Selasa, 8 Mac 2022

5.34 Perjalanan Gilgamesh Kepada Datuknya Nuh (as)

 5.34 Perjalanan Gilgamesh Kepada Datuknya Nuh (as)

 

Perjalanan Gilgamesh Kepada Datuknya Nuh (as)

 


Maka bermulalah pengembaraan Gilgamesh untuk bertemu datuknya Nuh (Utu-Napishtim) bermula di mana dia mencari keabadian,

 

Keabadian ruh dan bukannya keabadian jasad, jadi Gilgamesh tahu sejak awal bahawa tidak ada keabadian jasad. kerana beliau berkata:

 

(Dan hanya tuhan-tuhan (orang-orang yang soleh) hidup selama-lamanya tidak akan binasa. Adapun anak-anak manusia, maka hari-hari mereka akan ditentukan, dan semua yang mereka lakukan adalah sia-sia lagi kosong.)

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 388

 

 

Datuk beliau, Nuh, telah lama mati dan beliau mengetahui perkara ini.

Oleh itu, ia adalah perjalanan ke alam yang lain.

 

Di dalam perjalanan ini, Gilgamesh berjaya menghancurkan keakuannya dan mencapai keabadian yang dicarinya. Beliau berjaya mencapai hajatnya dalam perjalanan yang sama malah sebelum sampai kepada datuknya, Nuh (Utu-Napishtim):

 

(Aku akan melepaskan rambutku dan memakai kulit singa, dan aku akan merayau di padang gurun. [1].

 

Gilgamesh memasuki alam hakikat dan melihat segala sesuatu ketika dia dalam perjalanan kepada datuknya Utu-Napishtim “Nuh (as)”:

 

Dia telah sampai di Gunung Mashu.

Yang menjaga setiap hari dari terbit hingga terbenamnya matahari,

Dan ketinggiannya mencecah langit.

Dan di bahagian bawah, dadanya turun ke alam bawahan,

Dan yang menjaga pintunya "orang kala jengking"

Orang-orang yang bangkit itu menyeramkan, menakutkan

dan mereka dilihat mati

Keagungan mereka yang dahsyat meliputi gunung-gunung,,

Orang-orang yang menjaga matahari ketika matahari terbit dan terbenam,

Dan ketika Gilgamesh melihat mereka, pucat mukanya kerana takut dan gerun,

 

____________________

1. Sumber (Taha Baqir - The Epic of Gilgamesh).

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 389

 

Tetapi dia mengumpulkan keberanian mendekati dan berdepan dengan mereka

Lalu, "lelaki kala jengking" itu memanggil isterinya dan berkata kepadanya:

Orang yang datang kepada kita ini badannya dari zat ketuhanan (Al-Ilahah),

Isteri "lelaki kala jengking" itu menjawab:

Ya, dua pertiga darinya adalah Tuhan dan yang sepertiga lagi adalah manusia,

Kemudian "lelaki kala jengking" itu memanggil Gilgamesh,

Dia berbicara kepada ketuhanan (Al-Ilahah) dengan kata-kata ini:

Apa yang membawa kamu ke perjalanan sejauh ini?

Dan mengapa kamu melintasi jalan dan datang kepadaku untuk melalui lautan yang sukar untuk dilalui?

Maka apa tujuan anakku datang kepadaku

Gilgamesh menjawab, katanya:

Tujuanku datang kepada bapaku (Utu-Napishtim) (Nuh)

yang memasuki perhimpunan tuhan-tuhan (Al-Ilahah) *

Aku datang untuk bertanya kepadanya mengenai misteri hidup dan mati *

Maka lelaki kalajengking itu membuka mulut dan berkata kepada Gilgamesh:

Tidak ada yang dapat melakukannya sebelum ini, wahai Gilgamesh

Tidak ada manusia yang melintasi jalan gunung

Di mana berlaku kegelapan yang hitam pekat memasukinya mengambil masa dua belas jam yang melemahkan dan tidak ada

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 390

 

 

cahaya ........ bahagian berlubang dari epik (kisah kepahlawanan)  .......

Gilgamesh menjawab: Aku bertekad untuk pergi, walaupun dengan kesedihan dan kesakitan *

Dalam sejuk dan panas dan dalam penyesalan dan tangisan *

Maka bukalah untukku sekarang pintu ke pergunungan,

Maka lelaki kala jengking itu membuka mulut, dan menjawab Gilgamesh:

Jalanlah wahai Gilgamesh dan jangan takut,

Aku benarkan kamu menyeberangi gunung "Mashu",

Semoga kamu melepasi gunung dan rangkaiannya,

Dan semoga kakimu kembali dengan selamat,

Dan pintu gunung terbuka di hadapan kamu.) [1]

 

Perjalanan Gilgamesh diteruskan, dan dia melewati pemilik kedai (bar) seolah-olah ia adalah simbol orang mabuk dengan cinta dunia dan keakuan (Al-Ana), jadi pemilik kedai mengundangnya ke dunia ini dan mengurus dirinya sendiri dan meninggalkan perjalanannya yang melelahkan ini untuk mencari keabadian:

 

(Pemilik kedai (bar) mememberi jawapan kepada Gilgamesh, katanya:

Kehidupan yang kamu cari tidak akan kau temui

Kerana ketika tuhan-yuhan (Al-Ilahah) menciptakan manusia, ditentukan kematian manusia itu

Dia akan terpengaruh dengan kehidupan *

 

_______________________

[1] Sumber (Taha Baqir - The Epic of Gilgamesh): ms 75 76

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 391

 

 

Bagi kamu wahai Gilgamesh, penuhilah perutmu *

Dan bergembira dan ceria siang dan malam *

Dan berbahagialah setiap hari dari hari-harimu

Menari dan bermain siang dan malam *

Dan jadikan pakaianmu bersih terang *

Basuh kepalamu dan mandi dengan air *

Manjakan anakmu yang kamu pegang dengan tanganmu *

Bergembiralah dengan isteri yang berada di pelukanmu *

Dan ini adalah nasib manusia,

Tetapi Gilgamesh berbicara lebih lanjut kepada pemilik kedai (bar):

Wahai pemilik kedai bar, di manakah jalan menuju Utu-Napishtim?

Tunjukkan kepadaku bagaimana untuk pergi ke sana?

Jika yang memungkinkan aku sampai kepadanya, bahkan lautan pun akan aku menyeberanginya.

Dan jika tidak mungkin sampai kepadanya, maka aku akan melepaskan rambut di wajahku untuk kebenaran,) [1]

 

Kata-kata terakhir ini seolah-olah Musa (as) meminjam maknanya dari Gilgamesh dalam Al-Qur'an, dan berkata:

﴿ وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَاهُ لَا أَبْرَحُ حَتَّىٰ أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا﴾

Dan ketika Musa berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun".[2]

 

___________________

[1] Sumber (Taha Baqir - The Epic of Gilgamesh): ms 79 82

[2] Al-Qur’an Al-Karim Surah Al-Kahfi Ayat: 60

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 392

 

 

Perjalanan Gilgamesh berlanjutan sehingga dia sampai kepada datuknya Utu-Napishtim (Nuh as), dan datuknya menceritakan kisah banjir kepadanya, dan Gilgamesh mengetahui dari datuknya rahsia kehidupan:

 

“Utu-Napishtim berkata kepada Gilgamesh:

Kematian itu kejam dan tanpa belas kasihan

Bilakah kita membina rumah yang akan kekal selamanya?

Bilakah kita mengikat janji yang kekal selama-lamanya?

Adakah saudara-saudara akan berkongsi warisan mereka untuk kekal sehingga akhir zaman?

Adakah akan kekal kebencian di bumi selama-lamanya?

Adakah air sungai sentiasa naik dan akan membawa banjir?

Rama-rama hampir tidak keluar dari kepompongnya, sehingga ia melihat wajah matahari hingga sampailah masanya

Tidak akan berterusan dan kekal sejak dahulu

Dan yang paling sesuai dan mirip adalah antara orang tidur dan mayat!

Tidakkah keduanya kelihatan seperti mati?

Siapa yang dapat membezakan antara hamba dan tuan, jika tarikh akhirnya (ajalnya) telah tiba?) [1]

 

Epik, kisah-kisah dan puisi Sumeria membuktikan bahawa ia adalah kisah agama ilahi yang wujud dan lengkap di kalangan orang-orang Sumeria di semua bahagian, perwatakan dan simbolnya sebelum agama Yahudi, Kristian dan Islam. Oleh itu, kita dapati kenyataan pada tablet tanah liat Sumeria tentang Tuhan yang satu dan hakiki yang menguasai segala sesuatu, dan kita dapati di dalamnya kepercayaan-kepercayaan (Al-3aqaid), nilai akhlak, undang-undang suci, ibadah dan cara-caranya. Jalan mengatasi

 

_____________________

[1] Sumbernya (Taha Baqir - The Epic of Gilgamesh): ms 87

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 393

 

 

syaitan, dunia, keakuan dan mencintai diri.

 

Jadi, ini adalah keseluruhan agama dari Alif sampai Ya’ di sisi orang-orang Sumeria,

dan dari mana mereka membawanya?

Dari mana ia datang? Dari mana sistem kompleks ini muncul secara tiba-tiba lengkap dalam sejarah negara Dua Sungai (Mesopotamia)?

Kebenaran yang dilihat oleh setiap orang yang waras adalah terang seperti matahari bahawa di sana terdapat anjakan budaya dan peradaban yang ditunjukkan oleh budaya dan peradaban Sumeria kepada kita, jadi siapa pun yang mahu menyangkal - setelah apa yang dibahaskan - itu adalah urusannya, dan secara umumnya, tesis-tesis dan teori telah dikembangkan untuk menjelaskan anjakan budaya ini seperti yang disebutkan di atas. Sekiranya ini tidak berlaku, tidak akan ada teori mengenai kedatangan makhluk dari angkasa lepas!!

 

Ini sangat mengejutkan bagi mereka yang menerima bahawa alasan pengembangan (evolusi) kemanusiaan adalah kedatangan makhluk asing (angkasawan purba) dengan kenderaan dan kemampuan alam kosmik mereka yang tidak kita lihat di Bumi untuk menjelaskan anjakan budaya ini, dan tidak menerima bahawa diri (nafs) Adam adalah ditiup ke dalam badan atau menghubunginya, sehingga ia berkembang dan bergerak ke tahap yang lebih tinggi dalam penciptaan, sistem dan kemampuan untuk berfikir dan menyedarinya.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: