Al-Mahdi di dalam kitab Al-Sunnah
المهدي في كتب السنة
Kalimah yang Sama
(Dari dua kitab,
karya:
Ustadz Husein Manshur
dan
Syeikh ‘Alaa`Al-Salim)
Mukadimah
Perbincangan ini ditujukan kepada orang-orang
yang beriman, untuk mengenal pasti berhubung dengan akidah ini, iaitu beriman
akan wujudnya “Mahdi” atau penyelamat umat manusia, yang akan memenuhi bumi
dengan keadilan setelah bumi dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan. Untuk
mencapai tujuan ini haruslah kembali- setakat yang mampu - rujukan Islam pada
kedua-dua golongan Sunni dan Syi’ei yang sangat memperlukan
penyelidikan. Para pengkaji
akan dapati dalam buku ini pemahaman dalam benruk umum mengenai persoalan
Juruselamat seperti yang dilihat oleh setiap mazhab-mazhab umat Islam, tanpa
melihat hal-hal terperinci yang mengundang perbezaan antara satu sama lain. Sudah
tentu ada perbezaan dalam bagi pihak-pihak ini dalam sebahagian alasan pada
fikrah yang sama, dari setiap mazhab sebagaimana dalam halnya pada Sunnah dan
Syiah.
Tetapi saya katakan tidak tersembunyi
lagi bahawa perbezaan yang dilalui ini ada jalan keluarnya untuk penyelesaian
yang selamat bagi mencapai hasil yang jelas dan tegas bagaimana kita menentukan
tokoh penyelamat umat manusia yang tidak dapat tidak akan tercapainya
penyelesaian untuk semua masalah lain.
Sebagai Penyelamat yang mewakili kalimah
yang sama yang menghimpunkan semua pihak, dan masa kehadirannya di
tengah-tengah kita sebagai masa kebenaran yang disingkap oleh agama yang haq,
dan kehendak Allah swt tercapai pada makhluk-Nya melalui Sang Penyelamat, maka
kesepakatan yang dicapai melalui jalan yang benar menjadi kesimpulan sebagai
pemecah semua problem. Kerana dengan mencapai kesepakatan, berarti segala upaya
kita membuahkan hasilnya.
Maka mari kita lepaskan
kefanatikan dan pertelingkahan yang mengisi hubungan sejarah di antara kita!
Mari kita tumpukan usaha kali ini pada jalan yang mengakhiri semua
perselisihan. Pencari kebenaran bukanlah seperti mereka yang mencari kebatilan orang
dan menghentamnya.
Sudah tentu saya tidak tidak
membicarakan perkara ini mengikut pendapat atau khayalan. Tetapi sebenarnya
saya meletakkan kaca mata pendirian saya kepada seruan (dakwah) yang berkat ini
yang mengangkat panji-panji oleh Al-Syed Ahmad Al-Hasan yang menurut fahaman Al-Sunnah
lahir di akhir zaman, dan dia adalah seorang utusan dari Imam Al-Mahdi Muhammad
bin Al-Hassan (as) menurut fahaman Syiah. Yakni, saya menyampaikan berita
gembira dengan kehadiran penyelamat kepada umat manusia. dengan harapan mereka
sudi untuk membuka mata keadilan kepada dalil (bukti) yang dibawa oleh Al-Syed Ahmad
Al-Hasan untuk menjelaskan kebenaran seruan (dakwahnya). Untuk lebih jelas lagi
tentang seruan (dakwah)nya yang berkat ini, pembaca boleh merujuk pada lelaman
sesawang (laman web) Ansar Al-Imam Mahdi di internet.
Segala puji bagi Allah yang telah
memberi petunjuk dan kita tidak akan mendapatkan petunjuk sekiranya Dia tidak
memberi kita petunjuk. Sungguh telah datang para rasul dengan membawa
kebenaran. Tuhanku, wafatkan aku sebagai seorang Islam dan masukkanlah aku sebagai
golongan orang yang saleh, Muhammad dan keluarganya yang suci.
Segala puji bagi Allah yang telah
menciptakan aku, lalu Dia memberiku petunjuk. Tuhanku, masukkanlah aku bersama
golongan orang yang saleh, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka
dibangkitkan, hari di mana tiada manfaat harta benda dan anak-anak kecuali
orang yang menghadap kepada Allah dengan hati yang bersih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan