Kucing Schrödinger dan Kesan Si Pemerhati Ke Atas
Sistem
Hujah atau paradoks kucing Schrödinger
diwakili oleh eksperimen pemikiran seperti berikut:
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 472
Andaikan anda mempunyai sebuah kotak yang
mempunyai seekor kucing, sebuah bahan beracun di dalam botol kaca, sebuah
sumber radioaktif, dan sebuah pengira Geiger. Apa yang terjadi adalah, jika
pereputan radioaktif dari sebuah atom terjadi dari sumber radioaktif tersebut,
botol racun itu pecah dan kucing itu akan mati. Eksperimen ini diaturkan untuk
suatu tempoh masa di mana wujud 50 peratus kebarangkalian salah satu dari atom
di dalam bahan radioaktif itu akan mereput. Oleh itu, satu-satunya cara untuk
kita mengetahui kucing tersebut hidup atau mati adalah dengan melihat ke dalam
kotak eksperimen. Keadaan kucing tersebut bergantung kepada samada atom itu
telah mengalami pereputan, yang mana tidak dapat dijangka memandangkan ia
tertakluk kepada kebarangkalian. Oleh itu kita mempunyai bahan beradioaktif
yang menurut mekanik kuantum, mungkin telah atau mungkin belum mereput, dengan
kata lain, kedua-dua keadaan ini mempunyai kewujudan bayangan sehinggalah kita
melihat ke dalam kotak kucing tersebut, dan barulah fungsi gelombang terhenti.
Pada waktu itu, disebabkan pemerhatian kita, salah satu dari dua kebarangkalian
akan ditentukan. Akibatnya, kita mempunyai bahan radioaktif yang telah mereput
dan tidak mereput, sebuah botol racun yang pecah dan tidak pecah, dan seekor
kucing yang mati dan tidak mati dalam masa yang sama. Apa yang menentukan
nasibnya adalah pemerhatian kita dan runtuhnya fungsi gelombang hasil dari
pemerhatian tersebut.
Eksperimen Schrödinger telah menunjukkan
kecacatan pada tafsiran Copenhagen: kucing tersebut tidak boleh dibayangkan
sebagai mati dan hidup dalam masa yang sama, seperti yang diandaikan di dalam
eksperimen tersebut. Oleh itu, kucing tersebut adalah mati dan hidup
sehinggalah runtuhnya fungsi gelombang akibat dari pemerhatian kita ke atas
sistem, dan syarat yang telah ditetapkan kepada kucing tersebut: iaitu samada
hidup atau mati.
Sebuah debat yang berpanjangan telah terjadi
ke atas paradoks ini, yang mana Schrödinger telah cuba tunjukkan di dalam
tafsiran Copenhagen:
Oleh itu, tidak
seperti eksperimen EPR, eksperimen “kucing di dalam kotak” ini sememangnya
mempunyai kesan paradoks. Adalah mustahil untuk menyesuaikan tafsiran
Copenhagen yang ketat tanpa menerima “realiti” kucing yang hidup-mati, dan ini
telah menyebabkan Wigner dan John Wheeler untuk mempertimbangkan
kebarangkalian, bahawa oleh kerana regresi infinit sebab dan akibat,
keseluruhan alam ini mungkin hanya mempunyai “kewujudan yang sebenar”
disebabkan ia diperhatikan oleh entiti yang berakal. Masalah yang paling
bersifat paradoks di dalam teori kuantum adalah berasal usul dari eksperimen
kucing Schrödinger, dan ia bermula dari apa yang disebut Wheeler sebagai
eksperimen pilihan tertunda.[1]
Kita boleh menyebutkan eksperimen pemikiran
Schrödinger telah membongkar keanehan mekanik kuantum yang telah kita pelajari
sebelumnya. Jika mekanik kuantum mewakili hukum realiti, dan tidak ada sebarang
ralat pada tafsiran Copenhagen, maka eksperimen ini telah menunjukkan keanehan
realiti alam yang kita diami ini. Kesimpulan yang telah kita capai pada noktah
ini adalah, jika fungsi gelombang terhenti disebabkan oleh pemerhati atau
perekodan peristiwa kuantum oleh pemerhati, seperti yang disebutkan oleh
tafsiran
____________________
]1] Sumber (Griben - Mencari Kucing
Schrödinger): ms 230
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 473
Copenhagen, ia menunjukkan, tanpa kewujudan
manusia atau entiti berakal, alam ini tidak akan wujud. Alam ini kewujudannya
bergantung kepada pemerhatian kita ke atasnya, memandangkan keseluruhan alam
ini adalah sistem kuantum dengan sebuah fungsi gelombang dan banyak
kebarangkalian. Ia hanya wujud apabila kita memerhatikannya dan fungsi
gelombang akan terhenti lalu muncul di dalam realiti. Isu ini menunjukkan kita
bangsa manusia - atau kita sebutkan sebagai entiti berakal - mewakili sebuah
paksi kewujudan alam ini.
)لولك لما خلقت الأفلاك (
[Jika tidak kerana kamu, maka tidak aku
ciptakan cakrawala.] [Hadith Qudsi]
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan