Khamis, 10 Disember 2015

2015 12 11


2015 12 11
KHUTBAH PERTAMA
                            
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ  *  الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.         
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
                                 
Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian
                    
Firman Allah SWT:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
                                      بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

﴿وَأُشْرِبُوا فِي قُلُوبِهِمُ الْعِجْلَ بِكُفْرِهِمْ ۚ قُلْ بِئْسَمَا يَأْمُرُكُم بِهِ إِيمَانُكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 

Dan telah diresapkan ke dalam hati mereka itu [kecintaan menyembah] anak lembu karena kekafirannya. Katakanlah: "Amat jahat perbuatan yang diperintahkan imanmu kepadamu jika betul kamu beriman" (Al Baqarah 2:93).

Firman Allah Taala (yang bermaksud):

Dan Kaum Musa, setelah pemergian Musa ke gunung Thur mereka membuat dari perhiasan-perhiasan [emas] mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahwa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat [pula] menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya [sebagai sembahan] dan mereka adalah orang-orang yang zalim. * Dan setelah mereka sangat menyesali perbuatannya dan mengetahui bahwa mereka telah sesat, mereka pun berkata: "Sungguh jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan tidak mengampuni kami, pastilah kami menjadi orang-orang yang rugi". * Dan tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya dengan marah dan sedih hati berkatalah dia: "Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan sesudah pemergianku! Apakah kamu hendak mendahului janji Tuhanmu?" Dan Musapun melemparkan luh-luh [Taurat] itu dan memegang [rambut] kepala saudaranya [Harun] sambil menariknya ke arahnya. Harun berkata: "Hai anak ibuku, sesungguhnya kaum ini telah menganggapku lemah dan hampir-hampir mereka membunuhku, sebab itu janganlah kamu menjadikan musuh-musuh gembira melihatku, dan janganlah kamu masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang zalim". * Musa berdoa: "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang". * Sesungguhnya orang-orang yang menjadikan anak lembu [sebagai sembahannya], kelak akan menimpa mereka kemurkaan dari Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan di dunia. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan. * Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. * (Al-A'raaf 7:148-153)

Firman Allah Taala (yang bermaksud):

Mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak melanggar perjanjianmu dengan kemahuan kami sendiri, tetapi kami disuruh membawa beban-beban dari perhiasan kaum itu, maka kami telah melemparkannya, dan demikian pula Samiri melemparkannya".
* kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka [dari lubang itu] anak lembu yang bertubuh dan bersuara, maka mereka berkata: "Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa, tetapi telah lupa". * Maka apakah mereka tidak memerhatikan bahawa patung anak lembu itu tidak dapat memberi jawaban kepada mereka, dan tidak dapat memberi kemudharatan kepada mereka dan tidak [pula] kemanfaatan? * Dan sesungguhnya Harun telah berkata kepada mereka sebelumnya: "Hai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diberi cobaan dengan anak lembu itu dan sesungguhnya Tuhanmu ialah [Tuhan] Yang Maha Pemurah, maka ikutilah aku dan taatilah perintahku". * Mereka menjawab: "Kami akan tetap menyembah patung anak lembu ini, hingga Musa kembali kepada kami." * Berkata Musa: "Wahai Harun, apa yang menghalangi kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat, * [sehingga] kamu tidak mengikuti aku? Maka apakah kamu telah [sengaja] menderhakai perintahku?" * Harun menjawab: "Wahai putera ibuku janganlah kamu pegang janggutku dan jangan [pula] kepalaku; sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan berkata [kepadaku]: "Kamu telah memecahbelahkan antara Bani Israil dan kamu tidak memelihara amanatku." * Berkata Musa: "Apakah yang mendorongmu [berbuat demikian] wahai Samiri?" * Samiri menjawab: "Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak rasul [Jibrail] lalu aku melemparkannya, dan demikianlah nafsuku menghasutku". * Berkata Musa: "Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini [hanya dapat] mengatakan: ’Janganlah menyentuh [aku]’. Dan sesungguhnya bagimu hukuman [di akhirat] yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut [berupa abu yang berserakan]. * Sesungguhnya Tuhanmu hanyalah Allah, yang tidak ada Tuhan [yang berhak disembah] selain Dia. PengetahuanNya meliputi segala sesuatu".* (Ta ha 20:87-98)

Fitnah anak lembu (al-3ijl) ini berlaku pada tahun-tahun kesesatan (Al-Tih) bani Israel yang merayau-rayau kebingungan di padang pasir Sinai selama empat puluh tahun. Akibat daripada pemberontakan mereka terhadap perintah Allah dan merupakan reformasi terhadap kerosakan yang terdapat di dalam diri mereka, ketikamana Allah Subhanahu wa Taala berjanji kepada Musa selama tiga puluh malam dan kemudian disempurnakannya sepuluh malam lagi. Firman Allah Taala (yang bermaksud):

"Dan telah Kami janjikan kepada Musa [memberikan Taurat] sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh [malam lagi], maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam." (Al-A'raaf: 142)


Allah Subhanahu wa Taala tidak pernah jahil bahawa miqat (waktu yang telah ditentukan) itu adalah empat puluh malam dan tidak pula Allah Subhanahu wa Taala berbohong ke atas Musa, Maha Suci Dia lagi Maha Besar Lagi Maha Besar daripada yang demikian itu. Sesungguhnya Dia berjanji untuk tiga puluh malam dan mencukupkan sepuluh malam lagi menjadi empat puluh malam adalah bergantung kepada perkara lain yang belum berlaku lagi, seperti doa, sedekah atau amalan yang dilakukan oleh Musa (as), atau kekurangan dari kelompok bani Israel sendiri yang mengakibatkan pemergian Musa (as) ditambah sepuluh hari lagi. Pada ilmu Allah, Musa akan ghaib selama empat puluh hari, tetapi di dalam Luh penghapusan dan penetapan (Luh Al-Mahwu Wal Itsbat) dituliskan bahawa Musa akan ghaib selama tiga puluh hari. Sebagai hasilnya tetaplah ke atas Musa (as) atau bani Israel bahawa Dia akan mencukupkan empat puluh malam, firman Allah Taala:

﴿يَمْحُو اللَّـهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ﴾

Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan [apa yang Dia kehendaki], dan di sisiNya-lah terdapat Ummul-Kitab [Luh Mahfuzh]. (Ar Ra'd 13:39)

Ini menyamai mana-mana doa kita supaya Allah melindungi kita daripada bala atau merezekikan kita apa yang dikehendaki daripada rahmatNya. Jika sekiranya urusan-urusan tersebut tidak berubah, maka terhapuslah doa dan ia menjadi sia-sia yang tiada manfaat padanya. Namun, Allah Subhanahu wa Taala menetapkan takdir (ketentuan) dan tanganNya sentiasa terbuka luas buat sesiapa yang dikehendakiNya dan menyempitkan buat apa jua yang dikehendakiNya, Dia adalah Maha Bijaksana. Ini adalah "Bada’'" yang benar lagi nyata di dalam al-Quran yang bijaksana, yang diingkari oleh orang-orang jahil: Mereka berkata: Bahawasanya Allah itu berlepas Diri daripada segala sesuatu dan mereka menjadikan kedua tanganNya terbelenggu menyerupai kata-kata orang-orang Yahudi (1).

Inilah hakikatnya, namun terdapat sebahagian ulama ahlus sunnah yang menetapkan al-Bada' seperti Ibnu al-Jauziyah di dalam kitabnya Al-Jawab Al-Kafi, di bahagian doa. Walaupun, beliau tidak melafazkannya dengan terang, namun beliau menetapkan maknanya berdasarkan riwayat-riwayat daripada Nabi sallalLahu alaihi wa alihi wasallam (S) atau dengan membicarakan faedah-faedah doa.

Selama empat puluh malam ketiadaan Musa ini, Samiri telah membelot dan membentuk anak lembu emas daripada barang-barang kemas, serta melemparkan ke dalamnya segenggam tanah yang diambilnya daripada bawah tapak kaki kuda Jibrail (as). Lalu, jadilah anak lembu yang boleh berkata-kata atau bersuara sepertimana suara anak lembu yang hidup. Musa (as) berkata: (Wahai Tuhan, anak lembu itu daripada Samiri dan suara itu pula daripada siapa? Jawab Allah: DaripadaKu wahai Musa, bahawasanya ketika Aku melihat mereka telah berpaling daripadaKu kepada anak lembu, maka Aku lebih suka untuk menambahkan fitnah (ujian) kepada mereka) (2).

Lalu, Samiri berkata kepada mereka inilah tuhan kamu dan tuhan Musa, yang bermaksud bahawa tuhan kamu itu bertempat atau mendiami di dalam anak lembu ini!! Kebanyakan bani Israel mempercayai Samiri setelah mereka membantunya membentuk anak lembu!!

Bandingkanlah dengan para Hujjah Allah dan saya ulang kata-kata Imam Ahmad Al Hassan (as):
       
Saya hamba yang miskin mengharapkan rahmat Tuhan seperti mana yang saudara semua harapkan, dan khadam yang berdiri di hadapan Allah dan di pintuNya. Saya tidak meminta daripadaNya syurga mahupun redhaNya dan tidak mencari apa-apa, saya hanya menunggu apa perintahNya untuk saya, dan kalau saudara bertanya kepada saya apa yang kamu mahu? Saya katakan kepada saudara apa yang DIA mahukan? Walaupun ia akan meminta kepada saya supaya berkhidmat kepadaNya di sepanjang zaman dan kemudian memasukkan saya ke dalam api (neraka), itu adalah keadilan-Nya yang Maha Bijaksana, bahkan baik pada saya kerana saya berdosa oleh lalai dengannya.

Saya katakan ini tidak keterlaluan atau kata-kata kelancaran lidah semata-mata, tetapi ia adalah hakikat pengakuan dalam diri saya dan tersemat di dalamnya, dialah Ahmad Al-Hassan.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
   إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ﴿١﴾ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ﴿٢﴾ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ﴿٣                                             


KHUTBAH KEDUA
                                               
بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.
                               

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi    
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Seharusnya kita berfikir dan belajar daripada peristiwa di dalam al-Quran ini, mudah-mudah Allah mengurniakan kita kehidupan orang-orang yang berbahagia dan kematian orang-orang yang syahid, sebagaimana yang Rasulullah (S) janjikan kepada kita apabila mempelajari al-Quran (3).

Saudara yang dikasihi sekalian, jika kamu menetapkan untuk mempelajari peristiwa ini, maka marilah bersamaku untuk bertanyakan, siapakah dia Samiri? Adakah dia seorang alim daripada kalangan ulama bani Israel? Adakah dia seorang abid yang kuat beribadah? Al-Quran menyebutkan:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قَالَ بَصُرْتُ بِمَا لَمْ يَبْصُرُوا بِهِ فَقَبَضْتُ قَبْضَةً مِّنْ أَثَرِ الرَّسُولِ فَنَبَذْتُهَا وَكَذَٰلِكَ سَوَّلَتْ لِي نَفْسِي ﴿٩٦

(Samiri menjawab: "Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak rasul [Jibrail] lalu aku melemparkannya, dan demikianlah nafsuku menghasutku") Taha: 96.

Nyata sekali daripada maksud ayat bahawa Samiri telah melihat Jibrail (as) atau perkara-perkara yang ghaib, yang tidak dilihat oleh orang lain. Seterusnya, adakah Samiri seorang Mujahid (seorang pejuang)?

Makna ini disebutkan di dalam tafsir ayat al-Quran: (Maka orang yang dari golongannya meminta pertolongan kepadanya) Al-Qasas: 15, bahawa dia adalah Samiri. Ini sekaligus membenarkan bahawa Samiri adalah seorang mujahid yang memerangi tentera taghut, firaun Mesir sebelum diutuskan Musa (as) (4).

Seterusnya, siapakah yang telah lupa di sini? Adakah yang dimaksudkan lupa akan Tuhannya disini adalah Musa (as) dan pergi ke gunung Thur, lalu menjadi kata-kata yang disebutkan oleh lisan Samiri? Ia adalah amat jauh sekali daripada kebenaran, kerana bani Israel mengetahui bahawa Musa telah pergi ke gunung Thur berdasarkan perintah Allah. Oleh itu, orang yang lupa di sini adalah Samiri, yang meninggalkan keimanan yang sebenar dan sembahan yang sebenar, maka kata-kata itu adalah daripada Allah Subhabahu wa Taala. Seterusnya, apakah yang menghasut dirinya? Pada hakikatnya, inilah asal-usul setiap fitnah (ujian) iaitu hawa, keakuan, syaitan dan perhiasan dunia yang menghasut dirinya dengan menyemarakkan lagi kejahatan. Bahawa dia lebih afdhal daripada Harus (as), memberontak terhadapnya, tidak mentaati perintahnya dan bersifat takbur. Ia telah menghasut dirinya bahawa dia seorang alim, abid yang kuat beribadah dan barangkali seorang mujahid, yang telah disingkapkan sebahagian perkara-perkara ghaib. Lalu, merasakan dirinya lebih berhak terhadap tampuk kepimpinan bani Israel berbanding Harun (as) semasa ketiadaan Musa (as). Berasa dengki kepada Harun dan Musa alaihima salam (ams), berasa takbur dalam setiap tindakannya, dikuasai oleh hawa nafsu serta keakuan dalam setiap keadaan. Lalu, syaitan menjatuhkannya ke jurang yang dalam dan menjadikannya bersifat takbur terhadap para anbiya yang agung (as), sebagaimana dia (syaitan) telah takbur terhadap Adam (as). Syaitan telah mencelarukannya dengan seruannya, menyesatkannya dengan kesesatannya dan menimpakannya dengan penyakitnya. Oleh itu, diperturunkan hijab-hijab ke atas cerminan ruhnya ketikamana dia membeli kesesatan dengan petunjuk, sehingga dia tidak lagi mampu melihat (petunjuk):

(Dan kamu melihat mereka itu memandang kepadamu padahal ia tidak melihat) al-A'raaf: 198.

Samiri lupa tentang hakikat dan sembahan yang sebenar, yang tidak dilihat oleh mata kepala dan tidak dapat digapai oleh pengengetahuan melalui andaian-andaian, lalu kembali kepada kategori syirik yang paling keji iaitu kepada penyerupaan (tasybih). Maka, dia mengeluarkan apa yang terkandung di dalam dirinya, anak lembu yang mempunyai jasad dan suara (berkata-kata). Ia menjadi fitnah yang menggembirakan buat kaum yang kuasai oleh diri mereka sendiri sebelum kemunculan anak lembu dan telah diresapkan ke dalam hati mereka itu [kecintaan menyembah] anak lembu sebelum ia dibentuk lagi. Lalu, mereka berkumpul membantah Musa dan Harun (ams) dan untuk menyakiti Musa (as): (Dan [ingatlah] ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku, mengapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu mengetahui bahwa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu?" Maka tatkala mereka berpaling [dari kebenaran], Allah memalingkan hati mereka dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasik) As-Saf: 5.

Ramai daripada bani Israel melihat diri mereka lebih baik daripada Musa (as), adapun Harun (as) tidak langsung termasuk di dalam perkiraan kebanyakan mereka. Disebutkan di dalam kitab Taurat: (Korah bin Yizhar bin Kehat bin Lewi, beserta Datan dan Abiram, anak-anak Eliab, dan On bin Pelet, ketiganya orang Ruben, mengajak orang-orang * untuk memberontak melawan Musa, beserta dua ratus lima puluh orang Israel, pemimpin-pemimpin umat itu, yaitu orang-orang yang dipilih oleh rapat, semuanya orang-orang yang kenamaan. * Maka mereka berkumpul mengerumuni Musa dan Harun, serta berkata kepada keduanya: "Sekarang cukuplah itu! Segenap umat itu adalah orang-orang kudus, dan TUHAN ada di tengah-tengah mereka. Mengapakah kamu meninggi-ninggikan diri di atas jemaah TUHAN?" * Ketika Musa mendengar hal itu, sujudlah ia. * Dan ia berkata kepada Korah dan segenap kumpulannya: "Besok pagi TUHAN akan memberitahukan, siapa kepunyaanNya, dan siapa yang kudus, dan Ia akan memperbolehkan orang itu mendekat kepadaNya; orang yang akan dipilihNya akan diperbolehkanNya mendekat kepadaNya) Kitab Perjanjian Lama: bilangan 16, 1-5.

(TUHAN berfirman kepada Musa: * Katakanlah kepada orang Israel dan suruhlah mereka memberikan kepadamu satu tongkat untuk setiap suku. Semua pemimpin mereka harus memberikannya, suku demi suku, seluruhnya dua belas tongkat. Lalu tuliskanlah nama setiap pemimpin pada tongkatnya. * Pada tongkat Lewi harus kau tuliskan nama Harun. Bagi setiap kepala suku harus ada satu tongkat. * Kemudian haruslah kau letakkan semuanya itu di dalam Khemah Pertemuan di hadapan tabut hukum, tempat Aku biasa bertemu dengan kamu. * Dan orang yang Ku pilih, tongkat orang itulah akan bertunas; demikianlah Aku hendak meredakan rungutan yang diucapkan mereka kepada kamu, sehingga tidak usah Ku dengar lagi." * Setelah Musa berbicara kepada orang Israel, maka semua pemimpin mereka memberikan kepadanya satu tongkat dari setiap pemimpin, menurut suku-suku mereka, dua belas tongkat, dan tongkat Harun ada di antara tongkat-tongkat itu. * Musa meletakkan tongkat-tongkat itu di hadapan TUHAN dalam khemah hukum Allah. * Ketika Musa keesokan harinya masuk ke dalam kemah hukum itu, maka tampaklah tongkat Harun dari keturunan Lewi telah bertunas, mengeluarkan kuntum, mengembangkan bunga dan berbuahkan buah badam. * Kemudian Musa membawa semua tongkat itu keluar dari hadapan TUHAN kepada seluruh orang Israel; mereka melihatnya lalu mengambil tongkatnya masing-masing. * TUHAN berfirman kepada Musa: "Kembalikanlah tongkat Harun ke hadapan tabut hukum untuk disimpan menjadi tanda bagi orang-orang durhaka, sehingga engkau mengakhiri rungutan mereka dan tidak Kudengar lagi, supaya mereka jangan mati." * Dan Musa berbuat demikian; seperti yang diperintahkan TUHAN kepadanya, demikianlah diperbuatnya) Kitab Perjanjian Lama: bilangan 17: 1-11.

(Setelah mereka berangkat dari gunung Hor, berjalan ke arah Laut Teberau untuk mengelilingi tanah Edom, maka bangsa itu tidak dapat lagi menahan hati di tengah jalan. * Lalu mereka berkata-kata melawan Allah dan Musa: "Mengapa kamu memimpin kami keluar dari Mesir? Supaya kami mati di padang gurun ini? Sebab di sini tidak ada roti dan tidak ada air, dan akan makanan hambar ini kami telah muak") Kitab Perjanjian Lama: bilangan 21: 4-5.

Beginilah hal keadaan Samiri dan anak lembunya yang berjasad lagi mendengus buat mereka yang fasiq, untuk mengeluarkan apa yang berlegar-legar pada diri mereka, daripada sifat benci dan hasad kepada Musa dan Harun (ams), terutamanya kepada Harun (as); kerana celaan (mereka) itu ditujukan kepada peribadinya (as), cercaan terhadap kenabiannya dan kepimpinannya adalah lebih mudah. Yang demikian itu disebabkan kedudukan dan kehormatan Musa (as) adalah lebih besar dan hebat di dalam jiwa kebanyakan bani Israel, ketikamana dizahirkan mukjizat melalui kedua belah tangannya. Beginilah bagaimana orang-orang munafik yang mengikut Samiri menganggap Harun (as) dan jemaah yang berpegang teguh atas kebenaran bersamanya sebagai lemah. Di samping cuba untuk membunuh Harun (as), tetapi beliau berhadapan fitnah itu berdasarkan kebijaksanaan para anbiya, seterusnya menunggu sehingga Musa (as) kembali. Allah membantunya, menzahirkan haknya, menghukum akidah yang rosak dan menzahirkan kedudukan akidahnya yang benar. Kebenaran itulah yang Allah kehendaki:

(Dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut [berupa abu yang berserakan]) Taha: 97-98.

اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ
                                                          
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]

اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                         
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.


اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ * لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ ِينِ﴾


✡✡✡✡✡


Imam Ahmad Al Hassan as, Kitab Al "ijl, halaman 35-39
___________________________________________
Notakaki:

(1) Orang-orang Yahudi menyangka bahawa Tangan Allah Taala itu terbelenggu dan Dia Taala berlepas Diri daripada makhluk serta urusan mereka, tidak mampu mengubah suatu apa pun! Allah Subhanahu wa Taala membalas kata-kata ini, seraya berfirman: (Orang-orang Yahudi berkata: "Tangan Allah terbelenggu", sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dila’nat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu.
[Tidak demikian], tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan Al Qur’an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kedurhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai hari kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan) Al Maidah: 64

Ulama-ulama ahlus sunnah telah menyepakati orang-orang Yahudi dalam hal ini, apabila mereka berkata: Bahawasanya Allah Taala telah berlepas Diri daripada urusan manusia dan tidak mungkin Dia melakukan perubahan! Mereka telah meriwayatkan banyak riwayat berkenaannya, antaranya apa yang diriwayatkan oleh Ahmad di dalam musnadnya: Telah berkata Ibnu Umar: ((Umar telah berkata: wahai Rasulullah, adakah kamu meihat apa yang kami perbuat padanya atau pada sesuatu urusan itu, Dia telah berlepas diri atau permulaan atau yang baharu. Baginda bersabda: Pada apa yang Dia telah berlepas Diri daripadanya, maka beramallah wahai ibnu Khattab dan tidak sekali-kali memudahkan (urusan itu). Adapun orang yang terdiri daripada ahli kebaikan, maka dia akan beramal dengan kebahagiaan. Dan bagi orang yang terdiri daripada ahli kecelakaan, maka dia akan beramal dengan kecelakaan)) Musnad Ahmad: jilid 2, ms 52 dan lihat juga shahih Bukhari: jilid 2, ms 86, shahih Muslim: jilid 8, ms 48, tafsir Ibnu kathir: jilid 4, ms 445 dan lain-lain lagi.

Nas -nas ini adalah shahih di sisi mereka, seraya mengatakan dengan paksaan (jabar) Allah Taala, sepertimana mereka mengatakannya berkenaan perbuatan-perbuatan manusia! Kami dapati al-Bukhari meletakkan Allah Taala bertanggungjawab atas kesalahan Adam as. Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah, berkata: Rasulullah saw telah bersabda: ((Adam dan Musa telah saling berhujah, seraya Musa berkata kepada Adam: Engkaukah Adam yang telah dikeluarkan daripada syurga disebabkan kesalahan kamu? Lalu Adam menjawab kepadanya: Engkaukah Musa yang Allah telah memilih kamu sebagai pembawa risalah dan kalamNya, setelah itu menyalahkanku atas perkara yang telah ditentukan ke atasku sebelum aku diciptakan? Seterusnya Rasulullah saw bersabda: Adam telah menghujah Musa sebanyak dua kali)) shahih Bukhari; jilid 3, ms 131. Lalu, mereka mengingkari "Bada'" disebabkan kejahilan mereka terhadap hakikat sebenar.

(2) Tafsir al-Qummi: jilid 2, ms 62. Bihar al-Anwar: jilid 13, ms 210. Qashas al-Anbiya al-Jazairi: ms 268.

(3) Daripada Ismail bin Abi Ziyad, daripada Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya as, telah berkata: Nabi sawas telah bersabda: (Sesungguhnya ahli al-Quran itu berada pada kedudukan tertinggi daripada kalangan anak-anak Adam selain daripada para nabi dan rasul-rasul, janganlah kamu memandang lemah ahli al-Quran dan hak-hak mereka, sesungguhnya tempat mereka adalah di sisi Allah) Thawab al-A'mal li as-Shadooq: ms 99-100.

(4) Di dalam tafsir al-Qummi: (Samiri berada di hadapan bersama Musa pada hari Allah menenggelamkan firaun dan sekutu-sekutunya, lalu dia telah melihat Jibrail berada diatas haiwan seperti gambaran kuda, yang setiap kali menjejakkan tapak kakinya ke atas tanah di tempat tertentu, maka bergeraklah tempat itu. Maka, memperlihatkanya kepada Samiri dan dia adalah dari kalangan sahabat pilihan Musa...) Tafsir al-Qummi: jilid 2, ms 61-63.
Ini menunjukkan bahawa Samiri adalah pemimpin dan sahabat Musa as yang terkehadapan, paling tidak pun menjadi antara sahabat pilihan Musa as.



Tiada ulasan: