6.08 Berkenaan Keterkaitan
Kuantum dan Apa Yang Diperlukan Darinya
Berkenaan Keterkaitan Kuantum dan Apa Yang Diperlukan
Darinya
Pada tahun 1935, dengan kerjasama rakan
sekerja mudanya dari Princeton iaitu Boris Podolsky dan Nathan Rosen, Einstein
telah menerbitkan kritikan terakhir dan paling terkenal ke atas teori kuantum.
)Can Quantum - mechanical Description of physical Reality Be considered complete(
_____________________
.[1] Sumber (Landley - The Doubt Principle):
ms 211 214
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 467
“Bolehkah
Perincian Kuantum Mekanikal Terhadap Realiti Fizikal Dapat Dianggap Lengkap?”
Ia adalah soalan
yang ditanya pada tajuknya. Soalan ini bersifat retorik. Sudah tentu jawabannya
adalah “tidak” menurut Einstein, Podolsky dan Rosen.
Penghujahan EPR
adalah sebuah penjelasan ke atas apa yang telah disebutkan oleh Einstein pada
persidangan Solvay kelima pada tahun 1927. Di sana, beliau telah mengkritik
penegasan Bohr bahawa fungsi gelombang sesebuah kuantum hanya boleh menjelaskan
kebarangkalian kedudukan sebuah zarah. Einstein menyebutkan ianya bagus, namun
pada suatu tahap, suatu kebarangkalian itu pasti akan bertukar menjadi
kepastian atau ketentuan. Di dalam contoh yang beliau gunakan, sebuah elektron
yang mengenai sebuah layar, pasti akan mendapar di sebuah tempat khusus. Dan
apabila ia mendapat, bukankah sepatutnya fungsi gelombang yang menjelaskannya
pasti berubah dengan serta merta pada keseluruhan layar?
Tiada orang pada
waktu tersebut dapat memahami maksud Einstein. Penghujahan beliau sememangnya
samar-samar dan bersifat metafizikal. Namun Einstein, Podolsky dan Rosen
sekarang telah mendakwa mereka menjadikan bantahan mereka konkrit,
menukarkannya menjadi permasalahan yang khusus dan dapat ditunjukkan. Mereka
boleh menetapkan, hujah mereka, bagaimana mekanik kuantum tidak mempunyai
logika.
Pertama sekali,
mengikut kaedah Einstein yang sejati, mereka perlu menjelaskan sejelasnya apa
yang mereka maksudkan dengan logika. Mereka mengisytiharkan, mana-mana teori
yang dapat diterima, perlu berkait dengan apa yang mereka sebutkan sebagai
“elemen realiti fizikal.” Ia merujuk kepada perkara seperti posisi dan
momentum, kuantiti tradisional yang dianggap oleh ahli fizik sebagai maklumat
yang tidak dapat dibantah berkenaan alam fizikal.
Bagus, namun apa
yang dapat didefinisikan sebagai realiti fizikal? Ia bukanlah isu yang lama
difikirkan oleh para saintis. Maka Einstein dan rakan sejawatnya telah
mencadangkan sebuah definisi formal, definisi yang telah menjadi terkenal atau
jahat, bergantung kepada perspektif seseorang. Jika mereka mengatakan, “tanpa apa
jua cara, menganggu sesebuah sistem, kita dapat meramalkan dengan kepastian..
nilai sebuah kuantiti fizikal, maka pasti wujud sebuah elemen realiti fizikal
yang sepadan dengan kuantiti fizikal ini.
Bayangkan, sebagai
contoh, posisi atau pergerakan sebutir elektron. Jika anda berjaya menentukan
sifat salah satu diantara mereka tanpa mempengaruhi laluan elektron tersebut
atau menukarkan kelakuan alaminya, anda berhak untuk mengatakan bahawa posisi
atau pergerakan elektron itu adalah sesuatu fakta yang pasti dan tidak dapat
dinafikan. Dengan kata lain, ia adalah sebuah unsur realiti alam fizikal.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 468
Setelah menetapkan
argumentasi menurut kehendak mereka, Einstein dan rakan-rakan sekerjanya
memperagakan kekurangan-kekurangan mekanik kuantum. Mereka membayangkan dua
butir zarah yang dipecutkan kepada dua arah berbeza dalam masa yang sama, dan
daripada sumber dan kelajuan yang sama. Ini menyebabkan posisi atau pergerakan
kedua-dua zarah itu untuk menjadi sama, sehinggakan anda hanya perlu mengukur
salah satu zarah tersebut sahaja untuk mengetahui posisi dan pergerakan zarah
yang satu lagi.
Mereka akur bahawa
pengukuran zarah tersebut akan membawa kepada masalah prinsip ketidaktentuan.
Jika anda mengukur pergerakan zarah itu, anda akan kehilangan pengukuran posisinya.
Begitu juga sebaliknya, seperti yang ditetapkan oleh Heisenberg. Tetapi
sekarang, Einstein, Podolsky dan Rosen telah menggunakan hujah terkuat mereka.
Tujuan eksperimen mereka adalah untuk membuktikan bahawa pemerhatian terhadap
salah satu zarah tersebut akan menunjukkan ciri-ciri yang sama mengenai zarah
yang satu lagi. Di sinilah perkara-perkara ganjil mula berlaku.
Ukurlah posisi
zarah pertama itu, dan anda akan serta-merta mengetahui posisi zarah yang kedua
walaupun anda tidak memandangnya secara langsung. Ataupun, ukurlah pergerakan
zarah pertama itu, dan anda akan mengetahui pergerakan zarah yang satu lagi
tanpa melihatnya. Menurut Einstein dan kedua-dua rakan sekerjanya, ini bermakna
posisi dan pergerakan zarah kedua tersebut adalah "unsur-unsur realiti
alam fizikal". Oleh sebab unsur-unsur itu dapat ditetapkan tanpa
mengganggu zarah tersebut, boleh dikatakan mereka mengandungi nilai-nilai sedia
ada yang tetap. Menurut Einstein dan rakan-rakan sekerjanya juga, adalah
mustahil jika ciri-ciri zarah kedua menjelma hanya setelah pengukuran dilakukan
ke atas zarah yang pertama, kerana tiada apa-apa yang berlaku terhadap zarah
kedua tersebut.
Menurut mereka
lagi, implikasi yang lebih besar di sini menunjukkan bahawa prinsip
ketidaktentuan Heisenberg, yang dibangga-banggakan selama ini, bukan bermakna
ciri-ciri fizikal tidak dapat ditentukan secara asas sebelum diukur.
Sebaliknya, zarah mempunyai ciri-ciri yang tetap, dan prinsip ketidaktentuan
menunjukkan bahawa mekanik kuantum tidak dapat menjelaskannya secara penuh.
Einstein dan rakan-rakannya membuat kesimpulan bahawa mekanik kuantum
sebenarnya bukanlah teori yang lengkap dalam menjelaskan kebenaran alam fizikal
ini.[1]
Inilah sebabnya
mengapa Einstein menggunakan eksperimen-eksperimen jenis EPR (eksperimen
melalui jalur pembayangan yang diciptakan oleh Einstein, Podolsky dan Rosen)
bagi menunjukkan
________________________
[1] Sumber (Landley - The Doubt Principle): ms
234 236
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 469
secara mendalam
bahawa mekanik kuantum bukanlah betul, kerana kedua-dua zarah yang disebutkan
di atas mempunyai ciri-ciri yang sama bagaimana jauh sekalipun mereka berada
daripada satu sama lain, seolah-olah disambungkan oleh pengaruh-pengaruh yang
tidak diketahui. Hubungan jarak jauh yang aneh ini, seperti perkara-perkara
ganjil yang lain berkaitan dengan mekanik kuantum, timbul kerana ketidakpastian
yang tidak dapat dielakkan. Kerana hasil pengukuran salah satu zarah itu tidak
dapat diramalkan dengan penuh, zarah yang satu lagi memerlukan sejenis kaitan
(yang tidak diketahui) dengannya yang menyebabkan pengukuran kedua-duanya menjadi
sama.[1]
Dua zarah di dalam contoh di atas adalah
terpaut kerana mereka mempunyai satu sumber dan jumlah momentum mereka
diketahui. Maka jika seseorang mengukur momentum zarah pertama, mereka akan
mengetahui momentum zarah kedua pada detik yang sama. Jika mereka mengukur
posisi zarah pertama, seseorang itu akan mengetahui posisi zarah kedua pada
detik yang sama tanpa mengira jarak antara dua zarah tersebut.
Walaubagaimanapun, menurut prinsip ketidaktentuan, jika seseorang mencuba untuk
mengukur sifat salah satu dari keduanya (contohnya seperti momentum), maka akan
terjadi perubahan pada posisi zarah yang cuba diukur. Disebabkan jumlah
keseluruhan diketahui, zarah kedua juga pasti berubah - tanpa mengira jarak
antara keduanya - demi mengekalkan jumlah keseluruhan.
Ini menunjukkan beberapa perkara:
Si pemerhati, atau proses pengukuran tidak
lagi penting untuk identifikasi sifat zarah kedua. Ini kerana, kita sekarang
mengetahui sifatnya tanpa mengukurnya secara terus.
Ini juga menunjukkan sifat zarah kedua, yang
kita ketahui tanpa pengukuran terus, adalah salah satu elemen realiti fizikal.
Seterusnya, ini bermakna zarah mempunyai sifat khusus, tidak seperti yang
disebutkan oleh hukum ketidaktentuan Heisenberg yang menyatakan “sifat fizikal
adalah secara asasnya bersifat tidak tetap sehingga ia diukur.”
Sebagai tambahan, hasil dari menggabungkan
keterkaitan kuantum dan prinsip ketidaktentuan di dalam contoh ini adalah
maklumat berpindah lebih pantas dari kelajuan cahaya. Sebagai contoh, apabila
kita mengukur sifat zarah pertama, kita tidak memerlukan masa untuk mengetahui
sifat zarah kedua; kita mengetahuinya pada detik yang sama dengan pengukuran
zarah kedua. Ini bermakna, jika proses pengukuran memberi kesan kepada zarah
pertama, maka zarah kedua juga akan terkesan secara terus demi mengekalkan
jumlah total,
___________________
[1] Sumber (Landley - The Doubt Principle):
ms 266
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 470
walaupun bukan zarah kedua tersebut yang
diukur. Ini bermakna, mekanik kuantum melanggar hukum kerelatifan khusus, yang
tidak membenarkan apa sahaja bergerak pada kelajuan lebih dari kelajuan cahaya.
Ini tanpa ragu menunjukkan kecacatan jelas dalam memahami realiti sejagat.
Hakikatnya, walaupun setelah membuktikan
keterkaitan kuantum adalah realiti fizikal melalui eksperimen praktikal,
permasalahannya kekal tidak diselesaikan kerana samada:
Wujud sebuah masalah dengan andaian di dalam
teori kerelatifan khas oleh Einstein yang menghalang gerakan lebih laju dari
cahaya di dalam alam ini.
Atau, seperti yang mahu dipercayai oleh
Einstein, “ia tidak menceritakan keseluruhan cerita.. ia adalah teori tidak
sempurna, tidak menggambarkan secara penuh akan kebenaran fizikal.”
Saya percaya, untuk menyelesaikan masalah ini,
kita boleh berhipotesis bahawa maklumat yang dipindahkan antara dua zarah
tersebut dipindahkan melalui alam yang berbeza - alam yang mempunyai kewujudan
bayangan - dan alam tersebut membenarkan maklumat dipindahkan pada kelajuan
lebih laju dari cahaya.
Kita boleh menfrasakan semula masalah yang
dipersembahkan oleh Einstein: kedua-dua zarah bersama dengan proses pengukuran
dianggap sebagai sebuah sistem. Oleh itu, pengetahuan kita berkenaan posisi
zarah kedua, hanya dengan mengukur posisi zarah pertama, berdasarkan prinsip “sifat fizikal secara
asasnya adalah tidak tetap sehingga ia diukur” - seperti yang dinyatakan oleh
prinsip ketidaktentuan - maka, dengan memerhatikan zarah pertama, kita telah
menyebabkan perubahan serta-merta ke atas fungsi gelombang keseluruhan sistem.
Akibatnya ini telah menyebabkan zarah kedua untuk mempunyai sebuah posisi atau
kelajuan yang khusus, atau seperti yang disebutkan oleh Einstein, “bukankah
gelombang kuantum yang menjelaskannya, berubah serta merta pada seluruh layar?”
Ini telah membawa kepada persoalan betapa
realistiknya fungsi gelombang. Dalam hal pemindahan segera perubahan fungsi
gelombang di angkasa lepas - yakni, tanpa memerlukan sebarang tempoh masa -
bermakna pemindahan itu berlaku pada kelajuan yang tidak terhingga, dan ini
adalah mustahil didalam alam semesta kita. Menurut Teori Kerelatifan Khas oleh
Einstein, kelajuan cahaya tidak boleh dilebihi, apatah lagi dilebihi oleh
kelajuan yang tidak terhingga. Kelajuan adalah jarak yang dibahagikan dengan
masa. Dalam hal ini, tanpa mengira jarak, kelajuannya adalah infinit dan
informasi dipindahkan secara segera dan serta merta. Ini bermakna masa yang
diambil
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 471
adalah sifar. Dengan kata lain, dimensi masa
telah lenyap daripada alam ini di mana informasi fungsi gelombang dipindahkan.
Tanpa keraguan, jika Teori Kerelatifan Khas adalah benar, ia bermakna informasi
ini telah berpindah di alam semesta yang lain di mana hukum alamnya membenarkan
untuk ia berlaku, berbanding dengan hukum alam semesta ini. Ini juga bermakna
alam semesta lain tersebut ada sambungan dengan alam semesta kita disini, dan
mempunyai pengaruh ke atas alam ini, dan segala kewujudan di alam ini mempunyai
kewujudan bayangan di alam sana, memandangkan mereka boleh berkomunikasi dan
saling pindah-memindah maklumat diantara satu sama lain pada kelajuan yang
infinit. Secara alternatif, mungkin segala kewujudan di alam ini hanyalah
bayangan kepada realiti-realiti lebih canggih yang wujud dalam sebuah alam lain
yang lebih canggih.
Mekanik kuantum telah membuka pintu di bidang
kosmologi kepada idea berkenaan alam berbilang yang mempengaruhi satu sama
lain.
Jika penyelidikan di atas tidak cukup untuk
membuktikan kewujudan jiwa atau roh manusia, sekurang-kurangnya ia akan membuat
seseorang yang waras bertanyakan kepada dirinya, adakah realistik jika
kewujudan kita hanya terkhusus kepada alam semesta ini semata-mata, serta
adakah kita ini sekadar jasad yang dicipta daripada bahan yang berasal dari
alam ini semata-mata. Bukankah ada kemungkinan bahawa alam-alam semesta yang
lain lebih ringan berbanding dengan alam semesta ini, dan zarah-zarahnya lebih
halus daripada zarah-zarah di sini, sehinggakan ia membolehkan pemindahan yang
lebih laju daripada kelajuan cahaya, yang merupakan had maksimum kelajuan di
alam ini? Dalam hal ini, bukankah alam semesta kita sebenarnya hanyalah
bayangan kepada alam lain yang lebih canggih?!
Keterkaitan atau ketidakterpisahan kuantum
mempunyai dimensi-dimensi yang jauh lebih besar berbanding dengan contoh
dua zarah berbeza yang terpancar daripada sumber yang sama. Seluruh alam
semesta adalah sebuah peristiwa kuantum yang berasal daripada titik permulaan
yang sama, semasa Dentuman Besar berlaku (Big Bang). Pada waktu dahulu,
sesetengah zarah-zarah ada bersebelahan dan melekat antara satu sama lain.
Maka, ada kemungkinan sebutir zarah yang sedang berada di penghujung alam
semesta sekarang, atau di dalam jasad makhluk yang lain, pada suatu ketika
pernah melekat kepada sebutir zarah yang sedang berada di dalam jasad anda
sekarang. Anda mungkin akan terjejas jika zarah itu terjejas, dan anda juga
mempunyai pengaruh yang sama terhadap zarah itu melalui keterikatan kuantum.
)أتحسب أنك جرم صغير وفيك انطوى العالم الأكبر(.
Kamu merasakan jasad kamu kecil padahal alam
paling besar wujud di dalam kamu. (Al-Hawari 2003, 175).
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan