Adakah kita Memerhatikan Benda Atau Kita Mencipta
Benda Melalui Pemerhatian Kita?
Apabila kita membahaskan mekanik kuantum, kita
bukanlah menyebut tentang alam yang lain atau sebuah kisah sains fiksyen.
Sebaliknya, kita sedang berbicara berkenaan badan kita dan semua benda
sekeliling kita. Badan dan segala sesuatu di sekeliling kita terdiri daripada
zarah kuantum yang ditadbir oleh hukum mekanik kuantum, yang sangat asing kepada
penglihatan klasikal kita. Hukum mekanik kuantum telah dibuktikan melalui
eksperimen dan mesin telah pun direka berdasarkan hukum ini, memandangkan hukum
ini mentadbir sekalian alam.
Paksi mekanik kuantum berlegar sekitar isu
bahawa realiti adalah apa yang kita rekodkan melalui pemerhatian - atau kita
boleh sebutkan realiti adalah realiti apabila kita memerhatikannya. Ini
bermaksud, pemerhatian kitalah yang menjadikan sesuatu itu realiti dan
mengeluarkannya dari alam kebarangkalian. Isu ini mungkin asing bagi persepsi
ringkas manusia yang kita miliki di alam ini, memandangkan ia bermaksud kita
mengenalpasti hatta masa silam apabila kita memerhatikannya. Kata-kata ini
mungkin tidak memberi sebarang kesan dalam rangka kehidupan harian kita, kerana
kita hanya memerhatikan masa kini - atau sekurang-kurangnya, itulah yang kita
percayai. Bagaimanapun, pada peringkat pemerhatian sejagat, kita memerhatikan
radiasi latarbelakang kosmik, yang merupakan radiasi (foton) yang berbaki dari
Dentuman Besar, yang mempunyai suhu 2.73 Kelvin, sementara radiasi ini berumur
lebih kurang 13.7 bilion tahun yang lampau. Ini bermakna, kita bukan sahaja
memerhatikan masa silam, malah kita memerhatikan permulaan masa di dalam alam
kita, seperti mana memerhatikan titik paling jauh di atas paksi masa.
John Wheeler telah membentangkan eksperimen
pemikiran pilihan tertunda, yang bersamaan dengan eksperimen celah ganda
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 474
pada sekeping plat. Di dalam kes ini, kita
telah menyusun sebuah sistem untuk mengenalpasti laluan foton atau elektron
atau mana-mana zarah kuantum melalauu salah satu dari dua celahan. Bagaimanapun
ia tidak dilakukan dengan memerhatikan dua celahan, sebaliknya kita
memerhatikan zarah tersebut setelah ia melepasi dua celahan tersebut dengan
cara yang akan mengenal pasti laluannya melalui salah satu dari dua celahan
tersebut, dan kita juga akan menutupi lensa sistem permerhatian dengan beberapa
jalut filem yang disusun seperti langsir Venetian. Jika ditutup, ia tidak
membenarkan foton untuk melepasinya, jika dibuka, ia akan membenarkan foton
tersebut melepasinya. Akibatnya perlepasan zarah tersebut melalui salah satu
dari dua celahan tersebut dapat dikenalpasti. Jika kita melepaskan zarah
tersebut dalam keadaan jalur yang terbuka, maka kita sedang mengadakan sebuah
eksperimen seolah-olah dalam keadaan sedang memerhatikan dua celahan tersebut
dan memerhatikan zarah itu melepasi salah satu dari dua celahan. Bagaimanapun
jika jalur itu ditutup, eksperimen ini dapat dibandingkan dengan eksperimen
celah ganda klasik: Zarah tersebut tiba di layar dan kita akan mendapati corak
interferens yang menunjukkan sebuah zarah tunggal melepasi kedua-dua celahan
dalam masa yang sama. Bagaimanapun, mari kita andaikan yang kita tidak
menentukan posisi jalur yang kita letakkan di atas lensa sehingga zarah
tersebut telah melepasi kawasan dua celahan, dan seterusnya, kita menetapkan
posisi jalur, samada terbuka atau tertutup. Maka, keadaan zarah tersebut pada
masa sebelumnya, yakni ketika ia melepasi kedua-dua celahan, akan ditetapkan
berdasarkan keputusan tertunda kita. Oleh itu, ia akan menjadi samada zarah
yang dikenalpasti tersebut (zarah tunggal) melepasi salah satu dari dua
celahan, atau sekumpulan zarah bayangan atau sekumpulan gelombang yang telah
melepasi melalui kedua-dua celahan tersebut, dengan kata lain, zarah tunggal
tersebut telah melalui kedua-dua celahan dalam masa yang sama.
Dengan kata lain, kita di masa kini telah
membuat keputtusan melalui pilihan kita dan pemerhatian kita, akan keadaan
zarah ini di masa silam.
Ringkasnya, zarah ini mempunyai lebih dari
satu masa silam, atau lebih dari satu sejarah, memandangkan ia boleh melepasi
salah satu dari celahan atau kedua-duanya sekali, dan maka kita telah
menetapkan salah satu dari sejarahnya untuk zarah tersebut, dan menjadikan ia
realiti melalui pilihan kita dan pemerhatian kita di masa kini.
Jika sedemikian halnya, iaitu pemerhatian di
masa kini menentukan, menetapkan atau mencipta masa silam, dan kita mengetahui
bahawa keseluruhan alam ini, termasuk kita adalah sebuah sistem kuantum, dan alam
ini bermula dengan sebuah peristiwa kuantum, maka kita juga boleh mengatakan
bahawa, melalui pemerhatian kita ke atas radiasi latar belakang kosmik, kita
telah mencipta (menentukan atau menetapkan) sebuah masa silam atau sejarah
khusus untuk alam ini, tidak termasuk lain-lain sejarah berbilang yang mungkin
untuk alam ini.
Secara alternatif, biarlah kami nyatakan
dengan jelas di sini bahawa melalui pemerhatian kita, kita telah menyebabkan
kewujudan sebuah sejarah (masa silam) yang tuntas untuk pembentukan jirim dan
galaksi,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 472
sebuah alam yang kita boleh diciptakan, wujud
dan hidup—sebuah sejarah dari beberapa kebarangkalian sejarah yang mungkin
tidak sesuai untuk pembentukan jirim, galaksi dan bakal kewujudan kita di
dalamnya.
Ini bermakna kewujudan kita, berdasarkan
tafsiran ini, adalah sebuah syarat untuk kewujudan alam yang kita diami ini.
Kita bisa memahami dari ini bahawa kita,
manusia, adalah matlamat utama kewujudan.
أتحسب أنك جرم صغير وفيك انطوى العالم الأكبر وأنت الكتاب المبين الذي بأحرفه يظهر المضمر
[Kamu menganggap diri kamu sebagai jasad yang
kecil walhal alam terbesar wujud di dalam diri kamu. Kamu adalah kitab yang
jelas - melalui hurufmu dizahirkan apa yang tersembunyi.] (Al-Hawari 2003, 175).
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan