Marasi (dermaga) terpilih di pelabuhan
Sumer dan Akkad
Daripada tulisan-tulisan Imam Ahmad Al-Hassan
(as) di laman Facebooknya:
Saya memilih Sumer dan Akkad kerana ia ada
kenyataan arkeologi, sejarah dan keagamaan. Nuh (as) dan Ibrahim (as) adalah
sebahagian darinya. Merekalah asalnya membawa agama, dan dari mereka agama itu
bermula pada zaman permulaan, dan sebahagian dari mereka bermula pada zaman
akhirnya. Mereka adalah orang-orang keturunan Nuh beribu-ribu tahun terutama
Damouzi, atau (anak-anak yang baik) dan mereka menunggu Gilgamesh atau
(pahlawan di barisan hadapan) dan sentiasa ada yang datang selepas mereka ke
negeri Dua Sungai (Mesopotamia) itu masih meratapi Al-Hussein (as) dan sedang
menunggu Al-Mahdi yang ditunggu Gilgamesh yang dijanji akan muncul di negara
mereka sejak ribuan tahun lagi. Kita bermohon kepada Allah agar memperbaiki
keadaan mereka, membimbing mereka ke jalanNya yang lurus, dan kesudahan yang
baik. Bagi mereka yang menunggu kezuhuran Al-Mahdi di tempat selain Sumer dan
Akkad, negara bapa-bapanya Nuh dan Ibrahim (as), maka penantian mereka akan
lama dan akan menjadi penantian yang tidak berkesudahan.
Marasi Pertama:
Epik Sumer dan Akkad dan Agama Ilahi:
Sebilangan atau sebahagian besar penyelidik
dalam sejarah Timur Dekat atau Timur Tengah kuno menganggap bahawa agama adalah
dicipta oleh manusia semata-mata, dan mereka mula memperagakan tuhan (dewa)
wanita Ishtar dengan pelbagai nama. Patung-patungnya terdapat dalam pelbagai
ukuran yang tersebar di peradaban Timur Dekat kuno yang menjangkau lebih dari
sembilan ribu tahun Sebelum Masehi. Mereka telah memberikan penjelasan mengenai
permulaan agama ini. Masyarakat manusia pada awalnya adalah masyarakat yang
ditundukkan (diperdaya didominasi) oleh wanita dalam gambaran seorang ibu, di
mana anak-anak yang tidak tahu apa-apa selain hubungan mereka dengan dia
berkumpul bersama, dan oleh itu, wanita (ibu besar Ishtar) disucikan dan
dijadikan patung untuknya, dan setelah beberapa ketika masyarakat manusia
berubah kepada kelelakian (maskulin) apabila menemukan pertanian dan mulai
menetap serta membina rumah dan berkeluarga. Ini membawa kepada pengenalan
tuhan bentuk lelaki dalam penyembahan, dan dengan itu agama yang kemudiannya
berkembang menjadi agama Yahudi, Kristian, Islam dan lain-lain.
Tetapi mereka yang membina teori mereka pada
patung-patung wanita kuno telah lupa bahawa mereka dapat dengan mudah meniru
teori mereka dengan menganggap bahawa patung-patung ini dibuat untuk rangsangan
seksual dan tidak mewakili sesuatu yang suci. Maka kehadiran wanita suci yang
dibuatkan patung untuknya pada era tertentu tidak membuatkan penyelidik menilai
dan menentukan bahawa setiap patung yang dibuat berbenuk wanita di hadapannya
adalah mewakilinya. Pendapat ini: (Alat buatan manusia kuno untuk merangsang
seksual) dijumpai dan dikemukakan oleh sebahagian ahli arkeologi.
Bahkan juga terdapat teks-teks arkeologi yang
menggambarkan tuhan (dewa) wanita Ishtar atau Anana yang terkenal di negara
Sumer dan Akkad dengan ciri-ciri dunia di mana manusia hidup di sana. Dalam
teks tersebut, dia bukan seorang ibu, bahkan seorang wanita yang sebenar.
Sebaliknya, inilah dunia yang ditolak oleh
Raja Damouzi ketika dia naik ke tahta untuk bersujud seperti raja-raja lain
yang sujud kepadanya. Maka Damouzi (anak yang baik) berpaling kepada syaitan untuk
membunuhnya:
(Dan Anana (Ishtar)
menuju ke dua kota Sumeria "Umma" dan "Bad-Tibira", di mana
kita dapati tuhan-tuhan keduanya, seperti yang telah kita tunjukkan, bersujud
kepadanya dan dengan demikian menyingkirkan cengkaman syaitan-syaitan. Kemudian
kamu akan sampai ke kota Kilab, yang mana Damouzi tuhannya adalah Hami. Puisi
ini diteruskan dengan cara berikut:
Damouzi (Tammuz)
memakai sut mewah dan duduk di atas pentasnya,
Syaitan berpegang
pada pahanya ..........,
Tujuh syaitan
menyerangnya seperti yang mereka lakukan di samping orang yang sakit,
Oleh itu, para
gembala dihentikan dari meniup seruling, dan mazmur di hadapannya.
Kemudian dia (iaitu, Anana) mengarahkan supaya menatapnya,
Menetapkan
pandangan kematiannya,
Dia mengucapkan
kata terhadapnya, kata-kata kecewa dan marah,
Dan dia menjerit
terhadapnya dengan jeritan pendosa, sambil mengatakan: “Ketepikan ini,”
[dari papan Sumer
Kramer.])
Dan inilah dunia
yang ditolak Gilgamesh untuk tunduk ketika dia duduk di atas takhta dan
mengenakan mahkotanya:
(Dan Gilgamesh
membuka mulutnya dan memberikan jawapan kepada Ishtar yang terhormat dan
katanya: .......
Ada kebaikannya
jika aku berkahwin dengan kamu?
Kamu!
Kamu tidak lain
hanyalah api yang memadamkan api dalam kesejukan.
Kamu seperti pintu
yang hilang yang tidak menghalang ribut atau angin,
Kamu adalah istana
yang rusak, masuk kedalamnya merugikan,
Kamu gajah yang
merobek perjalanan,
Kamu tangga kotor
yang mengotori pembawanya, hampir membasahkan pembawanya,
Kamu adalah batu
marmar yang meruntuhkan dindingnya,
Kamu adalah batu
jasper yang mengundang dan menggoda musuh,
Dan kamu adalah
kasut yang menggigit kaki,
Mana antara
kekasihmu yang tetap kamu cintai?
Mana antara
rakyatmu yang selalu berpuas hati dengan kamu? .................) [Epik Gilgamesh,
Taha Baqir.]
Secara umumnya, anggapan bahawa asal usul
agama adalah mengikuti ibu wanita hanyalah hipotesis (andaian) yang tidak
berdasarkan bukti saintifik yang kukuh, oleh itu saya tidak dapati bahawa ada
keperluan untuk menjawab secara terperinci terhadap anggapan tersebut.. Tetapi
saya merasa perlu untuk menjelaskan bukti dan rujukan mengenai asal ketuhanan
pada agama Sumeria. Maka tajuk ini berkaitan dengan membuktikan bahawa agama
Sumeria adalah agama ilahi yang telah diselewengkan. Di sini kita ingin
menjelaskan bahawa orang Sumeria yang tahu berwuduk dengan air, bersholat,
berpuasa dan berdoa dengan kerendahan hati adalah orang beragama dan agama
mereka adalah agama ilahi, jadi epik Sumeria dan kisah-kisah orang Sumeria
mengandungi perkhabaran ghaib yang berlaku ribuan tahun diamalkan oleh orang
Sumeria.
Ya, agama mereka mungkin telah terseleweng
dalam beberapa waktu, tetapi agama itu adalah agama ilahi, sama seperti
penduduk Mekah penganut agama Hanif agama Ibrahimi terseleweng kepada menyembah
atau memuja berhala seperti yang ada sekarang orang-orang Salafi atau Wahabi
yang menyembah berhala dan pewaris penyembah berhala kuno di Mekah, mereka
mengatakan: Mereka beragama Islam, tetapi mereka menyembah berhala besar yang
mereka anggap ada di langit dan bukan di bumi, dan mempunyai dua tangan dan
berjari, dua kaki, dan dua mata pada hakikatnya. Masalah menyelewengkan agama
ilahi sentiasa ada dan masih wujud.
Dan jika kita kembali ke agama ilahi pertama,
kita dapati bahawa Adam datang ke bumi dengan agama ilahi yang pertama, dan ia
mengandungi kisah-kisah anak-anaknya yang soleh setelahnya, dan diandaikan
bahawa manusia, adalah seperti kebiasaan mereka, menghafal kisah-kisah ini,
menceritakannya dan mewariskannya.
Kisah dan epik orang-orang Sumeria dalam
beberapa kes tidak lain hanyalah penyebaran beberapa kisah suci ini yang mereka
warisi, kerana orang-orang Sumeria menceritakan kisah banjir secara terperinci
dan lama sebelum zaman Taurat:
Banjir Nuh Pertama:
-
Kita sekarang yakin
bahawa kisah Banjir, yang disebut dalam Taurat, bukan berasal dari penulisan
kitab Taurat, sejak George Smith, yang bekerja di Muzium British. Beliau
mendedahkan sebelas batu bersurat dari Epik Gilgamesh, dan menyelesaikan
simbol-simbolnya. Tetapi kisah Banjir Babilonia bermula pada Sumeria asal, maka
(Arnobel) telah menyebarkannya pada tahun 1914 dimana kepingan-kepingan yang
merupakan sepertiga bahagian bawah dari tablet (kepingan bertulis) Sumeria yang
mempunyai enam bidang yang dijumpainya dari (sekumpulan) tablet yang disimpan
di Muzium Universiti. Kandungannya banyak berkaitan dengan kisah Banjir, dan
hingga kini karya ini tetap unik yang tidak dapat ditandingi atau
menyamainya....... Walaupun terdapat kelemahan dan kekurangan dalam teks,
ungkapan-ungkapan yang terdapat di dalamnya sangat penting ........ Ini
termasuk tempat tinggal penting yang menyingkap penciptaan manusia, asal-usul
(pemerintahan), dan wujud tidak kurang dari lima kota pada era sebelum Banjir.)
[Dari Batu Bersurat Sumer - Samuel Kramer: hlm. 251
252.]
Ya, mereka mungkin
ada kisah-kisah yang kadang-kadang diputarbelitkan - terutama dalam pandangan
agama-agama lain - Akibat dari berlalunya waktu padanya dan masuknya
campurtangan manusia yang terkeliru dengan godaan, tetapi adakah penyelewengan
itu benar-benar mentiadakan kebenaran sama sekali?!!!
Pernahkah kita bertanya: Ke mana perginya
warisan Adam dan Nuh?!! Di manakah warisan ini pada zaman Sumer atau Akkad?
Mana perginya peninggalan agama ketuhanan
sebelum banjir?!!!
Tidak diterima akal bahawa Nuh dan mereka yang
bersamanya berminat untuk mengangkut kambing dan lembu dan tidak peduli untuk
menyebarkan agama ilahi sejak Adam (as) yang ada di dada mereka, dan semestinya
manusia selepas Nuh (as) - yang diwakili oleh orang Sumeria atau Akkadia dan
pewaris mereka adalah orang Babilonia dan Syuria - sebagaimana dipetik dari
sejarah raja-raja dan petani. Dan para penyeleweng juga menyampaikan warisan
Adam dan Nuh dan menjadi simbol suci yang tinggi, walaupun diputarbelitkan, dan
dalam kisah-kisah yang disampaikan turun-temurun, sehingga hasilnya adalah
bahawa agama Sumeria adalah agama Adam dan Nuh yang diselewengkan, dan
kadang-kadang mengikutnya dalam segala sesuatu yang dianggap sebagai dunia
dan orang-orang soleh.
Sebagai contoh penyelewengan: Percubaan untuk
memutarbelitkan Epik Gilgamesh ditemui sebagai balas dendam, dan ini tentu saja
menunjukkan dua perkara:
Pertama: Epik Gilgamesh adalah teks agama, dan
tidak ada yang berminat untuk memutarbelitkan teks sastera.
Yang kedua: Teks Epik Gilgamesh, yang telah
disampaikan kepada kita, pastinya yang tidak mempunyai penyelewengan langsung.
Taha Baqer berkata:
Mungkin perkara
paling menggembirakan yang ditemui oleh penggali baru-baru ini di laman
arkeologi yang dikenali sebagai Sultan Tebbeh di selatan Turki berhampiran
Harran. Ini adalah sebahagian daripada epik dan mesej indah yang ditempa oleh
seorang penulis kuno pada ribuan tahun sebelum Masehi. Mesej ini berasal dari
pahlawan Gilgamesh, yang ditujukan kepada salah seorang raja kuno, yang meminta
Gilgamesh (dengan segera) mengirim batu berharga untuk membuat azimat
(perlindungan) untuk temannya Enkidu yang beratnya tiga puluh kali dari kita)
[Epik Gilgamesh - Taha Baqer].
Membandingkan
pelbagai kepingan asli dengan skrip Niño nampaknya menjadi maklumat yang
berharga. Bukan hanya mengisi jurang perbezaan, tetapi juga menunjukkan
sepenuhnya bahawa puisi (epik) Gilgamesh tidak ada dalam satu bentuk pun pada
era orang-orang Asyur. Ini adalah bukti bahawa legenda itu berkembang dengan
baik dari generasi ke generasi. Dengan kata lain para penulis tidak berpuas
hati dengan menyalin teks lama dalam bentuk yang jujur (tanpa diselewengkan)
bahkan mereka menambah, memotong dan mengubahnya. Inilah yang ditunjukkan atau
yang terlibat dalam bukti-bukti, atas idea yang tersebar - bersama kesalahannya
- bahawa kedudukan Timur tidak akan pernah dan tidak akan menjadi jumud dan
tersepit.)
[Legenda Babilon
- Charles].
Sekiranya terdapat percubaan untuk
memutarbelitkan teks bertulis, apalagi teks yang disampaikan secara lisan
sebelum era penulisan, saya yakin bahawa teks tersebut mengalami penyelewengan
yang lebih besar, dan bahawa ketika mereka mencatat pada era penulisan dan
catatan awal, mereka mencatat dalam bentuknya yang terseleweng, dan dengan
demikian kisah banjir, kisah Damouzi, kisah Gilgamesh dan kisah-kisah lain yang
berasal dari Sumer - Akkad, mungkin kita boleh menentukan bahawa ia tidak
dicatat dalam bentuk yang catatannya oleh perawi sebelum era penulisan.
Marasi Kedua: Agama
Sumer Dan Akkad, Dan Tiga Agama: Islam, Kristian, Yahudi,
Pada hakikatnya jika ia terbit dari Taurat,
Injil dan Al-Quran, dan apa yang terdapat dalam batu bersurat (tanah liat)
Sumeria, pasti dinilai oleh salah satu daripada dua keputusan, yang tidak dapat
tidak dan tidak dapat dielakkan bagi salah satu daripadanya:
Keputusan pertama: Agama berasal dari
pembentukan orang-orang Sumeria, dan Taurat, Injil dan Al-Qur'an tidak lain
adalah proses rumusan bagi agama Sumeria (Penciptaan manusia pertama Adam,
kisah Habil dan Qabil, kisah banjir, dosa, kehidupan selepas mati, syurga,
neraka ... dll).
Keputusan kedua: Agama Sumeria adalah sama
dengan agama Adam dan agama Nuh (as), tetapi ia disebarkan dan kemudian
disampaikan dalam bentuk yang diputarbelitkan dan dipersembahkan kepada
orang-orang Sumeria atau orang-orang Akkad (orang-orang Babilonia dan Syuria)
dalam bentuknya yang diselewengkan. Dan inilah yang ingin saya jelaskan dengan
menunjukkan bahawa kisah-kisah Sumeria hanyalah pekhabaran ghaib yang Adam bawa
ke bumi, dan ini adalah kisah-kisah orang-orang soleh dari anak-anaknya (as)
dan apa yang akan mereka lalui, terutama yang mewakili tanda-tanda penting
dalam jalan agama, seperti Damouzi (anak yang soleh), atau Gilgamesh.
Kesamaannya sangat besar antara apa yang
tertulis dalam Taurat dan batu bersurat Sumeria. Pada hemat (Dr. Samuel Kramer)
dan yang disampaikan perkara itu dalam menyusun bab-bab dalam bukunya yang
menjelaskan persamaan antara batu bersurat tanah liat Sumeria dan Taurat, contohnya:
(Bab Tujuh Belas
(Al-Firdaus) Persamaan pertama terkait dengan Taurat) (Dari Batu Bersurat
Sumer: ms 239.)
(Perkahwinan Suci
dan Nyanyi Puisi oleh Sulaiman) (Di mana aku dan Damouzi, upacara seks suci
orang-orang Sumeria - Dr. Samuel Kramer).
Orang-orang Sumeria mengetahui dan mengerjakan
hal-hal halus dalam agama ilahi, seperti kepercayaan terhadap rukya (mimpi)
bahawa ia adalah kalam Allah menanamkan kesan, dan beriktiqad bahawa Allah
dapat berbicara kepada seseorang dalam segala hal yang dilaluinya.
Dan Charles
mengatakan dalam Legenda Babel:
Kita tahu sekarang
bahawa manusia diciptakan untuk memberi khidmat ketuhanan, dan bahawa mereka
itu diajarkan supaya tidak membuat dosa, jadi mereka mesti mematuhi keinginan
Langit dengan tepat dan memenuhi hasratnya. Jadi, bagaimana mereka tahu untuk
memelihara persetujuan ini dan menghindari kebencian ketuhanan? Apabila mereka
melihat mimpi - bahawa ketuhanan memwahyukan (memberi ilham) apa yang datang
kepada mereka melalui perantaraan mimpi - bagaimana mereka dapat
mentafsirkannya dengan cara yang menggembirakan mereka, Sekiranya ada mimpi,
bagaimana apabila tidak ada?
Jawapannya: mereka
maksudkan tanda-tanda dan petunjuk-petunjuk semula jadi, maka ianya membimbing
mereka ke arah kebenaran. Oleh itu, kita mesti memperhatikan bukan hanya
perubahan bulan, tetapi juga pada bentuk awan. Maka setiap pergerakan dan
setiap perpindahan dari yang merayap di bawah rumput hingga planet yang akur
memuji di medan bintang-bintang patuh pada isyarat kehendak ketuhanan, sama ada
baik atau buruk, dan di sini menzahirkan kepintaran seni atau ilmu, sehingga
dia dapat membezakan apakah kehendak itu baik atau tidak.
Dan yang
menggetarkan hati harus campur tangan, baik untuk mempercepat kedatangan
kebahagiaan, atau untuk menentang kekuatan permusuhan yang paling mengancam
nyawa. Ia bukanlah bermaksud untuk kehidupan individu atau penduduk umum tetapi
ia. adalah kehidupan raja yang diberi kepercayaan untuk nasib seluruh bangsa.
Dan raja ini yang
dianugerahkan ilmu oleh ketuhanan, ianya adalah - seperti Mar - negara ketujuh
sebelum banjir. Ini sesuai dengan urutan waris kepada (Henokh) (Idris) yang
menduduki tempat ketujuh dalam salasilah Adam - salasilah para nabi sebelum
banjir - dan dapat dilihat bahawa tidak ada kesamaan antara kedua nama itu
walaupun perbuatan mereka benar-benar satu (sama). Dan kemudian dikatakan,
bahawa teks Taurat yang membahas Nabi ketujuh (Henokh) sangat ringkas. Dia
berkata: (Dan Henokh berjalan bersama Tuhan dan ia tidak wujud kerana Tuhan
yang membawanya.) Henokh menjadi pahlawan lingkaran legenda yang
menjadikannya pelopor penulisan dan pengarang buku pertama yang mencipta ilmu
bintang-bintang dan peredarannya: ilmu Falak (peredaran bintang) dan semua
bintang-bintang. Dia kelihatan seperti (Fedoranke) dan kami dapat menerimanya
dengan senang hati. Bahawa legenda orang Yahudi ini tidak lain hanyalah
perpindahan atau pengembangan legenda 0kuno orang Kaldea, yang lebih tua.
Dan di antara
raja-raja dan para nabi yang lain - nenek moyang Henokh Enam dan tiga
penggantinya - adalah sifat yang umum, dan itu tidak menjadi masalah bagi kita
kecuali watak kesepuluh yang hidup semasa banjir.) [Legenda Babel: hlm.
28]
Dan kisah-kisah orang-orang Sumeria
dibicarakan dengan jelas - seperti agama-agama ilahi yang lain - mengenai
kehidupan selepas kematian, iaitu orang-orang yang baik dan yang soleh akan ke
Syurga dan yang jahat akan ke Neraka.
(Mereka telah memastikan bahawa mereka akan
hidup selepas mati - tetapi dalam penuh kegelapan dan tidak mendapat pahala,
kecuali mereka melakukan tingkah laku terbaik di dunia, iaitu dengan ketakwaan
seperti yang berlaku (Lawam Nabeshti) (iaitu, Nuh as), Atau dengan menerapkan
dua kata di antara orang, seperti yang dilakukan oleh Hamorabbi
(Legenda Babel: ms 38.)
Marasi ketiga:
Adakah kisah tentang Nabi Allah Ayub yang diceritakan oleh orang-orang Sumeria
sebelum peristiwa itu terjadi?
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa
kisah-kisah orang-orang Sumeria hanyalah perkhabaaran mistik (khabar-khabar
Ghaib) untuk menceritakan kebenaran yang muncul setelah orang-orang Sumeria
berada di jalan agama ilahi. Mana-mana pembaca batu bersurat tanah liat Sumeria
akan melihat bahawa mereka menceritakan tentang nabi-nabi dan rasul-rasul yang
datang terkemudian darinya, seperti apa yang disebutkan dalam kisah Nabi Ayub
(as) sebelum kedatangan Ayub (as) dan kisah Ayub (as) dicatat dalam Taurat dan
Al-Quran.
(Bahawa semua batu bersurat dan kepingan batu
bersurat dicatatkan di dalamnya bahawa artikel Sumeria itu berpanjangan pada
masa pemerintahannya hingga lebih dari seribu tahun sebelum mencatat perjalanan
Ayub. [dari Batu Bersurat Sumer - Kremer].
Ini adalah petikan dari kisah Ayub seperti
yang dicatat pada batu bersurat Sumeria, dan jauh sebelum Ayub dilahirkan:
Aku pemerintah yang
bijak. Mengapa aku bergabung dengan pemuda-pemuda yang jahil?
Aku adalah orang
yang bijak mengapa aku mengira bersama orang yang jahil?
Makanan banyak dan
ada di mana-mana dan makananku untuk kamu yang lapar.
Pada hari ketika
tilikan (tenung) nasib dibahagi-bahagi, bahagianku adalah khusus untuk
azab dan kepedihan.
Ya Tuhanku, aku
mahu berdiri di hadapanMu,
Aku ingin bercakap
denganMu... dan kata-kataku sungguh-sungguh dan penuh penyesalan ,
Aku ingin
menunjukkan urusanku padaMu dan meratapi pahitnya jalanku.
Aku ingin meratapi
kebimbanganku ...., pada ibuku yang melahirkanku, aku tidak boleh berhenti
mengadu kepadaMu.
Untuk menghentikan
kakakku dari menyanyikan lagu gembira supaya jangan mendendangkannya
Untuk menangisi dan
meletakkan musibahku di tanganMu,
Agar isteriku
berteriak kerana aku terseksa,
Dan biarkan
penyanyi yang paling bagus meratapi nasibku yang menyedihkan ...
Air mata, suka,
duka, dan ranjau yang menghantuiku.
Menatap perit pedih
yang tidak dapat ditahannya selain air mata.
Penyakit ganas
melanda tubuhku...,
Ya Tuhan, Engkaulah
bapaku penyebab kelahiranku, bantulah aku bangkit ...
Berapa lama Engkau
akan tinggalkan aku dan tetap tanpa hidayah?
Mereka mengatakan
kalimat yang betul lagi benar: anak tidak dilahirkan oleh ubu tanpa dosa,
Bahawa anak-anak
tidak bersalah tidak wujud sejak mula ………………….
Seseorang itu –
akan didengar tuhannya akan teriak tangisnya,
Pemuda itu - keluh
dan dukanya akan dapat redha Tuhannya, ..........
Penyakit syaitan
telah diusir yang merenungnya dan melebarkan sayapnya,
Dan penyakit yang
menimpanya adalah seperti .... telah hilang dan diusirnya,
Dan nasib buruk
yang kadarnya digantikan dibalas dengan bijaknya,
Siksaan orang itu
digantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan.) [dari Batu Bersurat Sumer - Dr.
Kramer].
Marasi Keempat:
Negara Sumer dan Akkad menangisi Damouzi dan sekarang menangisi
Al-Hussein (as)
Orang Sumeria atau Akkadia menangisi dan
meratapi Damouzi (Damu: Al-Ibni, Zi: yang soleh) ribuan tahun dahulu,
Duka Negara Dua Sungai (Mesopotamia) berlanjutan
atas Damouzi hingga zaman Nabi Yehezkiel, dilaporkan dalam Taurat bahawa
penduduk Mesopotamia biasa berkabung kerana Tammuz (Damouzi):
(Kemudian kata-Nya kepadaku, “Jika engkau
datang bersama Aku, engkau akan melihat yang lebih menjijikkan lagi yang
dilakukan orang-orang itu.” * Kemudian Dia membawa aku ke jalan masuk Bait
Al-Rab. Pintu gerbang itu di sebelah utara. Aku melihat perempuan-perempuan
duduk di sana dan menangis. Mereka sedih tentang Tammuz. * Dia berkata
kepadaku, “Apakah engkau melihat hal-hal yang mengerikan itu, Wahai anak Adam?
Datanglah bersama Aku dan engkau akan melihat hal-hal bahkan yang lebih buruk
lagi.”
* Kemudian Dia membawa aku ke pelataran
bahagian dalam. Dibawa-Nya aku ke pelataran dalam Bait Al-Rab. Di dekat pintu
masuk ke ruang suci, di antara mezbah dan lorong, ada dua puluh lima orang.
Mereka membelakangi ruang suci, dan sujud ke arah timur menyembah matahari
terbit.) [Yehezkiel 8-13-16.]
Perbuatan yang digambarkan sebagai kekejian
adalah pembunuhan Tammuz (Damouzi) yang membuat wanita-wanita ini menangis. Dan
lelaki bersujud di mezbahnya.
Kisah pembunuhan Raja Damuzi bermula ketika
dia membayar harga untuk menolak sujud kepada Ishtar Anana (dunia):
(Maka apabila
"Anana" (Ishtar) ingin bangkit dari alam bawah,
Oleh itu,
biarkanlah ia menawarkan seseorang yang akan menjadi penggantinya.
"Anana"
bangkit dari alam bawah,
Syaitan-syaitan
kecil seperti tongkat keluarga "Syukar",
Dan syaitan-syaitan
besar seperti tongkat keluarga "Daban"
Mereka berjalan ke
sisinya, menghadapnya,
Dan bagi syaitan
yang berjalan di depannya, dia memegang tongkat di tangannya, dan jika dia
bukan seorang menteri, dan orang di sebelahnya, dan itu bukan seorang kesatria,
dia memakai senjata, bahawa merekalah yang menemaninya,
Mereka yang
menemani "Anana" (dewi Ishtar atau dunia),
Mereka adalah
makhluk yang tidak mngenal makanan dan air,
Mereka tidak makan
tepung badam,
Dan mereka tidak
minum air yang dipersembahkan sebagai persembahan.
Mereka mengambil
isteri dari pangkuan suaminya,
Dan mereka membawa
bayi yang menyusu dari penyusuannya ...
Dan Anana (Ishtar)
menuju ke dua kota Sumeria "Umma" dan "Bad-Tibira", di mana
kita dapati tuhan-tuhan keduanya, seperti yang telah kita tunjukkan, bersujud
kepadanya dan dengan demikian menyingkirkan cengkaman syaitan-syaitan. Kemudian
kamu akan sampai ke kota Kilab, yang mana Damouzi tuhannya adalah Hami. Puisi
ini diteruskan dengan cara berikut:
Damouzi (Tammuz)
memakai sut mewah dan duduk di atas pentasnya,
Syaitan berpegang
pada pahanya ..........,
Tujuh syaitan
menyerangnya seperti yang mereka lakukan di samping orang yang sakit,
Oleh itu, para
gembala dihentikan dari meniup seruling, dan mazmur di hadapannya.
Kemudian dia
(iaitu, Anana) mengarahkan supaya menatapnya,
Menetapkan
pandangan kematiannya,
Dia mengucapkan
kata terhadapnya, kata-kata kecewa dan marah,
Dan dia menjerit
terhadapnya dengan jeritan pendosa, sambil mengatakan: “Ketepikan ini,”
Oleh itu,
menyerahlah "Anana" yang suci yang menarik perhatian
"Damouzi" datang ke tangan mereka.
Yang menemaninya,
Yang menemaninya
Damouzi (Tammuz),
Mereka adalah
makhluk yang tidak mengenal makanan dan air,
Mereka tidak makan
tepung badam (yang dijual),
Dan mereka tidak
minum air yang dipersembahkan sebagai (qurban).
... [Dari Batu
bersurat Sumer Kramer.: ms 277 279.]
Oleh itu, Ishtar - Anana, isteri raja Damouzi,
menyerahkannya kepada syaitan untuk dibunuhnya dalam keadaan percanggahan yang
sukar difahami bagi mereka yang tidak mengetahui maksud pemerintahan Allah
(Hakimiyah Allah) atau pelantikan ilahi, atau seperti yang dinyatakan
orang-orang Sumeria - Akkadia, "Pemerintahan yang turun dari langit."
Tetapi ini adalah hakikat (kebenaran) yang
telah banyak diulang-ulang dalam agama ilahi, yang mana Ishtar - dunia - sering
dipimpin oleh raja-raja yang tidak dilantik oleh Allah. Kerana mereka menyembah
dan tunduk kepadanya, mereka menyembah keinginan duniawi mereka.
Dan Ishtar - dunia - memberontak terhadap
sesiapa yang dilantik oleh Allah untuk memerintah di dunianya; Kerana pada
hakikatnya mereka adalah pemberontak. Maka lima tahun tertimpa ke atas Ali
(as), di mana semua syaitan bumi memeranginya (as) dalam Perang Jamal, Siffin
dan Nahrawan, dan tidak putus-putus sehingga mereka membunuhnya di Kufah. Dan
nasib (tertimpa ke atas) Al-Hussein (as), raja yang dilantik untuk memerintah
di dunia ini, ia adalah pembunuhan besar-besaran yang bahkan bayi susuan tidak
terhindarkan.
Ini adalah beberapa teks yang sampai pada batu
bersurat tanah liat Sumeria tentang tragedi Damouzi dan saudaranya, dan kita
akan melihat betapa dekatnya mereka untuk menggambarkan apa yang terjadi pada
Al-Hussein (as), walaupun ianya adalah teks arkeologi yang disebarkan oleh
orang-orang Sumeria - Akkadia ribuan tahun sebelum kelahiran Al-Hussein (as):
Hatinya menjadi
acuan untuk kesedihan dan air mata,
Dia pergi sejauh
dataran membentang,
Hati yang lembut
dipenuhi dengan kesedihan dan air mata,
Dia menuju ke
dataran yang memanjang jauh,
Hati Damouzi
berendam dengan kesedihan dan air mata,
Melepasi ke dataran
terbentang luas,
Seruling tersangkut
di lehernya berteriak meratapi nasibnya,
Aduhai dataran
terbentang luas lepas,
Balaslah
tangisanku,
Balaslah
tangisanku,
Wahai dataran,
mestinya kau tahu rasa pilu ratap tangisku,
Balaslah
tangisanku,
Merintihlah
bersamaku,
Aduhai ketam-ketam
di sungai, sedihlah padaku
Aduhai katak-katak
di sungai, suci untuk aku
Biarkan ibuku
menjerit melolong,
Biarkan ibuku,
Sartur, menjerit,
Biarkan ibuku, yang
tidak punyai lima keping roti, menangis dengan tangisan,
Biarkan ibuku, yang
tidak punyai sepuluh keping roti, menangis,
Apabila kau
kehilanganku, kau tidak akan menjumpai sesiapa yang peduli padanya.
Dan kau, mataku,
berkeliaran di dataran, air mata seperti mata ibuku,
Dan kau, mataku,
hilang di dataran, air mata seperti mata kakakku,
Di antara tunas dan
bungaku bersandar,
Antara tunas dan
bunga yang paling mudah dijumpai,
Pengembala Damouzi,
dijumpai dengan mudah,
Ketika Damouzi
berbaring, dia melihat mimpi,
Setiap bahagian
tubuhnya terganggu,
Aku terjaga setelah
melihat rukya,
Digosok matanya,
Pening teruk,
Damouzi bangun dan
berkata:
Mereka membawanya
kepadaku, mereka membawanya, membawa pada kakakku,
Bawa (Gesti Nana)
adik perempuanku,
Bawa penulis ilmu
perenggut nyawa
Adikku yang tahu
maksud kalimat,
Bagi wanita bijak
yang mengetahui erti mimpi,
Aku mesti bercakap
dengannya,
Aku mesti
memberitahunya mimpi yang kulihat,
Damouzi bercakap
dengan adiknya (Gishti Nana) katanya:
Tentang mimpi,
wahai adikku, dengarkan mimpi yang kulihat,
Al-Usal (tumbuhan
dengan banyak cabang - duri) itu muncul di sekelilingku,
Al-Usal tiba-tiba
muncul dari tanah padat,
Dan salah satu dari
tumbuhan itu berdiri sendiri dan memiringkan kepalanya di hadapanku,
Semua Al-Usal
berdiri berpasang-pasangan, kecuali satu di tempatnya,
Di taman terdapat
pohon-pohon tinggi dan menakutkan di seluruh tanah.
Di tanah dalam
mimpiku, tidak ada tumpahan air,
Dompet aku kosong,
dan apa yang ada di dalamnya telah diambil daripadanya.
Dan cawan suci yang
ada padaku telah jatuh dari tiang yang melekat padanya,
Tongkat pengembala
telah hilang,
Burung helang
membawa beban di antara cakarnya,
Dan helang menculik
seekor burung dari pagar buluh.
Adikku: Cucu
kecilku diseret ketakutan dan ditutup dengan debu,
Biri-biri di
kandangku bergerak ke atas tanah dengan kaki yang dipintal,
Pengisar susu
pecah, hampa, dan kosong,
Semua yang ada
padaku telah hancur,
Damouzi bukan lagi
antara yang masih hidup,
Kandang
domba-dombanya di ditiup angin
Gesti Nana berkata:
Oh saudaraku,
biarkan impianmu padaku,
Tidak selesa,
Al-Usal itu muncul
di sekelilingnu.
Al-Usal tiba-tiba
muncul dari tanah padat,
Sekumpulan pembunuh
akan menyerangmu,
Itulah mimpimu,
Dan salah satu dari
tumbuhan itu berdiri sendiri dan memiringkan kepalanya di hadapanmu,
Dia adalah ibumu,
Dia akan
menundukkan kepalanya untukmu,
Semua Al-Usal
berdiri berpasang-pasangan, kecuali satu di tempatnya Aku dan engkau,
Salah seorang dari
kita akan menghilang dan lenyap,
Di taman terdapat
pohon-pohon tinggi dan menakutkan di seluruh tanah.
Orang-orang jahat
akan menakutkanmu,
Di tanah dalam
mimpimu, tidak ada tumpahan air,
Kandang domba-domba
akan hancur,
Orang-orang jahat
akan mencekik lehermu,
Dompetmu kosong,
dan apa yang ada di dalamnya telah diambil daripadanya.
Dan cawan suci yang
ada padaku telah jatuh dari tiang yang melekat padanya,
Kau akan jatuh dari
lutut ibu kandungmu,
Pengembala yang
menyenangkan ,
Pengisar Pengembala
semuanya hilang,
Orang jahat akan
melakukan segalanya untuk melemahkanmu,
Mereka berkumpul,
Burung hantu,
Burung Helang,
Burung
rajawali ,
Afrit besar,
Mereka semua mahu
mengusirmu,
Mereka akan
membunuhmu dalam kandang domba,
Cucu kecilmu
diseret ketakutan dan ditutup dengan debu,
Kemarahan akan
berlangsung di langit seperti taufan,
Kau akan jatuh ke
tanah,
Apabila di
kandangmu, biri-biri bergerak ke atas tanah dengan kaki yang berpintal,
Pengisar susu
pecah, hampa, dan kosong,
Syaitan akan
membuat segalanya rapuh,
Semasa helang
mengambil seekor domba kecil,
Al-Jaala (ألجالا) akan menggaru pipimu,
Ketika helang
menangkap burung dari pagar buluh,
Al-Jaala (ألجالا) akan memanjat tembok untuk
membawa kamu pergi,
Damouzi,
Puisiku akan
berkumandang di langit
untukmu,
Anak domba akan
menggali bumi dengan kuku,
Oh, Damouzi, aku
akan merobek pipiku, atas nasib malangmu,
Kapalmu telah
terhempas itu dusta
………………………
Damouzi selamatkan
diri dari syaitan,
Dia melarikan diri
ke kandang domba adiknya, Gishti Nana,
Ketika mayat
Damouzi ditemui Gishti Nana di kandang domba, dia menangisinya,
Dia memuncungkan
mulutnya ke langit,
Dia mengangkat
mulutnya ke sisi tanah,
Seperti pakaian
yang menutupi kesedihannya yang mengufuk,
Dia mengoyakkan
matanya, merobek mulutnya, merobek pahanya
Kenyataan memanjat
pagar buluh,
Kenyataan pertama
memukul Damouzi di pipi dan memotong kuku
Kenyataan kedua
memukul Damouzi di pipi yang lain,
Kenyataan ketiga,
hancur cacat pengisar susu,
Kenyataan keempat,
menurunkan cawan dari tiang dan menghancurkannya,
Kenyataan kelima
menghancurkan pengisar susu,
Kenyataan keenam
memecahkan cawan,
Kenyataan ketujuh
menangis,
Damouzi, suami
Anana, bangkit
Anak lelaki Sirtur,
saudara Gesti Nana,
Bangun dari tidurmu
yang pura-pura
Burung betina kamu
dirampas,
Anak domba kamu
dirampas,
Kambing kamu telah
dirampas,
Kami memegang
anak-anak kamu (cucu-cucu kamu dirampas)
Tanggalkan mahkota
sucimu dari kepalamu,
Tanggalkan pakaian
kerajaanmu dari badanmu,
Biarkan tongkat
kerajaanmu jatuh ke tanah,
Tanggalkan selipar
suci kamu dari kaki kamu,
Nak pergi, kamu
ikut kami
Pegang kenyataan
Damouzi,
Mencakupinya,
Diikat tangannya
Diikat lehernya,
pengisar susu
terhenti,
Tidak ada susu yang
keluar darinya,
Cawan pecah,
Tiada Damouzi
selepas ini,
Kandang domba kini
menjadi debu.) [Anana, Ratu Langit dan Bumi, Samuel Noah Kramer Dan Diane
Wilkstein ].
(Sepertimana kita
membaca dalam kalendar Babilonia bahawa berduka dan menangis kerana ketuhanan
(Damouzi) bermula pada hari kedua bulan (Du uzi) iaitu, bulan Julai (Tammuz).
Dan ada perarakan untuk berkabung dengan membawa obor, dan itu adalah pada hari
kesembilan, keenam belas dan ketujuh belas. Dari bulan-bulan ini, perayaan yang
disebut Akkadian (Talkimtu) di mana upacara ritual dan pengebumian anak patung
yang mewakili dewa bulan Julai (Tammuz) dilakukan, tetapi walaupun terdapat
kesan bahawa doktrin kematian dewa demotik ditinggalkan di masa lalu masyarakat
di lembah keduanya dan di luarnya. Maka Dukacita baginya tiada suatu hari pun
yang menjadi ritual kuil, tetapi tetap diadakan setiap tahun dalam ruang
lingkup amalan rakyat...... kami telah menerima sejumlah gambaran yang dibuat
oleh para penyair Sumeria dan Babilonia menangis atas dewa-dewa muda Damouzi dan
ia dibacakan dalam perarakan orang-orang yang berkabung di berbagai bandar.)
[Ishtar dan Tragedi Tammuz - Dr. Fadhil Abdul Wahid Ali.]
Orang Sumeria meratapi Tammuz atau Damouzi:
(Piala telah jatuh
hancur
Damouzi tidak lagi
hidup
Hilang dalam
lipatan tiupan angin.) [Ishtar dan Tragedi Tammuz - Dr. Fadhil Abdul Wahid
Ali.]
Dalam puisi lain, penyair Sumeria menyesali
Damouzi (Anak yang Baik), dengan mengatakan:
(Hatiku mudah
meratap tangis.
Aku adalah seorang
wanita, tetapi akulah yang menghancurkan negara-negara musuh
Aku Nansuna ibu
tuan yang besar
Aku Kashtin - Aku
adik kepada anak suci
Hatiku mudah
meratap tangis.
Pergi ke tempat
pemuda itu,
Pergi ke tempat
Damouzi,
Ke alam bawah,
tempat si gembala menghuni
Hatiku mudah
meratap tangis.
Ke tempat di mana
pemuda itu diikat,
Ke tempat di mana
Damouzi dihalang ...
Hatiku mudah
meratap tangis) [Ishtar dan Tragedi Tammuz - Dr. Fadhil Abdul Wahid Ali.]
Hakikat bahawa kezaliman besar mempengaruhi
orang-orang Sumeria yang mengajar manusia untuk menulis, menetapkan
undang-undang, dan asas ilmu-ilmu, dan mereka adalah yang pertama membuat roda
dan mengatur sistem Aritmetik, Aljibra dan Geometri semasa Dr. Kramer, diikuti
oleh beberapa pakar dalam peradaban Sumeria: Mereka meratapi sesuatu yang
legenda kisah atau legenda yang ditulis oleh mereka, dan itu hanyalah ungkapan
kesuburan dan kegersangan yang bergantian di sepanjang perjalanan. seolah-olah
mereka adalah umat yang seluruh anggotanya telah menggunakan bahan yang
terpelihara yang menghilangkan kebijaksanaan akal mereka sehingga mereka dan
pewaris Babilonia meratapi dan mengadakan majlis sambutan selama ribuan tahun
di atas simbol kisah yang mereka fasih dari A hingga Z.
Selama beribu-ribu tahun dan penduduk negara
Dua Sungai (Mesopotamia) generasi demi generasi, dan setiap tahun mereka
menggambarkan mayat Damouzi, dan setiap tahun mereka menangisi Damouzi, dan
setiap tahun mereka melihat puisi-puisi (qashidah) ratapan Damouzi,
Semua ini hanya
khayalan?!
Dan hanya cerita
yang mereka tulis!!
Dan untuk apa?!
Demi menyatakan
kesuburan yang datang pada musim bunga dan kegersangan yang mengikutinya pada
musim lain dari perjalanan hidup ini!!!
Seharusnya ada jawapan yang munasabah terhadap
ratapan peradaban pertama yang diketahui oleh umat manusia selama ribuan tahun
kepada Damouzi (Anak yang Baik) atau Tammuz.
Pada yang berhubungan dengan warisan
keagamaan, riwayat-riwayat para imam (as) mengatakan kepada kita dengan cukup
jelas bahawa orang-orang Sumeria telah berkabung dan menangisi atas Al-Hussein
(as) dengan menyampaikan tangisan dan kesedihan para nabi Sumeria, Nuh (as) dan
Ibrahim (as) atas Al-Hussein (as):
Dari Al-Fadhil bin Syazan, dia berkata: (Saya
mendengar Al-Redha (as) berkata: Ketika Allah AWJ memerintahkan Ibrahim (as)
menyembelih domba (kibasy) menggantikan tempat anaknya Ismail, yang diturunkan
kepadanya, Ibrahim (as) berharap agar anaknya Ismail disembelih dengan
tangannya dan dia tidak diperintahkan menyembelih domba di tempatnya, sehingga
apa yang kembali ke hatinya kembali ke hati bapa yang menyembelih anaknya yang
tersayang dengan tangannya, sehingga dia berhak mendapat darjat pahala
tertinggi atas musibah itu, sehingga Allah AWJ mewahyukan kepadanya: Wahai
Ibrahim, siapakah yang paling engkau cintai dari penciptaan-Ku? Ya Tuhan, tiada
penciptaan yang Engkau cipta lebih aku kasihi dari Muhammad (S) maka Allah
Taala mewahyukan kepadanya: Apakah dia lebih engkau sayang atau dirimu? Dia
berkata: Bahkan, dia lebih kusayang daripada diriku. FirmanNya lagi: Anaknya
lebih kau sayangi atau anakmu? Jawabnya: Anaknya. FirmanNya lagi: Maka
disembelih anaknya secara zalim di tangan musuh-musuhnya menyakitkan hatimu,
atau menyembelih anakmu dengan tanganmu dalam ketaatanmu padaKu? Dia berkata:
Ya Tuhan, Bahkan disembelih anaknya secara zalim di tangan musuh-musuhnya lebih
menyakitkan hatiku. FirmanNya: Wahai Ibrahim, kerana segolongan yang mengaku
berasal dari umat Muhammad akan membunuh Al-Hussein anaknya selepasnya secara
zalim kerana mereka memusuhi kami sepertimana disembelih seekor domba. Oleh itu,
mereka mengundang kemurkaanKu, sehingga Ibrahim (as) cemas. Hatinya sakit, dan
dia mula menangis, dan Allah AWJ mewahyukan kepadanya: Wahai Ibrahim, engkau
telah menebus ketakutanmu terhadap anakmu Ismail jika kamu menyembelihnya
dengan tanganmu dengan kesedihanmu terhadap Al-Hussein pembunuhannya. Maka Aku
mewajibkan untukmu dengan mengangkat darjat pahala tertinggi atas musibah itu,
dan itu adalah firman Allah AWJ: "Kami menebus dia dengan penyembelihan
besar.” Dua perkara yang berlaku, dua perkara yang selalu terjadi, dua perkara
berbeza, dan dua perkara yang tidak disenangi.) [Al-Khishal Al-Syeikh Al-Shaduq
: Hlm 58 - 59 ; 3uyun Akhbar Al-Redha: J 2 hlm 187.]
Dari Ali bin Muhammed, diambil dari Abi
Abdillah (as) dalam kesakitan Ibrahim (as): Pada firman Allah AWJ:
﴿ فَنَظَرَ نَظْرَةً
فِي النُّجُومِ * فَقَالَ إِنِّي سَقِيمٌ﴾
Kemudian ia memandang dengan satu renungan
kepada bintang-bintang.) * Lalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa
sakit." [Al-Shaffaat 37:89]
Maka dia berkata: "Aku sakit."
Katanya dia menghitung apa yang terjadi pada Al-Hussein (as) lalu berkata: Dia
berkata, “Saya sakit dengan apa yang terjadi pada Al-Hussain (as). [Al-Kafi:
Jilid 1, hlm. 465.]
Dan Al-Alama Al-Majlisi Al-Bihar, meriwayatkan
: (Bahawa Adam, ketika turun ke bumi, tidak melihat Hawa, maka dia mengelilingi
bumi dalam pecariannya, dia melewati Karbala. Kemudian dadanya menjadi
tertekan tanpa sebab, dan dia ditemukan tempat di mana Al-Hussein dibunuh,
hingga darah mengalir dari kakinya, lalu dia mengangkat kepalanya ke langit.
Sambil berkata, "Tuhanku apakah ada dosa lain yang menimpaku, dan
menghukumku dengannya. Kerana aku telah pergi ke seluruh bumi dan tidak ada
yang menimpaku seperti apa yang terjadi kepadaku di tanah ini?" maka Allah
mewahyukan kepadanya: Wahai Adam, bukanlah yang berlaku pada engkau suatu dosa,
tetapi anakmu Al-Hussein terbunuh di tanah ini secara zalim. Kemudian darahmu
mengalir sesuai dengan darahnya, maka Adam berkata, Ya Tuhan, apakah Al-Hussein
adalah seorang nabi? FirmanNya: Tidak tetapi dia adalah cucu Nabi Muhammad.
Lalu dia bertanya: Siapakah yang membunuhnya? FirmanNya: Pembunuhnya Yazid
dikutuk penduduk langit dan bumi. Jadi Adam bertanya, Apa yang harus aku
lakukan, ya Jibrail? dan dia berkata: Kutuklah dia, ya Adam. Lalu dia
mengutuknya empat kali, dan dia berjalan beberapa langkah ke Bukit Arafat dan
menemui Hawa di sana.
Dan diceritakan bahawa Nuh, ketika dia menaiki
kapal, mengelilingi seluruh dunia, dan ketika melewati Karbala, bumi
membawanya, dan Nuh takut mati lemas. Lalu berdoa kepada Tuhan. Dia berkata: Ya
Tuhanku, seluruh dunia aku telah pergi, dan aku tidak pernah merasa takut
seperti apa yang berlaku kepadaku di bumi ini Maka Jibrail turun dan berkata:
Ya Nuh, di tempat ini akan dibunuh Al-Hussein, cucu Muhammad, Khatam Al-Anbiya’
dan putra Khatam Al-Aushia’. Dan dia bertanya: Siapakah yang membunuhnya, Wahai
Jibrail? Jawabnya: Pembunuhnya dikutuk penduduk tujuh langit dan tujuh bumi,
Lalu Nuh mengutuknya empat kali, dan kapal itu berlayar sehingga ia sampai di
Al-Judi dan menetap di sana.
Dan diceritakan bahawa Ibrahim (as) melewati
tanah Karbala ketika dia menunggang kuda, dan dia tersandung, dan Ibrahim jatuh
dan terkena kepalanya dan mengalirkan darahnya. Maka dia beristighfar: Tuhanku,
Apa yang terjadi padaku? Maka Jibrail turun kepadanya dan berkata, Wahai
Ibrahim, apa yang terjadi padamu bukanlah suatu dosa, tetapi di sini akan
terbunuh cucu Muhammad, Khatam Al-Anbiya’ dan putra Khatam Al-Aushia’, sehingga
darahmu mengalir sesuai dengan darahnya. " Dia berkata, Wahai Jibrail, siapakah
pembunuhnya? Jawabnya: dikutuk penduduk langit dan bumi, dan Al-Qalam (pena)
berlari menulis di papan tulis, mengutuknya tanpa izin dari Tuhannya. Maka
Allah Taala mewahyukan kepada Al-Qalam: Engkau berhak mendapat pujian atas
kutukan ini, maka Ibrahim (as) mengangkat tangannya dan mengutuk Yazid lebih
banyak kutukan. Lalu beriman kudanya dengan lidah yang fasih. Ibrahim berkata
kepada kudanya: apa saja yang kau tahu sehingga kau dapat mempercayai
permohonan aku, jadi dia berkata, Wahai Ibrahim, aku bangga engkau
menunggangku. Ketika aku tersandung dan engkau jatuh dari punggungku, rasa
maluku menjadi lebih besar dan sebabnya adalah dari Yazid yang dilaknat Allah
Taala) [Al-Bihar: J 44, hlm. 243.]
Perkara di atas membuat pembaca yang dapat
memperhatikan betapa kuatnya epik Sumer dan Akkad memberi khabar agama dan
beberapa di antaranya bersifat ghaib masa depan sehubungan dengan zaman di mana
ia ditulis. Ini membuat kita tidak ragu bahawa agama merupakan sebahagian besar
dari kandungan epik dan cerita-cerita Sumeria - Akkadia (Babylon dan Syuria).
Setelah kita sampai di sini, saya rasa sangat
tepat jika kita melewati epik Uruk abadi atau Epik Gilgamesh dan bersama-sama
kita akan membacanya dengan cara lain yang mungkin tidak biasa dengannya. Kami akan
cuba membacanya sebagai kisah yang diceritakan oleh Adam kepada anak-anaknya,
Nuh menceritakannya kepada anak-anaknya, dan Ibrahim menceritakannya kepada
anak-anaknya, dan berita itu tersebar di kalangan orang-orang Sumeria dan
bangsa-bangsa di dunia kuno, terutama di Timur Dekat, dan ia menjadi kisah
kegemaran penduduk Dua Sungai (Mesopotamia), dan ia diturunkan turun-temurun
hingga sampai kepada kita selama ribuan tahun, tetapi ia mungkin telah
diputarbelitkan dan diselewengkan - seperti yang kita temui sebelumnya - ketika
orang-orang menyebarkannya.
Kisah Gilgamesh, yang suatu hari akan mencapai
keadilan dan menyelamatkan bangsa manusia dari haiwannya dan dalam
pemberontakan Mesir kuno:
(Seorang lelaki
berdiri, memegang semua martabat menegakkan dua keseimbangan (atau fua ekor
lembu), satu di sebelah kanannya dan yang lain di sebelah kirinya)
[Lagenda Babel -
Charles Ferrollo].
Gilgamesh yang dinantikan negara Dua Sungai -
Mesopotamia (Sumer), atau selatan Iraq, muncul di dalamnya suatu hari sejak
ribuan tahun yang lalu
Marasi Kelima:
Gilgamesh, anak Nansuna, ibu yang menangisi Damouzi
Damouzi:
(Hatiku mudah
meratap tangis.
Aku adalah seorang
wanita - tetapi akulah yang menghancurkan negara-negara musuh.
Aku Nansuna ibu
tuan yang besar
Aku Kashtin - Aku
adik kepada anak suci
Hatiku mudah
meratap tangis.
Pergi ke tempat
pemuda itu,
Pergi ke tempat
Damouzi,
Ke alam bawah,
tempat si gembala menghuni
Hatiku mudah
meratap tangis.
Ke tempat di mana
pemuda itu diikat,
Ke tempat di mana
Damouzi dihalang ...
Hatiku mudah
meratap tangis) [Ishtar dan Tragedi Tammuz - Dr. Fadhil Abdul Wahid Ali.]
Gilgamesh:
Ucapan Enkido kepada Gilgamesh:
(Kaulah
satu-satunya lelaki,
Kaulah yang
dikandung oleh ibumu,
Ibumu yang
melahirkan engkau Nansuna...
Dan Analil
mengangkat kepalamu tinggi di kalangan manusia,
Kuasa kerajaan
padamu ke atas oleh manusia.) [Epik Gilgamesh-Taha Baqir].
Dalam Epik Gilgamesh, kita dapat membaca
sejarah kemanusiaan bukan yang berlalu, seperti yang dibayangkan oleh beberapa
pentafsir, dan mungkin kita dapat membaca di dalamnya kisah penyelamat bangsa
manusia dari kebinatangannya yang - sayangnya - sentiasa hadir dan kuat,
terutama dalam pertikaian besar:
﴿ كَمَثَلِ
الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ
مَثَلُ الْقَوْمِ......... ﴾
Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan
kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang
membawa kitab-kitab yang tebal............ [Jumaat: 62: 5]
﴿كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ
يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ
مَثَلُ الْقَوْمِ........... ﴾
perumpamaannya seperti anjing jika kamu
menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan
lidahnya (juga)............. [Al-A'raf: 176]
﴿وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ
الطَّاغُوتَ ۚ أُولَـٰئِكَ
شَرٌّ مَّكَانًا........... ﴾
di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan
babi dan yang menyembah thaghut?". Mereka itu lebih buruk tempatnya dan
lebih tersesat dari jalan yang lurus.] Al-Ma`idah 5:60.
Penyelamat, yang kemasyhurannya tersebar
ribuan tahun yang lalu dan menyebarkan beritanya ke seluruh benua, tiba dari
Mesopotamia ke Afrika Utara, jadi kita dapat gambar simboliknya dalam
pemberontakan Mesir:
Gambaran seorang
lelaki berdiri, memegang semua martabat menegakkan dua keseimbangan (atau dua
ekor lembu), satu di sebelah kanannya dan yang lain di sebelah kirinya. Ini
adalah pandangan yang kita lihat pada sebilangan besar peninggalan Babilon, dan
biasanya diwakili oleh (Gilgamesh) dalam pertempurannya dengan (mereka yang
bersifat) binatang liar. [Lagenda Babel - Charles Ferrollo].
Gilgamesh dalam epik (dua pertiga dewa – Ilaj
; tuhan) dan kita dapati - kisahnya, yang merupakan pemilik banjir kedua -
berkaitan dengan kisah datuk Sumeria Ziu So Dra (Nuh) dan Babylon Otto -
Nashtim (Nuh), pemilik banjir pertama, tetapi mungkin perjalanan Gilgamesh yang
paling penting dalam epik adalah perjalanannya untuk bertemu dengan datuknya
Nuh - Otto Nashtim yang kekal dengan dewi dan bertanya kepadanya tentang rahsia
yang dapat dia singkirkan manusia ketiganya untuk diabadikan dengan dewa-dewa
seperti datuknya Nuh (as), atau dengan kata lain: untuk menuliskan namanya
dalam catatan kehidupan abadi dengan pantas dan menjadi salah satu daripada
roh-roh abadi, masalah ini berkaitan dengan rohnya , jadi dua pertiga
daripadanya adalah tuhan dan dia ingin menjadikan baki yang ketiga seperti itu.
Begitu juga, perkara itu tidak ada kaitan dengan keabadian fizikal (jasmani),
seperti yang dibayangkan oleh penjelasan epik itu.
Gilgamesh - dalam beberapa teks - jelas
merupakan penyelamat dan simbol keadilan yang ditunggu-tunggu oleh semua orang
dan mereka menyebarkan kisahnya:
(Pahlawan Uruk
tetap di bilik-bilik mereka menggerutu dan mengeluh
Gilgamesh tidak
meninggalkan anak kepada bapanya
Rungutannya tidak
berhenti dari orang-orang siang dan malam
Tetapi Gilgamesh
adalah pengembala Uruk,
Sor dan Hami
Dia adalah
pengembala kita: kuat, cantik dan bijak
Gilgamesh tidak
meninggalkan alasan untuk yang dikasihinya
Baik anak perempuan
pejuang atau tunangan pahlawan ...) [Epik Gilgamesh - Taha Baqir]. -
Tidak masuk akal - seperti yang difahami oleh
beberapa pakar dalam peradaban Sumeria - bahawa makna petikan ini adalah
serangan Gilgamesh terhadap kehormatan atau penindasan mereka, jika tidak, epik
itu akan bertentangan sepenuhnya, Gilgamesh digambarkan pada awalnya dengan
yang terbaik, tidak mungkin digambarkan sebagai penguasa yang adil, tetapi
dalam garis yang sama dia digambarkan sebagai bijak. Bagaimana seorang raja
yang bijak menyerang kehormatan kawanannya (rakyat) dan menindas mereka?!
Kemudian, bahagian epik akan menggambarkan Gilgamesh dengan penerangan yang
ideal, seperti: lembut, berani dan ikhlas, dan untuk alasan ini, teks-teks ini
sama ada sengaja diselewengkan maksidnya dimasukkan ke dalam teks atau ianya
bersifat simbolik, oleh itu ia memerlukan tafsiran dan penjelasan.
Sekiranya kita membaca teks dengan teliti,
kita akan dapati bahawa yang dimaksudkan adalah penyelamat bangsa manusia dari
sifat kehaiwanannya, penyelamat bangsa manusia yang ceritanya telah menemani
semua bangsa. Kerana orang-orang yang mendahului zaman kebangkitannya jika
bangsa-bangsa mereka tidak bersedia menerimanya, maka setidak-tidaknya ada
orang-orang di negara-negara itu yang dapat diselamatkan oleh kisahnya yang
sedang mereka bincangkan, dialah yang akan menghubungkan mereka dengan Allah
dan akan membuka pintu langit supaya setiap orang yang ingin mendengar wahyu
yang agung mengenalnya tentang kebenaran dan bersemangat dengannya, kebenaran
yang ditunjukkan kepada kita dari tiada, kebenaran yang dicipta untuk kita
mengenalnya, dan itulah sebabnya dia akan memenuhi kesemuanya dengan Allah dan
bukan dengan orang-orang tertentu sahaja. Kerana jika dia memenuhinya sendiri
atau membiarkan mereka sibuk dengannya tanpa memberi tahu mereka, tidak akan
ada perbezaan antara dia dan pelampau zalim yang menginginkan kemasyhuran dan
kedudukan.
Sekarang kita dapat memahami dengan baik
mengapa (pahlawan Uruk tinggal di bilik mereka menggerutu dan mengeluh), dan
mengapa (Gilgamesh tidak meninggalkan anak lelaki kepada ayahnya ... dan
Gilgamesh tidak meninggalkan alasan untuk yang dikasihinya baik anak perempuan
pejuang atau tunangan pahlawan); kerana mereka semua mempunyai semangat dengan
Allah dan bergantung padaNya Yang Maha Suci, datanglah Gilgamesh Juruselamat
dan menaklukkan kepada orang-orang yang ikhlas ini yang pada waktu tertentu
akan menjadi pintu wahyu yang hebat dan mengajar mereka bagaimana berhubungan
dengan Allah, bagaimana mereka mengasihi Allah, dan bagaimana mereka mendengar
dari Allah dalam segala hal. Dan sekiranya anda kembali kepada orang Sumeria,
anda pasti akan merindui perkara-perkara ini
(Inilah Gilgamesh
yang diberi maksud: seorang pejuang yang berada di depan, dan seorang lelaki
yang akan menjadi benih dari pohon baru.)
Gilgamesh, tokoh suci orang-orang Sumeria atau
Akkadia (Babylonia-Syuria) dan banyak masyarakat di dunia kuno, dijelaskan
dengan tepat dalam Epik Gilgamesh (dua pertiga dewa dan selebihnya adalah
manusia) untuk mengatakan bahawa cahaya di halaman kewujudannya mengatasi sisi
gelap atau keakuan – Al-Ana - ego, tetapi pada akhirnya dia mencari rahsia
keikhlasan mengakhiri kegelapan ini, dan bahkan makna nama Gilgamesh
menunjukkan tugasnya, kerana dia adalah pejuang yang berada di bahagian depan.
Dan dalam epik:
Dia: pejuang yang
membunuh Syaitan Khambaba,
Dia: pahlawan yang
menghina Ishtar (dunia),
Dia: pejuang yang
menghancurkan dirinya sendiri,
Dia juga: orang
yang akan menjadi benih dari pokok manusia baru yang menang atas kehaiwanannya.
Ini tidak diketahui
maksud sebenar nama Gilgamesh. Beberapa teks Akkadia telah disebutkan, yang
bermaksud "dia yang berada di hadapan." Ada juga kemungkinan namanya,
Sumeri, yang berarti "orang yang akan menjadi benih dari pohon baru,"
yang bermaksud "orang yang akan melahirkan keluarga.") [Taha Baqir -
Epik Gilgamesh].
Mungkin penyimpangan terbesar yang ditimbulkan
oleh epik ini adalah menjatuhkan watak epik pada pengesahan palsu sebagai
akibat kecurigaan, seperti menjatuhkannya kepada raja-raja yang namanya muncul
dalam catatan raja-raja, misalnya: Apabila watak epik Gilgamesh dijatuhkan pada
Raja Gilgamesh walaupun terdapat nama-nama bapa dan keturunan yang berlainan,
ini persis seperti seseorang yang mengatakan hari ini ketika membaca kisah Epik
Al-Mahdi yang disebutkan oleh Nabi Muhammad (S) dalam banyak riwayat: Ada
seorang raja di negeri Banu Al-Abbas lebih dari seribu tahun yang lalu, yang
namanya Al-Mahdi, dan dia percaya bahawa apa yang dimaksudkan dengan kisah epik
Islam Al-Mahdi adalah kisah raja Abbasiyah. Malangnya, ini banyak berlaku
dengan Gilgamesh walaupun beberapa penyelidik yang mengkhususkan diri dalam
zaman kuno Sumeria telah menyatakan bahawa tidak betul menganggap Gilgamesh
sebagai epik sebagai Gilgamesh sejarah yang sama berdasarkan kesamaan nama
sahaja, Charles Ferrollo mengatakan:
(Oleh itu, ada
alasan untuk kita mempercayai bahawa pada zaman kuno ada seorang raja bernama
(Gilgamesh). Nama ini termasuk dalam senarai raja-raja Uruk - ia baru-baru ini
dinyatakan, tetapi tidak ada di puncak senarai - seperti yang diharapkan - jadi
Gilgamesh tidak menubuhkan sebuah negeri, tetapi sejumlah raja-raja - kita
tidak tahu mengenai mereka ada sesuatu dari sudut sejarah mereka kecuali nama
mereka ......... Bagaimanapun, sejarah (Gilgamesh) tidak ditulis tentang dua
baris yang menarik perhatian kita, tetapi (Gilgamesh) yang lagenda puitisnya
sampai kepada kita) (Lagenda Babel dan Kanaan).
Epik Gilgamesh, yang merupakan raja-raja
Sumeria dan Akkad, juga Babel dan bahkan Asyur, meletakkannya di perpustakaan
mereka dan mengurusnya, dan bersama mereka dan orang-orang itu seolah-olah ia
adalah azimat (mentera) atau kitab suci yang saya rasa patut dipertimbangkan
dengan teliti, dalam: Adakah ia kisah orang yang diharapkan oleh orang Sumeria
atau Akkadia, Babilonia dan Asyur sebagai penyelamat dan pemulih?
Taha Baqer berkata:
(Dan kepada
pahlawan Gilgamesh sendiri, namanya dipindahkan kepada kebanyakan sastera
bangsa kuno, atau perbuatannya dikaitkan dengan pahlawan bangsa lain, seperti Hercules,
Alexander, Zhi Al-Qarnain, dan pahlawan Odysseus di Odyssey) [Taha Baqir - Epik
Gilgamesh].
Dia juga berkata:
(Sungguh ajaib,
siapakah Gilgamesh ini yang menjadi teladan bagi pahlawan bangsa lain?!)
Charles Ferrollo berkata:
Dan orang-orang
Mesir tahu - pada zaman kuno - Tokoh yang sedang kita bicarakan, seperti yang
dijumpai di lembah Sungai Nil di Gunung Al-Arak sebilah pisau dari logam halus
dan pemegangnya dari gading beruang di salah satu sisinya gambar seorang lelaki
berdiri memegang semua martabat menegakkan dua keseimbangan (atau dua ekor
lembu), satu di sebelah kanannya dan yang lain di sebelah kirinya.. Ini adalah
pemandangan yang kita lihat pada sebilangan besar barang antik Babilon, dan
biasanya diwakili oleh (Gilgamesh) dalam pertempurannya dengan sifat
kebinatangan yang liar. ([Legenda Babel - Charles Ferrollo)
Jadi, Gilgamesh bukan hanya tokoh yang adil
atau soleh, dan dia bukan hanya seorang raja atau dia akan menjadi raja suatu
hari nanti, tetapi Gilgamesh adalah tokoh antarabangsa, dan dia adalah contoh
yang harus diikuti oleh pahlawan bangsa seperti yang disampaikan kepada kita
peninggalannya, dan Gilgamesh sebagai tokoh antarabangsa, ini adalah
satu-satunya perkara yang dapat menjelaskan kewujudan salinan Epik Gilgamesh di
berbagai negara dan bahkan dalam bahasa yang lain:
Mungkin perkara
terbaik yang memperlihatkan kesannya yang besar pada pemikiran anak-anak
peradaban kuno adalah titik panduan yang paling luas di mana ia tersebar di
dunia kuno. Bagi penduduk Iraq kuno, peredarannya tidak terbatas pada penduduk
bahagian etnik selatan dan tengah, yang merupakan bahagian yang dikenal sebagai
negara Sumer dan disahkan, tetapi juga menyusup ke bahagian utara, iaitu ke
negara Asyur. Banyak salinannya dijumpai dalam perlumbaan Iraq kuno era
kemakmuran tamadun Babilonia pada era Babilonia Kuno (seribu tahun kedua SM).
Adapun Bagi Assyria, risalah lengkap terakhir yang sampai kepada kami dijumpai
di perbendaharaan buku-buku raja Asyur yang terkenal, Asyur Banibal..........
Adapun pusat tamadun kuno, kami sebelumnya telah menyatakan bahawa para
penyelidik telah menemui banyak salinan bahagian-bahagiannya di wilayah
terpencil seperti Anatolia, tempat tinggal peradaban orang Al-Hatsiah. Beberapa
teks ini ditulis dalam bahasa Babilonia Lama, dan terjemahan ke dalam dua
bahasa Hatsiah dan Huriah juga telah dijumpai. Baru-baru ini, ada penemuan
menarik untuk salinan pada beberapa babnya di salah sebuah kota kuno Palestin
(Megiddo), yang terkenal di dalam Taurat, dan masa salinan kecil ini berasal
dari abad keempat belas SM ... .) [Taha Baqir - Epik Gilgamesh]
Ini adalah bagaimana anda menggambarkan kisah
epik Gilgamesh pada permulaannya dan meringkaskan segala sesuatu mengenai
Gilgamesh dalam beberapa baris yang berfungsi sebagai pengenalan watak
Gilgamesh dan misinya:
Panel (Papan)
Pertama:
Dialah yang melihat
segalanya dan menyanyi dalam ingatannya, wahai negaraku.
Dialah yang memberi
tahu semua perkara dan memberi manfaat melaluinya.
Dia adalah orang
bijak yang mengetahui segalanya.
Dia melihat
rahsia-rahsia dan mengetahui rahsia yang tersembunyi,
Dan dia membawa
berita beberapa hari sebelum banjir,
Dia melakukan
perjalanan jauh sehingga dia menjadi letih dan lesu,
Oleh itu, dia
menuliskan di tugu batu semua yang dideritanya dan apa yang dia alami.)
Jelas bahawa teks
itu menggambarkan orang yang berpengetahuan (yang melihat semuanya ..... yang
melaporkan semua perkara ....... yang bijak yang tahu ...... dia melihat
rahsia-rahsia dan mengetahui rahsia yang tersembunyi) dan seorang guru, tidak
kira apa pun, dia membawa ilmu-ilmu penting dan dia akan membincangkannya agar
ia tetap ada di kalangan orang-orangnya (sehingga semua yang dideritainya dan
apa yang dia alami) tertulis di tugu batu.
Sekiranya kita rujuk dalam teks agama yang
menyatakan tentang Al-Mahdi, kita akan menemukan Imam Al-Shadiq (as)
mengatakan: Ilmu ada dua puluh tujuh huruf, maka semua yang didatangkan kepada
para rasul adalah dua huruf, sehingga manusia tidak mengetahuinya sehingga hari
ini selain daripada dua huruf itu. Apabila bangkit Qaim kami akan dikeluarkan
dua puluh lima huruf maka disebarkan di antara manusia, dan ditambah dua huruf
itu hingga tersebar dua puluh tujuh huruf.) [Bihar Al-Anwar: J 52, hlm 336.]
Marasi Keenam:
Gilgamesh adalah tokoh agama
Epik Gilgamesh penuh dengan simbol. Ia
mempunyai penglihatan perlambangan (isyarat) dengan penjelasan mengenai makna
beberapa simbolnya. Ia merangkumi kata-kata dan peristiwa yang dikodkan.
Contohnya: Di tengah pertempuran yang sedang berlangsung antara Gilgamesh dan
Enkidu, kita dapati semuanya tenang dan Enkidu terus berdiri, berkata kepada
Gilgamesh dengan hormat:
(Kaulah
satu-satunya lelaki,
Kaulah yang
dikandung oleh ibumu,
Ibumu yang
melahirkan engkau Nansuna...
Dan Analil
mengangkat kepalamu tinggi di kalangan manusia,
Kuasa kerajaan
padamu atas manusia.) [Epik Gilgamesh-Taha Baqir].
Persoalannya di sini ialah: Sekiranya Enkidu
mengetahui ini sejak awal, mengapa dia melawannya?!!!
Oleh itu, tidak dapat dibayangkan bahawa
pertempuran ini dimaksudkan sebagai perjuangan fizikal antara Gilgamesh dan
Enkidu. Ya, kita dapat mengatakan bahawa itu adalah perjuangan ideologi yang
menyebabkan Enkidu akhirnya mengakui bahawa Gilgamesh adalah anak Nansuna dan anak
Analil yang mewasiatkan Gilgamesh menjadi raja. Dan pengucapan Enkidu - setelah
konflik - dengan kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa Enkidu menguduskan
Nansuna dan Analil, tetapi dia tidak mengakui bahawa Gilgamesh berasal dari
keturunan mereka, dan sekarang dia mengakuinya:
(Kaulah
satu-satunya lelaki, Kaulah yang dikandung oleh ibumu, Ibumu yang melahirkan
engkau Nansuna... Dan Analil mengangkat kepalamu tinggi di kalangan manusia,
Kuasa kerajaan padamu atas manusia).
Untuk ini juga, kita mesti menghitung
teks-teks simbolisme diambil kira dan tidak menganggapnya sebagai teks-teks
yang maksudnya terus terang dan membawa makna mengikut lafaz sepenuhnya.
Sebenarnya, ini hampir sama dengan teks-teks agama secara umum, kerana teks itu
berasal dari alam-alam lain dan mengandungi hikmah, dan tujuannya kadang kala
adalah menyampaikan risalah kepada penganutnya, dan mungkin dalam banyak hal,
ia ingin dilindungi dari penyamar dengan simbol-simbol ini yang hanya diketahui
oleh pemiliknya, jadi penglihatan (rukya), misalnya, adalah teks agama. Tidak
diragukan lagi, dan siapa di antara kita yang meragukan bahawa penglihatan
(rukya) sering diberi simbol perlambangan?!
Perjalanan pertama Gilgamesh untuk membunuh
Syaitan Khambaba dan menghapus ketidakadilan, kezaliman dan kejahatan dari muka
bumi:
(Oleh itu Gilgamesh
memanggil Enkidu dan berkata kepadanya: Dia tinggal di hutan Khambaba yang
dahsyat, marilah kita berdua membunuhnya dan menghapus kejahatan dari muka
bumi)
Sebelum Gilgamesh membunuh Syaitan, dia melihat
banyak penglihatan (rukya) yang menandakan kejayaan misi pertamanya:
(... dan aku
melihat dalam mimpi kedua gunung itu juga jatuh, sehingga mengejutkanku dan
meraih kakiku, lalu muncul cahaya terang yang mengatasi kecerahan dan
kilauannya di atas bumi ini, sehingga mengangkatku dari bawah gunung dan
memberi aku air dan menerangkan hatiku) (Epik Gilgamesh)
Semua yang didefinisikan untuknya oleh orang
Sumeria dia adalah dewa (tuhan - ilah), jadi dunia adalah tuhan, Al-Ana (Aku)
adalah tuhan, Masyarakat adalah tuhan, dan orang-orang soleh dan yang
dikuduskan adalah tuhan, jadi kita dapat mengubah kalimah (perkataan)
"tuhan" menjadi para nabi, orang-orang soleh, dunia, atau Aku, dan
mempertimbangkan teksnya dan melihat hikmat di mana teks itu berlimpahan:
(Gilgamesh membuka
mulutnya dan berkata kepada Enkidu:
Wahai sahabatku,
siapa yang mampu naik ke pintu-pintu langit?
Dan hanya
tuhan-tuhan (orang-orang soleh) Hanya mereka yang hidup selamanya bersama
Shamash,
Hari-hari Anak-anak
manusia itu ditentukan..
Dan semua yang
mereka kerjakan kosong sia-sia.] [Epik Gilgamesh]."
Dan dalam Al-Qur'an:
﴿وَقَدِمْنَا إِلَىٰ
مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَّنثُورًا﴾
Dan kami hadapi segala amal yang mereka
kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan..]
Al-Furqan 25:23.)
Gilgamesh, yang merupakan dua pertiga tuhan
pada akhirnya, ingin menyingkirkan sepertiga (baki) kegelapannya, jadi dia
pergi kepada orang yang menyingkirkan kegelapan dan kekal dengan ketuhanan,
isitu datuknya Otto Nabeshtim - Nuh, jadi perjalanan Gilgamesh kepada Nuh
bukanlah perjalanan untuk mencari keabadian jasmani seperti yang dibayangkan
oleh sebahagian pembacanya, melainkan perjalanan untuk mencari keabadian roh.
Setelah semua yang disebutkan di atas, adakah
adil bagi seseorang untuk membantah kita jika kita mengatakan: Epik Gilgamesh
adalah selari dengan agama, dan Gilgamesh adalah seorang tokoh agama.
Marasi ketujuh:
Gilgamesh dan Yusuf (as)
Gilgamesh menang dalam perjalanan pertamanya
dan membunuh Syaitan Khambaba, dan dia kembali ke Uruk dan memakai mahkotanya
untuk memulai pertempuran kedua dengan dunia (dewi Ishtar atau Anana):
Dan ketika
Gilgamesh mengenakan mahkotanya, Ishtar yang terhormat mengangkat matanya dan
bersinar keindahan Gilgamesh, dan dia memanggilnya:
Marilah Gilgamesh,
dan jadilah pengantin lelakiku.
Berilah aku
buah-buahanmu agar kunikmatinya,
Jadilah suamiku dan
aku menjadi isterimu,
Bantuan padamu
kereta kuda dari batu lapis lazuli (permata biru ungu) dan emas,
Dan rodanya dari
emas, dan tanduknya dari tembaga,
Itu akan mengikat
syaitan petir bukannya keldai besar,
Dan ketika kau
masuk rumah kami, kau akan dapati aroma cedar (aras) wangi di dalamnya.
Sekiranya kau masuk
rumah kami, kakimu akan mencium ambang pintu
Raja-raja, hakim
dan penguasa akan tunduk kepadamu ......
Gilgamesh membuka
mulut dan menjawab Ishtar yang terhormat dan berkata: .......
Apa kebaikannya
jika aku berkahwin denganmu?
Kamu!
Kamu tidak lain
hanyalah api yang memadamkan api dalam kesejukan.
Kamu seperti pintu
yang hilang yang tidak menghalang ribut atau angin,
Kamu adalah istana
yang rusak, masuk kedalamnya merugikan,
Kamu gajah yang
merobek jalanan,
Kamu tangga kotor
yang mengotori pembawanya, hampir membasahkan pembawanya,
Kamu adalah batu
marmar yang meruntuhkan dindingnya,
Kamu adalah batu
jasper yang mengundang dan menggoda musuh,
Dan kamu adalah
kasut yang menggigit kaki,
Mana antara
kekasihmu yang tetap kamu cintai?
Mana antara
rakyatmu yang selalu berpuas hati dengan kamu? .................)
Dan ketika Ishtar
mendengar jawapan ini, dia sangat marah dan naik ke langit.
Ishtar naik dan
muncul di hadapan ayahnya Anu dan ibunya, kamu menitiskan air matanya dan dia
berkata:
Wahai bapaku,
Gilgamesh telah menolakku dan menghinaku,
Dia menghinaku dan
mencelaku dengan kesalahan dan kejahatanku,
Dan Anu membuka
mulutnya dan berkata kepada Ishtar yang terhormat:
Kamu yang
mengganggu Gilgamesh,
Sejumlah kesalahan
dan kelemahanmu,
Maka Ishtar membuka
mulutnya dan berkata kepada (Anu): Buatlah untukku, Wahai bapa! seekor lembu
samawi, supaya Gilgamesh binasa.
Sekiranya kamu
tidak menciptakan untukku lembu samawi, maka hancurkan pintu alam bawah
(aspal).
Dan aku akan
membuka pergaduhan dengannya, membangkitkan orang mati, dan mereka akan makan
seperti yang hidup
Dan orang mati
menjadi lebih banyak daripada yang hidup,
Dan Anu membuka
mulutnya dan menjawab Ishtar yang terhormat dan berkata:
Sekiranya
permintaan kamu dipenuhi, maka tujuh tahun kekurusan (kesulitan makanan) akan
berlalu.
Adakah kamu
mengumpulkan hasil yang mencukupi untuk manusia?
Adakah makanan
disimpan untuk ternakan?
Ishtar membuka
mulut dan menjawab Anu ayahnya, dengan berkata, "Aku telah mengumpulkan
roti untuk manusia, dan menyimpan makanan untuk ternakan."
Dan jika tujuh tahun
kekurusan datang, maka kamu akan menyimpan biji-bijian dan makanan kamu pada
manusia dan haiwan ([Epik Gilgamesh]."
Di dalam Al-Quran
﴿وَرَاوَدَتْهُ
الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَن نَّفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الْأَبْوَابَ وَقَالَتْ
هَيْتَ لَكَ ۚ قَالَ مَعَاذَ اللَّـهِ ۖ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ ۖ إِنَّهُ
لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ﴾
Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di
rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup
pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke sini". Yusuf berkata:
"Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku
dengan baik". Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.
[Yusuf 12:23]
﴿قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ
سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلَّا قَلِيلًا
مِّمَّا تَأْكُلُونَ ﴿٤٧﴾ ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ
سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا
تُحْصِنُونَ ﴿٤٨﴾ ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ
عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ﴾
Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam
tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu
biarkan tangkai-tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.47 Kemudian sesudah
itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu
simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum)
yang kamu simpan. 48 Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya
manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memeras
anggur".) [Yusuf 12:47 – 49]
Marasi kelapan:
Sebilangan orang gagal atau tersandung dalam perjalanan keabadian
Diterangkan bahawa perjalanan Gilgamesh
membicarakan tentang keabadian rohani dan kehidupan akhirat yang abadi, dan
bukan mengenai keabadian jasad yang binasa, orang-orang yang bodoh mengetahui
pada kebinasaannya. Maka bagaimana dengan Gilgamesh yang digambarkan dalam epik
itu sebagai bijak dan mengetahui tentang hakikat-hakikat perkara. Oleh kerana
keabadian dan kematian yang disebutkan dalam kisah ini bertujuan untuk
keabadian dan kematian roh, maka kematian Enkidu adalah seperti itu, dan Enkidu
tidak dapat menyelesaikan perjalanan keabadiannya tanpa jatuh atau tersandung
di jalan dan melakukan perkara-perkara terlarang dan melanggar perintah
Gilgamesh kepadanya, jadi akibatnya dia jatuh kepada cengkaman alam bawah dan
Gilgamesh berusaha menyelamatkannya dari cengkeraman alam bawah dan
kebangkitannya dari batu sandungannya:
Enkidu turun ke
alam yang lebih rendah
Tidak lain kerana
dia tidak mematuhi kata-kata tuannya -
Untuk memakai
pakaian bersih,
Jadi mereka yang
berkuasa menyerangnya seolah-olah mereka musuh.
Dan melumuri
tubuhnya dengan minyak kas yang memilukan,
Lalu mereka
berkumpul di sekelilingnya bagi siapa yang berani menghidu baunya,
Dan dilemparkan tongkat
lemparan di alam bawah,
Mereka yang
memukulnya mengepungnya,
Membawa tongkat di
tangannya,
terganggu roh orang
mati di sekelilingnya
Dan dia memakai
selipar di kakinya,
Dan bersuara di
alam bawah,
Dan sebelumnya
isteri yang tersayang,
Dan menampar isteri
yang dibencinya,
Dan sebelumnya anak
yang tercinta,
Dan menampar anak
yang dibencinya,
Maka teriakan alam
bawah menariknya erat -
............
.............
Dia tidak jatuh
dalam pertempuran di tempat kelelakian
Alam bawah adalah
alam yang paling kuat mencengkamnya) Orang-orang Sumeria - Samuel Noah Kramer:
hlm 288.)
Kisah kematian dan
pengebumian Enkidu kemungkinan besar berasal dari suku Babilonia bukan Sumeria.
Menurut puisi berjudul “Gilgamesh, Enkidu dan Alam Bawah,” Enkidu tidak mati
dalam arti kematian yang biasa, melainkan dia ditahan di Alam Bawah (Kur), yang
merupakan syaitan yang mewakili alam bawah dan seperti seekor naga, kerana dia
telah melakukan perkara-perkara terlarang di alam bawah, Dia mengetahuinya.
Pengarang "Epik Gilgamesh", orang Babilonia, mencipta peristiwa
kematian "Enkidu" untuk mempersiapkan asas bagi kisah-kisah
Aldermatik mengenai perjalanan Gilgamesh, dan mencari keabadian, yang merupakan
klimaks Aldermatisme dalam puisi............... Tetapi apa pun keadaannya,
Puisi orang Babilon tidak hanya pada ayat sahaja tetapi mereka
menghapuskan dan meniru secara membuta tuli dari bahan Sumeria. Bahkan, memang
benar bahawa mereka telah mengubah kandungannya dan mengubah komposisinya
secara besar-besaran agar sesuai dengan suara hati dan warisan mereka. Sehingga
tidak ada yang tersisa kecuali benih Sumeria asli.) [dari Batu
Bersurat Sumeria oleh Samuel Noah Kramer: hlm. 323]
Marasi Kesembilan:
Perjalanan Gilgamesh kepada Datuknya Nuh (as)
Perjalanan Gilgamesh kepada datuknya Nuh (Otto
- Nabeshtim) bermula di mana dia mencari keabadian,
Keabadian ruh dan bukannya keabadian jasad,
jadi Gilgamesh tahu sejak awal bahawa tidak ada keabadian jasad. Perkataannya
telah berlalu:
(Dan hanya
tuhan-tuhan (orang-orang soleh) hidup selama-lamanya bersama Shamash. Adapun
anak-anak manusia, maka hari-hari mereka ditentukan, dan semua yang mereka
lakukan adalah sia-sia.)
Datuknya Nuh sudah lama mati dan dia
mengetahui cukup tahu perkara ini. Jadi, ini adalah perjalanan ke alam lain.
Dalam perjalanan ini, Gilgamesh membinasakan dirinya sendiri dan mencapai
keabadian dengan mengembara atas pencariannya. Dia memenuhi tujuannya dalam
perjalanan yang sama, bahkan sebelum dia sampai kepada datuknya, Nuh (Otto -
Nabeshtim): -
(Aku akan
melepaskan rambutku dan memakai kulit singa, dan diriku mengembara dalam
kebenaran) [Epik Gilgamesh].
Gilgamesh memasuki alam kebenaran dan melihat
segala sesuatu ketika dia dalam perjalanan kepada datuknya Otto - Nabeshtam
(Nuh, as):
Dia telah sampai di
Gunung Mashu.
Yang menjaga setiap
hari dari terbit hingga terbenamnya matahari,
Dan ketinggiannya
mencecah langit.
Dan di bahagian
bawah, dadanya turun ke alam bawah,
Dan yang menjaga
pintunya "orang kala jengking"
Orang-orang yang
bangkit itu menyeramkan, menakutkan
dan mereka dilihat
mati
Dan mereka sangat
menakutkan mengatasi gunung,
Orang-orang yang
menjaga matahari ketika matahari terbit dan terbenam,
Dan ketika
Gilgamesh melihat mereka, pucat mukanya kerana takut dan gerun,
Tetapi dia
mengumpulkan keberanian mendekati dan berdepan dengan mereka
Lalu, "lelaki
kala jengking" memanggil isterinya dan berkata kepadanya:
Orang yang datang
kepada kita ini badannya dari zat ketuhanan (Al-Ilahah),
Isteri "lelaki
kala jengking" itu menjawab:
Ya, dua pertiga
darinya adalah Tuhan dan yang sepertiga lagi adalah manusia,
Kemudian
"lelaki kala jengking" itu memanggil Gilgamesh,
Dia berbicara
kepada ketuhanan (Al-Ilahah) dengan kata-kata ini:
Apa yang membawa
kamu ke perjalanan sejauh ini?
Dan mengapa kamu
melintasi jalan dan datang kepadaku untuk melalui lautan yang sukar untuk
dilalui?
Maka apa tujuan
anakku datang kepadaku
Gilgamesh menjawab,
katanya:
Tujuanku datang
kepada bapaku (Otto - Nabeshtim) (Nuh)
Yang masuk ke
pertemuan ketuhanan (Al-Ilahah) *
Aku datang untuk
bertanya kepadanya mengenai misteri hidup dan mati *
Maka lelaki
kalajengking itu membuka mulut dan berkata kepada Gilgamesh:
Tidak ada yang
dapat melakukannya sebelum ini, wahai Gilgamesh
Tidak ada manusia
yang melintasi jalan gunung
Di mana berlaku
kegelapan yang hitam pekat memasukinya mengambil masa dua belas jam yang
melemahkan dan tidak ada cahaya
........ bahagian
berlubang dari epik .......
Gilgamesh menjawab:
Aku bertekad untuk pergi, walaupun dengan kesedihan dan kesakitan *
Dalam
tetap dan bebas dan dalam penyesalan dan tangisan *
Maka bukalah
untukku sekarang pintu ke pergunungan,
Maka lelaki kala
jengking itu membuka mulut, dan menjawab Gilgamesh:
Jalanlah wahai
Gilgamesh dan jangan takut,
Aku benarkan kamu
menyeberangi gunung "Mashu",
Semoga kamu
melepasi gunung dan rangkaiannya,
Dan semoga kakimu
kembali dengan selamat,
Dan pintu gunung
terbuka di hadapan kamu.) [Taha Baqir - Epik Gilgamesh: hlm. 75-76]
Perjalanan Gilgamesh diteruskan, dan dia
melewati pemilik kedai (bar) seolah-olah ia adalah simbol orang mabuk dengan
cinta dunia dan keakuan (Al-Ana), jadi pemilik kedai mengundangnya ke dunia ini
dan mengurus dirinya sendiri dan meninggalkan perjalanannya yang melelahkan ini
untuk mencari keabadian.
(Pemilik kedai
(bar) mememberi jawapan kepada Gilgamesh, katanya:
Kehidupan yang kamu
cari tidak akan kau temui
Kerana ketika
ketuhanan (Ilahah) menciptakan manusia, ditentukan kematian manusia itu
Dia akan
terpengaruh dengan kehidupan *
Bagi kamu wahai
Gilgamesh, penuhilah perutmu *
Dan bergembira dan
ceria siang dan malam *
Dan berbahagialah
setiap hari dari hari-harimu
Menari dan bermain
siang dan malam *
Dan jadikan
pakaianmu bersih terang *
Basuh kepalamu dan
mandi dengan air *
Manjakan anakmu
yang dipegang tanganmu *
Bergembiralah
dengan isteri yang berada di pelukanmu
Dan ini adalah
nasib manusia,
Tetapi Gilgamesh
berbicara lebih lanjut kepada pemilik kedai (bar):
Wahai pemilik kedai
bar, di manakah jalan menuju Otto - Nabeshtem?
Tunjukkan kepadaku
bagaimana untuk pergi ke sana?
Jika yang
memungkinkan aku sampai kepadanya, aku sanggup berlayar,
Dan jika tidak
mungkin menghubunginya, maka aku akan melepaskan rambut di wajahku untuk
kebenaran,) [Taha Baqir - Epik Gilgamesh: hlm 79-82.)
Kata-kata terakhir ini seolah-olah Musa (as)
meminjam maknanya dari Gilgamesh dalam Al-Qur'an, dan berkata:
﴿ وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَاهُ لَا أَبْرَحُ حَتَّىٰ أَبْلُغَ
مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا﴾
Dan ketika Musa
berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum
sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai
bertahun-tahun".[Al-Kahf 18:60]
Perjalanan Gilgamesh berlanjutan sehingga dia
sampai kepada datuknya Otto - Nabishtim (Nuh as), dan datuknya menceritakan
kisah banjir kepadanya, dan Gilgamesh mengetahui dari datuknya rahsia
kehidupan:
Otto - Nabeshtim
berkata kepada Gilgamesh:
Kematian itu kejam
dan tanpa belas kasihan
Bilakah kita
membina rumah yang akan kekal selamanya?
Bilakah kita
mengikat janji yang kekal selama-lamanya?
Adakah
saudara-saudara akan mewarisi harta pusaka mereka sehingga ia kekal selamanya?
Adakah akan kekal
kebencian di bumi selama-lamanya?
Adakah sungai akan
naik dan membawa banjir ke bandar?
Rama-rama hampir
tidak keluar dari kepompongnya, sehingga ia melihat wajah matahari hingga
sampailah ajalnya
Ia tidak berterusan
dan kekal sejak zaman dahulu
Dan yang paling
sesuai dan mirip adalah antara orang tidur dan orang mati!
Adakah mereka tidak
kelihatan seperti kematian?
Siapa yang dapat
membezakan antara hamba dan tuan, jika tarikh akhirnya (ajalnya) telah tiba?)
[Taha Baqir – Epik Gilgamesh: ms 87.]
Epik, kisah dan puisi Sumeria membuktikan
bahawa ia adalah kisah agama ilahi yang wujud dan lengkap di kalangan orang
Sumeria di semua bahagian, watak dan simbolnya sebelum agama Yahudi, Kristian
dan Islam. Oleh itu, kita dapati kenyataan pada batu bersurat tanah liat
Sumeria tentang Tuhan yang satu dan hakiki yang menguasai segala sesuatu, dan
kita dapati di dalamnya kepercayaan-kepercayaan (Al-3aqaid), nilai akhlak,
undang-undang suci, ibadah dan cara-caranya. Jalan mengatasi syaitan, dunia,
keakuan dan mencintai diri. Jadi, ini adalah keseluruhan agama dari Alif sampai
Ya’ di sisi orang-orang Sumeria, dan dari mana mereka membawanya? Dari mana ia
datang? Dari mana sistem kompleks ini muncul secara tiba-tiba lengkap dalam
sejarah negara Dua Sungai (Mesopotamia)? Kebenaran yang dilihat oleh setiap
orang yang waras adalah terang seperti matahari bahawa di sana terdapat anjakan
budaya dan peradaban yang ditunjukkan oleh budaya dan peradaban Sumeria kepada
kita, jadi siapa pun yang mahu menyangkal - setelah semua perkara di atas - ini
adalah urusannya, dan secara umumnya, andaian dan teori telah dikembangkan
untuk menjelaskan anjakan budaya ini seperti yang disebutkan di atas. Sekiranya
ini tidak berlaku, tidak akan ada teori mengenai kedatangan makhluk dari
angkasa!! Ini sangat mengejutkan bagi mereka yang menerima bahawa alasan
pengembangan kemanusiaan adalah kedatangan makhluk asing dengan kenderaan dan
kemampuan alam kosmik mereka yang tidak kita lihat di Bumi untuk menjelaskan
anjakan budaya ini, dan tidak menerima bahawa diri (nafs) Adam adalah ditiup ke
dalam badan atau menghubunginya, sehingga ia berkembang dan bergerak ke tahap yang
lebih tinggi dalam penciptaan, sistem dan kemampuan untuk berfikir dan
menyedarinya.
Marasi kesepuluh:
Orang Sumeria Dan Pemerintahan Allah
Ulasan Dr. Kramer dalam pemerintahan:
(Pemerintah –
Persidangan parlimen pertama - bahawa perkembangan kemasyarakatan dan rohani
manusia kebanyakannya lambat, rosak, sukar dijejaki dan diselidiki. Pokok
harimau yang sempurna jauh terpisah dari biji asalnya dengan jarak ribuan batu
dan tahun. Sebagai contoh, cara hidup yang dikenali sebagai demokrasi dan
institusinya atau sistem utamanya adalah sidang politik. Pada zahirnya, keadaan
sistem ini selamanya terbatas pada peradaban Barat atau monopoli mereka, dan ia
adalah buah dari hasil tuai berabad-abad berlaku, bagi sesiapa yang
membayangkan bahawa politik berparlimen telah wujud ribuan tahun yang lalu, dan
di beberapa bahagian dunia tidak ada kaitan dengan institusi demokrasi. Namun,
jarang sekali, seorang ahli arkeologi yang sabar menggali dan menggali
lubang-lubang tersebut dan melebarkannya, dan sama sekali tidak tahu di mana
dia akan menjumpainya dan berkat usaha kumpulan yang mengumumkan secara meluas,
kita sekarang dapat membaca catatan sidang politik yang berlaku kira-kira lima
ribu tahun yang lalu - di Timur Dekat sebelum di tempat lain.
Sesungguhnya,
politik berparlimen pertama yang diketahui dalam sejarah umat manusia dicatat
bersesuaian dengan pertemuan serius dalam had 3000 SM. Ia seperti parlimen kita
yang terdiri dari dua dewan: dari Dewan Senat, yang bermaksud Dewan Negara, dan
dari Dewan Umum (Dewan Rakyat) yang terdiri dari warganegara lelaki yang mampu
memikul senjata dan merupakan sebuah parlimen perang yang dipanggil untuk
bersidang untuk membaca mengenai perkara serius yang berkaitan dengan perang
dan perdamaian. dan antara perang dan kemerdekaan. Dia harus memilih antara
perdamaian dengan apa jua harga dan antara perang dan pemerintahan (sendiri).
Justeru, Dewan Senat, yang terdiri dari syeikh (ketua-ketua) Dewan Negara,
mengumumkan keputusannya bahawa ia berada di sebelah perdamaian, berapa pun
harganya.
Tetapi raja
membantahnya. Untuk membaca keputusannya, maka masalahnya disampaikan kepada
Dewan Rakyat, dan dewan ini mengisytiharkan perang untuk kebebasan, dan Raja
tulus dalam keputusannya.
Di bahagian dunia
manakah parlimen pertama yang diketahui oleh manusia?
Itu bukan tempat
untuk bersidang di Barat, di Benua Eropah, seperti yang anda fikirkan, kerana
dewan politik di negara-negara Yunani adalah demokratik dan di Republik yang
terkenal muncul lama setelah itu. Tetapi itulah yang menimbulkan rasa pelik dan
hairan bahawa parlimen kuno ini mengadakan sesi di kawasan Asia yang biasa
disebut oleh orang-orang dengan nama Timur Dekat, tempat tinggal orang-orang
pelampau dan orang-orang zalim, yang berpengaruh, Ini adalah bahagian dunia
yang dianggap bahawa dewan-dewan politik tidak diketahui di dalamnya.
Ya, di
negara-negara yang pada masa lalu dikenal sebagai Sumer, yang terletak di utara
Teluk Parsi di antara sungai dajlah (Tigris) dan Furat (Euphrates), dewan
politik tertua yang diketahui diadakan. Bilakah parlimen ini bersidang? Ia
bersidang pada Alaf ketiga SM. Dulu ia terletak di negara Sumer, yang serupa
dengan bahagian selatan Iraq moden yang telah membangun dan berkembang apa yang
mungkin menjadi peradaban paling berprestij di dunia yang terkenal pada
waktu itu.) [Dari Batu bersurat Sumeria - Dr. Samuel Kremer]
Hubungan antara orang Sumeria dan Hakimiyah
Allah adalah sesuatu yang tidak dapat difahami oleh Kremer dan banyak ahli
arkeologi lain untuk menyedarinya. kerana mereka sama ada tidak mempercayai
ketuanan Allah (Hakimiyah Alla), atau ateis yang percaya bahawa agama itu
diciptakan oleh orang Sumeria, Taurat dan Al-Qur'an hanyalah reproduksi kisah
dongeng Sumeria - dalam pandangan mereka seperti kisah banjir. Dan itulah
sebabnya ketika mereka dapati bahawa raja Sumeria menyampaikan perintah perang
kepada dua dewan bermesyuarat, mereka memerintah dan memutuskan bahawa apa yang
diamalkan oleh orang Sumeria adalah demokrasi yang serupa dengan demokrasi
Barat hari ini, sedangkan apa yang diamalkan oleh orang Sumeria sama sekali
bukan demokrasi Barat , dan praktik mereka tidak ada hubungannya dengan
demokrasi Barat, kerana ada banyak teks Sumeria yang menegaskan bahawa penguasa
mengambil kesahihannya dari lantikan ilahi.
Sistem pemerintahan Sumeria adalah sistem yang
mereka warisi dari Nuh (as) dan dari para nabi sebagaimana mereka mewarisi
agama ilahi. Mereka mempunyai sistem pemerintahan ketuhanan yang terseleweng,
sebagaimana penganut agama ilahi yang diputarbelitkan. Sistem pemerintahan
Sumeria bukan sistem kediktatoran atau sistem demokrasi dalam pengertian
demokratik Barat yang diketahui hari ini.
Dalam sistem pemerintahan Sumeria ada seorang
raja yang dilantik oleh Tuhan (Al-Ilahah), dan dalam sistem pemerintahan ilahi
ada seorang raja atau pemerintah yang dilantik oleh Allah, dan tugas penguasa
ini adalah untuk memenuhi kehendak Allah dan menerapkan hukum Allah dan membela
golongan tertindas. Maka tujuan dalam melantik penguasa ilahi yang bukan
merupakan hukum (perundangan) itu sendiri, dan ini adalah sistem ketuhanan yang
berkuasa dapat dicapai walaupun di bawah pengawasan penguasa yang dilantik oleh
Allah untuk melaksanakan dan memantau perlaksanaan dan campur tangan untuk
membetulkan ketika ada kecenderungan untuk kesalahan, dan tidak perlu baginya
menegakkan undang-undangnya sendiri untuk mencapai tujuan pelantikannya.
Inilah apa yang kita dapati, atau yang hampir
dengannya, dalam contoh Sumeria yang dilaporkan oleh Dr. Samuel Kremer, di mana
terdapat perselisihan antara Kish dan Uruk mengenai kekuasaan dan tuntutan
pelantikan ilahi, dan penguasa Uruk meminta pendapat dari masyarakat dalam
memilih perang atau perdamaian, tetapi itu bukan pendapatnya yang mengikatnya
seperti yang dijelaskan di bawah:
Mengenai keadaan
politik yang mengharuskan supaya diadakan parlimen dalam catatan sejarah dengan
perkhabarannya, ia dapat dijelaskan dengan cara berikut: Negara Sumeria pada
milenium (alaf) ketiga SM seperti negara Yunani pada zaman yang terkemudian
terdiri daripada sebilangan negeri yang bersaing - bandar yang bersaing sesama
antara mereka untuk mendapatkan kuasa, untuk mengawal semua negara. Negara Kish
adalah salah sebuah negara terpenting dari negara-negara ini, dan ia adalah
kota yang menerima pemerintahan, seperti yang disebutkan dalam mitos-mitos
Sumeria dari langit setelah banjir baru berlaku. Tetapi ada salah sebuah dari
negara-negara ini - negara kota lain, iaitu negara Arak (Uruk), yang terletak
jauh di selatan Kish, dan ia berkembang dalam kekuasaan dan pengaruh politik
sehingga sampai pada tahap keadaannya ia membawa ancaman kepada kekuasaan
negara Kish terhadap negara Sumer. Raja Kish kemudian menyedari pada waktu itu
dalam bahaya. Dan orang-orang Arak mengancam akan memerangi mereka
apabila mereka menolak pengiktirafan ketua mereka. Dalam krisis yang sukar
ini, terdapat dua dewan Arak, iaitu Dewan Senat dan Dewan Lelaki mereka yang
mampu membawa senjata dan untuk memutuskan mana satu di antara dua jalan yang
mereka pilih: untuk tunduk dan menyerah kepada Sultan Kish dan
menikmati kedamaian atau untuk mengumumkan perang dan senjata untuk
memelihara kemerdekaan.) [Dari Batu bersurat Sumeria - Dr. Kremer hlm 83 - 84]
Memang benar bahawa sebahagian raja Sumer adalah
mereka yang sebagai raja pelantikan ilahi, tetapi yang penting bagi kita adalah
bahawa orang-orang Sumeria pada umumnya mempercayai pelantikan ilahi, dan
perkara ini menegaskan apa yang telah kita sampai berulang kali dalam batu
bersurat tanah liat yang raja-raja berasal dari keturunan Ilahah (tuhan-tuhan)
dan bahawa tuhan-tuhan menolong mereka, dan ada kisah yang disebarkan oleh
Al-Qur'an yang mewakili perselisihan yang terjadi di Sumeria atau Mesopotamia
di antara raja-raja Madain, seorang raja dengan Ibrahim Al-Khalil (as) raja
yang dilantik oeh Allah:
﴿أَلَمْ
تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّـهُ
الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا
أُحْيِي وَأُمِيتُ ۖ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّـهَ يَأْتِي
بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي
كَفَرَ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِين﴾
Apakah kamu tidak
memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya karena Allah telah
memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim
mengatakan: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan," orang
itu berkata: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim
berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka
terbitkanlah dia dari barat," lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. [Al-Baqarah 2:258]
Secara umum, anda dapat merujuk teks Sumeria,
Akkadia dan Babilonia, untuk mengetahui bahawa masalah ini jelas dalam banyak
teks, dan bahawa mereka percaya bahawa raja adalah dari lantikan ilahi, iaitu,
seperti dalam akidah agama ilahi yang sahih di dalam Taurat, Injil dan
Al-Qur'an, dan ini dengan jelas menunjukkan bahawa orang Sumeria telah mewarisi
agama ilahi kuno dan apakah mereka berpegang teguh pada ajarannya, yang paling
penting adalah undang-undang suci dan pelaksanaanya, tetapi ketika masa
berlalu, perkara yang selalu terjadi akan terjadi, iaitu penyelewengan agama
ilahi, perampasan kerajaan ilahi, dan penganiayaan terhadap raja yang dilantik
oleh Allah, seperti yang berlaku pada Ibrahim (as) yang akhirnya dipaksa
meninggalkan tanah bapanya sehingga dengan kehendak Allah anak-anaknya kembali
kemudian, dengan kepulangan anaknya Ali bin Abi Talib (as) ke tanah Sumer dan
Akkad, Syumar, Syin’ar, atau Negara Dua Sungai - Mesopotamia (Iraq) .
Ini adalah salah satu teks yang dipetik oleh
Dr. Kremer dari Batu bersurat Sumeria, dan menerangkan kepercayaan orang
Sumeria pada agama ilahi dan pelantikan ilahi terhadap raja atau penguasa:
Wahai Sumeria,
wahai negara besar di antara semua negara di dunia, kamu tenggelam dalam cahaya
tsabit (teguh) dan tetap yang memancar dari terbit hingga terbenamnya matahari
terhadap undang-undang ilahi di antara semua manusia. Bahawa undang-undang yang
suci, undang-undang Semitik yang tidak dapat saya fahami, hati kamu mendalam
dan tidak mudah diduga, pengetahuan yang sahih yang didatangkan bersamanya. ...
seperti langit tidak dapat disentuh, dan raja yang kamu lahirkan dinobatkan
dengan mahkota abadi, dan tuan yang kamu hadap meletakkan mahkota di kepalanya
selama-lamanya. Tuanmu adalah tuan yang dihormati dan rajamu duduk bersama para
Tuhan yang berada di pentas samawi, bahawa rajamu adalah gunung yang hebat
.....) [Dari Batu bersurat Sumeria - Samuel Kremer].
Khayalan ateisme dan tanda-tanda Ketuhanan di dalam alam semesta
Adakah kita perlu memilih antara kepercayaan kepada Tuhan atau kepercayaan kepada ilmu (sains)? Siapa yang tidak pernah mendengar ayat-ayat yang terkenal dan salah ini: "Evolusi mendakwa bahawa manusia berasal dari kera"! “Sains mendakwa bahawa alam semesta, kehidupan, dan segala-galanya... Teruskan membaca "
Adakah teori evolusi bertentangan dengan agama?
Soalan. Adakah teori evolusi Charles Darwin betul? Ia sangat mengelirukan kerana mereka mempunyai banyak bukti bermula dari genetik sehinggalah bukti arkeologi seperti fosil organisma bersel tunggal...Teruskan membaca
Mereka yang mendakwa mewakili agama mesti menjawab semua soalan ini
Saya akan cuba membangkitkan topik saintifik berkaitan penciptaan dan membuktikan kewujudan tuhan atau tidak. Topik sains ini penting dan apa yang saya dapati dalam arena saintifik ialah ateisme menang secara saintifik dengan perbezaan yang sangat besar ke atas mereka yang...Teruskan membaca "
Pelabuhan terpilih di pelabuhan Sumer dan Akkad
Daripada tulisan Imam Ahmad Al-Hassan (as) di laman Facebooknya: Saya memilih Sumer dan Ikad kerana sudah pasti arkeologi, sejarah dan keagamaan bahawa Nuh as dan Ibrahim as, adalah di antara mereka, kerana mereka adalah asal-usul agama...Teruskan membaca "
Ini adalah bagaimana seseorang itu dimusnahkan
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah.Selamat sejahtera,rahmat dan rahmat Allah ke atasmu.Beginilah binasa manusia.Alasan menulis topik ini ialah pada hari ini,semasa saya menziarahi salah seorang Ansar, semoga Allah melindunginya, saya mendapat berita...Teruskan membaca "
Bagaimanakah kewujudan Tuhan dapat dibuktikan kepada seorang ateis atau materialis?
Jawapannya adalah dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan semoga selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para imam dan para Mahdi, dan semoga keselamatan dan rahmat Allah tercurah kepada anda...Teruskan membaca "
Sebelum ✡✡ <<>> ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan