Halaman

Rabu, 16 Mac 2022

6.10 Adakah kita Memerhatikan Benda Atau Kita Mencipta Benda Melalui Pemerhatian Kita?

 

Adakah kita Memerhatikan Benda Atau Kita Mencipta Benda Melalui Pemerhatian Kita?


 

Apabila kita membahaskan mekanik kuantum, kita bukanlah menyebut tentang alam yang lain atau sebuah kisah sains fiksyen. Sebaliknya, kita sedang berbicara berkenaan badan kita dan semua benda sekeliling kita. Badan dan segala sesuatu di sekeliling kita terdiri daripada zarah kuantum yang ditadbir oleh hukum mekanik kuantum, yang sangat asing kepada penglihatan klasikal kita. Hukum mekanik kuantum telah dibuktikan melalui eksperimen dan mesin telah pun direka berdasarkan hukum ini, memandangkan hukum ini mentadbir sekalian alam.

Paksi mekanik kuantum berlegar sekitar isu bahawa realiti adalah apa yang kita rekodkan melalui pemerhatian - atau kita boleh sebutkan realiti adalah realiti apabila kita memerhatikannya. Ini bermaksud, pemerhatian kitalah yang menjadikan sesuatu itu realiti dan mengeluarkannya dari alam kebarangkalian. Isu ini mungkin asing bagi persepsi ringkas manusia yang kita miliki di alam ini, memandangkan ia bermaksud kita mengenalpasti hatta masa silam apabila kita memerhatikannya. Kata-kata ini mungkin tidak memberi sebarang kesan dalam rangka kehidupan harian kita, kerana kita hanya memerhatikan masa kini - atau sekurang-kurangnya, itulah yang kita percayai. Bagaimanapun, pada peringkat pemerhatian sejagat, kita memerhatikan radiasi latarbelakang kosmik, yang merupakan radiasi (foton) yang berbaki dari Dentuman Besar, yang mempunyai suhu 2.73 Kelvin, sementara radiasi ini berumur lebih kurang 13.7 bilion tahun yang lampau. Ini bermakna, kita bukan sahaja memerhatikan masa silam, malah kita memerhatikan permulaan masa di dalam alam kita, seperti mana memerhatikan titik paling jauh di atas paksi masa.

 

John Wheeler telah membentangkan eksperimen pemikiran pilihan tertunda, yang bersamaan dengan eksperimen celah ganda

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 474

 

 

pada sekeping plat. Di dalam kes ini, kita telah menyusun sebuah sistem untuk mengenalpasti laluan foton atau elektron atau mana-mana zarah kuantum melalauu salah satu dari dua celahan. Bagaimanapun ia tidak dilakukan dengan memerhatikan dua celahan, sebaliknya kita memerhatikan zarah tersebut setelah ia melepasi dua celahan tersebut dengan cara yang akan mengenal pasti laluannya melalui salah satu dari dua celahan tersebut, dan kita juga akan menutupi lensa sistem permerhatian dengan beberapa jalut filem yang disusun seperti langsir Venetian. Jika ditutup, ia tidak membenarkan foton untuk melepasinya, jika dibuka, ia akan membenarkan foton tersebut melepasinya. Akibatnya perlepasan zarah tersebut melalui salah satu dari dua celahan tersebut dapat dikenalpasti. Jika kita melepaskan zarah tersebut dalam keadaan jalur yang terbuka, maka kita sedang mengadakan sebuah eksperimen seolah-olah dalam keadaan sedang memerhatikan dua celahan tersebut dan memerhatikan zarah itu melepasi salah satu dari dua celahan. Bagaimanapun jika jalur itu ditutup, eksperimen ini dapat dibandingkan dengan eksperimen celah ganda klasik: Zarah tersebut tiba di layar dan kita akan mendapati corak interferens yang menunjukkan sebuah zarah tunggal melepasi kedua-dua celahan dalam masa yang sama. Bagaimanapun, mari kita andaikan yang kita tidak menentukan posisi jalur yang kita letakkan di atas lensa sehingga zarah tersebut telah melepasi kawasan dua celahan, dan seterusnya, kita menetapkan posisi jalur, samada terbuka atau tertutup. Maka, keadaan zarah tersebut pada masa sebelumnya, yakni ketika ia melepasi kedua-dua celahan, akan ditetapkan berdasarkan keputusan tertunda kita. Oleh itu, ia akan menjadi samada zarah yang dikenalpasti tersebut (zarah tunggal) melepasi salah satu dari dua celahan, atau sekumpulan zarah bayangan atau sekumpulan gelombang yang telah melepasi melalui kedua-dua celahan tersebut, dengan kata lain, zarah tunggal tersebut telah melalui kedua-dua celahan dalam masa yang sama.

Dengan kata lain, kita di masa kini telah membuat keputtusan melalui pilihan kita dan pemerhatian kita, akan keadaan zarah ini di masa silam.

 

Ringkasnya, zarah ini mempunyai lebih dari satu masa silam, atau lebih dari satu sejarah, memandangkan ia boleh melepasi salah satu dari celahan atau kedua-duanya sekali, dan maka kita telah menetapkan salah satu dari sejarahnya untuk zarah tersebut, dan menjadikan ia realiti melalui pilihan kita dan pemerhatian kita di masa kini.

Jika sedemikian halnya, iaitu pemerhatian di masa kini menentukan, menetapkan atau mencipta masa silam, dan kita mengetahui bahawa keseluruhan alam ini, termasuk kita adalah sebuah sistem kuantum, dan alam ini bermula dengan sebuah peristiwa kuantum, maka kita juga boleh mengatakan bahawa, melalui pemerhatian kita ke atas radiasi latar belakang kosmik, kita telah mencipta (menentukan atau menetapkan) sebuah masa silam atau sejarah khusus untuk alam ini, tidak termasuk lain-lain sejarah berbilang yang mungkin untuk alam ini.

Secara alternatif, biarlah kami nyatakan dengan jelas di sini bahawa melalui pemerhatian kita, kita telah menyebabkan kewujudan sebuah sejarah (masa silam) yang tuntas untuk pembentukan jirim dan galaksi,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 472

 

 

sebuah alam yang kita boleh diciptakan, wujud dan hidup—sebuah sejarah dari beberapa kebarangkalian sejarah yang mungkin tidak sesuai untuk pembentukan jirim, galaksi dan bakal kewujudan kita di dalamnya.

Ini bermakna kewujudan kita, berdasarkan tafsiran ini, adalah sebuah syarat untuk kewujudan alam yang kita diami ini.

 

Kita bisa memahami dari ini bahawa kita, manusia, adalah matlamat utama kewujudan.

 

أتحسب أنك جرم صغير وفيك انطوى العالم الأكبر وأنت الكتاب المبين الذي بأحرفه يظهر المضمر

 

[Kamu menganggap diri kamu sebagai jasad yang kecil walhal alam terbesar wujud di dalam diri kamu. Kamu adalah kitab yang jelas - melalui hurufmu dizahirkan apa yang tersembunyi.]  (Al-Hawari 2003, 175).

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan