Alam Berbagai (Multiverse)
Telah ditunjukkan bahawa terdapat kebingungan
yang jelas atau sekurang-kurangnya, beberapa perkara yang kabur di dalam
mekanik kuantum, terutamanya berkaitan dengan kebarangkalian dan
ketidaktentuan. Tiada jawapan yang meyakinkan untuk semua orang samada Bohr,
Heisenberg atau yang lain berkenaan takdir kemungkinan lain yang dijangkakan
untuk zarah atau gelombang, yang tidak direkodkan dalam pemerhatian dan ketika
keruntuhan fungsi gelombang. Untuk menyelesaikan dilema ini, seorang pelajar
pasca siswazah di
Universiti Princeton bernama Hugh Everett telah membentangkan teori alam
berbagai.
"Kepentingan hasil kerja Everett, yang diterbitkan pada tahun 1975,
ialah beliau mengambil idea yang kelihatan karut dan meletakkannya di atas asas
matematik yang kukuh dengan menggunakan peraturan teori kuantum yang telah
ditetapkan. Adalah satu perkara untuk membuat spekulasi tentang sifat alam
semesta, namun menjadi perkara yang berbeza untuk mengembangkan spekulasi
tersebut menjadi teori realiti yang lengkap dan konsisten.”
Semua kemungkinan peristiwa yang lain - atau
kita boleh menyebutnya sebagai realiti alternatif - wujud dalam alam berbagai
ini, walaupun kita tidak dapat melihat satu pun daripada kemungkinan tersebut.
Sudah tentu, ini adalah realiti yang kita sedang alami dan lihat sekarang. Oleh
itu, daripada menjawab
_______________________
[1] Sumber (Griben - Mencari Kucing Schrödinger):
ms 258
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 529
secara tidak logik dengan menyatakan bahawa
kemungkinan yang lain tersebut menghilang pada saat pemerhatian dan bahawa saat
pemerhatian tersebut telah mencipta salah satu kemungkinan - iaitu realiti yang
kita alami - dan menghilangkan yang lain - realiti alternatif - dan daripada
memberikan pemerhati dan proses pengukuran pengaruh yang tidak dapat difahami
dalam mencipta realiti dan membuat satu lagi hilang, Hugh memperkenalkan
penjelasan yang menyatakan bahawa semua kemungkinan tersebut wujud dalam
realiti dan telah direalisasikan, tetapi di dunia lain atau alam semesta lain.
Ini bermakna tiada keruntuhan dalam fungsi gelombang. Sebaliknya, lebih
daripada satu realiti sebenar wujud, tetapi dalam dunia dan alam semesta yang
berbeza, yang muncul dalam gangguan yang boleh diukur pada tahap kuantum,
apabila kita mengukur zarah. Contohnya, apabila kita memilih salah satu
daripada imej realistik ini dan memerhatikannya, proses pemerhatian yang sama
menghalang kita daripada melihat dan mengukur imej realistik yang lain. Atas
sebab ini, kita dapat mengukur dan memerhati salah satu imej yang realistik.
Ini bermakna bahawa dalam eksperimen dua
celahan, apabila satu elektron dihantar ke arah kedua-dua celahan dan skrin
latar sedang merekodkan gangguan, terdapat, pada hakikatnya, zarah yang masuk
dari celahan pertama dan zarah masuk dari celahan kedua. Walau bagaimanapun,
apabila kita memerhati kedua-dua celahan dan melihat zarah melintasi hanya
salah satu daripadanya, apa yang berlaku ialah kita melihat apa yang berlaku di
salah satu alam semesta manakala apa yang berlaku di alam semesta yang lain
disembunyikan daripada kita dan kita hanya dapat melihat zarah yang kita
perhatikan di alam semesta pertama.
Ini sebenarnya bukan sahaja menunjukkan
kewujudan banyak alam semesta, tetapi ia juga bermakna bahawa satu zarah
mempunyai lebih daripada satu kewujudan.
Dalam erti kata lain, ia mempunyai sekurang-kurangnya satu kewujudan di
setiap alam semesta dan oleh itu, kita juga wujud di alam semesta lain.
Paling ketara, akibatnya, kausalitas telah
dipulihkan ke dalam mekanik kuantum dan peristiwa kuantitatif telah menjadi
munasabah dan logik.
“KUCING SCHRÖDINGER:
Sukar untuk
memahami maksudnya apabila kita bercakap tentang keruntuhan fungsi gelombang
seluruh alam semesta, tetapi lebih mudah untuk melihat mengapa pendekatan
Everett mewakili satu langkah ke hadapan jika kita melihat contoh yang lebih
sederhana. Pencarian kami untuk kucing sebenar yang tersembunyi di dalam kotak
paradoks Schrödinger telah berakhir, kerana kotak itu hanya memberikan contoh
yang saya perlukan untuk menunjukkan kuasa tafsiran mekanik kuantum ke atas
alam berbagai. Kejutan tersebut adalah laluan itu tidak membawa kepada hanya
seekor kucing sebenar, tetapi dua.
Persamaan mekanik
kuantum memberitahu kita bahawa di dalam kotak eksperimen pemikiran terkenal
Schrödinger terdapat versi fungsi gelombang "kucing hidup" dan
"kucing mati" yang sama nyata.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 530
Tafsian Everett
menerima persamaan kuantum sepenuhnya pada nilai muka dan mengatakan bahawa
kedua-dua kucing tersebut adalah nyata. Ada kucing hidup, dan ada kucing mati;
namun kedua-duanya terletak di dunia yang berbeza. Atom radioaktif di dalam
kotak bukan sekadar mempunyai satu pilihan sahaja, iaitu samada mereput atau
tidak, tetapi hakikatnya ia adalah kedua-duanya. Menghadapi keputusan ini,
seluruh alam semesta ini berpecah kepada dua versi dirinya, sama dalam semua
aspek kecuali dalam satu versi atom mereput dan kucing tersebut mati, manakala
di satu versi lagi atom tidak mereput dan kucing tersebut hidup. Kedengarannya
seperti fiksyen sains, tetapi ia jauh lebih mendalam daripada fiksyen sains,
dan ia berdasarkan persamaan matematik yang sempurna, akibat yang konsisten dan
logik untuk mengambil mekanik kuantum secara literal.”[1]
Dalam penyelesaian lama untuk masalah ini,
peristiwa atau kemungkinan akan menjadi terkumpul dan semuanya dapat dijangka.
Pada masa pemerhatian, peristiwa-peristiwa ini melepaskan diri dari satu sama
lain dan hanya satu daripadanya muncul (menjadi realiti) kepada pemerhati tanpa
penjelasan untuk kehilangan peristiwa atau kemungkinan yang lain (realiti
alternatif). Seolah-olahnya tidak ada peristiwa yang benar dalam penjelasan
Copenhagen.Berkenaan penyelesaian oleh Hugh Everett, semua peristiwa atau
kemungkinan tetap berlaku dan tidak mewujudkan proses pemerhatian atau
pengukuran peristiwa tanpa peristiwa lain. Pada masa pemerhatian, semua
kemungkinan atau kejadian berlaku dan tercipta, namun ia berlaku di dalam lebih
daripada satu alam semesta. Apa yang kita perhatikan hanyalah peristiwa yang
terdapat di dalam salah satu dari alam ini. Ini bermakna bahawa semua
kemungkinan yang ada telah menjadi realiti mengikut penjelasan alam berbagai,
namun kita hanya melihat apa yang kita perhatikan—iaitu, apa yang sedang
berlaku. Oleh itu, penyelesaian alam berbagai
mungkin telah menamatkan masalah kemungkinan dan kehilangan kemungkinan
tersebut. Atau, seperti yang disebutkan
oleh Einstein: "Tuhan tidak bermain dengan dadu".
Jelaslah bahawa penerangan tentang alam
berbagai adalah lebih logik kerana ia tidak menghapuskan prinsip
sebab-akibat. Ia menunjukkan kewujudan
lebih daripada satu realiti. Oleh itu,
apabila kita memerhatikan alam ini, ia bermaksud kita telah memilih satu
realiti dan ia menjadi sebahagian daripada alam semesta kita. Dalam menerangkan
alam berbagai, masa lalu telah ditentukan, tetapi ia adalah masa lalu atau
sejarah untuk lebih daripada satu alam. Pemerhatian kita telah menentukan
sebuah sejarah yang khusus untuk alam kita, yang mana kita hidup di dalam
sejarah sebenar tersebut, dan oleh itu, sejarah sebenar tersebut kekal sebagai
sebuah realiti yang terpisah dari kita
akibat dari pemerhatian. Ini bermakna, sekurang-kurangnya, diagnosis kita ke
atas sejarah dentuman besar tidak bermakna kemungkinan atau sejarah itu hilang
sehingga menyebabkan ia tidak akan kembali.
Ini kerana semua
_______________________
[1] Sumber (Griben - Mencari kucing
Schrödinger): ms 257
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 531
kemunginan atau sejarah tersebut adalah
sejarah sebenar dan itulah sebabnya ia wujud sebagai alam yang menjadi
sebahagian dari alam semesta super dan alam kita adalah sebahagian daripadanya
juga. Masa depan adalah mustahil untuk diketahui berdasarkan penjelasan alam
berbagai, kerana ia bercabang kepada beberapa laluan dan kita akan berada di
dalam salah satu daripadanya pada masa tertentu di masa hadapan.
Ini mengingatkan kita kepada kata-kata yang
diucapkan hampir 1400 tahun dahulu:
﴿ يَمْحُو اللّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبتُ وَعِندَهُ أُمُّ الْكتَاب﴾.
[Allah menghapuskan apa jua yang
dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan pada sisiNya ada Ibu Kitab.] [Quran 13:39].
Fizik hari ini mengesahkan kesahihan Al-Quran.
Malah, ia turut mengesahkan kesahihan kaedah keturunan Muhammad (as), kerana
tidak ada orang lain kecuali mereka yang telah menjelaskan ayat ini pada
awalnya. Penentang Ahl Al-Bayt pada mulanya telah mengeji kata-kata
mereka. Sekarang kita berada di sini,
seratus tahun selepas mekanik kuantum membuktikan kesahihan apa yang dikatakan
oleh keturunan Muhammad (as).
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, teori
alam berbagai telah digunakan sebagai balasan kepada hujah pemalar kosmologi
yang ditetapkan untuk membolehkan pembentukan jirim dan alam semesta yang kita
diami. Kewujudan sejumlah besar alam semesta menyediakan jumlah kemungkinan
yang besar. Oleh itu, tidaklah pelik
untuk salah satu daripada kemungkinan ini adalah kewujudan alam semesta kita
ini. Kami telah menunjukkan bahawa kelemahan penyelesaian ini dalam
permasalahan menentukan pemalar kosmologi.
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan