengenai serangan ke atas
Masjidil Haram, mengesahkan bahawa Mahdi, yang dikenali sebagai xxx!!! (tetapi
tidak boleh dipastikan bahawa Fulan adalah Mahdi hanya selepas adanya
tanda-tanda, yang dinyatakan Nabi (S) dalam hadits-hadits sahih dan kukuh, dan keagungannya,
kejelasannya dan yang memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan,
sebagaimana ia telah dipenuhi kerosakan dan kezaliman sebagaimana yang dijelaskan
sebelum ini). Kata-kata Ibn Baaz dari pautan rasminya: http://www.binbaz.org.sa/mat/8202
[2]
[Al-Ra’d 13:8].
[3]
[Saba 34:3]
[4]
[Al-Baqarah 2:30-31]
[5]
[Al-Hajar 15:29]
[6] [Al-Kahf 18:50]
[6] [Al-Kahf 18:50]
[7] [Al-Ahzab 33:62]
[8]
[Al-Fath 48:23].
[9]
[Al-Nisaa’ 4:58]
[9*]Abu
Sufyan berkata: "Wahai Anak-anak Ummaiyah, rebutlah ia seperti yang kamu
merebut bola, Maka bersumpah Abu Sufyan, tiada azab dan tiada hisab, tiada
syurga dan tiada neraka, tidak bangkit [orang mati] dan tiada Kiamat " -
Syarah Nahj Al-Balaghah oleh Ibn Abi Al-Hadid Jilid 9, halaman 53
[10]
[Aal-Imran 3:34]
[11] [Yusuf 12:6]
[12]
[Yusuf 12: 38].
[13]
[Yusuf 12: 37]
[14]
[Yusuf 12: 47-49]
[15]
[Yusuf 12: 55]
[16]
[Yusuf 12: 39-40]
[17]
Pencerahan dakwah para Rasul Juz III Bahagian II. (Idhaat Min Da3watu Mursalin)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan