Bahagian Kelima
Perbincangan Nama Al-Mahdi
(Pertama)
Kita sekarang bercakap mengenai sebahagian pendapat
tentang Bukti Kebenaran melainkan ada sebahagian yang menimbulkan ketentuan
yang masyhur (yang ditakwil) di sisi Al-Sunnah bahawa nama Al-Mahdi adalah Muhammad
bin Abdullah
Bin Baz mengatakan:
“Jika kebenaran dan suara-suara adalah apa yang diperlihatkan
keutamaannya yang dibincangkan di sini, sebagaimana yang dijelaskan ahli-ahli ilmu,
maka perkara Al-Mahdi sudah jelas bahkan hadits-haditsnya mutawatir dan saling
memperkukuh. Banyak ulama yang mengungkapkan kemutawatirannya, Sebagaimana yang
diriwayatkan Profesor (Al-Ustaz) dalam artikel ini, ianya mutawatir secara maknawi
kerana banyaknya jalur, berbagai kalangan, riwayat dan lafaznya. Ini benar-benar
menunjukkan bahawa peribadi yang dijanjikan itu adalah perkara yang kukuh, dan
kemunculannya benar, iaitu Muhammad bin Abdullah Al-‘Alawi Al-Hasani…” [1]
Sebenarnya
ia hanya mendedahkan keraguan-keraguan, walaupun keraguan ini pada nama yang
diterima umum, apakah ia adalah alasan bagi orang yang berilmu?
Asal
keraguan ini adalah kerana keraguan salah satu daripada dua perkara
Pertama, riwayat-riwayat yang
menyebut nama Al-Mahdi adalah Muhammad bin Abdullah iaitu:
Dibawakan
oleh Ibnu Al-Munadi dalam kitab Al-Malahim; Dari Ali (ra) katanya:
ليخرجن رجل من ولدي عند اقتراب الساعة, حتى تموت
قلوب المؤمنين كما تموت الأبدان, لما لحقهم من الضرر والشدة والجوع والقتل وتواتر
الفتن والملاحم العظام وإماتة السنن و إحياء البدع وترك الأمر بالمعروف والنهي عن
المنكر , فيحيي الله بالمهدي محمد بن عبدالله السنن التي قد أميتت , وتسر بعدله
وبركته قلوب المؤمنين, و تتآلف إليه عصب العجم وقبائل من العرب, فيبقى على ذلك
سنين ليست بالكثيرة, دون العشرة ثم يموت
“Akan muncul seorang dari anak keturunanku apabila
Al-Saah (hari kiamat) sudah dekat, sehingga hati orang-orang beriman mati
sebagaimana badan-badan yang mati. Ketika mereka mengenai bencana dan kepayahan,
kelaparan, peperangan, fitnah yang berterusan, pembunuhan besar-besaran, sunnah
dimatikan, bid’ah dihidupkan, amar ma’ruf nahi munkar ditinggalkan, maka Allah menghidupkan
Muhammad bin Abdullah sunnah-sunnah yang telah mati. Dan menyenangkan dengan
keadilan dan memberkati hati orang-orang beriman, menyatukan suku-suku Arab dan
ajam (bukan Arab). Ia tinggal tidak lama beberapa tahun dalam waktu kurang dari
sepuluh tahun sesudah itu, ia meninggal dunia.” [2]
Khabar
(hadits) mursal: Abu Ya’la Al-Baidhawi relah mengulas hadits ini dengan
katanya bahawa:
“Atsar
(ucapan sahabat) yang tertulis tidak dikaitkan dengan orang yang berkata, dan Syeikh
Ahmad Al-Ghimari telah mengaitkannya dengan Ali (ra) di dalam kitab Al-Ibriz.” [3])
Khabar
yang lain adalah:
Dikeluarkan
oleh Ibnu Jarir dalam kitab Tahdzib Al-Atsar, iaitu:
و وليكم الجابر خير أمة محمد, ألحقوه بمكة فانه
المهدي, واسمه محمد بن عبدالله, يخرج إليه الأبدال من الشام وعصب أهل المشرق,كأن
قلوبهم زبر الحديد, رهبان الليل ليوث بالنهار
“Kalian akan dipimpin oleh sebaik-baik umat
Muhammad, Susulilah ia di Mekah! Dia adalah Al-Mahdi! Namanya Muhammad bin
Abdullah, Keluar kepadanya Al-Abdal dari Syam dan kekuatan para penduduk timur.
Hati mereka bagai kepingan besi, beribadah di malam hari dan menjadi singa di
siang hari”. [4]
Apabila
diperhatikan hadits ini tidak dapat dinisbatkan (dikaitkan), bahkan mengenepikan bahagian
kedudukan perawinya. Pada zahirnya adalah dari Huzhaifah, yang bercelaru matannya
bagi kata-katanya dalam Al-Fitan Al-Dani dengan lafaz Ahmad bin Abdullah dengan
perbezaan pada baki lafaz hadits, iaitu.
Disampaikan
oleh Abu Muhammad Abdullah bin ‘Amru Al-Maktab, membacakan kepada saya,
katanya: disampaikan oleh ‘Atab bin Harun, dari Al-Fadhil bin ‘Ubaidillah, dari
Abdul-Shamad bin Muhammad Hamadani, dari Ahmad bin Sinan Al-Qalanasi di Halb,
dari Abdul-Wahab Al-Khazaz Abu
Ahmad Al-Raqi, dari Musallamah bin Tsabit, dari Abdur-Rahman, dari Sufyan Al-Tsauri,
dari Qais bin Muslim, dari Rub’I bin Harasy, dari Huzhaifah,
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « تكون وقعة
بالزوراء » قالوا : يا رسول الله وما الزوراء ؟ قال : « مدينة بالمشرق بين أنهار
يسكنها شرار خلق الله وجبابرة من أمتي ، تقذف بأربعة أصناف من العذاب : بالسيف ،
وخسف وقذف ومسخ » وقال صلى الله عليه وسلم : الى ان يقول ...... فعند ذلك ينادي من
السماء مناد : أيها الناس إن الله عز وجل قد قطع عنكم مدة الجبارين والمنافقين
وأشياعهم وأتباعهم وولاكم خير أمة محمد صلى الله عليه وسلم ، فالحقوا به بمكة فإنه
المهدي واسمه أحمد بن عبد الله قال حذيفة : فقام عمران بن الحصين الخزاعي فقال :
يا رسول الله كيف لنا بهذا حتى نعرفه ؟ فقال : » هو رجل من ولدي كنانة من رجال بني
إسرائيل ، عليه عباءتان قطوانيتان ، كأن وجهه الكوكب الدري في اللون ، في خده
الأيمن خال أسود ، بين أربعين سنة
Rasulullah (S) bersabda: “Akan ada kejutan di Zauraa`?”
Mereka bertanya, “Ya Rasulullah Apakah Zauraa’ itu?” Baginda bersabda “Sebuah
kota (Baghdad) di Timur di antara sungai-sungai, yang dihuni makhluk Allah yang
jahat dan para penguasa zalim dari umatku. Akan ditimpa empat macam azab;
dengan pedang, kegerhanaan, fitnah-memfitnah dan pencemaran.” Dan Rasulullah (S)
bersabda sampai pada perkataan…, “Ketika itu diserukan dari langit, seruannya “Wahai
manusia! Sesungguhnya Allah AWJ memenggal dari kalian tempoh masa para penguasa
dan kaum munafik serta para pengikut mereka, dan kalian akan menjadi pengikut dan
dipimpin oleh sebaik-baik umat Muhammad (S). Maka susullah ia di Mekah! Dialah Al-Mahdi,
namanya Ahmad bin Abdullah!” Huzhaifah berkata, “Lalu Imran bin Al-Hashin Al-Khuza’i
berdiri dan bertanya, “Ya Rasulullah, dengan demikian bagaimana kami dapat
mengenalnya?” Baginda bersabda, “Dia adalah seorang lelaki dari anak
keturunanku. Ia kelihatan seolah-olah dari lelaki Bani Israil, ia mengenakan
dua helai kain katun (Quthwanatan). Wajahnya bagai bintang berkilau, di pipi
kanannya terdapat tahi lalat hitam, berusia empat puluh tahun.” [5]
Ini
adalah hadits dha’if. Abdul-Basith bin Yusuf Al-Gharib berkata:
“Abdul-Shamad
tidak kuat, dia menjelaskan dengan lisan dan Al-Fadhil jika dia adalah Al-Humairi,
maka dia dituduh berdusta, dan jika dia adalah Al-Yasykuri maka dia dha’if. Dan
‘Atab tidak ditemukan penjelasannya, begitu juga Ahmad bin Sinan, Abdul-Wahab
dan Muslamah, [6]
Doktor
Abdul-Alim Al-Bastawi mengatakan:
“Rijal
(para perawi) hadits ini pada Isnadnya: Abdullah bin ‘Amru Al-Maktab, Al-Fadhil
bin ‘Ubaidillah, Abdush-Shamad bin Muhammad Al-Hamadani, Ahmad bin Sinan Al-Qalansi,
Abdul-Wahab Al-Khazaz Al-Raqi, Musallamah bin Tsabit, tidak ditemukan
keterangan peribadi (biografi) mereka. Dibawakan perenggan pertama darinya (hadits)
oleh Al-Khatib dalam kitab Tarikh Baghdad, juz 1, hal 578, sampai pada kalimat
“qazhaf wa masakh” (fitnah-memfitnah dan pencemaran). Dari jalurnya, diriwayat
oleh Ibnu Al-Jauzi dalam kitab Al-Maudhu’at, 2/65/69, dan disebutkan sebahagian
darinya oleh Al-Qurthubi dalam At-Tazhkirah, hal 718-719, dan disebutkan dari Al-Hafizh
Ibnu Al-Dahiyah bahawa Hukum (nilai) hadits itu Al-Wadh’u (pendustaan
riwayat). Kesimpulannya, Isnadnya dha’if, di dalamnya sejumlah orang yang tidak
didapati keterangan peribadi (biografi) dan matannya kelihatan Al-Wadh’u
(pendustaan riwayat) dan pemalsuan.
Wallahu a’lam.”
[7]
Kelihatannya
Bin Baaz mengikut Ibnu Taimiyah tanpa mengkaji dan berfikir dalam mengucapkannya
bahawa Al-Mahdi, namanya adalah Muhammad bin Abdullah Al-Hasani. Padahal di
dalam kitab-kitab Al-Akhbar (Hadits) Al-Sunnah tidak terdapat pernyataan dengan
tegas dari Ibn Al-Hasan, tetapi dikatakan dengan pasti dan kukuh sebagai anak
Fatimah dari anak keturunan Ali.
Ibnu
Taimiyah berkata: “Ketiga: Lafaz hadits itu menghujjah kamu, bukan hujjah bagi kamu.
Kerana lafaznya adalah “serupa (mirip) namanya dengan namaku, dan nama ayahnya
dengan nama ayahku”. Maka Al-Mahdi yang dikhabarkan Nabi (S), namanya adalah
Muhammad bin Abdullah, bukan Muhammad bin Al-Hasan. Diriwayatkan dari Ali (ra):
“Dia dari anak keturunan Al-Hasan bin Ali, bukan dari Al-Husein bin Ali.” [8]
Abu
Ya’la Al-Baidhawi dalam kitab Al-‘Urf Al-Wardi mengatakan:
“Dibawakannya oleh Abu Daud (4290), ia adalah hadits
dha’if. dalam kitab Al-‘Urf Al-Wardi.” no 15. [9]
Dalam
dalam mengulas, hadits no 15 dalam kitab Al-‘Urf Al-Wardi juga mengatakan:
“Dibawakannya
oleh Abu Daud (4290) dan Na’im bin Hammad dalam kitab Al-Fitan (1113) dari Ali (ra),
bahawa dia melihat ke putranya, Al-Hasan (ra), dan berkata, “Putraku ini adalah
seorang pemuka sebagaimana yang telah disebut oleh Nabi (S), bahawa akan keluar
dari sulbinya seorang lelaki yang namanya nama Nabi kamu (S). Ia sama dalam
akhlak, tidak dalam rupa.” Kemudian beliau menambah, “Ia akan memenuhi bumi
dengan keadilan.”
Al-Mundziri
dalam Al-Mukhtashar (4121) mengatakan: “Hadits ini munqathi’ (terputus).
Abu Ishaq Al-Sabi’i bermimpi melihat Ali (ra).”
Abu
Daud berkata: “Hadits dari Harun bin Mughirah, - sampai akhir - dan isnad Naim juga ada di dalamnya
terdapat dua tempat yang kabur dan terputusnya antara Muhammad Al-Baqir dan
datuknya, Ali (ra).- sampai akhir.” Al-Albani berkata: “Sanadnya lemah (dha’if.)”
didha’ifkan oleh Abi Daud 924 [10]
Sedangkan
hadits-hadits yang menyatakan bahawa dia (Al-Mahdi) dari anak keturunan Al-Hasein,
banyak jumlahnya.
وعن حذيفة رضي الله عنه قال: خطبنا رسول الله صلى
الله عليه وسلم فذكرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بما هو كائن، ثم قال: "
لو لم يبق من الدنيا إلا يوم واحد لطول الله عز وجل ذلك اليوم، حتى يبعث في رجلا
من ولدي اسمه اسمي " .فقام سلمان الفارسي رضي الله عنه فقال: يا رسول الله،
من أي ولدك؟ قال: " هو من ولدي هذا " ، وضرب بيده على الحسين عليه
السلام.أخرجه الحافظ أبو نعيم، في صفة المهدي
Dari Huzhaifah (ra); “Rasulullah (S) berkhutbah kepada
kami, lalu baginda menyebutkan apa yang terjadi, kemudian baginda bersabda,
“Sekiranya dunia tak tersisa lagi waktunya kecuali satu hari, niscaya Allah
akan memanjangkan hari itu hingga dimunculkan seorang lelaki dari anak
keturunanku, namanya adalah namaku” Salman Al-Farisi (ra) berdiri dan berkata,
“Ya Rasulullah, dari anakmu yang mana?” baginda bersabda “Ia dari anakku yang
ini”, sambil tangannya menunjuk kepada Al-Husein (as). (Dibawakannya oleh Al-Hafidz
Abu Naim dalam kitab Shifah Al-Mahdi.” [11]
Diriwayatkan
dari hadits Abul Hasan Al-Rab’i Al-Maliki lebih lengkap darinya, juga dari Huzhaifah,
bahawa Rasulullah (S) bersabda:
لو لم يبق من الدنيا إلا يوم واحد، لبعث الله فيه
رجلا اسمه اسمي، وخلقه خلقي يكنى أبا عبد الله، يبايع له الناس بين الركن والمقام
يرد الله به الدين، ويفتح له فتوح، فلا يبقى على وجه الأرض إلا من يقول: لا إله
إلا الله " .فقام سلمان فقال: يا رسول الله من أي ولدك؟ قال: من ولد ابني
هذا، وضرب بيده على الحسين
“Sekiranya dunia tak tersisa lagi waktunya kecuali
satu hari, sungguh pada hari itu Allah mengutus seorang lelaki namanya adalah
namaku, dan rupanya adalah rupaku. Dikenali sebagai Aba Abdillah. Manusia
berbaiah kepadanya di antara Rukun dan Maqam. Allah serahkan agama kepadanya
dan dibukakan padanya pembukaan-pembukaan. Maka tiada satu wajah pun di muka
bumi melainkan mengatakan: “La Ilaha Illa Allah!” Salman berdiri dan bertanya,
“Ya Rasulullah, dari anakmu yang mana?” baginda bersabda “Ia dari anakku yang
ini”, sambil tangan baginda menunjuk kepada Al-Husein.” [12]
وعن جابر بن يزيد الجعفي، قال: قال أبو جعفر عليه
السلام: يا جابر، الزم الأرض ولا تحرك يدا ولا رجلا، حتى ترى علامات أذكرها لك
.... قال: والمهدي، يا جابر، رجل من ولد الحسين، يصلح الله له أمره في ليلة واحدة
“Dari Jabir bin Yazid Al-Ja’fi katanya, Abu Ja’far (as)
berkata: “Hai Jabir, Berdiamlah di tempat, jangan menggerakkan tangan dan kaki
sampai engkau melihat tanda-tanda yang akan kusebutkan bagimu…..” Kemudian
beliau berkata, “Hai Jabir, Al-Mahdi adalah seorang lelaki dari anak keturunan Al-Husein.
Allah akan menyelesaikan urusannya dalam satu malam.” [13]
Amirul
Mu`minin Ali bin Abi Thalib as berkata: “Ada tiga macam panji; panji di Maghribi,
celakalah bagi Mesir dan apa yang tinggal di sana dari mereka. panji di Al-Jazeera
dan panji di Syam, fitnah akan berlanjut di antara mereka dalam setahun…”
Kemudian berkata,
ألا أصفه لكم، ألا وإن الدهر فينا قسمت
حدوده، ولنا أخذت عهوده، وإلينا ترد شهوده، ألا وإن أهل حرم الله عز وجل سيطلبون
لنا بالفضل من عرف عودتنا فهو مشاهدنا، ألا فهو أشبه خلق الله عز وجل برسول الله
صلى الله عليه وسلم واسمه على اسمه، واسم أبيه على اسم أبيه، من ولد ابنة محمد،
صلى الله عليه وسلم من ولد الحسين، ألا فمن تولى غيره لعنه الله
Mahukah aku gambarkan dia pada kalian? Sesungguhnya pada
kami masa telah terbahagi batasan-batasannya, dan kami telah mengambil
perjanjian-perjanjiannya, dan kepada kami akan kembalinya saksi-saksi.
Sesungguhnya orang yang dimuliakan Allah AWJ akan mencari kami terutamanya orang
yang mengetahui tuntutan kami, dialah yang menyaksikan kami. Dialah seorang makhluk
Allah AWJ yang paling mirip dengan Rasulullah (S). Namanya adalah nama baginda dan
nama ayahnya adalah nama ayah baginda, dari anak keturunan puteri Muhammad (S),
dari anak keturunan Al-Husein. Siapa yang berwilayah pada selain dia, akan dilaknat
Allah.”. [14]
وعن عبد الله بن عمرو، رضي الله عنه قال: يخرج
المهدي من ولد الحسين، من قبل المشرق، لو استقبلته الجبال لهدمها، واتخذ فيها طرقا
Dari Abdullah bin ‘Amru (ra) berkata: “Al-Mahdi dari
anak keturunan Al-Husein akan muncul dari Timur. Sekiranya gunung berhadapan
dengannya, akan dihancurkan olehnya dan dia akan membuat jalan.” [15]
حدثنا رشدين عن ابن لهيعة عن أبي قبيل قال يخرج رجل
من ولد الحسين لو استقبلته الجبال الرواسي لهدها واتخذ فيها طرقا
Rusydin menyampaikan dari Ibn Lahi’ah dari Abu
Qubail; “Akan muncul seorang lelaki dari anak keturunan Al-Husein, sekiranya
gunung yang kukuh berhadapan dengannya akan dihancurkan olehnya dan dia akan membuat
jalan padanya.
[16].
حدثنا سعيد أبو عثمان عن جابر عن أبي جعفر قال إذا
اختلف كلمتهم وطلع القرن ذو الشفا لم يلبثوا إلا يسيرا حتى يظهر الأبقع بمصر
يقتلون الناس حتى يبلغوا أرم ثم بثور المشوه عليه فتكون بينهما ملحمة عظيمة ثم
يظهر السفياني الملعون فيظهر بهما جميعا ويرفع قبل ذلك ثنتي عشرة راية بالكوفة
معروفة ويقبل بالكوفة رجل من ولد الحسين يدعوا إلى أبيه ثم يبث السفياني جيوشه
Said Abu Ustman
menyampaikan dari Jabir dari Abi Ja’far: “Apabila urusan mereka berbeza dan muncul
tanduk yang tajam (Al-Qarn Zhu Al-Syafa), tidak lama kemudian bagi mereka
muncul Al-Abqa’ di Mesir. Mereka membunuh manusia hingga sampai ke Aram. Kemudian si jelek
(Butsur - berparut) akan memberontak dan akan terjadi pertempuran besar-besaran
di antara mereka. Kemudian akan muncul Sufyani yang terlaknat yang muncul dari
kalangan mereka. Kemudian 12 panji akan diangkat di Kufah yang dikenali dan
seorang lelaki dari anak Al Hussain akan datang dan menyeru kepada bapanya dan
kemudian Sufyani akan menghantar tenteranya.” [17]
-----------------------------------
[1] laman rasmi Bin Baz mengulas
pada perbincangan bertajuk (Aqidah Al-Sunnah dan Atsar mengenai Al-Mahdi dan
Al-Muntadzar)
[2] Al-‘Arif Al-Wardi ditahqiq
(dibenarkan) Abu Ya’la Al-Baidhawi Hadits No. 249-
[3] Ibid: Sumber Hadits sebelum
[4] Al-‘Arif Al-Wardi ditahqiq
(dibenarkan) Abu Ya’la Al-Baidhawi Hadits No. 83 http://islamport.com/d/1/ajz/1/160/528.html
[5] Kitab: Sunan Al-Wardah
dalam Al-Fitan oleh Al-Daani Bab Apa Yang Diriwayatkan Dalam Perbalahan Yang
Berlaku Di Al-Zauraa’ Dan Yang Berkaitan Dengannya Dari Perbalahan-Perbalahan,
Pembunuhan-Pembunuhan, Tanda-Tanda dan yang mewakili kepada dua Kitab bernombor
secara automatic dan Hadits automatik No 598
[6] Sebahagian Hadits dalam
Hadits-hadits Huzhaifah dalam Al-Fitan, Hadits No. 224 oleh Abdul Basith bin Yusuf
Al-Gharib
[7] Istilah dalam hadits-hadits
Imam Mahdi, yang lemah dan maudhuk - Doktor Abdul ‘Alim Abdul ‘Adzim Al-Bastawi
- halaman 119
[8] Minhaj Al-Sunnah Al-Nabawiyah
Fi Naqadh Kalam Al-Syi’ah Wal-Qadariah (4/87) Terbitan Dr. Rashad Salim Cetakan
Dar Al-Kitab Al-‘Alamiyah Al-Jadidah (2\187) dan al-haqqah Al-Baidhawi Biakhar
Al-‘Arif Al-Wardi
[9] Ibid.
[10] Al-‘Arif Al-Wardi http://islamport.com/d/1/ajz/1/160/527.html
[11] ‘Uqud Al-Durur Bab pertama
dalam menerangkan bahawa dia dari keturunan Rasulullah (S) dan ‘Itrah baginda halaman (1/5)
[12] Uqud Al-Durur Bab pertama
dalam menerangkan bahawa dia dari keturunan Rasulullah (S) dan ‘Itrah baginda halaman (1/6)
[13] Uqud Al-Durur dalam Fasal
II Fi Al-Khusuf Fil Al-Baida’ dan hadits Sufyani (1/21) http://islamport.com/d/1/aqd/1/256/1002.html
[14] Ibid. galaman (1/22)
[15] Uqud Al-Durur dalam Fasal
Ketiga pada apa yang berlaku dari perbalahan dan penaklukan yang diriwayatkan dan
dikeluarkan dari Hadits-hadits yang dinyatakan di atas sebelum ini (1/49) http://islamport.com/d/1/aqd/1/256/1003.html
[16] Fitan al-Marwazi (Al-Maruzi)
Hadits-No. 1101 -
[17] Fitan oleh Al-Maruzi Hadits-No.
836 -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan