Ahad, 13 Disember 2015

Bahagian Kedua


Bahagian Kedua

Bagaimana Kita Mengenal Al-Mahdi Apabila Muncul?

Sebahagian orang mengaitkan jawapan dengan adanya tanda-tanda tertentu. Ini tidak sahih dalam akidah Al-Sunnah, kerana Al-Mahdi adalah tanda-tanda awal bagi Al-Saah Al-Kubra (kiamat besar). [1]

Bin Baz dalam menjawab soalan yang mengatakan:

Apabila ditanya tentang tanda-tanda Al-Saah (kiamat), dengan mengatakan: "Adakah Al-Rasul (S) telah menjelaskan sebahagian darinya, baginda bersabda dalam hal ini, "Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya," apakah makna ungkapan ini?"

Bin Baz menjawab: "Isyarat (tanda-tanda) bagi Al-Saah (hari kiamat) ada banyak, tetapi ia dibahagi kepada dua bahagian; pertama yang umum, di antaranya terdapat pada masa Nabi (S) dan selepas itu. Kedua, yang khusus, terjadi ketika masa-masa mendekatinya dan kedatangannya. Yang umum ini Nabi (S) memberikan tanda-tanda Al-Saah (hari kiamat). Nabi kita Muhammad (S) adalah Nabi Al-Saah (nabi hari kiamat). Wujud baginda (S) adalah sebagai salah satu tanda Al-Saah (hari kiamat). Demikian yang baginda (S) sabdakan  bagi maklumat yang disediakan bahawa:

(أن تلد الأمة ربتها)


"Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya."

Iaitu tuannya, pada perkataan akhir: "rabbuha" bermakna tuannya dan ia bermakna: Banyak hamba-hamba perempuan dan gundik-gundik simpanan". Jika ia mengandung dari tuannya yang merupakan pemiliknya, maka anak-anak perempuan yang dilahirkannya menjadi tuan perempuannya dan anak-anak lelaki yang dilahirkannya lebih mulia daripadanya dan menjadi tuan kepadanya. Demikianlah makna hadits itu. Yakni banyaknya gundik-gundik memperbanyak hamba-hamba perempuan. Orang-orang sering mengambil gundik bagi mereka disebabkan banyaknya persengketaan, atau pertikaian (Al-Jihad), banyaknya harta rampasan. Maka banyaklah gundik-gundik di kalangan mereka, dan si tuan menyetubuhi hamba perempuannya, kerana si hamba itu miliknya maka dibolehkan baginya. Sebagaimana firman Allah SWT:

﴿وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ * إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ﴾ 

Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. (Al-Mu`minun 23:5-6)

Pemilik yang memiliki hamba, dia adalah milik tangan kanannya apabila dimiliki dari harta rampasan atau membelinya atau mewarisnya, boleh baginya menyetubuhi hamba milik tangan kanannya itu. Bila si hamba perempuan ini melahirkan anak, maka anak yang lahir jika lelaki adalah penguasanya (Rabb) dan tuannya dan jika perempuan adalah penguasa dan tuan perempuannya. Inilah makna hadits "Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya." atau (tuan perempuannya) iaitu tuannya. Kerana anak perempuan tuannya adalah tuan perempuannya dan anak lelakinya sebagai tuan bagi si hamba dari segi maknanya.

Makna bagi banyaknya gundik-gundik di kalangan manusia ini adalah di antara tanda-tanda Al-Saah (hari kiamat). Banyaknya gundik-gundik, hamba-hamba dan kelahiran. Pada hadits itu:

(أن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان)

"Jika engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, tidak berbaju, miskin dan penggembala kambing, berlumba-lumba mendirikan bangunan",

Ini juga adalah dari tanda-tanda umum. Bangsa Arab berlumba-lumba dalam membina bangunan, selepas mereka sebelum ini adalah orang-orang berkhemah, mereka mendirikan bangunan-bangunan tinggi. Ini salah satu di antara tanda-tanda Al-Saah (hari kiamat). Dan ia telah pun terjadi. Bangsa Arab bertamadun, bekerja keras dan mendirikan bangunan-bangunan gedung.

Adapun tanda-tanda khusus bagi kiamat yang telah diterangkan dalam hadits-hadits, ada sepuluh:

Yang pertama, Al-Mahdi: seorang lelaki dari Ahlulbait di akhir zaman. Ia akan menguasai dunia dan bumi, serta memenuhinya dengan keadilan setelah sebelumnya dipenuhi kezaliman. Ia dari Ahlulbait, Bani Hasyim dari anak keturunan Fatimah (ra). Banyak hadits yang menerangkan tentangnya.

Yang kedua, Al-Dajjal: Keluar Dajjal di akhir zaman. Ia mengaku seorang nabi, kemudian dia mengaku tuhan semesta alam. Hadits-hadits mengenainya sahih dan mutawatir dari Nabi (S).

Yang ketiga: Turunnya Al-Masih bin Maryam dari langit. Isa bin Maryam (as) akan membunuh Dajjal, dan akan membawa kebaikan yang besar bagi umat manusia. Allah memberikan keberkatan apa yang ada di bumi kepadanya (as). Tidak akan menerima agama melainkan Islam. Pada zamannya, Allah memusnahkan agama-agama tanpa tersisa kecuali Islam. Akan hapus fahaman Yahudi, Nasrani, komunis dan lain-lain, tidak tinggal semasa pemerintahannya (as) melainkan Islam.

Yang keempat, Keluar Ya`juj wa Ma`juj dari timur

﴿وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ﴾

Dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. (Al-Anbiya 21:96)

pada masa pemerintahan Isa (as). Kemudian Allah membunuh dan mematikan mereka [5]. Selepas itu Tanda Asap [6] (Al-Dukhan), Robohnya Ka'bah [7]: Terangkatnya Mushaf [8]: terangkat Al-Quran dari bumi, dari dada dan dari suhuf (lembaran). Kemudian Keluar Al-Dhabbah [9]: Dhabbah Al-Ardh, (binatang bumi), dan Terbitnya Matahari Dari Barat [10].

Jika ia sudah terbit, tidak akan diterima taubat dari sesiapa jua selepas itu. Dan akhirnya adalah api yang menggiring umat manusia ke mahsyar mereka. Demikianlah yang dikatakan tanda-tanda khusus yang dekat dengan berdirinya Al-Saah (hari kiamat). Demikianlah didatangkan dari hadits-hadits yang dijelaskan oleh ahli ilmu. [2]

Dari keterangan di atas difahami bahawa Al-Mahdi adalah tanda awal Al-Saah Al-Kubra (kiamat besar). Dengan yang demikian menunjukkan kesalahan pada sebahagian yang dietapkannya dari keluarnya Dajjal atau turunnnya Isa bin Maryam (as) pada awal urusan Al-Mahdi.
Tambahan pula seperti dikemukakan, Al-Mahdi juga sebagaimana yang dinashkan hadits-hadits adalah Khalifah Allah SWT. Dari sini dapat dikatakan bahawa dia dikenali dengan tanda-tanda, kerana ia bukan sifat-sifat pengenalan. Ya apabila wujud tanda yang boleh diambil (digunakan) sebagai yang menujukkan telah datang zamannya, lalu diringi suatu
penipuan yang membawa kepada wajibnya untuk menjadikan tuntutan-tuntutannya hanyalah bersyarat secara teori dengan percubaan sempurna dan hal ini tidak mungkin. Dengan demikian tanda itu merujuk pada perjalanan tabi’ei (semula jadi) di dalam menjelaskan betapa dekatnya masa kemunculan atau kehadirannya dan dorongan (galakan) dalam mengkaji dan membincangkan tentang Khalifah Allah SWT.


✡✡✡✡✡

------------------------
[1] Tidak terselindung lagi bahawa dalam iktiqad ini ada cacat celanya yang disebabkan oleh kelemahan dan kegagalan orang-orang yang menggelar diri mereka ulamak, tanda-tanda kemunculan Al-Mahdi begitu banyak dan sebahagian besar darinya disahkan benar; Alhamdu Lillah, dan dari awal hingga ke akhirnya kerajaannya cenderung untuk direbut, dan mengakhiri kerajaan yang menzalimi negeri-negeri umat Islam, dan tidak ada kerajaan sesudahnya melainkan Khalifah Al-Mahdi (Khalifah atas manhaj nubuwah), dan berakhirlah perebutan kekuasaan permulaan bagi (kekuasaan) memuji Allah dengan membakar perasaan marah dengan menggulingkan takhta Pemerintahan Kerajaan dan merampasnya satu demi satu, dan nyatalah kemarahan Tentera Mahdi (as).
[2] Laman Bin Baaz penanda jam | Laman web rasmi Al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz (Kini telah ditutup dan tidak dapat diakses selepas kematian Raja Abdullah) – berikut adalah altermatifnya:




Tiada ulasan: