Halaman

Khamis, 17 Mac 2022

6.11 Mekanik Kuantum Dan Kausaliti

 

Mekanik Kuantum Dan Kausaliti

 


Dalam satu kenyataan jelas yang jarang dikeluarkan beliau, Bohr mengatakan bahawa mekanik kuantum memerlukan "penolakan terakhir idea klasik kausaliti." Tetapi, jika kausaliti dan realiti klasik ditolak, dengan apa ahli fizik boleh memikir?  Bohr tidak mempunyai jawaban yang jelas mengenai masalah ini,  melainkan berpegang kepada falsafah “Saling Melengkapi” [1] (Complementarity), di mana ia bermaksud untuk menerima percanggahan daripada menyelesaikannya.[2]

 

Keselarian ramalan mekanik kuantum dengan realiti, yang telah dibuktikan oleh eksperimen dan pemerhatian, mendukung keabsahan teori mekanik kuantum. Bagaimanapun, isu-isu bermasalah kekal sukar untuk diterangkan.

Tiada sebarang sebab yang jelas untuk realiti yang bertindih untuk menghilang dan realiti yang kita ukur untuk terus kekal apabila kita sedang menjalankan proses pengukuran atau pemerhatian seperti yang kita jalankan pada eksperimen celah ganda.

 

_________________

[1] Seperti Prinsip Ketidaktentuan Heisenberg

[2] Sumber (Landley - The Doubt Principle): ms 239. Dr. David Lindley, dilahirkan pada tahun 1956, adalah seorang ahli fizik teoritikal British. Beliau telah menerima PhD dari Universiti Sussex.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 476

 

 

Perubahan serta merta fungsi gelombang kekal tidak dijelaskan sepertimana yang ditunjukkan di dalam penghujahan EPR.

 

Membatalkan kausaliti adalah seperti melarikan diri dari penyelesaian, bukan sebuah penyelesaian.

Malah, membatalkan kausaliti akan menyebabkan wujud kecacatan besar di dalam penaakulan dan falsafah yang didiktekan oleh mekanik kuantum. Hukum kausaliti hampir bersifat mandiri pembuktiannya. Logiknya, kausaliti tidak boleh dibatalkan kerana ketiadaan tidak dapat menciptakan, memandangkan ketiadaan itu terdiri dari kekosongan yang tidak dapat menghasilkan apa-apa. Dengan kata lain, anda tidak dapat memberi sesuatu yang anda tidak miliki.

Apa yang boleh disebutkan di sini hanyalah, penyebab peristiwa kuantum ini tidak diketahui dalam rangka alam yang kita diami. Tidak boleh juga bagi kita untuk mengatakan tiada sebab untuk perkara ini, kerana tiada apa yang boleh terjadi tanpa sebab. Ini bercanggahan dengan bukan sahaja bukti rasional, malah turut bercanggah dengan semua kejadian yang telah diperhatikan atau pemerhatian ke atas alam ini pada peringkat yang lebih besar dari peristiwa kuantum. Sains bergantung kepada pemerhatian, yang mempunyai peranan besar dalam membuktikan teori-teori saintifik. Oleh itu, keputusan pemerhatian alam ini, yang menyebutkan hakikat bahawa setiap kejadian mempunyai penyebab, tidak boleh diabaikan melainkan isu itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sains, seperti yang dilakukan oleh mereka yang cuba untuk mempromosikan ateisme dengan apa sahaja cara.

 

“Jadi bukan sahaja Tafsiran Copenhagen disahkan sepenuhnya untuk semua tujuan praktikal melalui ekperimen-eksperimen, ia juga kelihatan seolah-olah wujud potensi perkembangan lebih dari apa yang kita dapat daripada mekanik kuantum, memandangkan perkembangan itu melebihi peranti-peranti klasik. Walaupun demikian, Tafsiran Copenhagen masih tidak memuaskan dari segi intelek. Apakah yang berlaku kepada dunia-dunia kuantum yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itu, apabila mereka runtuh bersama fungsi gelombang mereka ketika kita mengukur sesebuah sistem subatomik? Bagaimana mungkin sebuah realiti yang bertindih, yang tidak lebih dan tidak kurang nyata dari apa yang kita akhirnya ukur, lenyap dengan begitu sahaja apabila ukuran dibuat? Jawaban terbaik ialah realiti-realiti alternatif itu tidak lenyap, dan Kucing Schrödinger itu benar-benar hidup dan mati pada masa yang sama, tetapi didalam dua atau lebih dunia yang berbeza. Tafsiran Copenhagen, dan implikasi praktikalnya, terkandung sepenuhnya dalam pandangan realiti yang lebih lengkap, iaitu tafsiran alam berbagai.[1]

 

Tidak boleh disebutkan bahawa tidak ada sebab sama sekali untuk terjadinya peristiwa kuantum ini. Kesimpulan ini bercanggahan dengan kebenaran prinsip kausaliti seperti yang didiktekan oleh logika. Sekurang-kurangnya, kita melihat perkara ini dalam semua hal di sekeliling kita.

 

_______________________

[1] Sumber (Griben - Mencari kucing Schrödinger): ms 253

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 477

 

 

Oleh itu, bukti yang muktamad masih diperlukan untuk membuktikan tiada sebab untuk terjadinya peristiwa kuantam, dan bukti ini tidak wujud selama mana tidak wujud penentuan bahawa hanya alam ini sahaja yang wujud secara tunggal. Hakikatnya, hari ini, ramai ahli fizik teoritikal dan ahli astronomi telah membahaskan teori alam berbilang dengan kemungkinan ia saling memberi kesan antara satu sama lain.

 

Tafsiran alam-berbagai[a] telah dipersembahkan oleh Hugh Everett untuk menyelesaikan masalah runtuhnya fungsi gelombang dan hilangnya realiti alternatif atau kemungkinan-kemungkinan yang lain pada masa pemerhatian atau pengukuran. Menurut Tafsiran Copenhagen, kemungkinan yang lain - setiap satunya mewakili realiti alternatif kepada realiti yang kita perhatikan dan ukur - hilang “begitu sahaja”, tanpa sebab dan pejelasan yang logik. Bagaimanapun di dalam tafsiran alam-berbagai, ia tidak hilang. Sebaliknya, kesemuanya adalah kejadian yang sebenar, namun setiap peristiwa itu hanya khusus untuk alam tertentu, dan apabila kita melakukan pengukuran atau pemerhatian, kita telah mengenalpasti salah satu dari mereka sebagai realiti alam kita. Realiti ini telah menghalang kita dari melihat atau mengukur realiti alternatif yang kesannya mungkin muncul apabila kita tidak mengukur atau memerhatikannya. Ini dapat dibandingkan dengan kes corak interferens di dalam eksperimen celah ganda apabila kita tidak memerhatikan dua celahan, dan elektron tunggal telah melepasi kedua-dua celahan pada masa yang sama dan mungkin berlanggar sesama sendiri.

Buat masa ini, di dalam tafsiran alam-berbagai, kita telah menyatakan bahawa apa yang telah melalui celahan pertama adalah bentuk sebenar elektron, dan apa yang telah melepasi celahan kedua juga adalah bentuk elektron yang sebenar.  Bagaimanapun, disebabkan kita tidak mengukur dan memerhatikannya, ia muncul pada paparan latar sebagai corak interferens. Ini bermakna zarah bayangan dari beberapa alam telah melepasi dua celahan dan mereka semua adalah bentuk elektron tunggal yang sama. Namun begitu, mereka adalah bentuk zarah dari alam-alam yang lain. Berkenaan pengukuran kita ke atas elektron dan pemerhatian ke atas dua celahan, kita hanya melihat sebuah elektron melepasi satu celahan. Ini kerana pemerhatian kita ke atasnya telah menghalang kita dari memerhatikan dan mengukur bentuk lainnya, yang berada di alam lain. Ini bermakna, apabila kita memerhatikan elektron di alam ini, seolah-olahnya kita telah membelakangkan alam yang lain. Atas sebab itu, kita memerhatikan atau mengukur elektron itu di alam ini sahaja.

 

Oleh itu, ketidaktentuan telah mengganggu susunan lama bukan sahaja pada kadar yang kecil, dimana kita boleh mengetahui tentang zarah asas individu, tetapi juga pada kadar yang kosmik, dari segi cara kausaliti dan kebarangkalian berhubung merentasi jarak yang jauh. Teori kuantum graviti yang sebenar mungkin dapat memberikan pemahaman mengenai kesukaran ini.

 

Tetapi pada tahap ini, ianya kelihatan seperti ketidakpastian tidak akan hilang walaupun dalam teori kuantum

 

_____________

[a] Pent: Many-world interpretation

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 478

 

 

graviti. Bukti-bukti menunjukkan ketidakpastian akan tetap ada buat masa sekarang. Nampaknya kita tidak boleh kembali kepada zaman determinisme mutlak seperti dahulu kala, di mana, seperti yang diharapkan oleh Marquis de Laplace, ilmu hari ini dapat melengkapkan ilmu masa dahulu dan masa akan datang.

 

Secara kosmik, ini mungkin satu perkara yang baik. Alam semesta Laplacian tidak boleh mempunyai saat kelahiran, kerana dari segi logika yang tidak dapat dielakkan, apa sahaja keadaan fizikal mesti timbul daripada sesuatu keadaan sebelumnya, dan seterusnya. Tiada apa yang boleh berlaku tanpa sebab. Akan tetapi, alam kuantum adalah berbeza. Semenjak Marie Curie tertanya-tanya mengenai pereputan radioaktif yang berlaku secara spontan, dan semenjak Rutherford bertanya kepada Bohr apa yang menyebabkan elektron meloncat dari satu tempat dalam sebutir zarah ke tempat yang lain, ia telah diiktirafkan bahawa kejadian kuantum berlaku tanpa sebab.

 

Maka kita telah menemui jalan buntu. Fizik klasik tidak boleh menerangkan mengapa alam semesta ini berlaku, kerana tiada apa yang boleh berlaku tanpa disebabkan oleh peristiwa sebelumnya. Fizik kuantum juga tidak boleh menerangkan mengapa alam semesta ini berlaku, melainkan untuk menerima bahawa ia berlaku dengan begitu sahaja secara spontan, dari segi kebarangkalian dan bukannya kepastian. Dengan kata lain, Einstein sebenarnya betul apabila beliau mengatakan mekanik kuantum hanya mampu memberikan gambaran yang tidak lengkap mengenai dunia fizikal ini. Tetapi mungkin Bohr lebih tepat dalam kepercayaannya bahawa ketidaklengkapan ini bukan sahaja tidak dapat dielakkan, malah sebenarnya perlu untuk berlaku. Maka kita sudah sampai kepada sebuah paradoks yang Bohr akan suka: yakni alam semesta ini datang melalui tindakan terawal ketidakpastian mekanikal kuantum yang tidak dapat dijelaskan, yang mencetuskan rangkaian peristiwa yang membawa kepada kewujudan kita hari ini, dan ini menyebabkan pertanyaan apakah dorongan asalnya. [1]

 

___________________________

Sumber (Landley - The Doubt Principle): ms 266-267

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan