Kisah Banjir Besar Nuh Di Dalam Kitab Taurat Kejadian 6:1-22
“Apabila manusia sudah
bertambah banyak sehingga tercerai-cerai di seluruh dunia, dan anak-anak
perempuan dilahirkan, makhluk-makhluk ilahi nampak bahawa gadis-gadis itu
cantik. Makhluk-makhluk ilahi itu mengahwini gadis-gadis yang disukai oleh
mereka. Kemudian TUHAN berfirman, “Aku tidak membenarkan manusia hidup selama-lamanya; mereka makhluk fana
yang harus mati. Mulai sekarang umur mereka tidak akan lebih daripada 120
tahun.” Pada zaman itu, dan juga selepas zaman itu, ada raksasa di bumi. Mereka
keturunan gadis-gadis manusia yang berkahwin dengan makhluk-makhluk ilahi.
Raksasa-raksasa itu pahlawan handalan dan termasyhur pada zaman dahulu kala.
“TUHAN nampak betapa
jahatnya manusia di bumi;
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 430
fikiran mereka sentiasa dipenuhi kejahatan.
Oleh itu TUHAN menyesal kerana sudah menjadikan manusia dan menempatkan mereka
di bumi. TUHAN begitu kecewa sehingga Dia berfirman, “Aku akan membinasakan manusia yang sudah Kuciptakan itu, dan juga semua
binatang serta burung, kerana Aku menyesal menciptakan semuanya.” Tetapi Nuh
menyenangkan hati TUHAN. Inilah riwayat Nuh. Dia mempunyai tiga orang anak
lelaki, iaitu Sem, Yafet, dan Ham. Nuh tidak berbuat salah, dan dia
satu-satunya orang yang baik pada zamannya. Dia hidup akrab dengan Allah,
tetapi semua orang lain jahat di sisi Allah, dan kekejaman terdapat di mana-mana.
Allah memandang dunia dan nampak kejahatan sahaja, kerana kehidupan semua
manusia jahat.
Kemudian Allah berfirman kepada Nuh, “Aku sudah mengambil keputusan untuk
menamatkan hidup semua manusia. Aku akan membinasakan mereka berserta bumi,
kerana bumi sudah penuh dengan kekejaman mereka. Binalah sebuah bahtera
untukmu; sebuah bahtera daripada kayu keras. Buatlah bilik-bilik di dalamnya,
dan lapisilah bahagian dalam dan luar bahtera itu dengan tar. Bahtera itu harus
berukuran 133 meter panjang, 22 meter lebar, dan 13 meter tinggi. Buatlah
bumbung pada bahtera itu, dan berilah jarak 44 sentimeter di antara bumbung dan
dindingnya. Buatlah bahtera itu bertingkat tiga, dan pasanglah sebuah pintu di
sisinya. Aku akan mendatangkan banjir untuk membinasakan setiap makhluk yang
hidup di bumi. Segala sesuatu di bumi akan mati, tetapi Aku hendak membuat
perjanjian dengan engkau. Masuklah ke dalam bahtera itu bersama-sama isterimu,
anak-anakmu serta isteri-isteri mereka. Bawalah seekor jantan dan seekor betina
daripada setiap jenis burung dan binatang darat, yang kecil mahupun yang besar,
supaya semua itu tidak turut binasa.
Bawalah juga segala jenis makanan untukmu dan
untuk semua binatang itu.” Nuh melakukan segala sesuatu yang diperintahkan
Allah.”
Kejadian 7:1-24
“Kemudian TUHAN
berfirman kepada Nuh, “Aku mendapati engkau satu-satunya orang yang melakukan kehendak-Ku.
Oleh itu masuklah ke dalam bahtera bersama-sama semua anggota keluargamu.
Bawalah tujuh pasang daripada tiap-tiap jenis burung dan binatang yang halal,
tetapi hanya satu pasang daripada tiap-tiap jenis yang haram. Lakukanlah hal
itu supaya daripada setiap jenis binatang dan burung ada yang terselamat, lalu
dapat membiak semula di bumi.
Tujuh hari lagi Aku akan menurunkan hujan yang
tidak akan berhenti selama empat puluh hari dan empat puluh malam, supaya semua
makhluk hidup yang sudah Aku ciptakan itu binasa.” Lalu Nuh melakukan segala
yang diperintahkan TUHAN. Nuh berumur enam ratus tahun ketika berlaku banjir di
bumi. Nuh dan isterinya, bersama dengan anak-anaknya serta isteri-isteri
mereka, masuk ke dalam bahtera untuk menyelamatkan diri daripada banjir.
Seekor jantan dan seekor betina daripada
tiap-tiap jenis burung dan binatang, baik yang halal mahupun yang haram, masuk
ke dalam bahtera bersama dengan Nuh, seperti yang diperintahkan oleh Allah.
Tujuh hari kemudian banjir melanda bumi. Ketika Nuh berumur enam ratus tahun,
pada hari ketujuh belas, bulan kedua, segala mata air di bawah tanah terbelah.
Segala pintu air di langit terbuka, lalu hujan turun selama empat puluh hari
dan empat puluh malam.
Pada hari itu juga, Nuh dan isterinya masuk ke
dalam bahtera bersama dengan ketiga-tiga orang anak mereka,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 431
iaitu Sem, Yafet, dan Ham, serta isteri
masing-masing. Bersama-sama mereka masuk pula setiap jenis binatang, baik yang
jinak mahupun yang liar, yang besar mahupun yang kecil, dan juga setiap jenis
burung. Seekor jantan dan seekor betina daripada tiap-tiap makhluk hidup masuk
ke dalam bahtera bersama dengan Nuh, seperti yang diperintahkan oleh Allah.
Selepas semuanya masuk, TUHAN menutup pintu bahtera.
Banjir terus-menerus melanda bumi selama empat
puluh hari, dan air naik sehingga bahtera terapung. Air semakin naik sehingga
bahtera terapung-apung pada permukaan air. Air masih naik sehingga meliputi
gunung-gunung yang paling tinggi. Air terus-menerus naik sampai tujuh meter
lebih tinggi daripada puncak gunung. TUHAN membinasakan semua makhluk yang
hidup di bumi: manusia, burung, dan binatang darat yang kecil mahupun yang
besar. Hanya Nuh dan semua yang ada bersama-sama dia di dalam bahtera tidak
binasa.
Air tidak kunjung surut selama seratus lima
puluh hari.”
Kejadian 8:1-22
“Allah tidak melupakan
Nuh dan semua binatang yang ada bersama-samanya di dalam bahtera. Allah membuat
angin bertiup sehingga air mulai surut. Segala mata air di bawah tanah dan
pintu air di langit ditutup. Hujan berhenti, lalu air semakin surut. Selepas
seratus lima puluh hari, paras air tidak berapa tinggi lagi. Pada hari ketujuh
belas bulan ketujuh, bahtera itu terkandas di sebuah puncak di banjaran Ararat.
Air semakin surut dan pada hari pertama bulan kesepuluh, puncak-puncak gunung
mula kelihatan.
Selepas empat puluh hari, Nuh membuka sebuah
tingkap bahtera lalu melepaskan seekor burung gagak. Burung itu tidak kembali
tetapi terbang kian ke mari sehingga air banjir surut sama sekali. Sementara
itu, Nuh melepaskan seekor burung merpati untuk mengetahui sama ada air sudah
surut. Oleh sebab air masih meliputi seluruh muka bumi, burung merpati itu tidak
mendapat tempat untuk hinggap. Burung merpati itu kembali ke bahtera; Nuh
menghulurkan tangannya lalu membawa burung itu ke dalam bahtera. Nuh menunggu
selama tujuh hari, kemudian melepaskan burung itu semula.
Pada petang hari, burung itu kembali kepada
Nuh sambil membawa sehelai daun zaitun yang segar pada paruhnya. Dengan itu Nuh
mengetahui bahawa air sudah surut. Dia menunggu selama tujuh hari lagi, lalu
melepaskan merpati itu sekali lagi; kali ini merpati itu tidak kembali. Ketika
Nuh berumur 601 tahun, pada hari pertama bulan pertama, air telah surut sama
sekali. Nuh membuka bumbung bahtera dan memandang di sekelilingnya. Dia
mendapati permukaan tanah sudah mulai kering. Pada hari kedua puluh tujuh bulan
kedua, bumi telah kering. Kemudian Allah berfirman kepada Nuh, “Keluarlah dari bahtera bersama-sama
isterimu, anak-anakmu serta isteri-isteri mereka.
Bawalah keluar semua burung dan binatang
darat, yang kecil mahupun yang besar, supaya burung dan binatang itu dapat
berkembang biak dan tersebar ke seluruh bumi.” Nuh keluar dari bahtera bersama
dengan isterinya, anak-anaknya serta isteri masing-masing. Semua burung dan
binatang darat keluar dari bahtera, tiap-tiap jenis bersama dengan kelompok
sejenisnya.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 432
Nuh mendirikan sebuah mazbah untuk TUHAN. Dia
mengambil seekor daripada tiap-tiap jenis burung dan binatang yang halal, lalu
di atas mazbah itu, dia mempersembahkan semuanya sebagai korban untuk
menyenangkan hati TUHAN.
Bau harum korban itu menyenangkan hati TUHAN,
lalu TUHAN berfirman di dalam hati, “Aku tidak lagi mengutuk bumi kerana perbuatan manusia; Aku tahu bahawa
sejak masa muda, fikiran manusia itu jahat. Aku tidak lagi membinasakan semua
makhluk hidup, seperti yang telah Aku lakukan kali ini. Selagi bumi ini ada,
akan ada masa menanam dan masa menuai, musim sejuk dan musim panas, musim
kemarau dan musim hujan, siang dan malam.””
Kejadian 9:1-2
“Allah memberkati Nuh
dan anak-anaknya, serta berfirman kepada mereka, “Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak supaya keturunan kamu
mendiami seluruh bumi. Semua burung dan ikan, serta binatang lain akan takut
kepada kamu; semuanya berada dalam kekuasaan kamu.”
____________________
1. Perjanjian Lama - Kejadian - Bab 6-9
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan