Sabtu, 5 Mac 2022

5.27 Adakah Kisah Nabi Allah, Aiyub (Job), Telah Diriwayatkan Oleh Bangsa Sumer Sebelum Ia Berlaku?

 

Adakah Kisah Nabi Allah, Aiyub (Job), Telah Diriwayatkan Oleh Bangsa Sumer Sebelum Ia Berlaku?


 

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kisah-kisah bangsa Sumer atau Akkad hanyalah berita-berita ghaib (metafizik) tentang kisah-kisah sebenar yang akan terjadi selepas zaman bangsa Sumer, di sepanjang perjalanan agama Ilahi.

 

Sesiapa yang telah membaca tablet tanah liat Sumer akan dapat melihat bahawa ia menyebut para Nabi dan Rasul yang datang pada era selepas tamadun Sumer. Sebuah contoh akan perkara ini adalah tablet yang menyebutkan kisah Nabi Aiyub (as) sebelum beliau dilahirkan. Kisah Aiyub juga disebutkan di dalam Taurat dan Quran.

         

Semua tablet tanah liat dan serpihan tanah liat itu di mana risalah Sumer ini dicatatkan pada zamannya hingga lebih dari lebih dari seribu tahun sebelum Kitab Aiyub ditulis.” [3]

 

Berikut adalah petikan dari kisah Aiyub, seperti yang ditulis di dalam tablet Sumer, lama sebelum

 

_____________________

3. Sumber (Kramer - dari tablet Sumer).

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 355

 

 

kelahiran Aiyub:

 

“Aku, orang yang berakal bijaksana, mengapa aku terikat pada peristiwa-peristiwa bodoh?

                    

Aku, orang yang berakal lagi arif, mengapa aku termasuk di antara yang bodoh?

 

Makanan banyak dan ada di mana-mana, namun makananku adalah kelaparan,

 

Pada hari dibahagi-bahagikan bahagian, bahagian yang diberikan kepadaku ialah siksaan dan kesakitan.

 

Ya Tuhan, aku akan berdiri di hadapanmu,

 

Aku ingin berbicara kepada Mu.... kata-kataku adalah rintihan dan keluhan, aku ingin menyampaikan kepada Mu perkaraku dan meratapi kepahitan jalanku.

 

Aku ingin meratapi gangguan....,

Lihatlah, jangan biarkan ibuku yang melahirkanku berhenti meratap di hadapanmu. 

 

Untuk menghalang adikku daripada menyanyikan lagu gembira, lalu tidak menyanyikannya..

 

Untuk menangis dan meratapi nasib malangku saya di hadapanMu.

 

Biarkan isteriku menyuarakan kesedihanku yang pedih.

 

Biarkan penyanyi hebat meratapi nasib pahitku ......

 

Air mata, ratapan, keresahan, dan gundah bersarang di dalam diriku,

 

Seksa dan pedih merenungku, kerana hanya air mata yang ditakdirkan untuknya.

 

Penyakit ganas melanda tubuhku...

 

Ya Tuhanku, Engkaulah Bapaku yang melahirkanku, bantulah aku untuk bangkit...

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 356

 

 

Berapa lama lagi Engkau akan meninggalkanku dan kekal tanpa bimbingan?

 

Mereka mengatakan perkataan yang haq dan benar: Tidak ada anak yang dilahirkan oleh seorang ibu tanpa dosa.

 

Kanak-kanak yang tidak berdosa itu tidak wujud sejak dahulu lagi.....”

 

Seorang lelaki - tuhannya mendengar tangisannya dan air matanya,

 

Pemuda itu, keluhan dan parutnya, dapat menenangkan hati tuhannya.

 

Dia mengusir syaitan yang berpenyakit yang menatapnya, dan mengembangkan sayapnya ke atasnya.

 

Dan penyakit yang menimpanya seperti... telah menghilang dan menyebar,

 

Dan digantikan nasib buruk yang ditakdirkan untuknya, dengan gelombang yang berdesir

 

Dan siksaan lelaki itu digantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan."[1]

 

____________________

[1] Sumber (Kramer - daripada tablet Sumer).

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: