Kisah Nuh Di Dalam Riwayat-riwayat
Hakikatnya riwayat banjir besar di zaman Nabi
Nuh di dalam sesetengah riwayat keagamaan amat jauh dari fakta saintifik. Kita
dapati riwayat-riwayat tersebut menjelaskan jumlah air dengan cara yang salah,
sama seperti penceritaan di dalam Injil, di mana air menenggelamkan semua
gunung melebihi lima belas hasta. Ini tidak bisa terjadi, kerana seperti yang
telah saya jelaskan sebelum ini, ia akan meninggalkan kesan yang tidak dapat
dihilangkan dalam tempoh beberapa ribu tahun, dan kita tidak mendapati sebarang
kesan sejarah tersebut pada kajian geologi bumi.
Dakwaan bahawa Nabi Nuh tinggal di tebing
sungai Furat, atau salah satu dari perkampungan di tebing sungai Furat sebelum
banjir besar, tidak bercanggahan dengan fakta bahawa perkampungan tersebut
berada di lembah subur atau di Teluk moden. Ini kerana sebelum banjir, sungai
Furat lebih panjang dan mengalir ke tasik-tasik di dasar lembah tersebut.
Malah, tiada masalah dari segi saintifik untuk
mengatakan bahawa hujan dan peningkatan kadar air telah mengakibatkan banjir di
lembah tersebut, bersama dengan runtuhan empangan semulajadi dan peningkatan
paras air laut yang terjadi kerana berakhirnya zaman ais.
Wujud beberapa riwayat keagamaan yang
menjelaskan kejadian banjir besar dengan cara yang tepat. Riwayat ini tidak
bercanggahan dengan sains.[1] Sebagai contoh, ia menjelaskan maksud
sebenar Nuh membawa haiwan ke atas kapal; iaitu merujuk kepada haiwan domestik
sebagai bekalan untuk manusia.
عن إسماعيل بن جابر عن أبي عبد الله (عليه السلام) ، قال : [ صنعها في ثلاثين سنة ثم أمر أن يحمل فيها من كل زوجين اثنين الأزواج الثمانية التي خرج بها آدم (عليه السلام) من الجنة ليكون معيشة لعقب نوح (عليه السلام) في الأرض كما عاش عقب آدم
(عليه السلام) فإن الأرض تغرق بما فيها إلا ما كان معه في السفينة.
Dari Ismail bin Jabir, dari Abi Abdillah (salam
atasnya) bersabda: “Beliau membinanya selama 30 tahun, dan telah diperintahkan untuk
membawa setiap pasang dari lapan pasang yang dibawa oleh Adam (salam atasnya)
dari syurga. Ia bertujuan sebagai sumber rezeki kepada keturunan Nuh di bumi,
sama seperti cara keturunan Adam hidup. Ini kerana bumi dan semua yang berada
di atasnya akan ditenggelamkan kecuali yang berada di atas bahtera."
(Qisas Al-Anbiya, Al-Rawandi, Halaman 82).
________________________
[1] Telah dijelaskan sebalum ini bahawa
teori di mana Nuh membawa semua binatang ke atas bahtera adalah batil. Telah
ditunjukkan juga bahawa teori tersebut bercanggahan dengan fakta saintifik yang
sudah terbukti, serta teori itu tidak dapat dibuktikan sama sekali.
[2] Sumber (Al Rawandi - Kisah Para Nabi): ms
82
Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan