Rabu, 23 Disember 2015

Nama Al-Mahdi


Bahagian Keempat

Nama Al-Mahdi

Nash bagi nama Al-Mahdi adalah Ahmad atau Muhammad dalam kitab-kitab Sunnah adalah mutawatir, di antaranya:


لتملأن الأرض جورا و ظلما ، فإذا ملئت جورا و ظلما ، بعث الله رجلا مني ،اسمه اسمي ، فيملؤها قسطا و عدلا ، كما ملئت جورا و ظلما


“Bumi akan dipenuhi dengan ketidakadilan dan kezaliman, jika telah dipenuhi ketidakadilan dan kezaliman, Allah akan mengutus seorang lelaki dariku, namanya adalah namaku. Ia akan memenuhinya dengan kesaksamaan dan keadilan, setelah dipenuhi ketidakadilan dan kezaliman.”

Al-Albani berkata dalam kitab Al-Salsilah Al-Shahihah, 4/38: Hadits ini kukuh (tsabit), dari Nabi (S) melalui banyak jalur (jalan) dari sekumpulan sahabat, di antarannya jalur Abi Al-Shiddiq, yang dirujuk kepadanya Al-Bazzar.” [1]

يخرج في آخر الزمان رجل من ولدي اسمه كاسمي ، وكنيته كنيتي ، يملأ الأرض عدلا كما ملئت جورا ، وذلك هو المهدي

“Akan muncul di akhir zaman seorang lelaki dari anakku namanya seperti namaku, gelarannya (kunyah) adalah gelaranku, dia akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah dipenuh kezaliman, dia adalah Al-Mahdi.” [2]

لا تذهب الدنيا حتى يملك العرب رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي


“Dunia tidak akan lenyap dunia sebelum bangsa Arab dikuasai seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa (mirip) dengan namaku.” [3]

لا تذهب الدنيا حتى يملك العرب رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي

“Dunia tidak akan lenyap dunia sebelum bangsa Arab dikuasai seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa dengan namaku.” [4]

لا تذهب الدنيا أو لا تنقضي الدنيا حتى يملك العرب رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي

“Dunia tidak akan lenyap atau tidak luput dunia ini sebelum bangsa Arab dikuasai seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa dengan namaku.” [5]

. لا تقوم الساعة حتى يلي رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي

“Tidak akan berdiri (berlaku) Al-Saah (hari akhirat) sebelum datang seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa dengan namaku.” [6]

لا تذهب الدنيا أو قال لا تنقضي الدنيا حتى يملك العرب رجل من أهل بيتي ويواطئ اسمه اسمي

“Dunia tidak akan lenyap atau katanya dunia tidak akan luput sebelum bangsa Arab dikuasai seorang lelaki dari Ahli Baitku, dan namanya serupa dengan namaku.” [7]

لا تنقضي الأيام ولا يذهب الدهر حتى يملك العرب رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي

“Hari-hari tidak akan luput dan masa tidak lenyap sebelum bangsa Arab dikuasai seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa dengan namaku.” [8]

يلي رجل من أهل بيتي ، يواطئ اسمه اسمي ، لو لم يبق من الدينا إلا يوم لطول الله ذلك اليوم حتى يلي

“Akan datang seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa dengan namaku. Sekiranya dunia tidak tersisa lagi waktunya kecuali satu hari, Allah akan panjangkan hari sehingga dia datang.” [9]
                                     
لو لم يبق من الدنيا إلا ليلة ؛ لملك رجل من أهل بيتي ، يواطئ اسمه اسمي
           
“Sekiranya tidak tersisa lagi waktu dunia kecuali satu malam, akan diperintah seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa dengan namaku.” [10].

لتملأن الأرض جورا و ظلما، فإذا ملئت جورا و ظلما، بعث الله رجلا مني، اسمه اسمي، فيملؤها قسطا و عدلا، كما ملئت جورا و ظلما

“Bumi akan dipenuhi ketidakadilan dan kezaliman, jika telah dipenuhi ketidakadilan dan kezaliman Allah mengutus seorang lelaki dariku, namanya adalah namaku. Ia akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan, setelah dipenuhi ketidakadilan dan kezaliman.” [11]

لا تذهب الدنيا ، ولا تنقضي ، حتى يملك رجل من أهل بيتي ، يواطئ اسمه اسمي

“Dunia tidak akan lenyap dan tidak akan luput sebelum dikuasai seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa dengan namaku.” [12]

يلي رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي . قال عاصم بن بهدلة : أخبرنا أبو صالح عن أبي هريرة ، قال : لو لم يبق من الدنيا إلا يوما لطول الله ذلك اليوم حتى بلي

“Akan datang seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa dengan namaku. ‘Ashim bin Bahdalah berkata: Disampaikan oleh Abu Saleh dari Abu Hurairah, katanya “Sekiranya tidak tersisa lagi waktu dunia kecuali satu hari, Allah akan panjangkan hari itu, sehingga dia (Al-Mahdi) datang.” [13].

لا تذهب الدنيا, أو لا تنقضي الدنيا, حتى يملك العرب رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي

“Dunia tidak akan lenyap atau akan tidak luput sebelum bangsa Arab dikuasai seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa dengan namaku.” [14]

لا تنقضي الأيام ولا يذهب الدهر حتى يملك العرب رجل من أهل بيتي اسمه يواطئ اسمي

“Hari-hari tidak akan luput dan masa tidak lenyap sebelum bangsa Arab dikuasai seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa dengan namaku.” [15]

أنه يملكها رجل من أهل بيته يواطئ اسمه اسمه

“Akan dikuasai seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa dengan namaku.” [16]

حدثنا عبد الله بن مروان عن العلاء بن عتبة عن الحسن أن رسول الله صلى الله عليه و سلم ذكر بلاء يلقاه أهل بيته حتى يبعث الله راية من المشرق سوداء من نصرها نصره الله ومن خذلها خذله الله حتى يأتوا رجلا اسمه كاسمي فيوليه أمرهم فيؤيده الله وينصره

Disampaikan oleh Abdullah bin Marwan dari Al-‘Alaa` bin Utbah dari Al-Hasan bahawa Rasulullah (S)- menyebutkan bencana yang dialami Ahl Bait baginda sehingga Allah bangkitkan (utus) panji kehitaman dari timur. Sesiapa yang menolongnya, dia akan ditolong Allah dan sesiapa yang menghinanya, akan dihina Allah, sehingga datang seorang lelaki, namanya seperti namaku. Maka ikuti dia pada urusan mereka, Allah akan menyokong dan menolongnya.” [17]

حدثنا الوليد عن أبي رافع عمن حدثه عن أبي سعيد الخدري رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه و سلم قال اسم المهدي اسمي

Disampaikan oleh Al-Walid dari Abi Rafi’ dari orang yang menyampaikan padanya dari Abi Sa’id Al-Khudri (ra), bahawa Nabi (S)- bersabda: “Nama bagi Al-Mahdi, adalah namaku.” [18]

حدثنا حمزة بن علي ، قال : حدثنا عبد الله بن محمد ، قال : حدثنا قاسم المطرز ، قال : حدثنا علي بن المنذر الطريقي ، قال : حدثنا محمد بن فضيل ، قال : حدثنا عثمان بن شبرمة ، عن عاصم ، عن زر ، عن عبد الله ، قال : قال النبي صلى الله عليه وسلم : « يخرج رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي وخلقه خلقي يملأها قسطا وعدلا كما ملئت جورا وظلما

Disampaikan oleh Hamzah bin Ali katanya, disampaikan oleh Abdullah bin Muhammad katanya, disampaikan oleh Qasim Al-Mathriz katanya, disampaikan oleh Ali bin Mundzir Al-Thariqi katanya, disampaikan oleh Muhammad bin Fudhail katanya, disampaikan oleh Usman bin Syarbamah dari ‘Ashim, dari Zirr, dari Abdullah katanya, Rasulullah (S) bersabda, “Akan muncul seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa dengan namaku, akhlaknya adalah akhlakku, dia akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan setelah dipenuhi dengan ketidakadilan dan kezaliman.” [19]

Disampaikan oleh Hamzah bin Ali dari Abdullah bin Muhammad dari Ja’far bin Muhammad as-Susi dan Ali bin Abbad Al-Muqani’i dan Qasim bin Zakaria, mereka mengatakan: Disampaikan oleh Abu Kuraib Muhammad bin Al-‘Ala` dari Abu Bakar bin ‘Ayasy dari ‘Ashim dari Zirr dari Abdullah bin Mas’ud, bahwa Rasulullah (S)- bersabda:

لا تذهب الليالي والأيام حتى يملك رجل من أهلي يواطئ اسمه اسمي

“Tidak akan lenyap lagi waktu malam maupun siang, sehinggalah berkuasa seorang lelaki dari keluargaku, yang namanya serupa dengan namaku.” [20]

Disampaikan oleh Hamzah bin Ali, dari Abdullah bin Muhammad, dari Qasim bin Zakaria Al-Muthriz dan Ahmad bin Abdullah bin Zaid Al-Habli, keduanya berkata: Disampaikan oleh Muhammad bin Humaid Al-Razi dari Abdullah bin Abdul-Quddus, dari A’masy, dari ‘Ashim, dari Zirr, dari Abdullah bahawa Nabi (S)- bersabda,

تقوم الساعة حتى يملك رجل من أهلي يواطئ اسمه اسمي يملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملئت جورا

“Tidak akan berdiri (berlaku) Al-Sa’ah (hari kiamat) sebelum berkuasa seorang lelaki dari keluargaku, yang namanya serupa dengan namaku, dia akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan setelah dipenuhi ketidakadilan.” [21]

Disampaikan oleh Hamzah bin Ali dari Abdullah bin Muhammad, dari Qasim Al-Muthriz, dari Ali bin Mundzir, dari Ishaq bin Manshur, dari Ja’far Al-Ahmar, dari Abu Ishaq Syaibani, dari ‘Ashim dari Zirr dari Abdullah, dari Nabi (S), bersabda:

لا تذهب الدنيا حتى يلي على أمتي رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي

“Dunia tidak akan lenyap sebelum datang kepada umatku seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang serupa namanya dengan namaku.” [22]

Disampaikan oleh Hamzah bin Ali, dari Abdulah bin Muhammad, dari Qasim, dari ‘Amr bin Ali, dari Yahya bin Said Al-Qathan, dari Sufyan, dari ‘Ashim,dari Zirr, dari Abdullah, bahawa Nabi (S) bersabda:

لا تذهب الدنيا حتى يملك العرب رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي

“Dunia tidak akan lenyap sebelum bangsa Arab dikuasai seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang serupa namanya dengan namaku.” [23]

Disampaikan Ibnu Affan, dari Ahmad, dari Said, dari Nashr, dari Ali, dari Syuaib atau orang lain dari Imran, dari Syamith, Al-Marwazi berkata:

اسمه اسم نبي ، وهو ابن إحدى ، أو اثنتين وخمسين سنة ، يقوم على الناس سبع سنين ، وربما قال : ثمان سنين

“Namanya nama Nabi, dan ia berusia 51-52 tahun berdiri di hadapan umat manusia selama tujuh tahun, Dan mungkin baginda bersabda selama delapan tahun.”

Disampaikan Ibnu Affan dari Qasim dari Ahmad dari Syuaib bin Ishaq  dari Imran bin Hudair dari Syamith. [24]

Disampaikan Hamzah bin Ali, dari Abdullah bin Muhammad, dari Ahmad bin Mas’ud Al-Wazzan (penyukat) pemerah susu, dari Muhammad bin Abdul-Malik Al-Daqiqi, dari Abu Ali Al-Hanafi, dari Muhammad bin ‘Ayasy bin ‘amru Al-‘Amiri, dari ‘Ashim dari Zirr dari Abdullah, bahawa Nabi (S)- bersabda:

لن تذهب الدنيا حتى يملك الدنيا رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي » قلت : يا أبا عبد الرحمن ما يواطئ ؟ قال : يشبه


“Dunia tidak akan lenyap selamanya sehingga dunia dikuasai seorang lelaki dari Ahli Baitku, yang namanya serupa dengan namaku.” Aku bertanya, “Hai Aba Abdur-Rahman, apakah “yuwâthi`”?” Jawabnya “mirip (serupa)”. [25]

Pada permulaan lsgi kita tahu bahawa namanya adalah Ahmad atau Muhammad Saya katakan pada kalimat “namanya adalah namaku” bahawa yang dimaksudkan Rasulullah (S) darinya adalah - Al-Mahdi, Muhammad bin Al-Hassan (as). Sedangkan kemiripan atau serupa (yuwâthi) yang dimaksudkan darinya adalah Ahmad Al-Hassan – adalah lebih kuat.



✡✡✡✡✡


-------------------------------------
[1] Al-Silsilah Al-Shahihah Nombor 1529. http://islamport.com/d/1/alb/1/19/136.html
[2] Perawi (periwayat): Abdullah bin Umar, Ahli hadits: Ibn Taimiyyah, Sumber: Minhaj Al-Sunnah, Halaman/No: 8/254, Hukum hadits: Sahih.
[3] Periwayat: Abdullah bin Mas’ud, Ahli hadits: Al-Mubaarakfuri, Sumber: Tuhfah Al-Ahwazhi, Halaman/No: 6/92, Hukum hadits: Tidak kurang dari darjat Hassan, ia telah banyak dibuktikan antara Hassan dan dhaif [Ianya] dengan sokongan-sokongan dan laporan murid-murid yang Saleh untuk mempertahankannya
[4] Perawi (periwayat): Abdullah, Ahli hadits:  Al-Albani, Sumber: Shahih Al-Tirmizhi, Halaman/No: 2230, Hukum hadits: Hassan Sahih.
 [5] Perawi (periwayat): Abdullah bin Mas’ud, Ahli hadits Ahmad Syakir, Sumber: Musnad Ahmad, Halaman/No: 6/74, Hukum hadits: sanadnya Sahih.
[6] Perawi (periwayat): Abdullah bin Mas’ud, Ahli hadits Ahmad Syakir, Sumber: Musnad Ahmad, Halaman/No: 5/197, Hukum hadits: sanadnya Sahih.
[7] Perawi (periwayat): Abdullah bin Mas’ud, Ahli hadits Ahmad Syakir, Sumber: Musnad Ahmad, Halaman/No: 5/199, Hukum hadits: sanadnya Sahih,
[8] Perawi (periwayat): Abdullah bin Mas’ud, Ahli hadits Ahmad Syakir, Sumber: Musnad Ahmad, Halaman/No: 6/139, Hukum hadits: sanadnya Sahih,
[9] Perawi (periwayat): Abu Hurairah dan Ibnu Mas’ud, Ahli hadits: Al-Albani, Sumber: Shahih Al-Jami’, Halaman/No: 8160, Hukum hadits: Hasan.
[10] Perawi (periwayat): Abdullah bin Mas’ud, Ahli hadits: Al-Albani, Sumber: Shahih Al-Mawardi, atau Halaman/No: 1573, Hukum hadits: Hasan sahih.
[11] Perawi (periwayat): Qurrah bin Iyas Al-Muzani, Ahli hadits: Al-Albani, Sumber: Al-Silsilah Al-Shahihah, Halaman/No: 1529, Hukum hadits: Sahih.dengan banyak jalan.
[12] Perawi (periwayat): Abdullah bin Mas’ud, Ahli hadits: Al-Albani, Sumber: Shahih Al-Jami’, Halaman/No: 7275, Hukum hadits: Sahih.
[13] Perawi (periwayat): Abdullah bin Mas’ud, Ahli hadits: Al-Albani, Sumber: Shahih Al-Tirmizhi, Halaman/No: 2231, Hukum hadits: Hasan sahih.
[14] Perawi (periwayat): Abdullah bin Mas’ud, Ahli hadits: Al-Wadi'i, Sumber: Al-Shahih Al-Musnad, Halaman/No: 891, Hukum hadits: Hasan.
[15] Perawi (periwayat): Abdullah bin Mas’ud, Ahli hadits: Ahmad Syakir, Sumber: Musnad Ahmad, Halaman/No: 5/199, Hukum hadits: sanadnya Sahih.
[16] Perawi (periwayat): Ahli hadits: - Ibn Al-Arabi, Sumber: ‘Aaradhah Al-Ahwazhi, Halaman/No: 5/73, Hukum hadits: Sahih.
[17] Fitan Al-Maruzi: No. Modern 904
[18] terpesona Al-Marwazi: No. hadits. 080. http://islamport.com/d/1/aqd/1/137/400.html
[19] Sunan yang terkandung dalam Al-Fitan oleh Al-Daniy: No. hadits 559. No. secara automatik ia dipersetujui untuk dicetak, Sumber kitab: Laman kumpulan hadits.
[20] Sunan yang terkandung dalam Al-Fitan oleh Al-Daniy: No. hadits565. No. secara automatik ia dipersetujui untuk dicetak.
[21] Ibid: Hadits No. 566.
[22] Ibid: Hadits No. 570.
[23] Ibid: Hadits No. 571.
[24] Ibid: Hadits No. 579.
[25] Ibid: Hadits No. 569.



 Bhg 3 << ✡✡✡✡✡ >> Bhg 5 (Bincang I)


Tiada ulasan: